........... Pertanyaan - Jika Anda Ada Video Macam Mat Spender, Apakah Tindakan Anda ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pertanyaan - Jika Anda Ada Video Macam Mat Spender, Apakah Tindakan Anda ?

Tuesday, April 16, 201312comments

Persoalan ini saya kemukakan selepas baca kenyataan dari ABIM yang mengutuk perbuatan mengedar video lucah untuk kempen pilihanraya. 

Presidennya, Amidi Abdul Rahman berkata, ia melambangkan satu tahap pemikiran yang tidak bertamadun serta menjurus ke arah fenomena politik longkang yang kotor dan menjijikkan.

Abim, katanya, tidak menolak kemungkinan tindakan ini dipengaruhi oleh pandangan yang mengharuskan pendedahan aib seorang pemimpin seperti yang diqiaskan oleh pihak tertentu seumpama memilih "pasangan hidup!" 

Namun, katanya, pandangan yang kurang cermat ini boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam situasi yang tidak sihat.

"Persoalan Adakah benar perkara ini aib? Atau ia adalah fitnah semata-mata? akan terus berlegar-legar serta mencetuskan polemik berpanjangan," tambahnya. 


Abim menyeru agar semua pihak tanpa mengira parti untuk menolak budaya politik lucah ini.

"Kita khuatir ia akan menjemput kemurkaan ALlah yang hadir bersama bala dan kutukan. Semoga kita semua terlindung dari sebarang keburukan atas tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab,"


Artikel sepenuhnya - Harakah.

Pandangan yang harus kita hormat. Cuma kurang satu perkara .... walaupun Abim melontarkan persoalan apakah benar atau fitnah, tapi Abim tidak menyatakan kaedahnya untuk menentukan benar atau fitnah ? Atau pendiriannya kalau video seumpama itu ternyata BENAR ?

Ginilah, saya gunakan contoh video Mat Spender sebab itu yang terbaru dan merupakan contoh yang terbaik untuk dibincangkan. Kenapa perlu dibincangkan ? Sebab kita tidak boleh menolak kemungkinan akan timbul lagi video2 lucah yang melibatkan pemimpin politik tak kiralah dari pihak BN atau PR. Tidak ada yang mustahil.

Soo .... sekarang kita ada satu video lucah yang pelakonnya kita YAKIN seIRAS dengan seorang pemimpin politik. Apakah yang kita harus buat ? Bagaimana nak pastikan perkara yang didedahkan itu benar atau fitnah ? Apakah lebih baik kita DIAM DAN BUAT TAK TAHU JER ? 

Bagaimana mungkin kita buat tak tahu jer kalau orang yang seiras pelakon itu merupakan seorang pemimpin ? Atau memang sebaiknya kita pendam perasaan dan BUAT TAK TAHU JER sebab perbuatan maksiat oleh pemimpin adalah perkara kecil dan tidak perlu dihebohkan ?

Atau kita sebut tentang kewujudan video seks itu TANPA menunjukkan bukti ? Hmmmm Lagi teruk ! Habis semua akan tampil dan dakwa mereka ada video setiap pemimpin yang mereka tak suka .

Report Polis la ! Apakah Polis akan siasat kesahihan video dan mengenalpasti pelakon yang terlibat, apakah benar dia orang yang sama dengan pemimpin politik yang seiras itu ? Polis kan boleh siasat secara senyap ...... kan ? Dan kita harus terima apajua hasil siasatan Polis ..... BOLEH KE SEMUA PIHAK SETUJU ?

Apakah ada undang2 untuk mendakwa pelakon video seks ?

Apakah kita perlu satu GUIDELINE atau SOP bagaimana harus bertindak jika ketemu satu video seks politik ?

Macamana ni ? BERTINDAK atau BUAT DIAM JER ? Kalau bertindak, macamana caranya yang terbaik ?

Katakanlah boleh diwujudkan satu SOP yang melibatkan video seks politik, apakah kedua2 penyokong BN dan PR akan patuhi SOP yang SAMA ? 

Bagaimana kalau ada yang langgar SOP ?

Ginilah, saya rasa yang terbaik adalah kita tanya balik ABIM, apakah tindakan ABIM jika mereka ketemu video Mat Spender ? Kemudian kita debatkan jawapan yang ABIM berikan itu....

