........... Solat Orang Umno Sia-Sia Kata Nik Aziz ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Solat Orang Umno Sia-Sia Kata Nik Aziz !

Thursday, April 4, 201317comments

 
Tension bahang PRU13 benar2 menguasai orang Pas ... lepas sorang2 merapu dengan pelbagai kenyataan yang menimbulkan kontroversi. Tak usah haraplah kalau nak tengok mereka minta maaf diatas apajua keterlanjuran cakap, Maka berputarlah lidah mereka memusing hujah menggunakan terjemahan nas, hadis dan sejarah para sahabat Rasulullah mengikut cara yang boleh menyokong keterlanjuran mereka itu.

Agama yang mudah menjadi rumit dek 'kepandaian' mereka ini berputar belit.

Nak salahkan pemimpin2 bawahan Pas ni sepenuhnya pun rasa tak adil kalau kepalanya sendiri yakni Nik Aziz lagi teruk !

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam."  begitulah fatwa terbaru Nik Aziz seperti lapuran Utusan.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.


Letih dah komen hal Nik Aziz ni ... payah kalau nak berdebat dengan orang yang perasan dirinya dan partinya saja yang punya HAK EKSKLUSIF untuk membicara tentang Islam.

Sekarang kita bising, esok lusa nescaya Nik Aziz akan keluarkan penjelasan umpama Loyar Buruk yang hanya orang Pas saja mampu cerna dan telan.

Baru semalam saya keluarkan artikel Utusan yang berusia hampir 20 tahun dimana Nik Aziz mengherdik Umno yang mahu memperkenalkan tokoh agama sebagai calon pilihanraya dengan menyamakan tindakan itu seperti Ustaz2 dari ahli kitab Yahudi dan Nasrani yang melawan Nabi Muhammad ! Kemudian terus diisytiharkan PERANG BADAR terhadap Umno.... KLiK.

Hujung tahun lepas Nik Aziz menuduh Umno MURTAD - KLiK

Bila Umno buang Islam, maka Umno ugama apa ? Saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai ?

Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno samada Kristian ke, Buddha ke, atau takde ugama ?


Timbul masalah murtad ..... Murtad ni khabarnya orang Kristian ... paderi-paderi dia ... saya nak kata TIDAK. Yang menjadikan orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.


Pokok pangkal hujah Nik Aziz adalah bersandarkan kenyataan ini - UMNO TOLAK ISLAM KERANA AMBIL KEBANGSAAN.

Apajua yang Umno buat, Nik Aziz @ Pas akan ambil secara literal / lisan. Tak mahu dengar dah penjelasan. Samada pilih Islam atau Kebangsaan, period. Bukti2 yang terpampang depan mata semuanya diketepikan. Cara berfikir ala kanak2 kecil yang tidak mampu berfikir melangkaui hitam dan putih.

Tapi cara berfikir ala kanak2 kecil sebegitu hanya direzab buat kes yang melibatkan Umno saja ! Bila tiba kes yang melibatkan Pas, pandai pulak Nik Aziz dan pemimpin Pas lain berhujah melangkaui hitam dan putih.

Contoh terbaik bila Hadi memperkenalkan slogan Negara Berkebajikan bagi menggantikan slogan Negara Islam sebagai perjuangan Pas. Pandai pulak mereka mengeluarkan segala tok nenek hujah bagi menghalalkan pertukaran itu.

Kenapa tidak gunakan pendekatan mudah Islam Atau Kebangsaan seperti yang digunakan terhadap Umno ? Kenapa tidak digunakan pilihan Islam atau Berkebajikan ?


Itulah yang dinamakan HIPOKRIT !

Kalau sekali dua berlaku mungkin kita boleh terima sebagai keterlanjuran kata tapi kalau dah berulangkali selama berpuluh tahun ..... nak kata apa lagi ?

Ni satu lagi contoh saya nak ulang sebut ..... ingat perumpamaan devil yang digunakan Tun Mahathir tahun lepas  ? Nik Aziz ada juga komen, beri nasihat -

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” KLiK

Itu kalau Tun Mahathir yang guna perumpamaan , kalau Nik Aziz yang guna perumpamaan Syaitan, tidak pula bahaya ..

Tapi Kita usahkan Dap, kalau syaitan nak bantu kita terima !




Sekali lagi, tidakkah itu HIPOKRIT namanya ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 6:08 PM

Ade tak sesiapa yang pernah tengok Nik Aziz tanpa serban..? mane la tau kot2 ade tanduk kat atas kepala tu. Belit Nik Aziz nipun dah sampai ketahap syaitan hinggakan ramai yang dah tergelincir akidah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 6:13 PM

Big boss awak beribadat sacara mengikut kapercayaan Hindu, awak tak mahu komeng kah?, Ke awak terlior jugak mau ikut sama itu Mr.Ji. Tarak baik kaloo awak tarak ikut sama boss.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 6:14 PM

Salam Din & Pembaca blog Din sekalian.

