........... Parlimen Bubar - Nik Aziz Isytihar PERANG BADAR ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Parlimen Bubar - Nik Aziz Isytihar PERANG BADAR !

Wednesday, April 3, 201315comments




Najib sudah sah bubarkan Parlimen sebentar tadi. Kita tunggu jer reaksi dari pencacai Pas, mesti ada juga yang tidak kena dengan pengumuman tadi tu. Mereka juga yang duk mengharuk tapi bila dah dapat, masih tidak puas hati juga.

Berkaitan tajuk artikel ..... Itu kalau masa berdepan PRU09 dululah .... Nik Aziz melancarkan Perang Badar terhadap Umno. Sekarang ni kalau boleh nak juga Nik Aziz isytihar yang sama tapi takut orang kafir terguris perasaan, maka dipendam jerlah hasrat itu.

Rasanya saya pernah siarkan keratan lama akhbar dibawah sebelum ini tapi takperlah saya siarkan sekali lagi sebab melihatkan kepada beberapa kenyataan pemimpin2 Pas akhir2 ini, rasanya ia masih relevan bagi memahami cara orang Pas berfikir.

Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan Pas, dizaman Nabi pun ada ustaz2 melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah dikalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.

Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman Nabi dulu. Sehubungan itu beliau mengisytiharkan Perang Badar pada pilihanraya umum kali ini. ! ! ? ?  

Tidak banyak yang berubah cara Nik Aziz berfikir dari dulu hingga sekarang. Mungkin beliau akan menafikan benda ni, konon kenyataan beliau itu sudah lamaaaaaaa dan banyak perkara yang sudah berubah ...... yalah, sebahagian lakonan supaya Pas tidak dilihat sebagai ekstrim, tapi jika dianalisa kembali kenyataan2 beliau dan pemimpin2 Pas yang lain akhir2 ini - Tidak banyak yang berubah.

Mereka masih menganggap Pas adalah Islam dan menentang Pas sama dengan menentang Islam. Pas saja yang mempunyai HAK diatas jenama Islam itu.

Makanya tidak hairanlah jika orang Pas memandang sinis kepada siapa saja yang BUKAN PAS bercakap tentang hal2 berkaitan agama. Najib berkopiah dan berucap dalam masjid pun orang Pas akan merasa tercabar dan menuduh beliau cuba meniru Pas. ITU JENAMA PAS !


Orang Bukan Pas bercakap tentang dosa pahala pun akan mereka perlekehkan .... Lu siapa nak bercakap tentang dosa pahala ni ? Begitulah yang dapat dibaca dari reaksi muka orang Pas.

Payahkan nak berdebat dengan orang yang PERASAN begini ....

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 3, 2013 at 12:37 PM

salam Abang Din,

InsyaAllah berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 12:37 PM

Dengan lafaz suci Bismillah,
Parlimen sudah dibubarkan, Gendang perang sedang dipalu.
Kita berperang bukan kerana gilakan kuasa, kita berperang bukan kerana suka-suka nak jatuhkan mereka. Tetapi... Kita berperang kerana Agama, Bangsa & Negara.

Cybertrooper ini bukan gila kuasa... Tapi tak sanggup tengok bila orang gila berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 1:44 PM

Well ... this article is itself stereotyping PAS. I would say you (Din) yourself is guilty as charged :)

Come on guys, if you want to debate, debate about policies.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 1:48 PM

@AnonymousStereo ? hah, orang tak main dah stereo-stereo ler nih bos... Sekarang speaker kecik2 je tapi sound baik punyer !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 2:35 PM

Mak ai jawapan tahap budak tadika, cuba bagi jawapan bernas cikit saudara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 2:59 PM

Polisi apa????
Cakap mai. Kat KEDAH satu kedai judi pun PAS tak tutup. Mungkin hadiah bg penyokong. Itu yg aku nampak. 5 tahun apa polisinya????. Kekalkn cara dan polisi BN.!!!!
Oppp lupa. Air naik. Pusat hiburan berjebah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 3:05 PM

Kami penyokong BN di Sarawakpun mengharap dan mendoakan kemenangan PM DS Najib dan BN.InsyaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 3:42 PM

@AnonymousSorang lagi orang baru - WELCOME ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Harimau Kumbang
April 3, 2013 at 3:47 PM

PR...never ever will get my vote...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 4:15 PM

Semoga Allah berkati perjuangan kalian. BN akan menang. InsyaAllah..amin...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 4:25 PM

Dulu tidak nampak banyak 'kenegatifan' apabila agama di jadikan alat untuk mempengaruhi pengundi kerana hanya ada Pas sorang saja yang mengungguliknya. Tetapi apabila gereja turut aktif menunjukajar pengundi, sedikit sebanyak baru nampak arah mana semua ini menuju! Harap-harap ada kesedaran sebelum nasi jadi bubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 4:28 PM

CUKUPLAH UNDI KAMI PADA PRU12 LALU UNTUK PR. KALI INI TIDAK LAGI. OUR VOTES FOR BN. TERIMA KASIH

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 4:35 PM

Ya UMNO pun bukanlah terdiri dari orang-2 yang terbaik, bukan ter'alim' dan bukan terbersih... sifat kekurangan adalah sifat seorang hamba, manakala sifat terpuji, terhebat, terbersih dan segala ter adalah sifat-sifat khusus Allah dan sebahagian sifat Rasul... tapi InsyaAllah, semoga dgn tiupan semboyan PRU ini maka bantuan Allah bersama dgn UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
April 4, 2013 at 2:29 AM

Saya akan pastikan PRU13 ini akan berkuburlah Pakatan PAS, PKR dan DAP. Saya akan memilih dan menyokong UMNO BN kerana perlembagaan yang sempurna dan adil kepada rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 10:06 AM

Polisi apa?Bukan ker sebarang tindakan,percakapan,dan perancangan juga sebahagian dari polisi??

Apa ingt polisi 2 msti atas kertas je??Kata ikut Islam.Islam kan menyeluruh dalam semua aspek?

Post a Comment