Nik Aziz Baru Belajar Tahaluf Siyasi 4 Tahun Lepas ...kan ?

Tuesday, April 9, 201320comments




Malam ni malas nak fikir berat2 ... panas sangat cuaca di KT ler nih, otak pun cair. Dah berapa minggu tak hujan, ia punya panas pulak, lain macam punya hangat, sampai ke malam. Gerenti ramai yang beraksi ala Cik Eli kita kan ?  

Heran pulak kat Georgetown boleh ada banjir kilat..... PETANDA NAK KALAH LA TUH !

OK, Kali ni saya nak sentuh tentang Tahaluf Siyasi Pas. Kebetulan terlihat satu artikel dari sebuah portal pro Pas - Menolak Tahaluf Siyasi Umpama 'Ketinggalan Keretapi' - tajuknya yang menarik buat saya tertarik nak baca.

Ketua Dewan Ulamak PAS negeri Terengganu Dato' Ustaz Husin Awang menyifatkan golongan yang menolak Tahaluf Siyasi adalah umpama kelompok yang 'ketinggalan keretapi', berdasarkan keperluan Islam dalam perkembangan masa kini.

"kalau dulu bila disebut mahu berbaik dengan bukan Islam, kami di kalangan pemuda ketika menjadi ulamak pelapis dulu pun marah, tapi sekarang ini orang yang marah dianggap (sebagai) orang yang 'ketinggalan keretapi',

"(kerana) waqi' (keadaan semasa) pada masa sekarang dan perkembangan yang berlaku, setelah dirujuk kepada sejarah (sirah) dan as-Sunnah (Nabi SAW) maka kita dapati ianya tidak boleh lari daripada kaedah itu,"

Ooooooh .... ketinggalan keretapi ya ......

Apa yang saya fahami dari kenyataan diatas - keperluan kepada Tahaluf Siyasi adalah kerana hasil PERUBAHAN keadaan dulu dengan sekarang yang menyebabkan PERUBAHAN pendirian ulama Pas. SETUJU ?

Ustaz Husin yang kata dulu waktu muda dia marah kalau sebut nak berbaik dengan kafir, sekarang dah tak marah.

OK, Point utama perbincangan malam ini - Apakah yang berubah pada KEADAAN dulu dan sekarang ? Saya anggap Ustaz merujuk kepada keadaan 30 tahun dulu waktu Amanat Hadi dikeluarkan. Apakah PERKEMBANGAN yang Ustaz itu maksudkan yang memerlukan perdekatan Tahaluf Siyasi sekarang ?

Sebenarnya KEADAAN yang telah berubah atau PAS yang berubah ?

Saya tidak nampak sebarang perubahan drastik pada KEADAAN sekarang berbanding 30 tahun dulu. Yang saya nampak berubah adalah Pendekatan Politik Pas. Dulu tumpuan Pas hanya kepada undi orang Melayu dan untuk memenangi hati/undi orang Melayu, Pas menggunakan pendekatan yang ekstrim yakni anti kafir , bagi membezakan perjuangan Pas dengan Umno. Seolah Pas lebih Islamik berbanding Umno yang mesra kafir.

Sekitar tahun 2000 - KEADAAN MASYARAKAT MASIH SAMA, tapi Pas yang mula berubah kearah mesra kafir demi meraih undi mereka. Percubaan pertama mereka berbaik dengan Dap gagal kerana faktor Negara Islam yang merupakan modal utama Pas memancing undi Melayu. 

Waktu itu keluarlah dari mulut pemimpin2 Pas yang Negara Islam bukan merupakan perjuangan utama Pas, yang Hudud cuma 0.0001 peratus je dari tuntutan Islam. Berbelit2 lidah mereka cuba menghalalkan apa yang sebelum itu diharamkan.

Masuk 2008, KEADAAN MASYARAKAT MASIH JUGA SAMA, tapi Pas berubah lagi. Kali ini Presiden Pas mencuba pendekatan baru pula iaitu MEMBUANG PERKATAAN ISLAM yang menjadi fobia kepada Dap, dengan harapan orang cina akan lebih terbuka hati untuk menerima Pas yang telah menggugurkan ISLAM dari perjuangannya. Timbullah perkataan Berkebajikan. 

Seperti 30 tahun dulu juga, Pas perlu bezakan perjuangan mereka dengan Umno. Kalau dulu Pas dikatakan lebih baik dari Umno kerana Pas tidak mesra kafir sementara Umno mesra kafir, kali ini Pas mahu kelihatan lebih baik dari Umno dalam konteks mesra kafir pula ! 

Dari situ muncullah TAHALUF SIYASI...... bla bla bla ......

