........... Hadi Belit - Pas Sebenarnya Sokong Atau Tidak Perlembagaan Negara Yang Tidak Islamik Ini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi Belit - Pas Sebenarnya Sokong Atau Tidak Perlembagaan Negara Yang Tidak Islamik Ini ?

Wednesday, May 1, 20137comments

Ingat Persefahaman Pas-Dap yang ditandatangani oleh Hadi 3 hari lepas..... yang 95/5 tu ? Kan ada ayat yang tidak disebut oleh Harakah - Pas berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.


Saya baru perasan keganjilan bunyi ayat itu - DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.

Apakah ayat Negara Berperlembagaan Parlimen yang TIDAK SEHALUAN dengan konsep negara Islam itu merujuk kepada Perlembagaan Negara yang sedia ada sekarang ?

Perlembagaan yang Hadi TENTANG 100% dulu kerana dianggapnya sebagai Perlembagaan Jahiliah tapi kemudiannya dengan muka tak malu membuat U Turn dan mengisytihar akan mempertahankannya pula sekarang ?

Awal Februari lalu Hadi berkata -

"Mesej Pas, kita tidak akan berganjak. Kerjasama Pakatan Rakyat, Pas menerima dengan syarat apa yang ada dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan, agama lain dilayan dengan adil, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak adil kepada semua kaum, ini suruhan Islam.

"Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda ada hak, bahasa asing boleh belajar, Raja mesti ikut Perlembagaan, ini kita terima," kata Hadi.

 

Saya baca diatas, pemahaman saya Hadi SOKONG Perlembagaan sekarang..... kan ?

Tapi kalau kita baca balik Persefahaman Pas-Dap diatas, Hadi juga kata Perlembagaan sekarang TIDAK SEHALUAN dengan Islam.... kan ?

Ingat Amanat Hadi 2 ?


Ayat2 yang sama juga ...... dan Hadi kata SEMUA parti Pakatan Rakyat menerima butiran Perlembagaan itu. Pas dalam Pakatan Rakyat maknanya Pas juga TERIMA Perlembagaan ..... kan ?

Tapi terbaru Hadi kata Perlembagaan itu TIDAK ISLAMIK ! ?


Saya konfius ! Hadi dan Pas yang sebenar-benarnya SOKONG atau TIDAK  Perlembagaan Negara ?

Cakap berbelit-belit Hadi ni ........ 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 4:18 PM

Din nama Hadi Belit tak sesuai ... kena bagi sedikir roh syiah Hadi Takiyah/Taqiyah ... amat sesuai kerana puak asobiyah syiah (pas) ni amat sesuai memakai nama ni kerana bagi mereka taqiyah/takiyah amat besar pahalanya dan menjadi amalan mereka seharian ... contoh yang nyata dalam amalan mereka ialah semasa mereka berceramah ... mereka mulakan dengan selawat nabi dan doa pembuka majlis ... diteruskan dengan bacaan al-quran dan pengisiannya adalah fitnah/takiyah ... contohnya mudah dalam prk baru-baru ini di Tenang itulah pengisian ucapan haji adi semasa dia memberitahu punca kekalahan PAS ... fitnah/takiyah yang haji adi lakukan ialah menuduh atau mentohmah bahawa UMNO melepaskan air di empangan yang menyebabkan PAS (parti asobiyah syiah) kalah teruk ... untung bagi mereka kerana jika haji adi berbohong dia mendapat pahala takiyah ... jika dia bercakap benar maka dia mendedahkan kecurangan ... sebab itu bagi aku ...
sokong islam anda selamat
sokong pas (puak asobiyah syiah) anda sesat ...
takbir ...

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 4:25 PM

salam sdra din...

barangkali ini bukan masanya...saya mahu bertanya kenapakah masih ramai orang orang Anuar Ibrahim masih dikekalkan sbg calun UMNO

Kenapakah Khairi Jamaludin yang istihar seluruh malaysia bahawa dia tak bertanding di PRU 13 masih jadi calun UMNO dirembau sdgkan dosa dia dan pak mentuanya..membebaskan anuar menjadikan melayu pecahbelah dan haru biru..

salam dr gemasindah bro..

my link..https://www.facebook.com/groups/423813547650655

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 5:15 PM

Apa dia cakap.
Apa dia mau.
Tak boleh kah ahli politik bercakap dgn jelas dan lurus.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 1, 2013 at 5:19 PM

Jika perlembagaan berdasarkan sistem dan perundangan Islam, wajiblah kita sokong dan tegakkan atau berusaha utk tegakkan. Tp dlm situasi skrg, kita bukan berkuasa penuh dan kita berkongsi kuasa, dan perlembagaan itulah yg kita ada, mk terpaksa juga kita akur dlm usaha kita mentaati pemerintah (ulil amri) kerana mentaati ulil amri itu juga wajib selagi tidak memerintahkan kita bermaksiat kpd Allah swt.
Sikap PAS pula kurang jelas, mungkin nak bertaqiyah dan bertahaluf siyasi atau setuju utk tidak bersetuju, cuma mudah mudahan tidaklah mudzabdzab, na'uzubillah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 6:16 PM

Yang mana satu Hadi kena tarik balik? Amanat dia sendiri dulu pun dia buat-buat lupa. Habis porak peranda umat, keluarga dan negara dibuatnya. Sekarang perasan dan ada hati nak jadi PM? Apa dia ingat semua orang Malaysia ini tunggul macam ahli PAS?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 6:28 PM

berbelit-belit..pas memang dah terbelit..sama jugak dengan perumpamaan sembelit tempoh hari..

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 6:46 PM

@fakirabdillahTak sesuai nak dibincangkan sekarang. Lepas PRU kita HENTAM !

Post a Comment