........... Tarikh PRU13 - Relakslah Pas, Kenapa GABRA Sangat Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tarikh PRU13 - Relakslah Pas, Kenapa GABRA Sangat Ni ?

Wednesday, April 3, 201319comments

AJK Pas Pusat Idris Ahmad cuba memberi nasihat kepada RAKYAT supaya jangan leka dengan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyembunyikan tarikh pembubaran parlimen dan PRU13. Kononnya - 

“Beliau hendak rakyat, termasuk penyokong Umno hanya bincang bila tarikh pembubaran Parlimen dan tidak bincang masalah negara dan masalah peribadi,” Harakah

TAPI dari pemerhatian saya, yang LEKA dan SYOK melayan isu tarikh PRU13 ini adalah kebanyakannya orang Pas saja ! 

Dalam masa setahun ini, puak pembangkang terutamanya Pas lah yang begitu sibuk membuat teka teki bilakah tarikhnya. Orang lain walaupun tertanya2 tapi tidaklah seghairah orang Pas.

Cuba tengok artikel2 yang melibatkan pemimpin2 Pas yang terlalu asyik dengan ramalan tarikh PRU 13 -

Hadi Awang : UMNO Guna Nasihat Bomoh Tentukan Tarikh PRU13.- 2 APR

Hadi terpaksa cover line dia dah jumpa bomoh nak tanyakan bila tarikh PRU, sebelum orang bercakap baik dia tuduh Umno dulu !


PAS jangka PRU13 akhir Mei - 2 APR

Mustafa Ali ambil keluar kalkulator untuk buat kira-kira ... "Jika dikira 60 hari itu, dari 27 Mac lalu, pilihan raya umum akan diadakan tidak lewat dari 25 dan 26 Mei, atau paling lewat 27 Mei ini,"
  
Tarikh pilihan raya lebih payah dari hari raya - 2 APR

Tuan Ibrahim berselindung disebalik penentuan tarikh Raya nak menutup kegelisahannya ...  Pilihan raya: teropong -» nampak bulan -» cancel -» teropong lagi -» nampak bulan sabit -» cancel lagi -» teropong lagi -» nampak roket -» cancel lagi
Punya payah nak pilih tarikh.....

Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13 - 1 APR

Editor Harakah menyembunyikan keresahannya disebalik apa yang didakwa sebagai keresahan TPM 

Jangan terlalu fokus tarikh PRU13 - Mustafa  - 30 MAC

Dalam ramai2 pemimpin Pas, Mustafa lah yang paling banyak buat tekaan akan tarikh PRU13, sekarang dia cuba nasihat orang supaya jangan terlalu fokus dengan tarikh itu ! 

 Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno? - 29 MAC

Editor Harakah cuba berselindung disebalik cubaan melaga2kan pemimpin Umno

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Teka-teki tarikh PRU13 dijangka berakhir 26 Mac - 23 MAC

Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar! - 20 MAC
 
Berita angin Parlimen akan dibubarkan hari ini, 20 Mac tersebar sejak beberapa hari lalu Menurut berita angin itu, penamaan calon akan berlangsung 30 Mac manakala pilihan raya akan berjalan pada 13 Mac nanti.


4 kali ramalan tarikh bubar parlimen  terlepas - 24FEB 

Begitulah rungutan Nasruddin ..... Siapa suruh ramal banyak2 ?

 
Yang paling ramai sebarkan berita angin itu adalah pencacai Pas ! Ingat tahun lepas semasa kecoh konon Najib mahu adakan PRU masa musim Haji ? Berdebat sampai habis keluar hujah dan fatwa bagai .... semua kerja Hadi lah.


Itu belum kira reaksi spontan ala kera kena belacan yang ditunjukkan oleh pencacai Pas bilamana tersebar gambar kereta PM masuk Istana Negara.

Ni satu lagi contoh dari tahun lepas dimana Mustafa Ali duk meroyan hal tarikh ni -

Tarikh PRU: Ini kena tanya Rosmah - 5 APR 2012

Habis diungkitnya dengan Rosmah sekali.  Kemudian ditambah lagi ramalannya - Rasanya Jun hingga pertengahan Julai kerana selepas itu ialah bulan Ramadan, Hari Raya dan orang bersiap hendak pergi menunaikan haji

Bayangkanlah banyak mana masa terbuang duk bincangkan hal tarikh PRU13. 