Sekali lagi saya tanya, KEADAAN yang berubah atau PAS yang berubah ?

SATU LAGI POINT - Kenapa dulu waktu pertamakali berbaik dengan Dap, konsep Tahaluf Siyasi ini tidak timbul ? Bukankah Ustaz diatas ada menyebut   setelah dirujuk kepada sejarah (sirah) dan as-Sunnah (Nabi SAW), yang membawa maksud konsep ini sudah lama dipraktiskan sejak zaman Rasulullah lagi ?

Apakah Nik Aziz, yang memperkenalkan nama Tahaluf Siyasi ini, BARU BELAJAR tentang perkara ini 4 tahun lepas ?

Kenapa Tahaluf Siyasi tidak disebut sewaktu Pas pertama kali berbaik dengan Dap dulu ?

Saya harap ada orang Pas yang boleh tolong berikan pencerahan ....

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 12:45 AM

Bagi pihak yang belum kenal keistimewaan China Doll sudah tentu akan menolak keistimewaan berkenaan, tetapi sesudah pihak yang pada asalnya menolak kehebatan China Doll merasai kehebatan berkenaan, jangan hairan kalau keistimewaan China Doll akan diulang-ulang seolah-olah depalah makhluk pertama berjaya merasai kehebatan China Doll. Nak kata apa? Biarkan, biarkan...he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 1:00 AM

Dulu perjuangan Pas ikhlas tapi sekarang lebih kepada mengejar kuasa dan kebendaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2013 at 1:32 AM

hahahaha....baru semalam mencari2 mana la blogger nak keluaarkan isu SERUPA ini....akhirnya ketemu jua....hahaha

sebenarnya ada satu ayat je sesuai utk PAS ni:
"BELAJAR AGAMA TAK HABIS TAPI MEMANDAI2 BERCAKAP PASAL AGAMA SEOLAH2 DIA JA YG TAHU SEMUA, BETUL SEMUA"

segala apa yg dilontar yg diludah pada UMNO dulu, kini dah berbalik kepada tempat asalnya....cumanya nak tunggu BILA MEREKA YG MENGKAFIRKAN UMNO ni nak MINTA MAAF dgn perangai HARAMJADAH MEREKA?

tapi jawanpannyapun ramai dah jangka: HARAM MINTA MAAF DGN UMNO....hahahahaha...nasib la pro-UMNO, mungkin di akhirat nnt boleh calim byk2 dgn pencacai & penganut PAS ni.....sekurang2nya dah ada SIMPANAN TETAP

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 1:42 AM

Jangan pulak masa akan datang, suruh masuk islam sikafir harbi tu tak mahu, maka puak2 pas ni pulak pakat2 masuk kapir sudahlah.... Tu pun tahaluf siyasi jugak gamaknya.
Punca pas jadi cacamarba begitu bukannya apa, umpama kalau judi tu asalnya haram, tapi oleh kerana ianya banyak mengkayakan sesetengah manusia, malah manusia tersebut disanjung dan dipuja masyarakat, maka konsep menghalalkan judi atas maksud dapat mengubah nasib seseorang adalah tetap tidak diterima islam.. Cuba tukar perkataan judi tu kpd politik, apa jadi? Disinilah pas telah tertipu.....

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 3:28 AM

Mungkin lebai pas ni gila kluarkan fatwa atau cpt rasa pandai dr org lain.baru baca muqadam dah sibok kluarkan fatwa,dh kata org lain salah. Bila dh pandai sikit,baca quran,haaa mula la terbelit dgn fatwa lama. Bqca muqadam dgn quran tu kiasan

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 9, 2013 at 3:32 AM

Otak geliga, kalau dirujuk bnyk kenyataan 'ust ust' PAS ni kenyataan tuan ttg belajar tak habis tp memandai mandai tu sgtlah benarnya.
Bertahaluf siyasi, berbuat baik dgn non muslim yg tak memusuhi Islam dan bekerjasama dgn mrk bukanlah satu kesalahan. Bahkan boleh menjadi satu kaedah mendekati mrk utk tujuan dakwah.
Namun begitu, bekerjasama dgn golongan kufur utk menjatuhkan sesama Islam bukan sifat mukmin bahkan sifat munafik. Begitu juga dgn mengangkat golongan kufur menjadi wali dgn meninggalkan org mukmin yg lain, adalah sifat munafik.
Golongan mukmin berkasih sayang , berlemah lembut dan berlebih kurang sesama mukmin, tegas dan keras terhadap golongan kufur, namun zahirnya PAS hari ini bersikap sebaliknya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 7:22 AM

@AnonymousDulu Pas ikhlas ? Hmmmm ...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 7:26 AM

@AnonymousPerjuangan mereka boleh tukar nama kepada Berkebajikan konon ia tetap sama maksudnya dengan Islam tapi nama parti mereka berkeras tak mahu tukar perkataan Islam konon itulah perjuangan mereka ..

