........... 505 Anwar - Runtuhkan Demokrasi Kerana Dakwat Tak Kekal ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

505 Anwar - Runtuhkan Demokrasi Kerana Dakwat Tak Kekal ! ? ?

Friday, May 24, 201314comments



Kalau kita dengar bebel-an pro PR, bunyinya macam keseluruhan proses pilihanraya PRU13 memang HANCUR ! Penipuan berleluasa dan memang patut pun kerajaan BN yang baru ditubuhkan ini dibatalkan segera. Angkat Anwar pula jadi PM atau paling tidak, adakan sekali lagi Pilihanraya..... Itu kalau kita dengar hanya menggunakan perasaan tanpa menggunakan otak. 

Bila kita pakai otak untuk berfikir dan menilai apa yang di bebelkan, kita cuba asingkan mana yang FAKTA dan mana yang cuma GOSSIP sebab tidak disertakan fakta, kita akan sedar yang SEMUAnya hanyalah sekadar GOSSIP sebab TIDAK ADA SATUPUN FAKTA yang dikemukakan bagi menguatkan segala dakwaan.

Tujuan saya hadir ke Himpunan Blackout 505 di Kuala Terengganu semalam adalah untuk mendengar sendiri FAKTA, kalau ada, dari mulut Anwar sendiri bagi menyokong segala dakwaan akan ketidakadilan SPR sehingga menafikan kemenangan PR dan menafikan kerusi PM buatnya.

Ramai yang berceramah, setiap sorang diberikan lebihkurang 10 minit untuk bercakap. Cuma yang lama sikit bercakap adalah Cikgu Bard, Mat Sabu dan Anwar sendiri. 

Nama siri himpunan itu - BLACKOUT 505, siap dijual baju T hitam dimerata2 gerai, yang hadir juga ramai yang pakai baju hitam ...... tapi sayangnya, isu blackout atau lampu / letrik padam semasa sesi pengiraan undi hampir tidak disentuh langsung oleh SEMUA penceramah ! Mereka hanya sebut sepintas lalu saja perkataan blackout TAPI tidak ada seorang pun yang mahu mengulas panjang apatah lagi memberikan contoh dimana ada berlakunya blackout pada 5 Mei lalu. 

TIDAK ADA BUKTI / FAKTA bagi menyokong asas gerakan Blackout 505 itu sendiri ! Isu ini saya komen dibawah sekali, kebetulan SPR sudah menjawab dan ramai yang dah memperkatakannya.

ISU TUMPUAN hanyalah kepada dakwat kekal yang tidak kekal. Itu saja. Malah isu pengundi Bangla pun cuma Anwar saja yang sebut. itu pun sepintas lalu juga.

SEMUA membicarakan tentang dakwat kekal yang tidak kekal dan berdasarkan itu, mereka mahu membantah keseluruhan keputusan PRU13 ..... maaf, cuma 30 saja kerusi yang Anwar mahu diadakan pilihanraya semula. 30 kerusi yang sudah pastinya dimenangi BN.

Kenapa cuma 30 kerusi jer ? hmmmm ..... BN menang 133 dan PR 89 ...... kalau 22 diberi kepada PR, maka akan jadilah 111 buat BN dan PR. Jadi 8 lagi kerusi tu akan menentukan kemenangan. Hahahahahaha ....... Tidak disebut pula nama2 30 kerusi itu tapi semua orang pun yakin ia pasti kerusi2 yang BN menang majoriti paling sikit, kan ? kan ?

Kerusi PR menang majoriti sikit tak nak sentuh ? Taaaaaak..... sebab pemimpin PR juga sebut, walaupun SPR terbukti menipu, PR masih lagi menang dikerusi2 tersebut ! hahahahahahaha .... 

Masalahnya apa yang dikatakan SPR TRBUKTI menipu itu cuma dalam bentuk DAKWAT KEKAL YANG TAK KEKAL. Itu saja.


OK, saya terima memang dakwat yang dikatakan kekal itu memang tak kekal. Pihak SPR memang kena jawab soal itu. Dan pihak SPR ada menjawab -

http://www.spr.gov.my/ 

Klik link SPR diatas dan klik 'Kenyataan Media 21 Mei'. Beri masa kepada Pasukan yang ditubuh khas bagi menyiasat isu dakwat kekal yang tidak kekal ini.

