........... Kemaskini Suspek Tongkang Pil Kuda ! ? - PANAZZZZ !!! BUKTI VIDEO Ceramah Hadi Kenapa Berlaku Pertindihan Calon ... Calon Pkr Jual Pil Kuda ! Mesra Komunis ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini Suspek Tongkang Pil Kuda ! ? - PANAZZZZ !!! BUKTI VIDEO Ceramah Hadi Kenapa Berlaku Pertindihan Calon ... Calon Pkr Jual Pil Kuda ! Mesra Komunis !

Monday, April 22, 201313comments

Kemaskini 2:00 pm - Perkembangan seterusnya - KLiK

Artikel sebelum ini KLiK, saya cuma copy paste saja dari Harakah. Tapi selang beberapa minit kemudian artikel Harakah itu telah diTARIK BALIK ! Saya pulak takde printscreen.

Puas saya cari artikel asal tapi tak dapat. Cari punya cari, akhirnya saya ketemu yang LEBIH BAIK ! - VIDEO CERAMAH BERKAITAN ! Saya dah copy dan upload di akaun sendiri.... takut orang Pas padam juga video youtube asal tu.



Sama tak dengan apa yang saya copy paste dari Harakah - yang telah Harakah tarik balik ?

Ada orang kata, ini nak ambil berita, bolehlah. Bagaimana nak memerintah negara bila PAS berlawan dengan PKR. PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak. Ini berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari Umno menang tak bertanding - hak jual calon ini berlaku - bila PAS masuk baru dia masuk - itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir - tak perlu kita sebut - tukang edar pil kuda - nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima. Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP - tak kerjasama dengan parti Stalin - parti Lenin (Karl Marx) - gambar Karl Marx duduk dalam markas - nak suruh orang PAS kerja - macam mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis diharam di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu.

PAS nak selamatkan PR - tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR.

Itu penjelasan saya - boleh masuk surat khabar besok supaya mereka yang tak faham masalah ini boleh faham. Mengapa kita bertindak - kita tak ada masalah kerjasama dengan DAP, kerjasama dengan PKR yang sepenuhnya PKR, yang sepenuhnya DAP, tetapi hak mari kaki-kaki haru ini jadi calon - ini PAS tak boleh terima. Kita mahu kerajaan yang kuat - kerajaan yang boleh memerintah yang dijanji dalam buku Jingga.

Presiden PAS 21 April 2013


Ada calon PR jadi tongkang jual PIL KUDA ! ! ?

Ada calon PR mesra Komunis ! ! ?

Baca juga ulasan bernas dari rakan blogger Hambali1

PS - KEMASIKINI 11:05 am - Siapa dibawah ini yang jadi tongkang Pil Kuda ? ? Atau yang mesra KOMUNIS ? ?

Berikut adalah senarai pertembungan calon PAS dengan calon PKR


Di Damansara calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan. Kerusi ini sebelum ini adalah milik Dr Mohd Nasir dari PCM yang bertanding atas PKR.



Di kerusi Bukit Besi (Terengganu) pula, Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud.

Kerusi Kota Putra, calon PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa.



Manakala di Seberang Takir calon PAS Zakaria Dagang dan calon PKR Ahmad Nazri Mohd Yusuf menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman.



Manakala di kerusi Sungai Aceh, (Pulau Pinang) pula, calon PKR Badrul Hisham Shahrin dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah menetang calon UBN Muhammad Zakaria.

Di kerusi Panti calon PAS Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon UBN Baderi Basuki.



Di Labuan pula calon PAS, Hadnan Muhammad dan calon PKR Ibrahim Manuddin menentang calon UBN Rozman Isli. 

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 11:04 AM

'Kerajaan yang boleh memerintah ysng dijanji dalam buku jingga'.... ermmmm.... bukan kerajaan yg menurut Alquran dan Assunnah ke yg patut dibentuk.Nmpak mcm hj hadi lekat tulang ker lekat kahak nieeer...