Apa ada pada nama ? janji maksudnya sama kan ? Parti Berkebajikan Malaysia ?

Kan situ nampak dah Pas tidak konsisten..

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 7:27 AM

@XpasPoint yang bagus, terimakasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 8:37 AM

dulu.. kulitnya ikhlas, isinya sama mcm yg kita lihat skrg.. skrg dh buang kulit, nmpk terus isi tp ketaksuban yg lama dipupok.. kulit ikhlas tu dh takde pun puak2 diaorg nmpk jugak.. jeng jeng jeng..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 9:09 AM

ulamak-ulamak Pas ni dah boleh kita gelar pendeta Yahudi..asal ada kepentingan diri je mula lah keluar fatwa dan ayat-ayat songsang...bukan ke Yahudi ni dilakhnat Allah dek kerana ayat songsang yang menjurus kepentingan mereka? Pas kata tahaluf siyasi tapi rakyat nampak lebih macam bahalol basi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 11:04 AM

Dulu masuk politik tak kisah kalah ke menang pasal ada kerja lain utk cari makan tapi sekarang mesti mau menang walau apa cara sekalipun pasal cari makan sepenuh masa dengan politik. Kalau kalah tak sanggup hidup susah dah pasal dah biasa senang. tipikal orang politik cari makan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 2:12 PM

dulu rase hebat boleh menang sebab tu marah, skrg sedar tak boleh menang, maka dibuka semua kitab2 dikaji ditelaah utk mencari dalil & bukti utk menghalalkan cara. Bak kate pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 3:20 PM

Betul ke PAS ni diperbodohkan DAP, atau berpura-pura demi Pakatan je?Teringin nak tahu isi hati pihak atasan PAS, yang ahli bawahnya memang fantik dungu je.
Aku yakin penuh DAP cuma berpura-pura dengan PAS, nampak sangat mengada-ngada bila nak tiru khalifah le, petik ayat Quran le, ikut cermah dalam masjid le. Padahal pada waktu sebelumnya sampai sekarang anti melayu dan anti Islam sejelas-jelasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2013 at 3:18 PM

Terima kasih kerana share artikel ini.. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 12:58 PM

Tahalluf Siyasi Nabi dengan orang Yahudi madinah untuk saling tolong menolong tidak mendatangkan faedah apabila Kaum Yahudi madinah tidak menolong Kaum Muslimin ketika diserang dan dikepung Musyrikin Mekah dalm Perang Khandaq. Kaum Muslimin telah bertindak menyerang dan menawan Kaum Yahudi madinah dalam perang Khaibar. Ini menunjukkan Tahalluf Siyasi memang diamalkan tapi MEMPUNYAI HAD. Jika kerjasama itu lebih membawa keburukan, maka wajib diputuskan kerjasama tersebut kerana hukumnya haram apabila kerjasam itu membawa kemudaratan. Saya berpendapat bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS adalah lebih utama daripada kerjasama dengan Kafir Harbi DAP yang terang-terangan menolak konsep negara Islam PAS. MCA tidak menuntut kuasa politik (Perdana Menteri) dari UMNO berbanding DAP yang inginkan jawatan tersebut secara perlahan -lahan tanpa disedari umat Islam, iaitu dengan mengambil jawatan timbalan perdana menteri terlebih dahulu. Kita jangan menyerahkan urusan pentadbiran kepada kafir kerana kita juga boleh jatuh kafir dengan menerima mereka sebagai pemimpin terutamanya sebagai perdana menteri (ketua kerajaan).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2013 at 12:01 AM

Yang dok ckp byk nie paham ka pasai agama...nie pebetoi dulu pemimpin kesayangan hangpa... budak2 upsr tnya pasai najis pun x bleh nak jwab...bini pun x pakai tudung...negara islam ka kita nie

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2013 at 12:12 AM

@Anonymoussatu cubaan alih isu :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 6:37 PM

Tahaluf siyasi di dokong oleh kekuatan ummah untuk di dunia dan akhirat,Ia terbentuk oleh fasa2 tertentu bersama gelombang ilmu Allah di landasan sebenar.Bukan konsep menyerah tengkuk pada PR dgn ketidak sempurnaan yg besar atas nama kerjasama atau short cut "tahaluf siyasi".Bab tahaluf siyasi sangat besar dan luas dan sentiasa di hadapan dari mana2 tamadun manusia di dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 6:38 PM

Senjata terakhir adalah Tahaluf siyasi.Senjata yg paling ampuh adalah kesatuan ummah

Post a Comment