TAPI .... kenapa sebab dakwat itu tidak kekal sebagaimana yang didakwa, maka keseluruhan keputusan PRU13 harus dipertikaikan ? 

Dakwat yang dicalit pada jari pengundi boleh padam TAPI itu tidak membuktikan yang ada pengundi mengundi lebih dari sekali. Contoh - Aku punya pistol tapi itu tidak membuktikan aku yang tembak simati. Perlu dibuktikan lagi yang pistol itu telah digunakan sebagai senjata pembunuh DAN yang menembak itu adalah aku. Kan ?

Dakwat kekal hanyalah SALAH SATU dari proses saringan yang ada. Bagaimana pula dengan pemeriksaan Mykad dan juga saringan para pemerhati dan agen parti yang turut berada di lokasi mengundi ? Tak termasuk saringan ribuan mata para penyokong yang sabar menunggu berjam2 diluar tempat mengundi ?

Sebelum PRU13, kita tak pakai pun dakwat.

Apa yang boleh dibuktikan melalui isu dakwat kekal cuma - SPR 'menipu' bila katakan yang ia kekal. ITU SAJA. 

Anwar juga meminta rakyat Terengganu supaya beramai2 buat repot polis hari ini kalau dakwat yang dicalit pada jari mereka tempuhhari boleh padam. Saya ulang - apa kesannya pada proses pengundian ?  Padahal PR sendiri jadikan ketelusan sistem saringan SPR dalam kes dimana ada rakyat yang dinafikan mengundi kerana mykad mereka didakwa telah digunakan untuk mengundi sebelum mereka sempat berbuat demikian - KLiK !

Lainlah kalau Anwar menyeru mereka yang telah dinafikan mengundi kerana Mykad mereka telah digunakan lebih awal untuk mengundi, supaya buat laporan Polis .... barulah ada relevan dengan pertuduhan yang keputusan PRU13 boleh dipertikaikan. Berapa ribu yang ada pengalaman itu ?

Selain dari isu dakwat, Anwar dan pemimpin2 PR menyeru rakyat Terengganu supaya turun beramai2 esok untuk berkumpul secara aman di Petaling Jaya. Untuk apa ? Untuk protes kenapa dakwat kekal tak kekal ? Alahai .... bodohnyalah mereka yang ikut cakap Anwar ni ...

Oya, mereka juga duk sebut2 isu PR menang majoriti lebih ..... dah dibincangkan perkara ini. - KLiK

Saya ulang sekali lagi - TIDAK ADA bukti yang dikemukakan oleh Anwar maupun pemimpin2 Blackout semalam kenapa rakyat perlu sokong Anwar yang kempunan nak jadi PM.

Oya, kenapa Presiden Pas Haji Hadi tidak hadir semalam ? Gambar dan nama beliau jelas tertera pada banner tapi yang hadir cuma timbalannya MatSabu. Padahal dekat sangat dah Marang tu ..... Cuba orang Pas fikirkan ...

Artikel sebelum ini mengenai 505 Terengganu - KLiK dan KLiK

                                                     *********************************
Mengenai isu kononnya wujud Blackout atau lampu padam / letrik putus semasa proses pengiraan undi, TERNYATA ia satu PEMBOHONGAN BESAR oleh puak PR. SINAR.

Tergamak pemimpin2 PR MENIPU rakyat menggunakan gambar yang sengaja diREKA untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada SPR dan seterusnya menafikan kerajaan BN yang baru.


PATUTLAH pemimpin2 PR termasuk Anwar sendiri tidak mahu bercakap panjang tentang isu blackout walaupun asas himpunan adalah kerana Blackout ! Sebab mereka sendiri tahu ia satu PEMBOHONGAN yang sengaja diREKA dan perkara ini sudah diBONGKARkan. 

Rafizi pula cuba menegakkan benang basah bila berkata -

"Ini cabaran terbuka kepada SPR untuk dilihat telus dan mereka haruslah berusaha mencari kebenaran dan bukannya menyalahkan pihak lain.


