........... Video seks Mat Spender - Persoalan2 Utama Yang DiTimbulkan Pro Pas Yang Sebenarnya BUKAN Persoalan UTAMA | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Video seks Mat Spender - Persoalan2 Utama Yang DiTimbulkan Pro Pas Yang Sebenarnya BUKAN Persoalan UTAMA

Friday, April 12, 20139comments

Saya ikut dengan penuh minat perkembangan media pro PR dalam isu  Mat Spender hari ni. Agak lambat respon bloggers mereka dan ramai yang hanya copypaste je artikel Mkini INI. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan dengan tumpuan kepada apa yang dinamakan sebagai PERSOALAN UTAMA yang bagi saya lebih bersifat MENYIMPANG DARI PERSOALAN UTAMA YANG SEBENAR.

Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno? Dan pelbagai KENAPA, MENGAPA, Wanita tempatan atau luar, wanita jual tudung atau jual makjun, bla bla bla ...... 

Tapi soalan yang BENAR2 UTAMA tidak pula ditimbulkan - BENARKAH MAT SPENDER ITU MUSTAFA ALI ? Atau secara nakal, milik siapakah suara I'M COMING ! itu ?

Bagi saya, segala persoalan sampingan yang ditimbulkan, biarlah disiasat oleh pihak Polis. Saya cuma nak tahu benarkah Mat Spender itu Mustafa Ali - itu saja. KLiK



Konspirasi ke, perangkap ke , apa ke .... saya tidak nampak sebarang unsur paksaan yang memaksa Mat Spender berada dalam bilik berdua2an dengan wanita yang bukan muhrim kemudian melakukan hubungan seks terlarang. Kalau itu perbuatan senggama laki bini, ngaku dan kita tutup kes ! Tapi kalau bukan ......... dan Mat Spender pula merupakan pemimpin tertinggi Pas ...... ? 

Saya tidak pasti apakah ada undang2 yang boleh menghukum pelakon video seks sebab pelakon china doll dulu pun relax jer ....takde sapa2 pun ambil tindakan. KALAU BETUL PUN Mat Spender itu adalah Mustafa Ali, apakah beliau boleh dikenakan tindakan undang2 ? Atas seksyen apa ? 

Saya melihat isu ini dari sudut MORAL, INTEGRITI, dan yang paling penting - HIPOKRASI !

Macam kes Mat Sabu 121, kes dibuang mahkamah kerana teknikal atas sebab saksi yang keliru dengan nombor bilik ...... Bagaimana pula dengan isu MORAL, kenapa tidak orang Pas teruskan juga siasatan dan tentukan benarkah Mat Sabu dan Normah yang merupakan isteri orang lain, berada dalam satu bilik berdua2an, dan dalam keadaan yang mencurigakan. ITU ISU PALING UTAMA.

Sama juga dengan Mat Spender - Adakah Mat Spender itu Mustafa Ali ? Itu yang seharusnya menjadi persoalan utama orang Pas kalau benar mereka memperjuangkan Islam ! 

Apakah orang Pas tak kisah kalau mempunyai barisan pemimpin yang mempunyai isu MORAL MAKSIAT tapi terlepas kerana faktor teknikal ?


Ayat terakhir Mkini yang turut disebar oleh media pro Pas - Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.


Sekalipun benar-benar wujud ..... ? Orang Pas TAK KISAH kalaupun ianya benar ? ?

Jika begitulah gayanya - TOLONG JANGAN GUNA NAMA ISLAM ! !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 3:16 PM

Din..hairan, dlm banyak skandal seks kenapa yg perempuan tidak disiasat...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 3:27 PM

PASporno....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 4:59 PM

pas bukannya islam dan islam bukannya pas kerana pas ialah :-
pengikut ajaran sesat ...
pengikut amanat songsang ...
pengikut ajakan setan ... (nak bersahabat dengan iblis)
pengikut agama syiah ...
puak asobiyah sejati ... puak dia buat semuanya benar dan akan dipertahankan walaupun pebuatan mereka mungkar ... puak yang lain dipersalahkan walaupun perbuatannya benar ...
pu.. anta suka ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 5:05 PM

Semasa kes video china doll tu, saya ingin melihat sejauh mana Anwar bersungguh-sungguh membuat penafian demi menjaga maruahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Tapi hampa sama sekali, Anwar mempertahankan dirinya hanya dengan air liur semata-mata tanpa sebarang tindakan berkesan. Maksud saya Anwar sepatutnya serta-merta menyaman Eskay dan mengheretnya ke mahkamah kerana memfitnah. Pada masa yang sama juga sepatutnya beliau segera melakukan sumpah mubahalah atau sumpah laknat. Selain itu, beliau juga boleh melakukan ujian. Ujian dna tersebut diperlukan untuk membandingkan dna beliau dengan dna pada jam omega yang berada dalam simpanan pihak polis.

