........... Video Seks Mat Spender - Nak Ikut Ajaran Haji Hadi Pun Payah ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Video Seks Mat Spender - Nak Ikut Ajaran Haji Hadi Pun Payah .....

Sunday, April 14, 201316comments

Saya tertanya2 ..... Hadi dah tengok ka video seks Mat Spender sebelum keluarkan kenyataan hari Jumaat lepas ? Atau sebab ianya melibatkan imej Setiausaha Agung Pas maka Hadi terus anggap video itu sebagai TIDAK SERIUS dan ianya sebagai satu FITNAH ? 

Tidak terlintaskah Hadi untuk lakukan siasatan dalaman terlebih dahulu ? Tonton dan lihat serta dengar dulu ... errr.... niat untuk mencari Kebenaran. Sebab dalam komen Hadi sepertimana disiarkan Sinar @ Bernama, beliau tidak komen apapun tentang isi kandungan video ...samada ianya superimposed atau melibatkan pelakon seiras wajah dan susuk tubuh, tapi Hadi terus main pukal, menyifatkan semuanya sebagai fitnah

"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,"

TIDAK BENAR dari segi apa tidak pula Hadi sebut ... 

Artikel sebelum ini - KLiK,  saya dah tulis dari segi LOGIK kenapa dakwaan pencacai Pas yang video itu adalah hasil superimposed tampak tak logik. Dan ada satu komen dari seorang yang bernama Sutan Jamaludin yang saya mahu kongsikan dengan anda -

Dari pengalaman aku menonton drama & filem Melayu dan adakalanya aku ditugaskan mengkritik filem & drama Melayu untuk dijadikan artikel, bukan senang seseorang pengarah atau penulis skrip nak hasilkan skrip yang natural seperti yang diperbualkan oleh dua watak dalam video tersebut. Nak-nak pula pengarah & penulis skrip di Malaysia ni.

Isi perbualan mereka (watak-watak) kedengaran sangat natural, tidak dibuat-dibuat, dilontarkan dengan sangat selamba, tidak seperti menghafal dialog.

Menurut komen kawan aku yang juga seorang produser, kalau la pelakon itu bukan yang tertuduh, bukan mudah bagi si pereka fitnah nak mencari seseorang manusia yang mempunyai susuk tubuh, raut wajah malah mampu pula mengucapkan dialog yang ada slang Terengganu yang sangat perfect. Maknanya, nak cari pelakon yang sebijik menepati kriteria bukan suatu kerja yang mudah malah sangat mustahil.


Point-point ini saja membuatkan aku yakin dengan KEBENARAN VIDEO itu.

.
Memang mengalahkan pelakon handalan Hollywood kalau aksi Mat Spender bersama pasangannya merupakan satu lakonan sebab terlalu NATURAL baik dari segi aksi maupun skrip !

Sebenarnya artikel kali ni saya nak puji komen MB MatSaid -

“Saya tidak berani komen sebab tidak mahu terlibat dalam memfitnah orang lain. Itu bukan prinsip saya. Kalau pasti betul dan disahkan, barulah kita boleh bercakap agar tidak jadi fitnah.

“Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak,”
SINAR


Ya, saya setuju yang kita kena tutupkan aib orang. Tapi untuk pastikan betul dan disahkan, kita kena tonton dulu kan ? Dan kena ada pihak yang buat laporan serta usahakan kearah membuat pengesahan video dan pengesahan identiti Mat Spender, kan ?


Saya dan ramai lagi dalam dilemma sekarang ni ..... Nak ikut cakap MatSaid atau nak ikut cakap Abdul Hadi ?

Sebab Hadi pernah tegaskan semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tahun 2009 -


Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. 



Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita  wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini. 

Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). 



Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.


Soooo .... bukankah pendedahan video ini memerlukan PENGESAHAN sebab ia melibatkan perkara maruah dan peribadi pemimpin ?

Bila kena pada pemimpin sendiri, kenapa lain pulak peel orang Pas, ek ? 

Kita bukan terus tuduh Mat Spender adalah sipolan sipolan .... kita cuma katakan yang muka, tubuh dan gayanya seIRAS dengan seorang pemimpin Pas, dan kita harap pengakuan ikhlas dari beliau dan dilakukan penyiasatan.


Ini tidak .... terus jer dituduh sebagai fitnah. Payahlah macam ni ..... kita baru jer nak ikut ajaran Haji Hadi ....

