........... Bukti Kajian - Sekolah Cina Penghalang Perpaduan. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bukti Kajian - Sekolah Cina Penghalang Perpaduan.

Tuesday, May 14, 201317comments


Sekadar menambah point kepada hujah yang menunjukkan betapa kewujudan sekolah vernakular /sekolah cina tidak menyumbang langsung kearah memupuk perpaduan antara kaum, saya sertakan petikan dari sebuah artikel yang pernah disiarkan oleh Malaysian Insider 2 tahun lepas.

- Bekas Pengetua SRJK Cina Pudu Cheng Su Chean berkata,  ....... sekarang pelajar2 sekolah cina tidak lagi bercampur dengan kaum lain, tidak seperti dulu. Interaksi antara kaum mereka terbatas. 98% pelajar bergaul sesama rakan sebangsa dan mereka bertutur bahasa cina setiap hari.


- Ketua Dewan Perhimpunan China KL-Selangor, Tan Yew Sing mengakui masalah hubungan antara kaum adalah amat serius dan pihak persatuan sudah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini.

Jurang antara kaum menjadi semakin ketara sejak 10 tahun kebelakangan ini dan ia bermula dengan pendidikan sekolah rendah.

Keseluruhan sistem pendidikan perlu dirombak ..... kita perlu mencari jalan bagaimana mahu mewujudkan satu persekitaran dimana pelajar berbilang kaum dapat berinteraksi.


Dua point utama yang jelas disebut sebagai penyumbang negatif  iaitu betapa kurangnya... ketahap hampir tidak ada interaksi dengan kaum lain DAN betapa lemahnya penguasaan Bahasa Kebangsaan pelajar2 cina disekolah cina.

Yang tidak jelas pula mungkin saja persoalan tentang jenis pendidikan apakah yang diajar kepada murid2 sekolah cina .... pendidikan yang berkiblatkan negara China ?

Apakah INI yang dibanggakan oleh Najib ?

Kenapa perlu kita hairan jika sekolah2 cina ini menjadi KILANG yang berterusan mengeluarkan produk MINI LIM KIT SIANG ?

Untuk adil, pemimpin2 Melayu dipihak Pas dan Pkr pun 2x5 juga ..... semuanya demi Undi, persetankan kesan jangkapanjang kepada Perpaduan Nasional !

Language barrier to racial interaction, study reveals - TMI 26 April 2011

- Retired school principal Cheng Su Chean said there were Chinese students who were fluent in both BM and English and credited it to their wide exposure to different cultures outside school.

“Most of our Chinese children do not have this sort of environment. And nowadays, they do not mix around, not like our time,” said the 68-year-old, who was formerly headmistress of SRJK (C) Pudu in the capital city.

“Their interaction is limited. Ninety-eight per cent keep to their Chinese friends and so speak Chinese every day,” she added
.
Senior fellow Socio-economic and Environmental Research Institute (Seri), Datuk Dr Toh Kin Woon, observed that “this is one of the contributory factors leading to racial polarisation”.

“Because of the linguistic barrier, they are not able to interact with their peers in school,” he said.


- Tan Yew Sing who heads the KL-Selangor Chinese Assembly Hall admitted that the problem was very serious and the association had set up a committee to look into the issue and arrest the problem.

He said the racial divide has become more pronounced in the last 10 years, starting with primary school education.

“The whole [education] system needs to be revamped... We need to find out how to build up an environment for interaction with people of difference races,” Tan told The Malaysian Insider.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 4:38 AM

Vernacular schools = SEGREGATION OF RACES = APARTHEID!! Period!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 6:12 AM

Najib kata tak per. Dia menghormati kehendak kaum Cina. Dia berasa bangga kerana hanya diMalaysia sahaja kerajaan memberikan pengiktirafan kepada bahasa Cina. Singapura dimana masyarakat Cina diMalaysia banggakan pun tidak berbuat demikian.

Tak lama lagi orang India pula akan mengikuti cara kaum Cina ini. Najib telah menyediakan peruntukan yang besar bagi kaum kaum ini untuk menjamin bahasa mereka.

Seolah olah Najib tidak langsung peka dengan apa yang berlaku disekeliling beliau. Berita berita yang disiarkan di alam maya tidak diambil peduli. Mungkin itu adalah satu sebab beliau tidak berterima kasih dengan blogger blogger yang telah begitu gigih membantu beliau membina sebuah Negara yang dikehendakki masyarakat umum.

“Because of the linguistic barrier, they are not able to interact with their peers in school,”

the racial divide has become more pronounced in the last 10 years, starting with primary school education.

