........... Solat Umno Takde Pahala - Jawapan TERBAIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Solat Umno Takde Pahala - Jawapan TERBAIK !

Wednesday, April 17, 20138comments

Saya baru terbaca satu artikel dari SINAR yang mengulas isu fatwa Nik Aziz Solat Umno Takde Pahala. Penerangan yang ringkas tapi padat serta mudah difahami buat saya tergerak hendak kongsikan bersama anda.

Hentikan Politik Dosa Pahala
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 17 April 2013
Sabtu lalu ketika penulis ke Kampung Simpangan Tumpat beberapa orang kampung - pendukung kuat Barisan Nasional datang berjumpa penulis sambil melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan inti pati ceramah oleh seorang ustaz muda yang begitu galak berkempen untuk Pas.
 


Ustaz tersebut mendakwa solat orang Umno tidak dapat pahala kerana menolak Islam. Sebenarnya pencacai Pas ini hanya meluahkan kembali kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini berkali-kali mendakwa Umno parti sekular kebangsaan yang tolak Islam. Berasaskan hujah ini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat sebarang pahala lantaran tidak diterima ALLAH.

 

Isu-isu melibatkan aqidah dan keimanan sebegini semacam sudah menjadi skrip biasa buat pemimpin-pemimpin Pas setiap kali menjelang pilihan raya. Bagi penulis, Pas terpaksa memugarkan kembali isu-isu sebegini demi memastikan kelangsungan sokongan pengikut-pengikutnya, terutama dalam keadaan Pas yang dilihat serba-salah antara mempertahankan prinsip perjuangan dengan kompromi politik bersama Pakatan.

 

Apa tidaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas dilihat begitu mudah berkompromi, bahkan bersedia menanggalkan dasar-dasar parti hanya untuk memastikan kemenangan pakatan pembangkang menawan Putrajaya. Isu-isu yang menerasi perjuangan Pas selama ini seperti konsep Negara Teokrasi berasaskan Islam, hukum hudud sudah tidak lagi didendangkan malah berjaya dilunakkan oleh DAP dan PKR.
 

Pas juga dilihat tidak tegas, bahkan berubah-ubah kenyataannya apabila berhadapan dengan isu-isu yang amat dekat dengan Melayu-Islam seperti kalimah ALLAH yang hendak diguna-pakai dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu, pluralisme agama, liberalisme, murtad, LGBT dan banyak lagi.

 

Sebab itulah apabila timbul kembali isu-isu seperti kafir-mengkafir, pahala dosa dalam ibadah dan pelbagai isu lain menyentuh aqidah dan keimanan, ia hanyalah satu cara untuk mengalihkan sementara persepsi rakyat daripada beberapa pertikaian mengenai perjuangan Pas kini.

 

Berbalik kepada isu dakwaan sembahyang orang Umno tidak dapat pahala dan tidak diterima ALLAH kerana kononnya Umno menolak Islam, siapakah kita untuk menilai dan mempertikaikan status solat seseorang. Sedangkan Nabi SAW sendiri sentiasa bersangka baik dan berhukum berasaskan yang zahir sahaja.

 

Disebut dalam Hadis Sahih Riwayat Bukhari satu kisah ketika Nabi SAW sedang membahagi-bahagikan perolehan harta kepada mereka yang berhak, tiba-tiba berkata seorang lelaki dari satu kaum bahawa mereka lebih berhak menerima lebih banyak daripada kaum yang satu lagi.

 

“Wahai Rasulullah bersikap takutlah kamu kepada ALLAH” (sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi), Baginda menjawab : “Bukankah aku sepatutnya (sebagai Rasulullah) orang yang paling takut kepada ALLAH.” Lelaki tersebut lantas terus beredar dengan rasa tidak puas hati. Manakala sahabat Nabi SAW Khalid bin Al-Walid berkata kepada Nabi SAW:


 
“Bolehkah aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad). Baginda menjawab : “Tidak, mungkin dia masih menunaikan solat”. Khalid berkata: “Berapa ramaikah orang yang menunaikan solat manakala lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang ada di dalam hatinya (merujuk kepada sifat orang munafiq).”

Baginda membalas: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka”
( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742).

 

Demikianlah sikap dan pendirian Nabi SAW yang meletakkan prinsip secara jelas untuk diteladani bahawa sesungguhnya tugas dan tanggungjawab kita adalah sekadar berdakwah kerana akhirnya hanya ALLAH yang berkuasa mutlak menentukan siapa yang diredai-Nya dan siapa yang berlaku curang pada-Nya.

 

Justeru, mendakwa Umno tolak Islam dan memperjuangkan faham sekular tentunya satu tuduhan melulu yang tidak betul lagi tidak berasas. Apatah lagi untuk mendakwa solat orang Umno tidak diterima ALLAH dan tiada pahala berpandukan hujah dangkal yang berupa fitnah dan tohmah pastinya tertolak menurut neraca Islam.


