........... Blackout 505 Terengganu - BUKTI 10 Ribu Jer Yang Hadir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Blackout 505 Terengganu - BUKTI 10 Ribu Jer Yang Hadir

Friday, May 24, 20139comments

Dalam artikel sebelum ni - KLiK - saya tulis pemimpin / penceramah Blackout 505 Terengganu MENIPU bila berulangkali sebut mereka yang hadir adalah 50ribu orang. Sepertinya mereka pula yang mahu tentukan angka yang harus disebut oleh orangramai bila memperkatakan tentang himpunan itu.

Pastinya mereka yang menonton video majlis semalam akan percaya bulat2. TERBUKTI bila saya menerima komen2 yang memaki hamun menuduh saya pula yang MENIPU. Sengaja saya tidak siarkan komen2 itu sebab hanya saya saja yang mampu pertahankan kenyataan itu, jadi saya terpaksa jugalah tulis artikel ini.

Malas sebenarnya nak main isu berapa ribu, berapa ribu yang hadir ni.  Tapi saya terfikir juga, kalau saya boleh buktikan yang pemimpin Blackout memBESARkan cerita tentang angka ini, kenapa mereka juga tidak boleh memBESARkan segala dakwaan tentang ketidakadilan SPR yang menafikan kemenangan PR, kan ? 

Diatas pentas yang sama pada waktu yang sama. Kalau boleh tipu satu perkara yang hadirin sendiri boleh buktikan dengan mata, apalah sangat nak menipu hadirin tentang perkara yang lebih banyak digembar-gemburkan. Biarlah penipuan angka ini membuktikan yang mereka ini KAKI BORAK jer lebih. Memang ramai tapi taklah seramai yang didakwa.


Kalau dilihat dari gambar diatas yang saya ambil sendiri, memanglah tampak ramai. Gambar kamera memanglah akan jadi lebih kecil dari keadaan sebenar, jadi imej yang terhasil akan menunjukkan LAUTAN MANUSIA yang hampir tiada penghujungnya apalagi kalau diambil pada waktu malam. 50k memang dalam tangan !


Nah. perhatikan pula lokasi SAMA jika diambil pada waktu siang. Gambar diambil dari atas pentas kecil semalam. Masih nampak kawasannya luas ?

OK, perhati pula gambar dibawah dari sudut lain pula -


Untuk lebih jelas, bayangkan angka ini - bilangan pintu kedai bangunan Maidin itu cuma ada 11 pintu saja. Dan petak parkir kereta pula cuma 27 dari hujung kiri ke hujung kanan dimana terletaknya pentas. Jadi panjang keseluruhan kawasan semalam cuma 30 kereta kalau diparkir sebelah menyebelah, saya tambah 3 kereta bonus untuk cover laluan masuk.

Sebab itu saya katakan kawasan itu tidak sampai pun keluasan sebuah padang bola. MUSTAHIL 50 ribu manusia boleh berkumpul disitu walaupun berdiri rapat, padahal semalam penonton lebih ramai yang duduk bersila siap baringkan anak2 kecil tidur lagi !

MAKSIMUM 15k tapi yang hadir tidak lebih 10 ribu jer. Buktinya - Kawasan itu sendiri tidak memungkin lebih dari 15k !

Nah, saya harap yang makihamun saya tu boleh menerima kenyataan yang anda semua begitu mudah ditipu .... Kalau perkara semudah ini pun anda tak boleh nak terima kebenarannya, memang mudah sangatlah minda anda dipengaruhi oleh mamat yang meroyan dibawah ini -


KITA MENAAAAAAAAAANG ! - Anwar




Lepas ni saya akan komen ucapan para pemimpin PR ..... hmmmmm mereka ni buat saya terbayang satu analogi. Umpama kanak2 yang tak puashati bila adik beradik lain dapat ayam goreng bagian paha dan sayap padahal mereka dapat bagian yang penuh isi ! Isi lebih banyak tapi tak sesedap bagian sayap atau paha..... kan ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 4:25 PM

nak buat camne bro dinturtle..memang sejak azali lagi pencacai2 PR tu semua bangang. dah kena kencing berkali2 tapi masih rela kena kencing lagi.

sedangkan sorang so-called profesor in maths pun boleh kantoi memBESARkan jumlah kehadiran..apatah lagi setakat pencacai yang kena upah untuk hadir..kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 4:28 PM

Biasa la din...dalam mind set tu dah set dah...pemimpin depa dok kata rakyat sokong depa....yang mengundi hari tu x smpi 13 juta...rakyat malaysia hampir 30 juta...kalau kira setiap negeri yg dok buat perhimpunan blackout 505 campur2 semua berapa % sangat la rakyat malaysia yang sokong depa ni...ntah2 setiap perhimpunan ni muka yang sama ja dok import...kepada cai2 pembangkang...jangan lah jadi lembu...fikir la guna otak...hampa dok sembang kata rakyat sokong hampa...padahal ramai lagi majoriti senyap yang tengok perangai hampa ni mcm kera...buat malu ja la... ABC

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
May 24, 2013 at 4:36 PM

Salam Din. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau binasakan sesiapa sahaja yang mahu mengganggugugatkan keamanan negara Malaysiaku yang tercinta ini, engkau hancurlah sesiapa saja yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis atau Cina Harbi yang ingin overthrown kerajan SAH pimpinan umat Islam Malaysia ini. Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada Zahid Hamidi dan pasukan keselamatan untuk membanteras puak-puak yang mahu membuat onar di muka bumi Malaysia ini...kurniakanlah syahid kepada mereka yang cuba mempertahankan keamanan negara ini....aminnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 5:34 PM

menyemakkan laluan jer ....org nak pergi makan minum pun susah, berderet dgn Mat Motor baju hitam yg buta sejarah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 5:36 PM

kita yg hari2 dok gi Mydin K.Ibai, tahu sgt keluasan tapak tersebut...sekangkang kera jer

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2013 at 1:29 AM

Aku bagi 5 ribu aje paling ramai.Harami2 ni memang suka exaggerate apa2 benda sekalipun sampai kadang2 tak tahu nak marah ke nak gelak huhu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 9:21 AM

Sy pun pergi jenguk himpunan malam tu pukul 10. Rasanya 5 ribu je. Serius, sy tak rasa gerun langsung. Kalau buat solat hajat dapat gak pahala..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 9:23 AM

Pas jangan kecik hati ye. Memang tak ramai pun!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2013 at 10:20 AM

Orang Pas tak kecik hati punya. Sebab dia mana ada hati. Hati busuk dah lama kering mengecut.

Post a Comment