Kemudian kita tanya pemimpin2 BN dan PR, apakah SOP mereka pula dalam kes yang sama. 

Pertanyaan saya ini SERIUS.

Kemudian kita tanya pula kes2 lain yang bukan melibatkan seks tapi tetap juga mendatangkan keaiban kepada pemimpin politik jika tersebar ..... apakah SOPnya pula, sama atau ada SOP lain ? Contohnya yang melibatkan arak, berjudi dll.

PS - Sekadar merehatkan minda dari memerhati senarai calon2 hehehe ... 

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2013 at 10:56 PM

Rasanya susah ABIM nak cari jawapan dari pertanyaan En. Din ni. Mau dibukak kitab mahabratha, purana2, tipitaka, tripitaka, bible dan talmud. Cecuba soalan yg senang sikit, mcm kalau presiden ABIM ditangkap berkhalwat, adakah dia nak letak jawatan. Letak atau tak, itu je...hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2013 at 11:29 PM

Salam Din,

Pada pendapat saya, sekiranya seseorang itu mengetahui tentang perkara-perkara mungkar yang di lakukan oleh seseorang bakal pemimpin maka hendak lah dia:

1) Jika berkuasa, halang orang itu dari jadi pemimpin dengan kuasa mu
- Contoh: Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim atas sebab moralnya yang jijik.

2) Jika tiada kuasa, gunakan kudrat yang ada untuk menghalangnya.
- Contoh: Papagomo menyuruh Anwar Ibrahim supaya jangan bertanding dengar menunjukan kepada kita bukti-bukti yang beliau ada.

3) Selemah-lemah umat Nabi Muhammad, kita disuruh menggunakan suara untuk mencegah kemungkaran.
- Contoh: Menggunakan suara kita diatas kertas undi.

Artikel Din yang ini saya lihat lebih kepada perkara nombor (2). Sekiranya kita mempunyai kuasa seperti perkara (1) maka kita boleh menyimpan aib orang itu sebagai pengetahuan kita sahaja. Tetapi apabila kita jatuh kedalam ketegori yang kedua, maka kita hendaklah menggunakan tenaga/kepakaran yang ada untuk menghalangnya.

Jadi apa cara yang boleh kita gunakan untuk menghalang? Sebagai contoh, kita membahaskannya didalam blog-blog tetapi sejauh mana boleh kita perbahaskan hanya dengan kata-kata? Sudah pasti akan sampai satu ketika dimana ada pihak yang akan meminta kita memberian bukti.

Pepatah Inggeris ada menyatakan "A picture is worth a thousand words" jika dialihsuara "Sekeping gambar sama seperti seribu perkataan" jadi dengan menonjolkan video-video ini (selama mana niat kita hanyalah untuk membuktikan kemungkaran yang berlaku) kita sudah mampu menjimatkan berjuta-juta patah perkataan. Selebihnya terserah kepada orang yang melihat untuk membuat tafsiran mereka sendiri.

Memang benar kita ditegah dari menjaja aib seseorang itu, tetapi dalam pemilihan pemimpin, rakyat wajib mengetahui latarbelakang sebenar pemimpin yang ingin dipilih itu.

Saya ingin memberikan satu senario untuk kita renungkan bersama. Sekiranya adik perempuan kita atau kakak kita dipinang orang, kita seboleh-bolehnya ingin mengetahui latarbelakang calon suami mereka betul tak? Adakah kita boleh kita terima calon suami kakak/adik kita itu sekiranya ada orang kampung memberitahu bahawa calon suaminya itu melakukan maksiat dalam diam?

Bagaimana pula perasaan anda sekiranya orang kampung memberitahu kemungkaran yang dilakukan oleh suami kakak/adik anda SELEPAS mereka menikah? Yang mana anda pilih? untuk mengetahui aib lelaki itu sebelum atau selepas majlis pernikahan?

Begitu juga dengan pemilihan pemimpin. Apa yang berlaku sekarang adalah para bakal-bakal pemimpin sedang meminang kita, keluarga kita, adik-beradik kita. Jadi adakah kita mahu pemimpin yang melakukan maksiat? Maka sekiranya seseorang itu mempunyai maklumat tentang kemungkaran yang dilakukan oleh bakal pemimpin itu sewajarnya mereka memberitahu kita seawal yang boleh sebelum kita membuat keputusan.