“The whole [education] system needs to be revamped... We need to find out how to build up an environment for interaction with people of difference races,”

ADA NAJIB KESAH?

Bagi Najib asalkan kaum Cina dan India menyokong, dia ikutkan. Nah! Apa jadi sekarang? Kemana kah perginya undi undi kaum Cina ini pergi?

NAJIB MESTILAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN SEGALA KEROSAKAN YANG TELAH BERLAKU. NAJIB mesti lakukan sesuatu atau BERUNDUR sebelum UMNO/BN BERKUBUR.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 8:08 AM

Pd blogger yg kenal rapat dgn wakil rakyat mohon utk majukan perkara ini dan smp kepada ds najib

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 8:58 AM

Najib sekarang ni sudah tenggelam punca. Makin dia mempercayai penasihat penasihat termasuk lah dengan menjadikan Khairy Jamaludin sebagai menteri maka semakin hampir dia kepada kehancuran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 9:02 AM

cam mana nak ada INTEGRASI kalo kerajaan sendiri yg promote sifat perkauman, pecah belah kan antara bangsa2 ni?

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 10:06 AM

Walaupun saya Melayu, tapi saya tak setuju untuk tutup sekolah Cina, macamana pula sekolah pondok dan Maahad Tahfiz? Hanya jangan perbaharui permit sekolah Menengah Swasta Cina. Beri anak-anak Cina peluang untuk berinteraksi dengan kaum lain di sekolah Menengah. Inilah masa yang paling sesuai untuk berbuat sesuatu tindakan pro Kebangsaan, diwaktu Cina dalam komponen BN hilang suara. Kalau mereka kuat, kita tak boleh ambil apapun tindakan. Sekarang inilah waktu mereka lemah dalam kerajaan, suara Melayu harus disatupadukan, tapi ada pulak si Kitol Panglima Ludah dan Panglima Bengong dalam kaum Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 10:27 AM

saya sokong sekolah SATU MALAYSIA. Disitu boleh belajar semua bahasa.Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa penghantar.Bahasa yg lain boleh pilih dan belajar pada waktu selepas kelas. Lanjutkan waktu pembelajaran disekolah sampai jam5. Kecuali pada para pelajar yg bakal ambil peperiksaan.

-DS NAJIB,TOLONGLAH,NAK SEKOLAH SATU MALAYSIA-

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 11:14 AM

Salam Din,

Membaca komentar-komentar pembaca artikel Din disini membuatkan saya merasa bahawa pembaca-pembaca artikel ini adalah mereka yang masih muda dan belum mengenal erti-kata kehidupan yang sebenar.

Semenjak sebelum Merdeka lagi, masyarakat Melayu adalah masyarakat yang paling bertolak ansur dibumi Melayu ini. Kitq sentiasa bertolak ansur apabila Cina inginkan hak-hak mereka terpelihara. Kerana ketika menjelang Merdeka, mereka risau akan hilang budaya mereka seperti yang terjadi di Indonesia & Thailand. Almarhum Tungku bersetuju dan Melayu pun bertolak ansur. Apabila ekonomi Cina meningkat naik dan meninggalkan bangsa Melayu jaub di belakang, Melayu masih lagi bertolak ansur takala Cina-Cina kaya mengambil alih tanah-tanah org Melayu. Malah lebih menyedihkan apabila Kerajaan menyatakkan bahawa syarikat-syarikat di Malaysia ini wajib mempunyai beberapa peratus pekerja Melayu, mereka cuma memberikan jawatan-jawatan rendah kepada orang Melayu. Lihat saja di dada-dada akhbar, kebanyakkan iklan jawatan kosong yg mana jawatannya agak tinggi pasti dinyatakan "Chinese Preferred" atau "Ability to speak chinese required". Mengapa ini tidak ditafsirkan sebagai rasis? Mengapa perlu ada "Chinese Only" dibumi Melayu yang mana mereka seharusnya mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu?

