........... Nik Aziz Umpama Quran Tersalah Cetak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz Umpama Quran Tersalah Cetak ?

Wednesday, April 10, 201311comments

Dibawah adalah satu lagi komen menarik dari artikel terdahulu yang ingin saya kongsikan bersama ...

Assalamualaikum

Saya sangat menghormati Ulama ulama keluaran Darul Uloom Deoband,kerana sumbangan mereka yang sangat besar kepada umat Islam di seluruh dunia.



Nama nama seperti Maulana Rashid Ahmad Gangohi,Maulana Ashraf Ali Thanwi,Maulana Ilyas Kandhlawi,Maulana Hussein Ahmad Madani,Mufti Taqi Usmani,Maulana Abul Hassan Ali Nadwi adalah antara ulama2 dan masyaikh2 'heavyweight' keluaran Darul Uloom Deoband dan sumbangan mereka adalah amat besar kepada dunia Islam.


Tapi bagi TGNA, saya merasakan perasaan yang agak berbeza walaupun TGNA boleh lah dianggap sebagai alumni Darul Uloom Deoband yang paling mewah dan senang serta mempunyai pengaruh politik yang besar di Malaysia.


Untuk beliau, saya lebih untuk 'tidak menghiraukan' ajaran ajaran beliau yang saya fahami lebih kepada usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, dan bukanlah satu usaha yang komprehensif untuk mengikut secara keseluruhan apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Politik Nabi SAW telah membawa manusia kepada akhlak yang suci murni,dan hasilnya dapat kita lihat hanya dalam masa 10 tahun Nabi SAW di Madinah,manusia telah datang kepada Islam.Akhlak mereka (sahabat Ra.hum) adalah akhlak Al Quran.Mereka digelar Al Quran bergerak kerana mengamalkan 100% perintah Allah. Melalui akhlak mereka yang terpuji, manusia datang kepada Islam. Musuh-musuh tertawan dengan budi pekerti sahabat ra.hum, dan memeluk Islam hanya dengan melihat akhlak2 mereka. Perkara ini datang hanya mengambil masa 10 tahun sahaja ketika baginda Nabi SAW di Madinah.

Inilah yang saya lihat tidak ada pada TGNA ( semoga Allah mengampuni saya), yang menjadikan saya lebih tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh beliau. Saya menganggap beliau seperti Al Quran yang tersalah cetak, tidak boleh dibuang dan tidak boleh dipakai. Hanya masih wajib dihormatinya dan harus meletakkannya di tempat yang tinggi.

Untuk PAS, maksud ilmu yang sebenar ialah hanya apa yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir. Jika segala Kitab kita telah khatam tetapi bukanlah seperti apa yang harus dijawab kepada Mungkar dan Nangkir, maka itulah kerugian yang sangat besar. Harus diingat, antara soalan itu adalah

"Siapa kah SAUDARA kamu?'.

Untuk PAS ,saya ulangi - SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 9:18 AM

PAS menolak UMNO sebagai saudara yang sebangsa dan seagama dengan PAS. Malah, jika ditoreh tubuh orang PAS pun, darah yang mengalir adalah sama jenis dengan orang UMNO. Tapi itu bukan alasan bagi PAS untuk meletakkan UMNO sebagai musuh No.1. Tetapi pada masa yang sama memeluk mesra DAP. Jika UMNO dikatakan tolak Islam, adakah DAP terima Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 9:26 AM

Salam Sdr Din,

Pada hemat saya, Quran yang tersalah cetak adalah bukan lagi sebuah Quran. Kerana kita sebagai umat Islam seharusnya tahu bahawa Quran itu merupakan kalam Allah maka jika tersalah walau pada satu ayat sekalipun maka ianya bukan lagi sah sebagai Al-Quran.

Demikian juga seperti Pok Nicky. Berapa banyakah ayat-ayat yang telah beliau utarakan secara terang dan nyata menyimpang dari ajaran Al-Quran dan Rasullullah?

Kita ambil dua contoh ungkapan Pok Nicky yang terkenal:

- Allah Mencarut
- Allah Samseng


Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Jika di baca dengan teliti ayat diatas maka ternyata ianya berkaitan dengan "Asma~Ul~Husna" dan bila dirujuk kembali dalam "Asma~Ul~Husna" tidak ada sebarang nama Allah yang menyatakan Allah itu "Samseng". Jadi, siapakah Pok Nicky yang memandai-mandai menokok tambah satu lagi nama Allah sedangkan baginda rasullullah telah menyatakan bahawa nama Allah itu adalah "seratus kurang satu".

