........... Menjawab Video Hadi - Penjelasan Kalimah Allah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Menjawab Video Hadi - Penjelasan Kalimah Allah

Saturday, April 6, 201312comments


Dalam video ceramah Hadi yang terbaru mengenai penjelasan Kalimah Allah, terdapat 3 isu yang ingin saya timbulkan. Video ada saya copy dibawah.

Kalimah Allah - Permulaan video, Hadi duk berceramah mengenai apa yang majoriti umat Islam kita yakini iaitu Kalimah ALLAH tidak boleh digunapakai / diterjemah dalam bahasa lain. Apa yang Hadi TIDAK KOMEN adalah PENDIRIAN PAKATAN RAKYAT.

Soalan yang tidak disentuh adalah Kenapa pendirian Pas TIDAK SAMA dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mana Pas menjadi ahlinya ? Sekiranya PR berkuasa, apakah kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan pendirian untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kitab Injil bahasa Melayu secara meluas tanpa had ? Dan Pas BERSYUBAHAT SAMA !

Dimana peranan / pengaruh yang pemimpin2 Pas duk gembar gemburkan dalam setiap ceramah dalam konteks Tahaluf Siyasi PR konon Pas akan membawa suara Islam ?

Mengenai tuduhan terhadap KDN yang bertanggungjawab dalam hal ini, ya saya setuju memang menjadi tugas kerajaan mengawal perkara ini tapi tugas kerajaan terhad mengikut undang2. Hanya negeri2 yang terdapat Enakmen Syariah berkaitan saja mampu ianya dikuatkuasakan. KLiK

Sabah, Sarawak dan Penang tidak punyai Enakmen berkenaan. 

Apakah Enakmen Syariah yang mengekang perkara itu sekarang ini bakal dihapuskan oleh PR nanti kerana kalau diambilkira Pendirian Bersama PR yang diumumkan oleh Hadi, nampak gayanya begitulah..

Kita bukan nak tahu pendirian Pas kerana kita semua sudah maklum pendirian Majlis Syura tapi kita nak tahu pendirian Pakatan Rakyat. Yang bakal menjadi kerajaan adalah PR BUKANNYA PAS ! 

Seperti kata Karpal -   

“Majoriti 2/3 (DAP dan PKR) tetap dengan pendirian yang sama. Walaupun, Pas menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu ALLAH tidak boleh digunakan."

“Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,” KLiK


Nampak ? Kita bukan nak tahu pendirian Pas secara bersendirian sebab pendirian Pas seorang TIDAK RELEVAN dalam PR, kita nak tahu pendirian PR yang mana Pas menjadi sebahagian jasadnya. 

                             ********************** 

3:25 - Orang Yahudi, Kristian sembelih lembu ayam kerbau .... Kita boleh makan. Bukan saya kata, Quran kata.

Makanan ahli kitab , Yahudi dan Nasrani, kita boleh makan. Pasal apa ? Dia nak sembelih dia kata Allah.

Sebab itu orang yang belajar di Amerika, England dimana2 yang tidak ada orang Islam, boleh beli daging lembu, daging kerbau, ayam dikedai orang Yahudi atau Kristian yang sembelih.

Benarkah Yahudi dan Nasrani yang ada sekarang masih dianggap sebagai ahli kitab ? Mungkin mereka yang pernah melawat negara2 di oversea boleh tolong jawab perkara ini. Saya tidak tahu apakah orang Yahudi /Kristian lakukan proses sembelih atau apakah ada sebarang label yang menyatakan daging jualan mereka disembelih.

Saya rasa orang Pas dan mereka yang melihat video ini perlu penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini terutama para pelajar yang menuntut di oversea.



7:50 - Betul Dr Mahathir bela Syaitan .. Dr Mahathir kata, baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang kita tak kenal. Kita diajar Fardhu Ain, wajib beriman pada Malaikat bla bla bla ...Tuhan sebut dalam Quran, Malaikat ni baik dengan kita bla bla bla ... adapun syaitan ni Allah kata, kenal molek ..dalam Surah Yassin bla bla bla ....

9:24 - Tuhan kata jangan ikut syaitan..... Mahathir kata, ikut syaitan, walaupun kita kenal dia ... 

Haaaa .... yang ini buat saya teringat satu artikel dua minggu lepas - KLiK - ingatkan Hadi bergurau tapi memang dia bengap ! Tak faham apa itu yang dikatakan Perumpamaan .

