........... Hari Last Ngempen - Senyum la Sikit... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hari Last Ngempen - Senyum la Sikit...

Saturday, May 4, 20134comments

Esok dah nak mengundi .... rasa malas pulak nak menulis. Selain dari menunggu PART 4, tak nampak lagi isu baru yang menarik hati untuk saya ulas. Masing2 pun tengah tension.... apakata kita relax sekejap dan SENYUM SEKALI LAGI dengan gelagat orang Pas dibawah -



Aisey.... lagi 5ribu hit nak capai 200K .......jom pakat klik.... ikut selera telinga masing-masing lah ,  TUMBANG boleh , TUKAR pun boleh hahahahahahaha ...janji boleh capai 200K hari ni !

TERKINI - Saya nak uar-uar kan satu sms yang baru sat saya terima -

Sembang Pilihanraya Bersama Zizan Raja Lawak. 8:45 MALAM INI bertempat di sebelah bangunan PTPL,  Kuala Terengganu....alaaaa dekat Balai Polis, Jalan Sultan Omar, depan Kilang Roti, satu line ngan Sekolah Rendah SS.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 4, 2013 at 2:16 PM

Nak pesan, esok, jgn undi pengkhianat agama, jgn undi pemutus silatarrahim, jgn undi pentakfir muslim, jgn undi yg tak reti dan tak mampu nak tepati janji, jgn undi yg suka merusuh, jgn undi yg beragama liberal, jgn undi yg menyokong syirik, murtad, LGBT, jgn undi yg rasis, jgn undi yg anti Islam.
Undilah yg mempunyai rekod baik dan cemerlang memakmur dan memajukan negara, mengekalkan suasana harmoni, mengekalkan hidup selesa rakyat.
Please, no trial and error. Saya dan isteri akan undi UBN insyaAllah, walaupun mertuaku kata undi BN masuk neraka (mertuaku bukan org ngaji pun, setakat ikut ikut cakap org).

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
May 4, 2013 at 2:58 PM

Salam buat Bro Din

Video tersasau tu menampakkan ahli jemaah di belakang tu ..ikut Tok Iman yang salah..tu menampakkan ahlul PAS pandai ikut Lebai Kopiah tampa berfikir..tersasau pun tersasaulah ..asal dapat ikut belakang..harap-harap berubahlah jangan terlalu pekat ikut membabi buta kata orang biar pun berjubah tapi kadangkala ada silapnya.

Dan besok hari penentu masa depan negara . Nampaknya blog PR dah jangka mereka menang mudah dengan mengambil kira ramalan "Ahlul Nujum" mereka. Betapa pun Pakcu berharap bagi mereka yang dok atas pagar undilah parti yang terbaik boleh memberi jaminan masa depan generasi dan hala tuju negara.

PRU 13 bukanlah tempat cuba-cubaan. Kalau buat tomyam kurang sikit sebanyak boleh tambah garam ke, asam ke. Tapi memilih untuk meneraju negara bukanlah semudah percakapan dan modal air liur atau surat janji atas kertas. Jadi lapangkan dada , fikirkan siapa yang terbaik yang boleh memberi khidmat...Selamat mengundi..dan pangkahlah jangan tak pangkah... ??????. Undi adalah rahsia....barang sulit ( Kalau dah terbongkar tu bukan lah rahsia..macam video hak Pak Din tunggu-tunggu...Part 4. Anak Mami terkejut sakan Pakcu tak sangka ya......ish..ish...masyaalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2013 at 3:59 PM

Pak din.. kat sapa boleh bg pesanan untuk perayu2 undi di pondok2 panas..

Tlg pesan kat mana2 kawan2.. janganlah dok lawan org selawat dgn nyanyian.. elok kita selawat sama2.. kuat lg drp puak2 dia.. jangan jd mcm pru2008.. huduh sangat nampaknya jika puak dia selawat.. geng BN nyanyi kuat2.. sepatitnya kita selawat lago kuat.. lawan selwat.. sapa kuat.. sapa letih pulok..

jika dia org takbir.. kita takbir balik.. dgn tambahan ayat jangan gadaikan Kalimah Allah.. takbir...

Harap dpt perhatian kpd ketua2 yg bertugas...

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 4, 2013 at 5:05 PM

Juga nak pesan, kalau dihina, dicela, dicerca dan diprovoke, "Qolu salama - katakan yg baik baik", kalau tak pun buat bodoh je, tak perlu dibalas, dilawan, nanti kita pun jadi macam mrk.

Post a Comment