....................
Reply To This Comment ...................
Kawan
April 22, 2013 at 11:12 AM

http://imageshack.us/photo/my-images/594/hadiharakahdeleted.jpg/

Link ke image printscreen. Saya dah upload.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 11:19 AM

Kepada saudara psikik melayu, saya padamkan komen saudara sebab LARI TAJUK !

Tak perlulah nak alih isu artikel ini ya :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 11:21 AM

@KawanTerimaKasih, ya itu printscreennya :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 12:20 PM

Hebat pas ni.... Paling hebat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 12:22 PM

"supaya syaitan tak masuk PR"?

apa komen anda?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 12:48 PM

Chegubard kot yang jual Pil Kuda. Tengok bengong semacam je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 1:16 PM

Pada sy, statement hj hadi nie membawa kpd 2 pengertian ~ penghinaan kpd rakan sekutu & penghinaan kpd pas sndri. Sbb apa? Pd sy, klau la sistem tue teratur (sama yg mcm bro din tulis) maka spttnya xla timbul masalah calon tak dipersetujui. Brmakna mereka nie main pakat tangkap muat ajer, xder tapisan, xder maklumbalas dr rakyat & rakan sekutu masing2. Dr statement hj hadi juga, dptla difahamai bhw tiada lgsg niat di pihak pas utk nk tubuhlan krjaan spt yg slalu diwar2kn - krjaan islam. Nmpaknya pas lebih mengagunggkn buku jingga dr dasar islan tue sndri (yg slalu diwar2kn sbg teras & dasar parti selama nie)... senang citer, deme nie dok cakap bohongla bertahun2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 1:35 PM

Bos PKR kata banyak tuduhan dilemparkan pada mereka tetapi tak ada orang percaya...."if i were to rob..." kata Bos pada media antarabangsa.

Justeru Hadi hanyalah buang masa buat tuduhan itu dan ini kerana para juak telah mengeset minda untuk tidak layan politik longkang waima dari Pas! Itu baru PKR, kalau Dap...hadi bakal dikerumuni para pembuli cyber Dap.

Kalau nak rasa, silakanlah cakap perkara negatif tentang Lim & Co. kah, kah, kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 4:41 PM

Dah haru biru dah pas ni.hadi dah kiblat ke buku jingga plk dah.al quran dan hadis dah buang habis dah.negara islam ke mana hudud ke mana.totok bongok pas masih dok menyanyi negara islam la hudud la.kesian!!!semua tu x ada dlm buku jinggay

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2013 at 1:59 AM

Bro Din, Pak lebai ne, cakap mcm Pas tu, bersih sebersihnya, itu dgn Pakatan sesama mereka, sebab tu lah puak ne, bolih kata dekat Umno tu kafir, dia buat2 lupa dalam kain pelikat & serban depa tu, macam2 ada, Mat sabu tu lebih kominis dari pada China kominis, kata beriman, pantang jumpa betina saja puak2 ne ajak beromen, sebab tu depa cukup syok jika artis perempuan masuk jadi ahli mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2013 at 5:06 AM

bro din... dulu ada sorang ustaz tu kata watpe tun mahathir tak terima hudud... dia kata tun tak baca quran sebab tun kata hudud takde dalam quran... dia kata lagi sedangkan urusan keluar masuk tandas pun ada dalam quran doanya inikan pulak hudud mestila ada dalam quran... tapi dia lupa pulak bagitau hadi tok guru.. kalu dah doa masuk keluar tandas pun ada dalam quran... apatah lagi negara islam... mesti la ada dalam quran... ke guane? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2013 at 6:05 AM

hahaha..kantoi lg hadi dan geng2 dia dlm Penipu Rakyat. dlm buku jinggay ada hudud tak? TAKDE!!! HAHAHA...minum air kencing hadi la korang macai2 pas oooooi...

Post a Comment