"Sepatutnya beliau berkata, kami akan siasat dengan sebaik-baiknya bukannya menghemtam PR dan rakyat, ini tidak beliau seolah-oleh menteri dalam kerajaan," - SINAR

Apalah bodohnya budak sekor ni ....... kan kenyataan SPR itu merupakan HASIL SIASATAN ! SPR hentam PR saja bukannya Rakyat. Dan SPR hentam PR kerana PR yang menyebarkan gambar dan berita palsu tentang Blackout. Dan mungkin PR lah dalang yang meREKA cerita palsu ini kerana mereka saja yang punya sebab / motifnya.


Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 7:20 PM

Sy sedang menonton Berita NTV7 ni dan rasa AMAT SAKIT HATIIIII....!!!!

Hakim tidak benarkan reman ke atas the 3 stooges tu sebab:
- tiada sebab yg khusus dinyatakan oleh polis as though polis suka-suka je tangkap. Tengok muka Ambiga dgn Surendran begitu gembira sekali.
-Polis tidak membuat SEBARANG siasatan dlm 24 jam yg pertama
- tiada bukti siapa yg membuat ucapan apa ketika di perhimpunan tersebut.

Subhanallah... another sloppy job?
Bukankah isu menghasut, mengajak rakyat menumbangkan kerajaan dan berhimpun secara haram adalah SATU KES YG SERIUS? pegawai polis kelas apa yg ditugaskan buat keje ni?
Takkan takde polis yg pergi menyamar dan buat video ttg siapa yg bercakap apa?

haaaahhhh... dah tak tau nak ckp apa lg dah...!

p/s: teringat masa kes Altantuya dulu bila Sirul dibicarakan. DSP yg bertugas ke rumah Sirul telah didapati:
-silap tulis nombor rumah Sirul (akibatnya peguambela made isu laa - what a silly and sloppy mistake)

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 7:32 PM

Aku terfikir kadang2 penyokong pr ni tak pernah fikir atau kaji ke setiap apa yang pemimpin depa cakap? Depa jenis telan bulat2 apa saja yang pemimpin dia cakap. Kawan aku soranh ni orang pas...dia percaya bulat2 pasal cincin 24 juta rosmah tu. Bila kata fitnah dia kata mana ada fitnah sebab dia baca paper UTUSAN tulis rosmah menabung dari kecil(paper utusan yang diedit). Dalam hati nak kata la hang kata utusan penipu tapi bab ni han percaya pulak . Bila suruh dia kaji balik paper tu hah baru dia ngaku kata dia tersilap info...hang dah fitnah orang senang2 sedap ja nak kata silap info. Sama la macam dalam laman sosial tu anwar kata tong gas naik Rm30 ramai percaya...bila bapak aku tanya kat abg aku hang beli ke tong gas mana hang tau naik? (Harga tong gas kat kedah Rm26.90 kalau tak silap).abg aku terus senyap. Aku cukup pantang orang dok percaya cakap anwar ni ikut cakap anwar jadi la bodo macam anwar kuat menipu!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 7:46 PM

@muhamad DanialPuak PR ni bukan hendak mencari kebenaran kerana dalam fikiran mereka Umno BN dah SAH salah. Apa yang mereka cari adalah cerita yang boleh menyokong apa yang ada dalam kepala mereka.

Anwar sedar benda ni .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 7:56 PM

Saya masih ingat lagi PR lah yang mencadangkan supaya dakwat kekal digunakan. Pada masa yang sama, mereka menolak cadangan spr untuk menggunakan sistem biometrik.

Sekarang, saya faham kenapa mereka beriya-iya benar nak menggunakan dakwat kekal dan menolak biometrik. Sistem biometrik memerlukan 2 alat iaitu mycard reader dan thumb scanner. Mycard reader digunakan untuk menguji ketulenan mycard dan membaca data yang disimpan dalam mikrocip. Manakala thumb scanner untuk mengimbas cap jari pengundi dan membandingkan cap jari yang yang disimpan dalam mycard. Oleh itu, sistem biometrik boleh mengelakkan pengundi mengundi 2 kali dengan 2 tapisan, sama ada mereject mycard palsu atau mereject cap jari jika mycard tersebut dicuri.