Tepuk dada, tanya iman.

http://mycybertrooper.us.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2013 at 11:46 PM

SOP yang saya cadangkan adalah seperti berikut :

JIKA mangsa fitnah yakin bahawa beliau adalah di pihak yang benar......

Langkah 1 : Membuat laporan polis serta-merta agar siasatan dapat dijalankan segera

Langkah 2 : Melakukan sumpah mubahalah atau sumpah laknat

Langkah 3 : Menyaman pihak-pihak yang menyebarkan fitnah

JIKA yang berkenaan mengaku bahawa beliau adalah pelaku dalam video tersebut.....

Langkah 1 : Membuat PC untuk mengaku dan isytihar letak jawatan serta-merta depan press.

Langkah 2 : Membuat pengakuan di hadapan penyokong dan meminta maaf kepada penyokong.

Langkah 3 : Mengundurkan diri dari politik.

* Ingat, SOP di atas wajib dilakukan secara berperingkat langkah demi langkah. Tidak boleh melangkau langkah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2013 at 11:50 PM

Setuju dng komen abim..elok mereka panjangkan cadangan itu kpd kepimpinan pkr Dan pas sendiri.

Umno nothing to do.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 12:18 AM

@Malaysian Cybertrooperpendekata - Buatlah apapun asalkan kita yakin dengan bukti yang ada...

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 12:23 AM

AIB bukan saja melalui pendedahan video seks tapi juga Rasuah, arak dll ...

Apakah SOP untuk kes2 lain itu sama dengan kes video ?

Tak sangka kan, persoalan mudah boleh jadi rumit :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 12:50 AM

satu pertanyaan, kalau Mat Spender adalah VN, apakah AVIM akan bersuara juga?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 12:56 AM

Dedah perkara benar bukan fitnah

Dedah perkara benar (bukan fitnah)selalunya mengaibkan.

Ketepikan yang atas itu, sampai bila ABIM nak bertindak secara reaktif dan ad hok?

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 1:14 AM

Perakam tu sorang, bila dah tersebar yg menyebar jadi ramai. Dah tersebar pun ramai2 pakat pertahan dan tuduh2 tanpa asas...ABIM jangan tengok sebelah pihak tapi tutup mata fitnah2 sebelah pihak lagi yg berlaku dlm pelbagai kaedah dan berlaku depan mata. Dimana integriti badan dakwah, ustaz2 popular massa hari ini. Dalam ilmun dan dakwahya ada racun...terinagt kat anugerah Siti Khadijah, dan mahukah mereka menerima kritikan atau tak rasa tak bermoralkah mereka berbbuat sedemikian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 5:27 AM

ini semua tak kene kat batang hidung diri sendiri boleh la buat kenyataan bodoh itu dan ini. dah kene besok bukan je UMNO dan ALLAH sampai cacing dlm tanah pun kene tuduh. bukan je cacing kalau ada mak adik abang cacing pun kene jugak.

lagi pun ABIM ni sinonim ngan Anuwar bin Ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 7:50 AM

kalo dh fitnah dn bukan tuan punya badn yg dituduh minta buat report la. sbb demi keluarga isteri dan anak2. jgn dok ckp fitnah fitnah tp masih mmpu tersenyum dan xsakit hati pun. di mn maruah diri. sdgkan org kata kita menipu pun angin st badan ni plak berzina uuuuhhh tuduhan yg sgt memalukan, takkan nak buat dekkkk aje.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 10:49 AM

Jgn layan puak pr ni,klw mendiang bala dl buat akuan sumpah kata najib main atantuya lubang depan blkg pon depa kata itu bukti sahih,bukti kukuh. Habis gegar gempita semua media pr heboh soal ni. Xda bukti lgsg,hanya surat akuan sumpah ja.... Masa tu xingat pulak nk tegur mjaga aib. Byk tuduhan pr kat bn xda bukti pon,hanya serkap jarang atau imaginasi depa.
Skrg, kes spender,anwar ibrahim,azmin byk video,ckp jgn dedahkan.
Skrg,sedih dgn sesetengah org yg pandai agama. Tetapi guna agama utk menghukum org lain,tp menggunakan hukum jagak utk melepaskan tengkok sniri.

Post a Comment