SEKARANG ni dah tak banyak beza pun bila Najib nak bubarkan Parlimen atau bila nak ditetapkan PRU13. Hujung Mei kena buat dah. Tapi itu pun pemimpin Pas masih nak buat ramalan lagi, siap sindir2 Najib main bomohla .... alahai, kesian kat Pas.

Apakah hari ini Parlimen akan dibubarkan  ? Apa bezanya hari ni ke, besok ke, minggu depan ke ? Kan Pas dah berkempen selama 5 tahun tanpa henti, back-to-back sejak PRU12 lagi ?

Jadi kepada Pas - Janganlah GABRA ! Sejak akhir2 ini ramailah pemimpin2 Pas yang mengeluarkan kenyataan yang entah apa-apa, semua itu menunjukkan tanda2 Syndrom Akut GABRA PRU.... Relaks la.  

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 6:05 AM

Dia bukan apa tu. Bila lambat lagi bubar, Calon PAS risau takut nama yang disenarai telah di NYAH SENARAI. tu yag kelang kabut tunggu pembubaran Parlimen.he..he..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 6:52 AM

Tu semua tanda2 orang yang nak kalah dalam pru nanti. Gelisah macam cacing kepanasan hanya untuk orang yang kurang confident untuk menang. Orang yang gerenti menang, biasanya relax jer. PAS nampaknya bakal tumbang dan mengalami kekalahan secara besar-besaran bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana undi protes terhadap tindak-tanduk PAS selama ini. PAS sudah semakin tersasar dari perjuangan asalnya sejak bertahaluf dengan DAP dan PKR.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 7:19 AM

Selalunya orang yang tak sabar-sabar menunggu sesuatu tarikh itu adalah orang yang mempunyai niat-niat tertentu.

Seperti kanak-kanak yang tak sabar menunggu tarikh hari lahir mereka kerana selalunya pada hari itu ibubapa akan memberikan mereka hadiah. Begitulah juga keadaan bila seseorang itu menunggu keputusan SPM. Yang yakin lulus cemerlang akan tidak sabar menunggu tarikh keputusan diumumkan. Tetapi yang yakin gagal pula mahu tarikh keputusan dilewat-lewatkan.

Mungkinkah ketidak-sabaran puak-puak PAS ini menunggu tarikh pembubaran Parlimen ada berkait rapat dengan ura-ura yang kita dengar mengenai agenda-agenda tersembunyi puak Pembangkang yang lain??

Wallahuallam


http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 7:27 AM

@Malaysian CybertrooperSemakin lama semakin banyak kelemahan PR diserlahkan... dan semakin ramai ahli Pas bertanyakan kewajaran bertahaluf dengan Dap... makanya mereka mahu cepat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 7:36 AM

payah nak maintain RM tu heheheheehe.. mereka juga mengharap parlimen bubar awal so negeri under pakatan rule yg tak expire lagi tak perlu bubar sama so depa dapat full force untuk parlimen....kannnnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 7:41 AM

Punya gelap hati tuan man nk backing kawan. Sejak bila logo pkr tu bulan sabit?xnmpk mcm bulan sabit pon,mcm cap mata satu ada la. Nk cakap cap mata satu malu la tuh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 8:03 AM

Terdengar rumors orang kata Najib lambat nak tentukan tarikh sebab MCA tuntut lebih kerusi betanding. Tak tau betul ke tak. Tapi kalau betul mereka nak kan lebih lagi kawasan majority melayu kah? Undi kesian orang Melayu membolehkan mereka meneraju Negara ni. Very sad indeed. Dalam Utusan sebut mengenai MCA memberitahu dengan bangganya kejayaan mereka. Diantaranya Najib menyediakan lebih banyak Tanah dan peruntukan utk sek Cina, hampir 50% penerima biasiswa JPA jatuh ke tangan Cina, lebih 80% penerima pinjaman IKS adalah Cina. Berjaya sungguh transformasi Najib ni. Kalau PR tu lebih baik, sudah tentu saya tak akan undi Najib punya kerajaan. najib nasib baik sebab PR lebih teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 8:06 AM

dalam kalut salah teka tarikh pru13 sejak 2-3 tahun lalu, Pas telah berkali2 umumkan projek pecah tanah setiap kali diyakini pru13 makin dekat. justeru itu, beberapa projek seperti stadium, bullet train, pelantar minyak on-shore, stesen angkasa lepas dll telah siap dibina di klate oleh sorang ahli exco pecah tanah. yg kena tipu jadi tukang pecah tanah adalah tak lain tak bukan YAB MB ber*uk tua hahahaha. meh layan clip sat :

http://www.papagomo.com/2013/04/video-bakal-mb-kelantan-yang-dikenali.html

hadis sahih kata mungkir JANJI itu sifat orang munafiqqqq.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 8:39 AM

yang pasti kami sekeluarga tidak akan undi pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 9:21 AM