Dibawah saya copypastekan artikel berkaitan dari portal pro Pas-



PS - Oya, Nik Aziz belum komen lagi kan ? Agak2 ada reaksi tak dari benda dalam kain beliau ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 1:06 AM

Isu ini mudah. Contohnya kalau ada 'pelanduk' hantar rombongan untuk menyunting bunga tahi ayam dalam taman Pas.

Logiknya sudah tentu Pas akan siasat latarbelakang pelanduk berkenaan.

Dan kalau dalam siasatan berkenaan Pas terjumpa video ranjang mirip si pelanduk, apakah Pas akan terima juga pinangan dari pelanduk kerana percaya ia satu fitnah dan pelanduk dua serupa?

Bukankah Pas sepatutnya siasat ketulenan video berkenaan terlebih dulu sebelum menyerahkan bunga tahi ayam untuk dijadikan pasangan sang pelanduk?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 1:14 AM

Terbaik Din. Kita mau penjelasan dan pemurnian dari pemimpin. Saya lebih setuju pendapat HH berbanding Md Said. Ini moral pemimpin bukan org kebanyakan. Sbb itu patut kita dedah. Pemimpin rasuah, kaki judi, peminum arak dan segala macam yg tidak bermoral patut didedahkn. Termasuklah skandal sex!!!!. Ya aib org patut kita tutup tapi mereka pemimpin. Kalau pemimpin sah senget jalannya mcm mana mau memimpin rakyat.
Kita mau mencari kebenaran bukan mau menuduh sembrono. Saya tgok dan pada pengamatan 90% adalah STOPA dan 99% DSAI. JADI sebagai rakyat saya mau penjelasan jitu. Bukan jawapan yg memperbodohkan minda saya seperti yg diberi oleh Salahudin Naib Presiden PAS atau HH. Jawapan mrk bersifat assobiyah!!!. Kalau PAS jujur kredibilitinya pada rakyat akan meningkat sbb STOPA adalah seorang ahli dan salah seorang pemimpin PAS. Perbuatan STOPA bukan melambangkn PAS. Tapi PAS memilih jalan SALAH terutama HH dgn cara mengelirukan rakyat. Sehingga komen ini, saya masih mau berbaik sangka dgn anggapan wanita sexy itu isteri STOPA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 1:18 AM

apa saja peraturan atau tegahan dalam agama sepatutnya terpkai untuk semua penganut.

adalah tidak adil kalau satu puak boleh mengaibkan pihak lawan sedangkan pihak lawan tidak boleh mengaibkan calon YB mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 1:56 AM

tp.semalam heboh ckp stopa letak jawatan dlm blog pro umno.pastu stopa ckp yg itu semua fitnah n dia still.pegang jawatan tu n x pernah letak jawatan.lepas tu semua blog umno terus cerita bab lain...hahahaha
bro..teruskan mainkan isu no bro..yg nyata bloger umno semua dh masuk perangkap dlm.isu ini..isu ini akan terus diputarkan oleh bloger pr smpai pru dan kerosakan akan ditanggung umno...hahaha...patut la aku tgk blog umno dh kurang main isu ni.n sesetengah lansung x mau sentuh isu ni...hahahhah...hebat psywar pr..apapun isu yg dtg..najib yg tanggung..

....................
Reply To This Comment ...................
April 14, 2013 at 2:53 AM

@AnonymousEh, ini isu politik ke ? Laaaa..... saya ingatkan ini isu MORAL PEMIMPIN ISLAM PAS !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 6:07 AM

@Anonymous

Yalah...dah agak dah PAS sama hipokrit dengan DAP dan PKR, memang tak letak jawatan punyalah.

Itu hak orang PASlah, kalau dia tak kisah penzina jadi ketua Parti Islam diorang, ikut dioranglah!

Memang dah tau dah, pengikut PAS memang macam kerbau dicucuk hidung, ikut je apa ketua diorang nak!

