........... Bolehkah Orang Pas Terima Kekalahan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bolehkah Orang Pas Terima Kekalahan ?

Sunday, May 5, 20139comments

Pilihanraya ke 13 sudah berlalu ..... sekarang menunggu keputusan saja. Kedua2 belah pihak mengaku telah menang sekian2 banyak kerusi / negeri. Semua Saiko jer.... 

Satu jer kebimbangan saya sejak beberapa hari lalu dengan klimaks nya sebentar lagi ........ Apakah orang Pas boleh menerima Kekalahan ?

Serius ni, sejak beberapa hari ni setiap orang Pas yang saya tanya pendapat mereka akan mengatakan dengan PENUH YAKIN kemenangan berpihak kepada Pas. Dan bila saya tanya - Bagaimana kalau Pas kalah, korang boleh terima tak ?

Semua menjawab - TAK BOLEH ! Mana boleh kalah, menipu lah kalah Pas kalah ! 

Payah lah kalau macam ni..... kalau tak boleh terima kekalahan, baik jangan masuk bertanding. 

Selama dua jam lebih tadi saya pusing keliling Kuala Terengganu hingga ke Marang, semua kawasan tenang. Alhamdulillah .... diharap ia kekal begitu.

Cuma takut tercetus perkara yang tidak diingini sekiranya masih ada orang yang tidak dapat terima kekalahan dan dibuatnya parti yang disokongnya kalah ...

Kes pengundi hantu bagi saya tidak membimbangkan kerana artikel2 yang keluar mengenai Hantu2 ni asyik muka2 Hantu Bangla yang sama jer .... Mananya puluhan malah ratusan ribu HANTU yang didakwa akan muncul dihari pengundian ?

Kemudian kes dakwat kekal yang boleh padam sepenuhnya. YA, memang ada. Malah ada kenalan saya sendiri boleh jadi bukti. Dan dilaporkan Haron Din dan Karpal Singh juga buat komplen tadi. Dakwat kekal satu hal - berapa ramai ? ...... apakah ada pengundian 2 kali pula satu hal lain.

Bagaimana dengan nama yang telah dipotong ?

Secara LOGIKNYA, setakat beberapa kes yang MUNGKIN didakwa berlaku, apakah mampu memberi impak / kesan kepada keputusan undian ?

Apapun, sama2lah kita tunggu hasil PILIHAN RAKYAT. 

Satu lagi harapan saya, selepas diumumkan keputusan PRU13, terimalah apapun keputusannya dan biarlah kerajaan PILIHAN MAJORITI RAKYAT yang mentadbir negara dengan aman tanpa gangguan. 

Maksud saya, CUKUPLAH berpolitik buat beberapa tahun akan datang ni .... Letih la ! Berilah peluang kepada kerajaan yang bakal dipilih rakyat nanti menunaikan tanggungjawab dan segala manifesto yang dijanjikan tanpa perlu melayan karenah pembangkang ..... siapapun pembangkang itu.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 6:51 PM

Cuba bagi tau aku knpa bn tak boleh menang? Dan kenapa pr kena menang? Sepanjang 4 tahun memerintah kedah kelantan selangor dan pulau pinang apa yg pr buat??? Aku yang orang kedah ni tak pernah rasa sikit pun bantuan dari kerajaan kedah. Kata nak turun kan cukai pintu tapi habuk pun xda! Kata nak hapuskan maksiat??? Satu kelab malam pun tak tutup makin banyak ada. Jadi bagi aku bn ngan pr sama ja cuma bn tak seteruk pr!! Bila kalah jangan la melenting sebab perangai korang sendiri yang macam kera melompat2 terjerit2 merosakkan harta benda awam kalau aku tengok pun mampud aku nak bagi undi dekat parti macam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 7:39 PM

sy setuju dgn anda. penat berkempen sepanjang selepas pihanraya 2008. cukup cukup sudah cukup sampai disini sahaja...benar walau pahit utk d telan. kita dah usaha seterusnya tanda beriman adalah bertawakal dan redha dgn ketentuan kekuasaan allah....tepuk dada tanya iman...kalo tanya selera mmg dok nak gaduh ikut bisikan syaitan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 7:43 PM

Pd pendapat saya..penyokong BN rasional. Yg merisaukan adalah penyokong2 PR..mereka itu terlalu takbur kononnya rakyat berpihak kpd mereka sedangkan mereka tidak ambilkira kembalinya pengundi2 protes kepada BN semula..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 8:24 PM

salam,

ada kawan bila ditanya, boleh menang jika telus, tak ada pengundi hantu. sakit gak nak ulas jawapan bodo ni. yg paling penting lagi, mereka kata dah solat hajat. tu pasal susah nak terima kalu kalah. mereka dok ingat kawan baik nik ajis, syaitan nak pi undi mereka gamaknya,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 9:22 PM

kerajaan bukanlah apa yang rakyat hendak/mahu tapi apa yang ALLAH telah tetapkan.

FIRMAN ALLAH
"Katakanlah, "Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan lucutkan kerajaan daripada siapa Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu." 3:26

TERIMALAH QADA DAN QADARNYA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 9:33 PM

Betoi. Tp org pas x blh terima. Kesian. Mrk bukan musuh dan mmg org ISlam perlu PAS juga. Ini pendapat aku la. Nk maki pun aku trima. PAS pd pemerhatian aku membantu PKR dan DAP. DAP ada bantu PAS ke????

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2013 at 10:50 PM

Orang hilang akal tidak boleh dijatuhkan hukum.
Serahkan sahaja kepada Allah SWT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 11:28 PM

Tengah nunggu keputusan ni. Punyalah bodoh PAS dok pertahan DAP dengan PKR, sampai sekarang satu kerusi parlimen pun takde. Buat malu aje jadi kaldai!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 1:59 AM

undi DAP mkin naik..dapt kuda terbaik..

Post a Comment