Kalau Pas idup zaman rasul, tang bila sang rasul nak tetap tarikh itu dan ini akan juga Pas pertikaikan...jahanam, Bro. he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 9:33 AM

Pas sepatutnya jadi mata dan telinga rakyat dalam soal siapa calon yang bakal dipilih oleh PKR atau Dap.

Apa yang rakyat nampak setakat ini adalah Pas seolah-olah tidak langsung jadi mata dan telinga rakyat dalam hal menentukan siapa calon yang bakal dipilih oleh PKR /Dap.

Maksudnya, kalau kayu yang dipilih oleh PKR/Dap maka kayulah yang akan memimpin PR sebaliknya kalau batu yang terpilih maka batulah yang akan menakhodai mereka.

Inikah yang dimaksudkan sebagai tahaluf siyasi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 10:05 AM

walaupun aku tak setuju dengan pas ... tetapi kali ini aku setuju dengan mustapa ...
kita kena baca apa kata perlembagaan dan undang-undang.
kata mustapa betul dun paling awal terbubar dengan sendiri ialah n9. jadi pr perlu diadakan sebelum 60 hari dari tarikh dun tersebut bubar. kalau melebehi dari tarikh itu ... pr untuk dun n9 akan menjadi masalah.
mana-mana puak yang tewas dalam pr di n9 akan membawa kes ke mahkamah untuk diputuskan oleh mahkamah samada pr tersebut sah atau sebaliknya. dan ini menyukarkan untuk membentuk kerajaan.
mendengar berita pm akan ke mekah tidak berapa lama lagi ... maka aku jangkakan pm akan umunkan pru selepas beliau balik dari mekah ... cuma aku tidak pasti tempoh minima untuk mengadakan sesuatu pr selepas dewan bubar. pru akan diadakan diantara tempoh minima dan maksima tersebut. tempoh minima ialah tempoh masa yang ada pada pm untuk bubar pru sebelum tempoh maksima dun n9 iaitu 27 mei 2013. cuba din ambil kalkulator ....

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 11:16 AM

@AnonymousSecara umumnya, ada yang tak kena dengan cara orang cina kita dibesarkan. Mereka tidak dididik untuk hidup BERSAMA orang Melayu....

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 11:18 AM

@AnonymousPoint yang bagus ! Ya saya setuju. Seharusnya menjadi tanggungjawab Pas menapis calon pemimpin dari kalangan rakan2nya tapi seperti yang kita semua tahu, takat manalah suara Pas dalam PR ...

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 11:20 AM

@AnonymousBukan diumumkan masa Najib pakai ihram ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 10:19 PM

Salam & respect to all
Entri yang menarik. PRU13 memang key yang hot sekarang ni. Jentera Perang Poster dan Kempen kat luar sana just tunggu semboyan aje nak bermula. Harap-harap segalanya berjalan lancar untuk kali ke 13 ni. Yang dah layak undi jangan tak undi! Itu hak kita..

• Laman terakhir dilawati: Hootoh Blog
• Track Entri: Kata-Kata Semangat Hari Pilihan Raya
Pilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 11:58 AM

Kadang-kadang aku pon pelik kenapa perkara yg PASTI TIBA kita dok kusut fikir..Lamabat atau cepat berani atau tidak PRU akn smpai dn suka atau tidak umno/bn terpaksa berhadapan dgn rakyat.Kalau dh berkhidmat pada rakyat sehabis baik,apa lagi nak takut?

Daripada pencacai PAS dok kira dn meneka hari PRU baik diaorg meneka hari mati masing2.Bila nk mati.Kalau diaorg bersungguh-sungguh mengira hari mati spt mengira tarikh PRU,InsyaAllah ahli Pas bukanlah spt ahli Pas yg ada skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2013 at 2:54 PM

eh bodohnya artikel ni.umno penakot dah nak pilihan raya baru nak bagi mcm2.wat pa termakan budi kalau tergadai body

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2013 at 2:55 PM

@AnonymousHahahahahaha ....

Post a Comment