Saya bukan nak menghentam sesiapa tetapi hakikatnya selagi kita terus tunduk kepada mereka maka selagi itulah mereka akan merasakan tidak ada perlunya untuk mereka bersatu dengan mana-mana kaum. Semenjak dahulu lagi Kerajaan telah terlalu berlembut dengan mereka. Maka kali ini harus kita bertegas bahawa Melayu sudah lama bertolak ansur! Kali ini kita tidak mahu ditolak lagi dan kami akan bangkit menentang penjajahan bentuk baru ini.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 11:54 AM

Dulu pernah ada cadangan untuk sekolah 1 sesi. Orang Melayu Johor paling kuat menentang kerana bermakna akan tutuplah sekolah agama rakyat sesi petang. Kalau itu pun tak boleh implemen. macamana nak tutup terus sekolah Cina? Bijak pandai dalam kerajaan perlu dapatkan satu formula untuk menyekat kemaraan semangat kiasu cina yang disemai oleh SJKC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 2:21 PM

Din, sebelum pru lepas, aku rasa engko sorang jer yang kritik najib pasal terlalu memanjakan sekolah cina. Lain2 blogger tak ambik port pon pasal tu sebab target diaorang cuma nak menangkan bn jer. Aku pon masa tu tak berapa suka gak cara engko mengkritik najib.

Lepas pru13, baru aku sedar kritikan engko tu btol. Walaupun pahit untuk diterima, yang pastinya itulah kenyataannya. Membodek cina memang takde gunanya langsung. Membazir duit kerajaan jer. Tapi langsung tiada hasil. Sekarang ni aku tengok, majoriti blogger pro-bn tanpa selindung2 dah berani mengusulkan supaya sekolah aliran cina ditutup.

Din, aku syak blogger yang buang ngko dari friendlist tu sebb engko pernah kritik najib. Tapi tu dulu, sekarang ni dah ramai blogger yang mengkritik najib terutamanya pasal sjkc dan pelantikan hisham sebagai menteri kdn.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 5:52 PM

@Nor RimahSaudari ingat Najib tak tahu ke ? :)

Begitu juga pemimpin2 Melayu Pas dan Pkr yang turut menyokong Sekolah cina .... ingat mereka juga tak tahu ?

SEMUA tahu....

Tapi sebab isu ini isu Perpaduan yang tidak mendatangkan keuntungan dari segi Undi kalau diperjuangkan, maka .....

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 5:56 PM

@penyokongketuananMasalah dengan ramai orang bila memperkatakan isu Satu Sekolah adalah - mereka beranggapan sistem Sekolah Kebangsaan yang ada sekrang ini yang harus diikuti semua.

TIDAK !

Jenis apa Satu Sekolah itu masih boleh dibincangkan, tidak semestinya ikut SK. Apa yang penting disini adalah KONSEP semua murid2 belajar dibawah SATU BUMBUNG/SISTEM. Itu saja.

Bagaimana bentuk Satu Sekolah itu, kita serahkan pada pakar menentukannya.

Yang penting, kena ada usaha kearah itu.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 6:00 PM

@Malaysian CybertrooperKita perjuangkan Bahasa Kebangsaan bukan kerana ia Bahasa Melayu tapi kerana statusnya sebagai Bahasa Kebangsaan. Hanya SATU BAHASA saja yang mampu menjadi tali pengikat rakyat yang perbagai bangsa dan budaya.

Bahasa2 lain boleh dipelajari TAPI Utamakan dulu Bahasa Kebangsaan. Contohnya, kalau gagal Bahasa Kebangsaan, murid tidak layak untuk belajar bahasa lain.

Bila dah bercampur dibawah satu sekolah dan diikat dengan satu bahasa, gerenti tidak akan ada lagi masalah integrasi antara kaum dimasa depan

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 6:02 PM

@AnonymousSaya blogger yang punya pendirian sendiri :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2013 at 8:05 PM

STOP THEIR LIFELINE..kerajaan tak perlu buang duit buat sekolah cina atau pun bagi mcm2 kemudahan untuk diorg..diorg nak terlingkup ke,terlungkup ke..semua pakai duit diorg sendiri ok...lama2 bila dah terasa susah pandailah diorng masukkan anak2 diorg kat sekolah kebangsaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 3:33 PM

dulu Tun M pernah cadangkan sekolah wawasan diwujudkan.dalam kata lain sekolah cina,india dan kebangsaan berada dalam satu kawasan. tapi cadangan ini tetap ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum mereka. tetapi dalam keadaaan politik dan hubungan kaum yang berlaku sekarang mungkin cadangan ini perlu dikemukakan sekali lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 4:52 PM

aku orang Cina belajar kat sekolah rendah Cina, kwn Melayu banyak jugak, komunikasi bukan masalahnya, banyak org Cina yg belajar kat sekolah Cina jugak fasih bertutur BM,
jgnlah mcm ni, kita bangsa Cina cuma nak preserve budaya kami, apa salahnya??

Rombongan Merdeka takde org Cina? org India??

Apa masalahnya??

Post a Comment