........... Nik Aziz Isytihar Jasa TERBESAR Pas 22 Tahun Memerintah Kelantan ! Lepas ni Malaysia Pula... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz Isytihar Jasa TERBESAR Pas 22 Tahun Memerintah Kelantan ! Lepas ni Malaysia Pula...

Wednesday, April 17, 20137comments

Kita sering menanyakan persoalan apakah yang telah Pas sumbangkan kepada rakyat Kelantan selama lebih 22 tahun Nik Aziz menjadi MB. Dimanakah pembangunannya ? Kenapa airnya masih tidak bersih ? Apakah mercutanda baru yang dibina oleh Pas ? Berapa banyakkah masjid yang telah dibina Pas berbanding kemunculan tokong2 buddha ? bla bla bla.......

Suka sangatlah Umno bila orang Pas tak boleh nak jawab dengan yakin. Tapi kerajaan tak bertukar2 juga ......  NAH, sekarang Nik Aziz sendiri sudah jawab.



Jasa yang paling BESAR Nik Aziz bawa ialah - UBAH MINDA !

UBAH MINDA ni JASA BESAR ! lepas tu Nik Aziz pun bercerita hal Hijrah Nabi, tiba2 disambung pula dengan teori beliau kenapa kapal angkasa boleh pecah dan terbakar,  matematik dan sains bla bla bla ..... memang boleh ubah minda la siapa yang layan !

Ya, memang Nik Aziz @ Pas telah berjaya mengubah minda orang Pas selama 22 tahun memerintah Kelantan. UBAH MINDA dalam ertikata BRAINWASH.

Minda orang Pas telah diubah menjadi semakin jumud dan sempit. Sekarang dunia orang Pas cuma politik Pas-Umno. Tanyalah mereka apapun, pasti akan keluar perkataan Umno.

Semua pembangunan demi keselesaan dan kemakmuran kehidupan rakyat tidak penting. Bahagian duniawi ini semuanya boleh diletakkan diatas bahu kerajaan BN. Ada saja alasan yang diberikan bagi menutup kelemahan Pas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Selama lebih 22 tahun ..... ?

Tapi bila diminta contoh pembangunan yang mampu dibawa oleh PR, SEMUA jari orang Pas akan menuding kearah Pulau Pinang, negeri yang baru 5 tahun diambilalih oleh Dap. Punyalah bangga orang Pas dengan cara Tokong memerintah, seolah semasa Dap ambilalih 5 tahun dulu, Pulau Pinang adalah negeri paling mundur dan segalanya yang ada sekarang adalah hasil usaha Tokong mereka selama 5 tahun.

Kenapa tidak jadikan Kelantan yang Pas perintah selama 22 tahun sebagai contoh terbaik ? Kenapa tidak jawab kejayaan terbesar Pas dalam membangunkan Kelantan adalah - UBAH MINDA ?

Jadi sekiranya Pas berjaya mengalahkan Umno dan memerintah negara dalam kerajaan PR, bersiap sedialah rakyat Malaysia untuk di UBAH MINDA !

Kenapa tidak ada media yang bertanyakan pandangan Dap tentang banyak kenyataan2 merapu yang dikeluarkan oleh Nik Aziz dan Hadi sejak akhir2 ini ? Bukan nak melagakan mereka tapi selaku rakan kongsi dan juga kerana mereka bakal memerintah secara BERSAMA sekiranya PR menang, adalah wajar kita tanyakan pendirian pemimpin2 Dap juga.

Nak bertekak sesama mereka pun biarlah sekarang, jangan lepas menang ...... semoga dijauhkan !, baru nak bertekak. 

Pas harus perbetulkan minda mereka dulu. Bertanding dalam Pilihanraya adalah untuk kepentingan rakyat BUKAN untuk jatuhkan Umno !
 

Minta rakyat pilih Pas atas dasar yang Pas mampu menjadi lebih baik dari Umno BUKAN semata2 kerana Umno banyak kelemahan.

PS - Soalan adalah jasa Nik Aziz / Pas bawa ke Kelantan,tapi Nik Aziz meroyan tentang jasa Islam kepada dunia ! 

PS2 -  Menarik juga diminit 4:00 dimana Nik Aziz mendakwa perpecahan Melayu/ umat Islam dinegara kita adalah angkara Umno. Beliau samakan keadaan kita disini dengan zaman Nabi Muhammad dimana mereka yang lawan menentang Nabi adalah golongan yang memecah belah !

Nampak tak cara Nik Aziz UBAH MINDA / BRAINWASH orang Pas.... dan itulah juga yang akan dilakukan kepada seluruh umat Islam Malaysia sekiranya PR menang nanti

PS3 - Baca juga kenyataan Nik Aziz - Allahuakbar ? Hey, MelayuAkbar la ..! - Nik Aziz Kepada Umno dimajlis yang sama

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 6:12 PM

Aku tak rela otakku dicuci ngan spesis makhluk yang memperalatkan islam demi nafsu politik. Kadang2 aku pelik kenapa ahli pas tak taksub kepada haron din sedangkan jika nak diukur taraf ulama, keperibadian, personaliti dan tahap kelulusan, haron din mempunyai kelayakan yang lebih hebat dari nik aziz. Jika saya boleh gambarkan tahap ketaksuban orang pas especially di kelantan, jika diletakkan nik aziz di sebelah kiri dan pembangunan umno di sebelah kanan. Mereka yang taksub ni rela pilih nik aziz dan menolak pembangunan. Mereka tak kesah soal air karat pon asalkan melihat dapat melihat kelibat nik aziz sebagai individu yang mereka sanjungi. Berlainan dengan orang umno, tidak taksub sama ada kepada tun m atau najib. Kita cuma menghormati mereka sebagai pemimpin utama negara yang berjasa kepada kita. Alhamdulillah, kerana aku tidak menjadi ahli pas yang berfikiran jumud, sempit dan hanya melihat dunia dalam tempurung semata2. Setakat ni cuma mahfuz sorang jer yang boleh berfikir di luar kotak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 6:37 PM

Kesian tgk orang tua ni merapu meroyan ja keja dia tak habis2 nak salahkan umno bongok toi!! Pada pencacai pas aku tak hina ulamak sebab aku dapat bezakan mana ulamak yang betol2 ulamak!! Nik aziz ni dia bukan ulamak dia fulamak! Ular dalam semak!! Buat semak kepala ja!! Ni la ulamak su' dunia akhir zaman!

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 6:38 PM

@AnonymousMahfuz luar kotak ya....... takut keluar satu kotak masuk kotak lain pula hehehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2013 at 7:27 PM

Jasa Terbesar Nik Ajis:

Stadium tahap paralimpik
Keretapi maha laju
Lebuhraya super canggih
Ladang Rakyat (Milik Aku)
Projek Jamnapar (2-3 ekor)


Dan berbagai lagi pencapaian maha-hebat.

http://mycybertrooper.us.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2013 at 8:47 PM

@Anonymous
Masalah air bukan isu terutama bagi golongan berada [kebanyakkannya pegawai kerajaan] kerana mereka guna telaga tiub.

mokcikool

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 12:23 AM

Bluurr..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 12:39 AM

Jasa terbesar juga yang dicipta oleh Mahaguru ini ialah dapat menjadi ulamak terbesar yang mana dia sorang yang teralim dan terunggul di Malaysia..orang lain ...bo layan.....apalagi mufti ampu kerajaan..lagi kena kutuk

Post a Comment