........... Surat Sokongan Yusuf Qardhawi Kepada Anwar - Benar ? Palsu ? So What ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Surat Sokongan Yusuf Qardhawi Kepada Anwar - Benar ? Palsu ? So What ?

Monday, April 29, 201323comments

Saya ingat nak rehat sikit hari ni tapi seorang rakan telah minta saya komen mengenai surat sokongan terhadap Anwar yang kononnya datang dari ulama Yusuf Qardhawi.


Nik Aziz pula telah 'melancarkan' surat sokongan itu beberapa hari lepas. Mkini 

Surat bertarikh 2 Mac yang ditujukan kepada rakyat Malaysia itu berbunyi -

"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim,
“berdasarkan sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia,"


Peeeergh ... korang percaya ke surat itu datang dari Yusuf Qardhawi ? Dia punya BODEK tahap gaban beb ! Macam bunyi surat sokongan dari bekas majikan untuk diberikan kepada penemuduga tempat kerja baru.....  tapi surat itu kita tulis sendiri !

Maksud saya surat itu terlalu spesifik untuk seorang luar.... dan sejak bila pula Yusuf Qardhawi mula berikan surat sokongan  @ campurtangan dalam hal ehwal politik negara lain ?

Mungkin cai2 PR akan kata - Eleh, bila ulama tu tulis puji2 Anwar, korang tak mahu terima pulak.....

OK, katakanlah betul surat tu dari Yusuf Qardhawi ....saya nak tanya balik kepada cai2 yang kononnya akan menyindir saya itu -

Sejak bila pula anda terimapakai surat sokongan dari Yusuf Qardhawi atau mana2 ulama ? Atau hanya yang menyokong agenda PR saja yang anda akan sokong sementara yang puji2 kerajaan akan dicop sebagai 'kena beli' ? 

Jika begitulah cara anda berfikir, baik anda klik keluar je, tak payah teruskan baca sebab takde gunanya bertekak dengan orang yang tidak boleh berfikiran terbuka.

Saya bagi contoh - adakah anda akan terima puji2an dan pengiktirafan dari pak2 Syeikh Al-Azhar terhadap Malaysia ? KLiK  

Mungkin ada yang kata - Pak Yusuf kita ni standard dia jauh lebih tinggi dari semua al-sheikhul al-Azhar. OK .... jadi anda YAKIN dan TERIMA apasaja kata2 Yusuf  ?

Ok......... bagaimana pula dengan  kenyataan dari Yusuf Qardhawi ini yang artikelnya dipetik dari The Austalian News ini ?


Perhatikan tarikh nya -13 March 2013. Sokongan mana yang lebih terbaru ? Malah kenyataan diatas lebih REAL sebab ditulis sama yang Pak Yusuf kita sebelum ini sudah menyokong Anwar ... mungkin merujuk kepada surat sokongan yang diawal artikel, tapi kini sudah beralih arah menyokong Najib pula ! 


Saya malas nak ungkit balik cerita2 Anwar yang pro Israel atau dari segi moral yang tidak memungkinkan Pak Yusuf kita berikan sokongan. Sebab benda2 tu semua pro Anwar tidak akan percaya.

Jadi saya keep it simple ..... Adakah pro Anwar akan kata paper The Australian pula yang menipu ?

Presiden Pas Abdul Hadi juga yang sempoi .... Betul atau tidak surat itu tidak penting, apa yang penting bagi Hadi adalah - Yusuf Qardhawi tidak punya hak untuk campurtangan hal politik negara kita !

 

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 7:23 PM

Adalah lebih penting Dan standard kalau dap keluarkan Surat sokongan untuk anwar sebagai pm ditandatangani lim guan Eng.

Tanyalah pada karpal pandangannya tentang Surat ini - umat Islam Jangan marah kalau Surat ini karpal buat lapik makanan anjingnya.

Siapa yg jatuhkan martabat yusuf Dan Islam? - kita lah sebenarnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 7:55 PM

Kalau surat dari Yusuf Qardhawi tak jadi hal pada UMNO... apasal kau orang melenting... relaks la... surat dari Yusuf Qardhawi je... bukannya surat dari Obama.

Rumah aku bersepah-sepah dapat surat dari PM, TPM, segala mak nenek menteri dan ketua hubungan UMNO, tak jadi hal pun. Sekadar baca, renyuk dan buangkan ke dalam tong sampah. Buat sampah je surat-surat ni sampai ke rumah aku. Bukan sapa yang nak kena buang di tong sampah besar, aku juga.

