........... Anwar Semakin DiSisihkan ......TAHNIAH PAS ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Anwar Semakin DiSisihkan ......TAHNIAH PAS !

Sunday, May 19, 201312comments

KEWARASAN akal akan menumbangkan Anwar ! Adalah sesuatu yang menggembirakan bila membaca kenyataan Mustafa Ali yang dengan tegas berkata -

Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen." SINAR

Ini menyokong pendirian awal yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Harun Taib -

“Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka,” 

Malah lebih awal lagi Presiden Pas Haji Hadi sudah menyatakan yang semua pihak harus bersyukur dan menerima keputusan PRU13 dengan kesabaran.

Semakin jelas yang PAS semakin menjauhkan diri dari kumpulan yang menyokong himpunan HARAM 505 yang diketuai oleh Anwar.

DAP juga kelihatannya berbelah bahagi untuk menyatakan sokongan secara padu kepada Anwar. Karpal sendiri menentang sebarang usaha menentang kerajaan secara kekerasan. Sementara pemimpin2 Cina Dap yang pada awalnya begitu bersemangat kini kelihatan agak berhati2 dalam memberi sebarang kenyataan menyokong Anwar.

Dap pastinya tidak mahu mengambil sebarang risiko selepas muncul sebagai pemenang utama dikalangan PR dalam PRU13 baru ni.

Mereka juga mungkin sepakat yang rakyat negara ini sudah terlalu lama melayan karenah Anwar yang tidak memikirkan nasib rakyat dan negara asalkan cita-citanya mahu menguasai Putrajaya tercapai. Tatkala rakyat sudah mahu berehat dari politik usai PRU13 dan menumpukan perhatian kepada masalah kehidupan, Anwar masih lagi meniup api kemarahan supaya rakyat memberontak menentang kerajaan yang baru saja dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi.

Kehidupan sudah mula kembali normal, tekanan perasaan dek kemelut politik semakin berkurangan. Ada semacam suasana AMAN / LEGA yang dapat dirasai oleh rakyat dan pemimpin2 politik seharusnya peka kepada perkara ini atau anda akan merasai ke-fedup-an rakyat kepada politiking yang berterusan....

Arab Spring yang diharapkan muncul selepas beberapa sesi himpunan 505 tidak kunjung tiba. Keadaan diMalaysia TIDAK SAMA dengan Mesir. Tahap KEZALIMAN pemimpin2 BN tidak sama KEZALIMAN pemimpin2 Mesir dulu. Dan yang pastinya, rakyat Malaysia jauh lebih makmur berbanding dengan Mesir.

Kita perhatikan siapa yang masih sanggup tenggelam bersama kapal yang dinakhodai oleh Anwar kini ...

RAKYAT MALAYSIA, KATAKAN KEPADA ANWAR - 

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 10:02 AM

salam,

kemudian bila nik ajis cakap bertentangan, maka semua akan ikut cakap berwahyu tok guru. cakap pemimpin pas ni tak boleh ikut kerana ada yg lebih tinggi darjatnya yg ada kuasa penuh. nanti tergolek belaka bila tok guru buka mulut.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2013 at 10:05 AM

pas tipu...pemuka pas cakap tak sokong, tapi tak halang ahli pas turun ikut merusuh..ini semua poyo..

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2013 at 10:09 AM

Bersangka baiklah :)

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2013 at 10:13 AM

Tapi itu tidak bermakna saya mahu pihak berkuasa biarkan Anwar. Tegas tetap tegas, bertindak tetap bertindak .... mengikut undang2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 12:21 PM

Akta Langkah-Langkah Keselamatan 2012 (SOSMA) adalah yang paling sesuai untuk Al Juburi sebagai Pengkhianat Agama, Bangsa, Negara. Tindakan perlu disegerakan untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus kelembah kehancuran. Kapas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 12:34 PM

Kita tgk samaada pemimpin pas ni jujur dgn kata kata mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 12:46 PM

Jika suara pucuk pimpinan tidak mampu didengar dan dipatuhi penyokong pd masa ini, bagaimanalah keadaanny bila mereka dpt memegang kuasa nti?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 1:37 PM

maaf lari topik..

utk sekian kalinya lebai2 pas tetap menerima penzina dlm kalangan mereka menjadi pemimpin sungguh jijik pendirian lebai2 pas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 3:57 PM

aku yakin ini semua hanya sandiwara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 4:19 PM

Nak bersangka baik pon dah tak boleh tuan din krn selalu dah terkena dgn pas ni. Kami berwaspada sbb ramai dari kalangan mereka ini sanggup bela yg mungkar hgga negara jadi havoc oleh si perasuah peliwat dajal msia. Nik aziz lagi menyedihkan fatwa dia (dia punya) slalu sangat menyinggongkan. NO MORE!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2013 at 4:54 PM

Errr .... kalau Mahfuz jadi bos Pas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 19, 2013 at 7:57 PM

Dah macam org gila si AI ni. Siapa ikut, sama la gilanya.

Post a Comment