Allah mencarut pula, sehingga kini Pok Nicky tidak pernah memberikan dalil & nas dimana ada dinyatakan bahawa Allah mencarut. Ayat apa? Surah mana? Hadith mana? Jika di katakan Allah menggunakan ayat "CELAKA" itu memang benar, Tetapi celaka yang dimaksudkan dalam Al-Quran bukan bersifat carutan. Ianya bersifat kejadian/hukuman yakni Allah akan menurunkan "BALA" ataupun "DILAKNAT"

Wallahuallam!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 10:00 AM

JEMAAH PR ADALAH SEDARA-SEDARA

IME DEPA ADALAH KETUA PEMBANGKE

TUHE DEMO KERUSI

KIBLE TUKAR KE PUTRAJAYA

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 10:04 AM

Din,
Dia baca kitab cetakan India kot? Jakim tak sempat semak lagi. hehehe


PRU13 - Najib Pasang Perangkap atau Cari Nahas di TendangTerajang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 10:37 AM

salam,

penganut pas akan jawab, saudara mereka ahli pas , pkr dan dap. selain itu bukanlah saudara mereka kerana telah kafir dan solat tidak diterima. tok guru dah dapat wahyu. sorga khas telah dikhaskan untuk penganut pas yang memangkah pas dalam pru nanti. mungkin boleh dikongsi bersama orang kafir daripada pkr dan dap. mereka penganut pas kan liberal dan plural agama kerana sokongan kuat terhadap segala tindakan bang non.

rasanya quran salah cetak tak layak ditempatkan ditempat tinggi dan disimpan. kita kena buang dengan membakar kerana mengelakkan orang lain menggunakan quran salah cetak tersebut. tak boleh disimpan, bahaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 10, 2013 at 10:46 AM

Mushaf quran salah cetak kita bakar jgn simpan. Abunya kita tanam di tempat yg sesuai. Maaf, takde kena mengena dgn NA.
Anyway, Al Quran adalah Kebenaran, pengamalannya dicontohkan oleh Ar Rasul saw, para sahabat r.ahum pengikut tegarnya dan kewajipan kita menuruti jejak mrk dgn sebaik baiknya agar dpt bersama mrk di Akhirat nanti.
Yg kasar, bnyk menuduh dan memburukkan org lain, pemarah, pendendam, berburuk sangka sesama Islam, memusuhi sesama Islam, memutus hubungan sesama Islam, tidak memaafkan, sekali kali bukan akhlak yg berpandukan Al Quran yg dicontohkan oleh Ar Rasul saw.
Prinsip hidup saya, sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah swt kurniakan dan maafkan semua org, InsyaAllah tenang jiwa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 11:07 AM

petikan dari penulisan merah tinta mso yang bertajuk "Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini" katanya "Dalam sehari dua ini dan membawa kepada sejam dua ini, saya dapat merasakan dia serabut. Dadanya tertekan dengan segala macam olah anak buahnya. Sebagai manusia dia juga tidak dapat menahan amarahnya. Ketidaksempuraan itu menyempurnakan dirinya sebagai mahluk Allah. Maka saya sangat bimbang takut dia juga 'merajuk' atas rasa sakit hati ataupun kerana bisikan kecil jiwanya tidak didengari dan keinginan-keinginan beliau yang tidak dapat disebutkan dan dileraikan. Hakikat yang kena terima dia juga masih manusia biasa." inilah yang pada pendapat saya menunjukan kemurungan emosi dan kekacauan minda yang sedang dialami oleh nik aziz kini ... kerana dia yang dimaksudkan di sini ialah nik aziz ... dan sebab itu dia sedang meroyan melempiaskan amarahnya kepada umno ... hem ulamak yang tidak tidak tenang jiwanya ...
ulamak jenis apa ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
April 10, 2013 at 11:29 AM

Terbaik dari Din.

-Pemuda Surau-

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 11:52 AM

TerimaKasih diatas teguran saudara2 ... ya, Quran yang tersalah cetak bukan lagi Quran yang sahih dan harus dilupuskan mengikut caranya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 4:39 PM

Saya ulangi , "Siapakah Saudara Kamu ???"...
PAS akan jawab "DAP laa"..kerana kami akan masuk syorga ciptaan kami, sambil berpimpin tangan dengan perasaan gembira..kami gembira kerana berjaya menghancurkan MELAYU dan ISLAM..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 4:32 PM

saudara Abd Naser:
Mcm mana plak UMNO dah lbh 20 thn berkawn dgn pemmpn MCA yg cnfrm kaki pelacur & .....???

Post a Comment