Saya amat-amat kecewa dengan Anwar kerana tidak bersungguh-sungguh dalam membela maruah dirinya. Fitnah yang boleh mengaibkan beliau dan keluarga beliau tapi dilayan seumpama fitnah biasa saja. Kita sudah pasti dapat mengagak sama ada orang yang difitnah itu benar atau tidak melalui tindakannya. Tapi memang mengecewakan sekali kerana itu tidak berlaku kepada Anwar.

Sekarang, mari kita fokus kepada video yang pelakunya mirip seorang pemimpin kanan PAS. Saya lebih suka melihat kenapa bagaimana pemimpin PAS ini melakukan tindakan. Adakah beliau akan bertindak bacul seperti Anwar atau akan mempertahankan maruahnya dengan tindakan yang sangat meyakinkan. Kita tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 5:40 PM

Salam

Hukum hudud pas kelantan dulu sapa yg buat ye? Rasanya syarikat guaman sapa? Tak ingat la pulak. Tapi yg pasti- su pas tu tahu sapa yg edar video tu. Mungkin dah diugut, tapi tak percaya wujud video. La ni tengah cari idea nak pusing cerita. Asalkan penyokong tegar percaya cukup la. Dap tak kisah. Pkr no prob. Lgbt pun kami sokong. Bagi mereka umno dan bn perlu dimusnahkan dahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 6:36 PM

"Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti."

Orang ramai memang cukup meluat tapi bukan dengan BN.. tapi dengan PR yg tak sudah2 dengan skandal sex! Kalau nak buat kerja pun .. boleh tak bijak sikit jangan sampai tertangkap?

Nak manage personal life pun tak tahu.. ada hati nak manage the whole country. Giler apa!

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2013 at 6:46 PM

@Anonymousbila melibatkan orang yang ada nama baru dipanggil SKANDAL. Jadi yang jadi perhatian adalah orang yang ada nama itu, tak kiralah lelaki atau perempuan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2013 at 1:08 AM

@Anonymous

lagi banyak kebejatan, lagilah Dapig suka...hik, hik dapat pulas telinga, Bro!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 5:45 PM

ini saya copy paste dari sebuah blog lain mengenai video boleh diedit atau tidak..agak berguna..



Kalau seseorang belajar CGI / image tampering ..akan tau video di atas adalah asli.

Video begitu mudah dibuat ? Boleh dibuat tetapi tidak MUDAH.

Jika dihasilkan ditangan amatur dengan mudah nampak ketidakasliannya. Jika dihasilakn oleh professional, memerlukan bukan seorang tetapi ramai orang..yang akhirnya mengundang risiko rahsia terbongkar.

Jika mudah dihasilkan drama / filem Malaysia tentu banyak sekali menggunakan teknologi begini. Namun setakat ini belum ada filem Malaysia menghasilkan imej tukar rupa tersebut.

Tetapi dari pengamatan aku yang terlibat dengan bidang video CGI ni, video di atas adalah asli.

Secara asas teknikal aku dah proses gamma/hue, memang tiada imej tampering.

Kalau di bawa kepada Dr Hany Farid (pakar komputer sains di dalam imejan) nescaya keaslian video ini akan serupa dengan video Anwar Ibrahim.

Basic kaedah Dr Hany Farid ialah menganalisi sumber data di dalam komputer iaitu unit binari iaitu bit/byte atau 0 dan 1.

Jika terdapat ketidak seragaman dari segi unit binari , maka dengan mudah diketahui ketidakaslian video tersebut.

Pendekata formula beliau akan menguji imej tersebut seperti pakar menentukan samada segelas air masak jernih yg tampak sama pada mata kasar manusia dengan air yang belum di masak.

Pada peringkat molekul, terdapat perbezaan nyata di antara air yg dimasak dengan yang belum dimasak walaupun nampak serupa di mata kasar.

Begitulah pada imej digital yang telah diedit. Pada peringkat binari, akan terdapat perbezaan nyata jika seseuatu imej tersebut diubahsuai.

Post a Comment