Ni tuan tanah blogger ni... lebih baik kau minta payment kau cepat... mana nak tau ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat menang... boss kau mesti cuci tangan tak bayar payment. Bukan sekali dua... selalu... terutama member-member yang buat kontrak pasang bendera dan poster selalu kena kencing... so ini nasihat aku supaya tidak dikencing oleh boss kau tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 8:00 PM

Tu la surat tu bodek bukan main lagi puji melambong2 perggghhhh...hahaha kelakar pun ada baca surat tu...sekarang ni nak tau surat tu sahih atau tidak kena tanya ulama itu sendiri ler...

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 8:02 PM

@AnonymousSiapa yang melenting ? hahahaha.....

sampai hati saudara nak tongsampahkan surat yang di lancarkan oleh Nik Aziz :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 8:07 PM

Owh...anon diatas buat fitnah sudah...sian kt ko ko xda bukti pun dia kena bayar...tapi ko ckp mcm ko yakin dia kena bayar...aku nak tanya la ko...kalo apa yg ko cakap tu x betul...dan mmg dia tak dibayar...kau dah kira menfitnah...aku yakin blog dinturtle ni tak ditaja mana2 pihak. Sebab dia bukan macam pencacai penjilat pr tau sebab dia berani hentam bn hentam najib bkn mcm geng2 penjilat pr yang tak nk terima kesalahan langsung!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 8:25 PM

Saya yakin 100% Sheikh Yusuf Qaradawi tak akan menyokong seorang peliwat/penzina menyandang apa-apa jawatan pun, inikan pula jawatan PM sebuah negara Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 8:30 PM

Untuk sekali nih aku setuju 100% dengan Hadi..

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 8:45 PM

@AnonymousTerbaru artikel saya mengenai bumbung stadium - http://dinturtle.blogspot.com/2013/02/isu-bumbung-stadium-runtuh-jika-raja.html

telah dicetak dalam bentuk flyers oleh Raja Bahrin, calon Parlimen Pas untuk diedarkan ke seluruh bandar KT ! kerana artikel itu menyokong beliau. Siap ada nama dinturtle lagi hahahahaha .....

Mungkin anon ni orang baru disini :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 8:51 PM

orang umno tak melenting pun. cuma nak nasihatkan je kat pencacai2 pas yang bahlol tu..jangan asyik2 kena kencing dek nuar tu. yusuf qardawi pun sokong najib jugak bhai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:20 PM

Dan aku nak bagitau ko keldai yg para pemimpin kamu tu sejahat2 manusia dan seburuk2 ulamak kerana sanggup menipu rakyat dgn cara keji mengedar surat palsu tersebut..of courselah ko buang semua surat kerajaan..surat mintak ko bayar ptptn..surati lhdn..surat bil elektrik..kha..kha..you are a true loser...pathetic spesies

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:21 PM

Eh..tn syeikh tak tahu menahu ponnn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:22 PM

Utk sekali nih ko 100% berdosa macam si hadi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:24 PM

Sekali tgk ayat2 tu dah tau bohong..ayat macam budak skoloh...org2 yg percaya dgn kepalsuan nih..ohhh..alangkah tololnya deme...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:38 PM

Tuan, surat tu sebenarnya adalah surat sokongan anwar kpd org2 pas terutama majlis syoru yang baru2 ni menentang anwar sebagai PM bagi PR. Punyalah susah hati si aljubb ni takut tak ditabalkan oleh pas, sampai menipu dgn surat sokongan palsu. Siapa pulak yg bakal dikenakan oleh anwar selain stopa? Mungkin hj Hadi is the next. Nikajis mungkin selamat sebab awal2 lagi dah jilat pungkoq anwar.... He he he!
Nonbal

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 29, 2013 at 9:48 PM

Salam Abang Din,
Saya ni sakit ati skek ke an 755 tu. Saya ni lama gok la ikut blog ni, saya rasa saya boleh napok kerektor tuan tanah blog, dimana menulis bukan sebab ganjaran.
Pah tu you are wasting your time & effort reacting to his comment. Sepatutnya Abang Din block je dia ni, x payah nok susoh2.kite orang lain yg dok ikut blog ni hari2 doh tau doh Din turtle ni orang guane.
Doh mari x berjemput pergi x berpamit, kurang ajo pulok budi bahasenye.
Blog ni biase mendapat kunjungan pro pr, sebab tuan blog ni bukan fanatik ke bn, cume dia rasa bn yg boleh memberi lebih kepada Melayu berbanding pr, sbb tu la dia condong ke bn.
Selama saya berada disini, bertemu berbagai macam manusia, ni pertama kali saya berjumpa dengan orang yg kurang budi bahasanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:50 PM

wbro din... pelik jugak mengapa sokong anwar? bukan ka pas nak buat negara islam, nak laksana hudud? apa pak syeikh tak tau ka? patut syeikh islam sokong yang nak laksana hudud dan buat negara islam...kehkehkeh... betul la bodoh tak leh ajar... pandai takleh tumpang... tak aku tarik balik.. hanya bodoh tak boleh diajar je muahahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 29, 2013 at 9:56 PM

