........... Askar2 Mat Liberal Pun Keluarlah Menyerang Musuh ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Askar2 Mat Liberal Pun Keluarlah Menyerang Musuh .....

Friday, May 17, 201314comments

Nah, sorang lagi pemimpin Melayu Liberal semakin berani tampil keluar menyerlahkan sikap APOLOGETIKnya -





“Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju berlakunya ‘tsunami Cina’ pada PRU13  kerana perkara itu  tidak benar sekali dalam sudut apa pun,” 


Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN.

“Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa,  menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya.
-
SINAR


Artikel sebelum ini saya dah komen mengenai KJ yang saya lihat juga menpunyai nilai keLIBERALan dan APOLOGETIS yang sama. - KLiK  Bandinglah kenyataan kedua mereka ini, sama atau tidak nadanya -


Kali ini saya bukan nak ulas kenyataan liberal mereka ini, tapi nak komen tentang penyokong2 mereka.

Pastinya penyokong2 tajaan Mat2 Liberal ini akan keluar menyerang sesiapa saja yang mengkritik pemimpin mereka. No problem..... tapi saya harap mereka juga akan ikut cara kritikan saya iaitu bersandarkan kenyataan2 yang dibuat diatas.

Seperti juga kritikan2 saya terhadap pemimpin2 Umno lain, ia juga berdasarkan kenyataan2 dan tindakan2 secara spesifik bukan kerana alasan2 lain yang tidak berkait.

Seperti juga pro Najib sebelum ini, kita akan lihat satu pusingan 180 darjah pendirian pro Melayu Liberal ini. Sebelum ini mereka juga mengkritik hebat kaum cina yang terlalu bersikap perkauman semasa PRU13, tapi bila KJ menyatakan pendirian yang berlawanan, mereka pun tanpa segan silu akan pusing U-turn demi menyokong beliau.


Ini lah contoh terbaik kenapa payah hendak bersatu dikalangan bloggers dan tentera maya Umno. Sebab banyak sangat KEPALA PAIP !

Umpama askar2 upahan / mercenaries, mereka akan menyerang siapa saja yang mengkritik kepala paip mereka, tidak ada istilah rakan seperjuangan dalam kamus mereka ini.

Prinsip perjuangan ? Demi Agong ....... yang pertama.

Kekadang tu perangai askar2 upahan inilah yang buat saya fed-up dengan Umno !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Spesyel Punyer
May 17, 2013 at 2:24 PM

Ni sume berlakon je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 2:37 PM

ada Najib kesah? demi kepentingan peribadi Melayu saperti ini sanggup melakukan apa saja untuk menyokong Najib. Melayu saperti ini jugalah yang akan mentonggang terbalikkan bangsa Melayu dengan sikap liberalnya. selagi Najib tak kesah, selagi itulah keadaan tidak akan berubah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 2:39 PM

melayu liberal dalam kerajaan berceranggah ...
melayu liberal luar kerajaan bersepah ...
melayu membenci bangsa melayu dalam agama pas ... banyak bahkan menyesal dilahirkan sebagai melayu dan amat menyintai bangsa cina ...
tindakkan yang perlu diambil kini ialah ... memperkasakan pertubuhan perkasa dan perjuangan memartabatkan bangsa melayu hendaklah diperkemaskan ... disamping usaha melahirkan bangsa melayu yang tidak lupa akarnya di mana ... iltizamnya apa ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 2:51 PM

Blogger yang bertuan terpaksa 'bersetuju untuk bersetuju'. Cari makan punya pasal. Tapi bagi indie blogger, mereka tidak terikat dengan mana2 pemimpin umno. Mereka bebas mengkritik sesiapa pun. Untuk itu, kalau nak bersatu, saya sarankan din cari indie blogger jer.

Sebagai contoh, blogger parpukari, dari zaman pak lah lagi beliau tak suka pada kj. Begitu juga blogger gap yang tak suka kepada hisham kerana kegagalan hisham sebagai menteri kdn. Setiap blogger, ada pendirian masing2. Tapi yang pastinya blogger yang berprinsip tidak akan menghentam atau mengkritik tanpa fakta. Pasti ada bukti atau fakta yang menyokong bahawa hujah blogger adalah benar dan bukannya fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2013 at 3:03 PM

@AnonymousYeah... riiiiiighhhttttttt ..... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 3:16 PM

Kalau ada pempin DAP leh komen bahwa tidak wajar mamat ni digugurkan dari kabinet..maknanya ada lah tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 3:24 PM

malu betul aku dengan saifuddin ni. compare dgn kj walaupun dia apologetik tp sekurang2nya dia x sangkal yang masyarakat cina x sokong bn. dia cuma bg ayat diplomasi je pasal perkara tu. tp si saifuddin ni betul2 denial pd keputusan PRU yg lepas. yg lg lawak, masa tahun 1999 bila org melayu byk x sokong kerajaan, boleh pulak dia salahkan bangsa sendiri. kalau ada depan aku mmg ludah muka dia hakkk ptuihhh!!!

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2013 at 3:24 PM

Apala punya mangkok KJ cakap "....kalau dia undi orang lain, itu hak dialah. Kita kena cari apa sebab dan kita kena perbaiki..."

Adapun akan sebab2 Cina itu mengundi pembangkang adalah kerana bencinya mereka itu pada UMNO dan tersangatlah percaya akan mereka itu kepada DAP yang selalu bercerita supaya hak2 istimewa melayu dan bumiputra dihapuskan supaya sekelian pendatang cina itu dapat berbuat apa yang mereka suka di dalam negara ini. Ada faham ka oi KJ???

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2013 at 3:33 PM

@LongchepohKeadaan tidak antara PRU10 dengan PRU13. Pilihan waktu itu antara Mahathir dengan Anwar, antara kemakmuran dengan kekacauan.

PRU13 pilihannya antara kemakmuran dengan KETUANAN CINA !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:19 PM

aku tak pedulik! yang penting kerajaan MESTI UTAMAKAN masyarakat Melayu+Bumiputera Sabah Sarawak+ India buat masa ini...kalau golongan2 ini dijaga dengan baik, In sya Allah PRU14 dan seterusnya BN tetap akan berkuasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 5:36 PM

Masa isu Bawani listen listen listen, 2 liberal ni la gak yang awal2 komen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 8:39 PM

mamat ni dungu ke ape? Ni bukan kes simple tak menyokong, ni kes diaorang nak ambil alih negara. Pada masa dahulu Cina belum nampak ada jalan diaorang boleh takluk msia sebab kalau setakat harap dap & mca tak kemana, tak cukup kuota. Sekarang sebab anwar dan pas dah buka jalan, maka diaorang pun dah nampak cahaya di hujung lubang. mamat liberal ni bolehlah muhasabah sebanyak-banyaknya, tapi hakikatnya mereka akan tetap mencuba dengan lebih kuat pada pru 14 nanti. Please la, diharap mereka menghentikan bersikap apologetikni, memalukan dan menghinakan bangsa saja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 3:08 AM

Macam mana Saifudin ni boleh jadi T Menteri ni? Kalau 90% cina sokong DAP , Bukan tsunami cina ke namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 7:39 AM

@moya? ? ?Kabinet baru nama dia takde

Post a Comment