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 14, 2013 at 6:49 AM

Pendapat peribadi saya,aib seseorg dan dosa tersembunyi, dan tidak melibatkan penganiayaan terhdp org lain, bukan pula utk pengaduan kpd hakim ttg sesuatu kes, tidaklah seharusnya disebar sebarkan, dan dlm isu ini yg aib bukan peribadi pelakunya sahaja, bahkan keluarganya juga.
Saya mengambil teladan dari pertanyaan Saidina Umar r.a. kpd Hudzaifah Ibnu AlYaman r.a. ketika baginda Amirul Mukminin menjadi khalifah, samaada ada diantara wakil wakil baginda org yg munafik, beliau tidak menyebutkannya walaupun beliau mengetahuinya bahkan menasihati Umar r.a. membuat penelitian sendiri, sdgkan dlm hal ini , soal pemilihan wakil yg menjadi gabenor wilayah pendedahan lbh aula dibuat kpd pemimpin tertinggi dan ini tidak pula didedahkan kpd khalayak umum.
Isu periwayatan Hadis, adalah isu yg berlainan dan itupun terbatas utk menilai kebolehpercayaan sifat ta'dil dan daya ingatan seseorg perawi sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 6:50 AM

Din...kaedah melindungi aib ni diputarbelitkan ulama jahat, kalau dikaji tafsiran ulama terdahulu, aib yg dilindungi maksudnya seperti kecacatan atau kelemahan manusia lain, contoh sifulan yg lemah tenaga batin, cacat anggota atau bodoh atau kemiskinan melarat, aib ini tidak harus digembar gembur.
Tapi kes ini bukan berkenaan aib, ianya bagi melindungi masyarakat/umat dari kejahatan individu dari terus melarat dan menjadi satu kebiasaan kepada manusia lain. Kejahatan ini harus dihentikan dengan pendedahan, dlm hal ini terpaksa didedahkan kepada umum kerana penguatkuasaan selalunya gagal dan pemimpin sealiran mengamalkan assobiyah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 7:38 AM

Berbalik pd soal prinsip, klau dulu TG hj hadi kate video tue besi xleh pkai buat bukti, maka skang dh terhidang dpn mata. Klau ambil kira prinsip video tue besi, mmg betulla prinsip yg dia pegang, ttp, dgn muka selamba shj pentaksub2 pas menuduh ini kerja/petbuatan org umno, maka dimana sbnrnya prinsip keadilan di'tendang terajang' oleh org2 pas? Sedangkan prinsip keadilan itukah yg diajar oleh islam termasuk menyelidik dulu sebelum menuduh org lain. Atau mgkin prinsip adil itu hya terpakai utk org pas? Atau mgkin definasi pas utk adil itu spt takrif adil oleh pkr? Org umno, pegi mampusla! Bnda yg dia tak buat pun takpe klau kita tuduh dia sbb umno tolok isle ambil kebangsaae!!!

Bukti yg 'hearsay' cth: najib bunuh altantuya, bukan main lg diarang percaya. Siap yg xderbukti tiba2 diada2kn, sisp ader skrip lg masa pembunuhsn, itu yg mereka percaya! Akhirnya, benda2 mcm gini, pd saya bukanla soal nk menang pilihanraya, @ nk raih undi. Ttp ia persoalan integriti dan kredibiliti. Klau rujuk kpd respond pimpinan pas dlm isu ini, mmg jelas yg amat2 sgt mcm mana deme menghidangkan jwpn2 yg amat2 memperbodohkan rakyat. Jadi adakah pimpinan begini yg kita nk harapkan utk memimpin negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 8:22 AM

Saya rasa MB MatSaid terpaksa membuat kenyataan sebegitu supaya umno terengganu tidak dikaitkan atau dituduh terlibat sama ada sebagai pembikin atau penyebar video. Biasalah puak2 ni mesti nak cari kambing hitam untuk dipersalahkan. Dah banyak kali dah umno dipersalahkan sebab itulah MB MatSaid kena berhati2 dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak dieksploitasi oleh sesiapapun khususnya pihak pembangkang. Menyalahkan umno memang dah menjadi sop bagi mereka.

Di sini kita dapat melihat 2 perkara tidak berlaku iaitu laporan polis dan siasatan ketulenan video oleh wakil pas sendiri. Di pihak Stopa sendiri, juga tidak berlaku 2 perkara iaitu melakukan sumpah mubahalah dan menyaman pihak2 terbabit. Saya juga inginkan kepastian sejauh mana pas berpegang kepada kebenaran dan telus dalam melakukan siasatan dalaman. Saya percaya, sama ada cepat atau lambat, pas pasti akan melakukan siasatan dalaman atas desakan akar umbi supaya imej pas sebagai parti yang bertunjangkan islam sentiasa dilihat bersih dan tidak tercemar dari sebarang kekotoran.