Kita kena tengok senario PAS dan dunia luar. PAS ibarat katak dibawah tempurung. Dia seekor la yang Islam, Dia seekor la yang terbaik, pendek kata segala-galanya dia lah! Sebab itu mereka tak kisah kalimah Allah digunapakai oleh orang Kristian sebab dalam pemikiran mereka yang sempit tu, orang PAS boleh bezakan Allah yang satu dengan Allah tiga dalam satu. Pada Pok Nicky, orang diluar daripada PAS adalah bukan Islam. Jadi apa pun fahaman mereka tentang kalimah Allah dia tak ambil pusing.

Begitu juga dengan memurtadkan orang... Dia tak pernah murtad kan orang-orang PAS yang bersalah ataupun orang-orang PKR yang berzina dan meliwat.... Sedangkan Nabi tidak mengaku umat bagi mereka yang meliwat. Kalau kita fikir secara logik, Agama apakah orang yang meliwat itu kerana terang-terangan Nabi mengatakan baginda tidak mengaku sebagai umatnya.

Pepatah Inggeris ada mengatakan "The greatest trick the devil ever pulled is convincing the world it didn't exist".

Fikir-fikirkan lah....


http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 6:16 PM

Maaf cakap Nik Aziz ni ulama su' ( http://dailyhadith.adaptivesolutionsinc.com/hadith/Ulama-Su%E2%80%99.htm)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 6:38 PM

pas - parti ajaran syiah ...
fatwanya mudah ... buat haram mu ... buat halal ku ...
apabila mendengar tun m berkata ;ebih baik pilih devil yang kita kenal dari malaikat yang kita tidak kenal harun din bangkit bangun dari tidur lena dan dengan gagah perkasa berkata ... kamu salah ... kena bertaubat ... fuh tingginya iman harun din kerana berani menegur pemimpin yang berkata silap ... aku respek gila ...
apabila mendengar nik aziz berkata ... iblis pun kami sanggup berkawan demi mengalahkan umno ... harun din dari jaga tiba-tiba tertidur lena ... tidak berani dia menasihatkan nik aziz ... walaupun nyata perkataan nik aziz ini bercanggah dengan ayat al-quran yang melarang dari menjadikan iblis sebagai sahabat ... aku hilang respek ...
apabila kalimah Allah mahu digunakan oleh bukan islam harun din dengan tegasnya berkata ... sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebagai ganti kepada tuhan mereka adalah bersubahat mengsyirikan Allah ... aku respek gila ... tetapi aku hilang respek apabila mendapati bahawa nik aziz, haji adi dan nwar berahi sebenarnya amat bersetuju agar kalimah dibenarkan Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam ... namun tiada kenyataan tegas dari harun din yang meminta agar ketiga-tiga pemimpin tersebut bertaubat ... di mana keberanian harun din ... yang dilihat amat tinggi imannya semasa menegur tun m ... tetapi amat kecut perutnya untuk menegur tiga manusia yang bersubahat mengsyirikan ALlah .... itulah pas ... dulu ... kini .... dan selamanya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 6:44 PM

kita tengok bab fatwa yang lain pulak ... majlis syura ilmuan agama pas takut untuk menentang nwar berahi kerana nabi agama pas telah bersabda "adapun nwar berahi ini dia dijamin masuk surga ... dan sekiranya orang umno nak masuk juga surga ini mereka hendaklah mencium kaki nwar berahi ini ..." sekiranya majlis syura ilmuan agama pas melawan nwar berahi mereka secara tidak lansung menentang sabdaan nabi agama pas itu ... penentangan kepada nwar berahi menyebabkan sabdaan nabi agama pas menjadi seolah-olah taraf percakapannya sama dengan percakapan mat-mat kampung yang lain ... dan ini memberi bola lambung kepada umno ... tetapi kita boleh lihat dahulunya pengikut agama pas bersolat hajat ... membaca yasin ... membaca al-mathurat ... demi mendoakan kesejahteraan imam mehdi pkr ... alih-alih banyak bala yang menimpa penganut agama pas ... contohnya madarash haji adi terbakar ... maka mereka terpaksa slowkan doa kesejahteraan kepada imam mehdi pkr ... bagaimana seorang nabi dalam agama pas tidak melihat kewajipan menunaikan haji bagi orang yang amat layak sebagai salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan sebelum layak memberi pendapat bahawa nwar berahi layak masuk ke dalam surga ... hanya kerana nwar berahi menentang umno ... maka diberi fatwa bahawa nwar berahi adalah ahli surga ... dan segala masalah moralnya tidak disentuh lansung ... ketakutannya untuk bersumpah laknat tidak dipertimbangkan sama sekali ... keberaniannya menyembah dewa api ... tidak dikaji dengan teliti ... apakah nabi seumpama ini kita mahu jadikan sandaran sebagai orang berilmu yang benar pada perkataannya dan betul pada perbuatannya ... maaf aku guna perkataan nabi ... kerana bagi penganut agama pas nik aziz adalah seumpama nabi ... kata ustaz budak dan kata azhar idrus ... semua buah butir yang keluar dari mulut nik aziz adalah kebenaran yang tidak perlu dibahaskan ...