 
Hentikanlah tuduhan melulu sebegini. Jangan sesekali kita berlagak seperti Tuhan hingga seolah-olah mampu menerobos masuk ke lubuk hati manusia untuk menentukan tahap keikhlasan mahupun keimanan hingga sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman dosa pahala terhadap seseorang.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 9:56 AM

Betul 2 Din,

Ustaz Fathul Bari penah mengambil contoh hadis ini dalam membincangkan tudhan liar pencacai Pas kpd Umno.

Beliau juga ada menyebut berkenaan hadis mentaati pemimpin sehinggakan Abu Hurairah penah solat di belakang Hajjaz Bin Yusof yg sgt zalim.Perbuatan Abu Hurairah itu mendapat kecaman pelbagai sahabat lain tapi Abu Hurairah berkata "Mmg benar Hajjaj itu zalim tapi bukankah sebentar tadi dia sedang bersolat?Adakah solat itu perbuatan zalim?

Sedangkan seorang sahabat yang pernah hidup dn berjuang bersama Rasul pon tidak penah mempertikaikan solat pemimpin yg sgt zalim spt Hajjaj,siapa Nik aziz?Nik aziz sama spt nik aziz lain di kampung

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 17, 2013 at 10:34 AM

3 kelompok dlm PAS yg saya kenal pasti :
1. Idealistik Islam yg berkhayal atau terkhayal PAS adalah
Islam dan Islam adalah PAS yg kufur menolaknya.
Banyaknya berideologi khawarij walau mengaku Sunnah.
2. Golongan liberal berimej Islam yg tak berjiwa PAS
sebenarnya yg menyusup ke dlm PAS utk mengukuhkan
pengaruh individu lain di luar PAS.
3. Golongan spt saya, ingin Islam ditegakkan dan dilaksanakan
tp menyedari realiti dan hakikat Islam di Malaysia yg
memerlukan kerjasama dari semua pihak dan kelemahan
umat dr segi keilmuan , kefahamannya ttg Islam dan
pengamalannya, bnyknya samaada tlh keluar dr PAS atau
skrg silent protester.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 10:48 AM

contoh2 yg diberi menunjukkan seolah2 umno/bn mmg zalim atau jahat tp kena taat jugak sbb islam.. zalim dan jahat kat mananya umno/bn ni? takde ke contoh pemerintah yg baik tapi kena fitnah jahat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 11:10 AM

ISU INI MUDAH SAJA

hujah bukan dalam konteks agama sudah mampu mematahkan kenyataan Mursyidul Am.

contohnya: dalam 12 kali pilihanraya, berapa kali tekaan Mursyidul Am adalah tepat? dan dalam PRU 13 apakah Nik aziz pilih 12-1 atau 13-0?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 11:14 AM

Pas dan Agama:

Apa yang nabi buat jelas kerana agama; sementara di pihak Pas, apa yang Pas buat jelas dipengaruhi oleh nafsu dan perasaan. Dari sudut motif, ianya bermotifkan politik. "Period" Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2013 at 1:47 AM

@XpasTapi tuan, pada pendapat saya pula, paling banyak dalam pas ialah mereka yang telah ditanam sangkaan bahawa islam tu pas dan pas itu islam. Sebab itu pada satu peringkat, sesiapa yang menegur atau mempertikai pas akan di serang seolah2 orangbitu mempertikaikan agama islam. Begitulah kuatnya doktrin sesat yang telah ditanam oleh lebai2 pas kpd penyokong mereka. Kalau ada kesalahan yang nyata pada pas atau pemimpin pas pula, para penyokong ini akan cuba menutup dgn seboleh cara, atau meringankan dgn pelbagai alasan. Kalau terkena pada diri mereka pulak (seperti kes tabung memali) mereka akan buat2 tak faham atau akur tidak memperbesarkan, takut seolah melanggar hukum. Kadang2 kita lihat seolah mereka ini telah disemai dgn anasir syiah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 7:24 PM

Puak tu x nak umno krn solat umno x dapat pahala tapi yg dap tu langsung x solat
boleh pulak. Cu jawab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 2:53 PM

Dalam apahal pun, hukum Allah kena jadi hukum pertama dan ikut sunnah Rasulullah sebagai panduan. Kita tinggal dibumi Allah, mati nak jumpa Allah, nak masuk Syurga Allah. Kalau tinggal kat bumi Allah pun tak ikut HUKUM ALLAH, camno nak jumpa ALLAH? Camno nak masuk SYURGA ALLAH? Menderhaka dgn ibubapa pun masuk neraka.. Kalau menderhaka dgn ALLAH????? Tepuk dada.. tanya IMAN... REZEKI kita semua pun ALLAH yg kurnia..

Post a Comment