An 7.55 tu baik baca molek artikel atas tu pah tu cuma patahkan (counter) dengan berhemah dan bijak sampai saya hormat dengan anda. ini menunjukkan kematangan, pengetahuan dan intellektual anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 29, 2013 at 9:57 PM

Abang Din kalu ada lagi komen serendah ini budi pekertinya lain kali saya rasa baik Abang Din buang je lain kali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 12:02 AM

Bro Din, aku tengok surat tu pun, aku rasa sangsi, jika benar pun, pendapat orang luar yang tidak kenal Anuar Aljuburi, secara mendalam tidak bolih diterima pakai, kerana Rakyat Malaysia seperti kita, yang melihat video sexnya dgn China Dol, pasti akan sangsi juga dgn Yusuf Qardawi ini dgn sewenang-wenangnya, mengeluar surat sokongan secara membabi buta kepada Bapa kambing randuk (Anuar),ada apa2 ke, maaf, dunia sekarang,orang Alim pun patut juga kita curigai, takut kena mcm Nik Aziz, belagak Zuhud, Ibrahim Ali, telanjangkanya didlm berita TV3 mlm tadi beliau & isterinya, mempunyai Tanah bernilai RM10juta, Zuhud kena dkt dia, Celako,Celako bila ada dengar berita orang Umno buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 6:00 AM

Tapi layakkah dia masuk campur urusan politik malaysia? Ada sesiapa yg dah explain semua isu moral anuar tu kat dia?

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 2:37 PM

Bagi saya kalau betul pon surat 2 dari Yusof Qardhawi,aku setuju dgn Haji Hadi.Yusof Qardhawi org luar dn dia tak tahu selok belok pasal Malaysia apa tah lagi sorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Ya mmg dia ulamak,tapi dia tak lepas dari salah dn dosa serta kekhilafan.Kita diajar untuk berpegang pd Al-Quran,Sunnah,Qias dn Ijmak Ulamak.Ijmak Ulamak bermaksud kesepakatan ulamak.Bukan pandangan Yusof Qardhawi sorang jer.

Ijmak ualamak mgkn tak sebut siapa secara khusus yg layak jd pemimpin.Tapi ijmak ulamak dh gariskan formula dlm mencari pemimpin sejati.Formula tersebut blh digunakan dlm mengukur kelayakan anwar ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 3:24 PM

wei mangkok hamPAS semua ! dengar sini baik2, hanya Allah ta'ala (yang hamPAS gadai nama kalimahnya) yang tentukan siapa yg akan tadbir Malaysia. Bersekongkol dgn Dap harbi belum tentu jamin kemenangan. Allah ta'ala yg buka hati pengundi dan bukannya bersekongkol dgn harbi Dap yg jamin kemenangan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2013 at 7:27 PM

Maaf ye saya nak tanya soalan.Hal enta ta3rif al lughatu al 3arabiyya? Apa yang saya faham melalui surat itu tiada apa yang perlu dipertikaikan. Sebab ayat2nya tersusun rapi seperti kata kata seorang ulama.Kita sedia maklum bahawa ulama hanya mengatakan perkataan baik--baik kepada sesiapapun tak kiralah pada orang yang baik ataupun jahat. Jadi kenapa timbul isu untuk pertikaikan surat ini? Mungkin bagi Sheikh Yusuf kedua-duanya membuat perkara yang baik untuk Islam. Tak salah kalau kita berfikiran baik. Kalau kita asyik berfikiran negatif, ia akan mempngaruhi prasaan kita sedangkan kita tak tahu benda tu betul atau tidak and 'end up' sampai kita lupa yang Allah lebih tahu apa yang terjadi. Kita tahu dia salah and kita dah pun suarakan pendapat kita So why not we just let Allah do the rest? Negativity juga tidak baik untuk Rohani kita. Kacau bilau hidup kita. Macam kalau kita marah pagi2 the whole day will be a disaster, right? Jadi apa kata kita mengamalkan fikiran positif in shaa allah hidup kita akan menjadi lebih tenang sebab kita tahu Allah The Creator know what's the best for his khalifahs..

Akhir kata, maaf kalau ada yang terguris. Cuma ingin kongsikan pendapat saya sebagai rakan-seislam.

Post a Comment