Cuma, saya mengharapkan hadi mengumumkan keputusan siasatan tersebut dan kali ini hadi mesti menyatakan pendirian pas dengan tegas dan tidak lagi berselindung di sebalik hujah fitnah. Saya juga mengharapkan nik aziz tidak mengeluarkan fatwa merapu dan merepek semata2 untuk membela stopa.

Jika pas masih juga berdegil dan tidak mendengar desakan akar umbi, pas pasti akan menerima akibatnya. Antara akibatnya ialah Allah akan menarikbalik kelayakan pas dalam melaksanakan hukum hudud kerana terbukti pas tidak berlaku adil serta berat sebelah jika menimpa kepada pemimpin sendiri. Akibat kedua ialah 5 Mei akan menyaksikan kejatuhan pas secara besar-besaran di seluruh negara akibat sabotaj dari ahli sendiri yang tidak berpuashati dengan penjelasan pas. Akibat yang ketiga ialah pas akan dikuasai oleh golongan anwarinas dan golongan ulama akan terpinggir satu demi satu. Ini bagi memastikan pas akan sentiasa berat sebelah dalam menyatakan pendirian jika berlaku lagi salahlaku seks yang melibatkan pemimpin pr pada masa akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 9:12 AM

@Anonymous

Pas 'terpaksa' berlaku adil, Bro. Pada siapa? Pada S/u depalah.

Maksudnya, kalau depa boleh terima mantan TPM Umnu sebagai PM-in-waiter, tak adillah S/U sendiri depa tak terima.

Saya itulah sebabnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 10:25 AM

DT,

Rasa-rasanya Pas tentu akan membuat siasatan dan tindakan dalam isu ini. Cuma masanya bukanlah sekarang. Adalah tidak sesuai isu sebegini di tangani sekarang ini.

Sekarang adalah masa amat kritikal untuk mengejar Putrajaya. Putrajaya adalah pririoti pertama sementara lain perkara akan jadi prioriti kedua, tiga dan seterusnya.

Meskipun nampak macam 'kuasa' didahulukan yang lain dikemudiankan, namun kita kena faham bahawa Pas adalah parti politik sama macam lain-lain parti politik.

Dan kalaupun Pas berbeza dari Dap dll dari sudut perlembagaan parti, tetapi dari sudut Putrajaya mendahului segalanya, tang ini mereka tidak berbeza.

Sama ada kita perasan atau tidak, kepincangan yang didedahkan oleh ahli Dap dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, banyak pertaliannya dengan pengagihan 'tongkat kuasa' dan kek ekonomi kalau sekiranya Putrajaya dapat mereka cengkami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 10:35 AM

Aaaahhhhh!!!!!cerita byk x mau.pru ni aku,bini aku,mak ayh aku dan adik beradik aku semua sokong umno/bn.

So what???????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 11:37 AM

Dlm dunia ini semua parti politik berjuang utk memenangi hati pengundi2 dgn menawarkn DASAR dn KAEDAH pentadbiran.Cuma ada satu saja parti politik yg menggunakn cerita SEX dn LUCAH utk memenangi hati pengundi mereka.Itu lh UMNO.Video SEX dn cerita LUCAH musuh mereka berlambak,jika di himpun mampu memenuhi ruang legar PWTC.Tiap2 tahun mereka berkumpul dlm Persidangan Agung bukan utk merangka HALA TUJU parti mereka tetapi menerbit kn cerita LUCAH kerana otak mereka cuma memikir kn hal SEX.Dr macai2 hingga ke guru2 pondok,itu je lh yg ada dlm pemikiran mereka!Itu lh MENTALITI UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
April 14, 2013 at 12:34 PM

@AnonymousMasalahnya ramai pemimpin PR yang suka dipihak PELAKUnya tapi waktu sama suka CAKAP BANYAK.

Kalau tak buat, takdeah cerita kan ? kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2013 at 5:59 PM

@Anonymous

Umum sedar Najib tidak pernah memfitnah Pas tetapi bagaimana dengan Pas?

Bila video CLs keluar PRU lalu, siapa yang mendapat laba? PR atau BN?

Makanya bolehlah dikatakan kemenangan PR pada 208 adalah atas ehsan video berkenaan?

Post a Comment