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 7:12 PM

@Malaysian CybertrooperMacamana kalau saya ubah jadi -The greatest trick the devil ever pulled is convincing the world it is an angel.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 4, 2013 at 7:19 PM

Menunaikan solat adalah kewajipan yg telah ditentukan. Yg menunaikan solat sekurang kurangnya 9 kali memperbaharui syahadah dan keIslamannya, dgn itu menjamin keIslamannya setiap hari. Yg khusyuk dlm solat solatnya dan sentiasa menjaga solat solatnya dr segi waktu waktunya, rukun rukunnya, syarat syarat sah dan wajibnya, serta kesempurnaannya pula adalah tanda keimanan. Iman sekecil mana pun menyelamatkan kita dr Neraka.
Soal diterima Allah swt solatnya seseorg bukan hak manusia utk mengatakannya, kecualilah yg jelas tidak sempurna rukun rukunnya dr segi fekah.
Org UMNO ke, org PAS ke, selagi mengaku Islam wajib solat .
Bg yg mengerti, Ikhlas tinggi derjatnya, tidak bermakna jika tidak ikhlas tak perlu solat. Apa yg dijelaskan dlm Al Quran, setiap amalan kebaikan tidak sekali kali akan disia siakan oleh Allah swt, tidak disebutkan syarat ikhlasnya. Sila rujuk ayat Hujurat 14, Hud 115, Kahfi 30, Baqarah 286, Zalzalah 7 dan bnyk lg ayat ayat yg semisalnya. Ikhlas hakiki adalah derjat Muttaqin yg mencapai derjat Ikhsan spt yg disebut dlm Hadis Saidina Umar r.a. ttg Islam, Iman dan Ikhsan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 7:23 PM

@dinturtle

Menarik jugak cadangan Din tu tapi dah alang-alang nak ubah, terus je ubahkan kepada:
"The greatest trick the devil ever pulled is convincing the world it is Nik Aziz Nik Mat".
Hehehe

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 4, 2013 at 8:08 PM

Hudud pula,..tidak melaksanakan bukan bererti menolak, sila youtube USAF (Ust Syed Ahmad Faiz) utk penjelasan isu ini. UMNO tidak melaksanaka, PAS juga hari ini tidak melaksanakan. Kalau kaedah kias diguna mk serupa sahaja. Dlm hal pelaksanaan hukum hukum Islam, sila rujuk tafsir ayat ayat 29 hingga 37 Surah Al Fathir, utk mengetahui di mana kedudukan kita terhadap penerimaan dan pelaksanaan hukum hukum Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 9:19 PM

Kalau ada pihak yang serius tentang hudud, depa boleh mulakan di peringkat parti.

Makanya, apakah sudah ada parti isler di Malaya yang menggunakan hudud dalam pentadbiran parti?

Contohnya mampukah parti isler potong tangan penyonglap wang parti dan wang kohalal misalannya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 10:53 PM

Tolak islam? Jd puak2 pas pun solat tak dapat pahala jugak sebab smp hari ni takde hudud pun?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2013 at 9:29 AM

atau rejam mat sabu yang berzina dengan normah ... aku sedang menunggu puak pas ni merejam mat sabu dengan batu ... sampai mati ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2013 at 3:31 PM

Sesat puak2 HAMpas ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2013 at 4:30 PM

org yang BENAR2 TAWADHUK tidak akan berkata melainkan amat perlu. dan mereka sekali2 tidak mengeluarkan kenyataan yang memudaratkan.
bandingkan dgn nik aziz. tawadhuk kah dia?

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2013 at 8:13 PM

kalau nak buat rujukan dengan ahli agama, cari ahli2 agama yang tidak ada pangkat dalam pentadbiran BN/PAS.

dua2 ahli agama ni kalau kita lihat akan cari kelemahan masing2 demi kepentingan duniawi , yakni memenangkan parti masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 8:35 PM

Jom bertaubat kita...apapun sebagai ahli UMNO saya terima NIk Aziz...kita maafkan dia..idak dosa dia banyak nanti... doakan Nik Aziz terus berjuang untuk Islam dengan cara yg betul.

Post a Comment