Inilah permainan sebenar pakatan rakyat kerana mereka pandai memanipulasi kelemahan dakwat kekal. Tanpa peralatan khas, adalah mustahil petugas spr nak menentukan sama ada mycard pengundi adalah tulen atau tidak. Juga adalah mustahil bagi petugas spr nak mengecam wajah beratus-ratus pengundi sama ada mereka telah mengundi atau tidak.

Bagaimana caranya untuk mengundi 2 kali tanpa dapat dikesan?

Katakan pengundi A telah melakukan pengundian pada sebelah pagi. Jari beliau telah dicalit dengan dakwat dan nama beliau telah dipotong dalam buku daftar pemilih. Beliau balik ke rumah dan mencuci dakwat hingga bersih. Beliau kembali semula ke tempat pengundian pada sebelah petang dengan menggunakan mycard palsu milik pengundi B.

Untuk pengetahuan semua, ejen-ejen parti politik akan bergilir-gilir mengikut shift. Maksudnya, ejen sebelah pagi tak sama dengan ejen pada sebelah petang. Petugas spr yang menjaga daftar pengundi juga bertukarganti pada sebelah petang. Oleh itu, wajah pengundi hantu ini tidak dapat dicam oleh mereka yang berada di tempat pengundian. KECUALI jika pengundi A yang menyamar dikenali sama ada oleh petugas SPR atau ejen parti. Oleh itu, aktiviti mengundi 2 kali berkemungkinan besar boleh berlaku di bandar-bandar besar kerana pengundi biasanya tidak dikenali oleh sesiapa pun. Secara kebetulan, BN mengalami kekalahan di kawasan bandar-bandar besar (pssstt....ni bukan tuduhan ye, mungkin secara kebetulan jer kot)

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 8:30 PM

@AnonymousLepas hari ini tak semestinya ESOK tak boleh tahan balik.... kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 8:35 PM

@AnonymousMengundi lebih dari sekali jika NIAT itu ada.

Bila dah pasang niat, otak pun ligat lah ...

Buatlah sistem apapun, pasti ada kelemahannya. TAPI untuk beri kesan pada keputusan, mesti berlaku dalam bilangan yang BESAR.

Perkara ini boleh dilakukan oleh mereka yang BERNIAT mahu tipu sistem DAN JUGA mereka yang BERNIAT mahu tuduh SPR tidak jujur. Untuk golongan kedua ini, tak perlu bilangan yang ramai, cukup sekadar beberapa orang je..... 8 ke...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 9:11 PM

akhirnya terbuktilah bahawa PR memang dari awal lagi MEMANG SENGAJA mahu buat huru hara dengan mengadakan Bersih kemudian diikuti dengan Blackout. memang dari awal lagi mereka merancang semua ini. sebab itu mati2an nak guna dakwat. sekarang kita dah nampak kan mengapa mereka naaaaak sangat SPR guna dakwat.

yang bodohnya ialah SPR sebab ikut sangat kehendak mereka. kerajaan lembik pun bahlol jugak sebab hapuskan ISA.

skrg tengok apa jadi? suka2 je buat demo sini demo sana. si penghasut pulak senang2 je dibebaskan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 11:13 PM

Sebenarnya yang bodoh ialah penyokong PR. Sebab dia percaya bulat-bulat pemimpin mereka. Siapa tak jadi pemimpin, ada kuasa, ada harta , ada ..ta. He .he. he. Penyokong PR yang haprak, jangan percaya ketua hang tu.. ada udang sebalik mee. Yang kena hukum nanti hang, depa lari nun jauh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2013 at 4:07 AM

SPR dah buat lapuran polis pasal dakwaan seorang pengundi yg beliau mengundi 2 kali di Pahang. SPR dah jelaskan apa hukuman yang bakal dikenakan sekiranya didapati ada unsur untuk menipu ketika mengundi. Mengeluarkan kertas undi dari Pusat Mengundi juga satu kesalahan. Hukuman agak berat juga. Kalau pengundi itu terlalu taksub nak menolong mana2 parti supaya boleh dikaitkan dgn konon nya SPR menipu, tetapi tak sedar hukuman yg menanti diatas kebodohan dia... naya lah nampaknya. Isu hasutan bertalu2 ni kalau org terpengaruh mengundang bahaya pada diri sendiri, agama dan bangsa. Hasutan pula jarang ditunjukkan dengan fakta. Kalau ada dalam ceramah disebut dengan nombor2, tempat atau lain2 sekali pun, tiada siapa yang boleh mengesahkan betul atau salah. Yang mendengar pula jarang nak check balik info dari penglipur lara ni. Siapa yang boleh menarik minat org untuk mendengar, dia lah penglipur lara terhebat. Kalau baru2 lepas PRU suka juga saya mendengar video dari pelbagai pihak, tetapi sekarang saya lihat hanya satu pihak saja yang masih cuba mengulek telinga pendengar. Saya pun dah bosan dengan keadaan yg tak habis2 ni. Saya dapati makin lama makin rasa mual pulak. Daripada tak ada rasa apa2, sy dah mula benci melihat gelagat orang2 ni. Seperti tak habis2 nak meracun minda org dengan dakyah tanpa tunjuk bukti. Ada yang konon nya bukti pun dah dijawab. Kalau betul dakwaan ada penipuan, repot lah pada SPR. SPR pun dah ckp mengalu-alukan repot kalau ada kerana mereka pun nak tau juga. Kita pun bukan bodoh sangat nak ambil saja apa org cakap. Skrg sy dan kawan2 dah meluat lah.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2013 at 6:08 AM

Anwar akan kalah petisyen kalau hanya isu dakwat kekal. Hakimnya bukanya bodoh macam dia dan penyokong dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2013 at 7:31 AM

Betul salah bg mrk tak penting, yg penting org percaya apa yg mrk nak org percaya. Mainan mrk adalah emosi dan persepsi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2013 at 11:22 AM

@Anonymous

BERSIH (yang kotor) adalah mekanisma mereka untuk menarik perhatian umum dari perkara sebenar yang mereka akan lakukan. Jika kita guna biometrik, susahlah mereka. Dakwat kekal boleh spin macam-macam. Kalau digunakan boleh cari kesalahan, tak gunapun boleh disalahkan. Win-win for them.

Strategi mereka adalah mengikut Sun Tzu Art of War dan The Secret Art of War : 36 Stratagems.
#1 :Cross the sea without Heaven's knowledge
#2 : Besiege Wei to rescue Zhao (Hentam BN, selamatkan DAP?)
#3 : Kill with borrowed knife (Guna PAS, Anwar?)
#4 : Await leisurely the exhausted enemy
#5 : Loot a burning house (Selangor?, Penang?, Kelantan?)
#6 : Clamour in the east but attack in the west (Kacau bilau dakwat kekal, hentam SPR)
#7 : Create something out of nothing (semua propaganda PKR terutama dari puak Anwar)
#8 : Openly repair the walkway but secretly march to Chen Cang
#9 : Watch the fire burning from across the river (Hasil PRU13?)
#10 : Hide a knife in a smile (DAP?)
#11 : Let the plum tree (PAS?) wither in place of the peach tree (PKR?)
#14 : Borrow a corpse (PKR?) to return the soul
#20 : Muddle the water to catch the fish. (Taktik kotor BERSIH)
#23 : Befriend the distant states while attacking the nearby ones (asyik minta tolng negara luar, tapi mengutuk negara sendiri)
# 30 : The guest becomes the host.
# 31 : The beautiful woman stratagem

SMY

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 5:01 PM

Pemimpinnya penghasut yang menaburkan racun fitnah. Perangai jahatlah namanya tu. Orang2 yang percaya hasutan tu merupakan manusia2 bodoh yang tidak menggunakan otak untuk berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2013 at 8:45 AM

sebab utama jadi macam ni adalah kebodohan semua pihak pemimpin tak kira apa jua bendera.... semua punca pergerakan suara hak rakyat la pe la... yang akhirnya menyebabkan ISA dimansuh... kalau ade ISA takde negara malaysia ni jadi macam ni... takde rusuh merusuh,, tujuk demo pe la sume.... ape la nak jadi kepada semua penyokong tak kira kerajaan ke pembangkang ke... terlalu fanatik .... berparti boleh tak alah... tapi jangan fanatik... kerana fanatik yang akan menghancurkan sesuatu organisasi, parti ataupun negara... walahualam

Post a Comment