Yang ini Mahfuz ada berkata - Kena faham bahasa.... !  Klik 

Kalau dah tak boleh pakai perumpamaan 'devil', ada baiknya Hadi tuntut Kementerian Pendidikan hapuskan semua perumpamaan seumpama itu dalam silibus English, kemudian minta British Council lakukan yang sama sebab satu dunia menggunakannya. Wajib beritahu umat Islam yang lain didunia betapa bahayanya jika menggunakan perumpamaan yang ada guna perkataan devil !

Kemudian tanya Hadi, apakah kenyataan Hadi ini juga digunapakai terhadap Nik Aziz yang sanggup terima bantuan syaitan demi menjatuhkan Umno ? !


PS - Kenyataan Karpal diatas juga menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh orang lain - Kalau Karpal sebut tentang 2/3 suara dalam PR dalam menentukan suara majoriti dalam PR, yakni setiap Pas, Dap dan Pkr punya SATU SUARA, apakah penting lagi berapa banyak kerusi yang dimiliki oleh setiap parti ? 

Sikit atau banyak kerusi Pas atau Dap atau Pkr, setiap mereka punya 33.333% atau 1/3 suara dalam PR. Kalaupun Pas punya kerusi lebih banyak berbanding Dap tapi suara Pas dalam membuat dasar PR tetap sama dengan Dap iaitu SATU SUARA. Besar kesannya itu .....

PS2 - Artikel adalah pandangan peribadi saya semata-mata.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2013 at 5:36 PM

laa....tak abis2 lagi ka dgn idiom 'better the devil u know than.....'
Hadi, malu la wei kalau penjelasan org beri kau sengaja tak mau paham, if i ever have any doubt about you and your supporters' stupidity, now you have confirmed it is true. haha devil my arse ! Oooops, nanti salah paham pulak!

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2013 at 5:41 PM

cuba tanya Hadi Awang berapa rakan-rakan Kafir beri untuk belanja PRU13, selepas dia setuju kongsi penggunaan kalimah Allah. RM24 juta, RM50juta, RM150juta ....?

niat DAP memang nak jadikan Malaysia tanpa catatan agama ISlam sebagai agama rasmi. Semua orang tahu......

lekeh sangat la Hadi...

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2013 at 5:41 PM

@AnonymousVideo itu diuploaded semalam - 5 April, menunjukkan Hadi MASIH brceramah mengenai perumpamaan Devil itu dikampung2 !

Orang bijak pandai akan memandang serong kepada Hadi dan Pas jika Hadi terus mainkan isu ini. Hadi hanya memperbodohkan diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2013 at 6:05 PM

TERBAIK BRO DT !! Banyak points disumbatkan dalam satu artikel. Cai-cai Pas apalagi, masuklah ! Nak baca juga pandangan anda, tapi jangan mencarut ya, komen saya sendiri kena cantas dek bro DT sebab mencarut hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2013 at 6:29 PM

agree to disagree, ha ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2013 at 6:54 PM

Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...
Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...
Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....
Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...
Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...
Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu haji adi ...
Haji Adi : Er tapi yang dipertua . Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ..
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dan bersetuju bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan manusia kepada Islam ...
Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...
Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....
Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata tuan guru nik aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan islam ... kata tuan guru nik aziz juga ... bahkan iblispun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia ini dari iblis menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ....
Undian pun dijalankan ... akhirnya majority setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pundipinda ....
Tidak lama kemudian .... gereja tertera perkataan Allah ... kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibdat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...
Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er .... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu ....

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 6, 2013 at 7:15 PM

Yahudi Dan Nasrani sembelih sebut nama Allah ke ? Mazhab Syafe'i ; sembelihan Muslim, Yahudi dan Nasrani yg mengamalkan agamanya halal dimakan walau tak dibaca nama Allah swt, asal jgn sebut nama selain Allah swt. Sila baca bab sembelihan dlm kitab kitab fekah Syafe'i.
Isu devil and angel pula, kenalah tafsir dlm konteks bahasa Inggeris, krn itu peri bahasa Inggeris. Terjemahan langsung tentulah membawa makna yg berlainan. Bab ni kenalah buka buku peri bahasa Inggeris pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2013 at 7:17 PM

@AnonymousHahaha ... menarik :)

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 6, 2013 at 7:21 PM

Sembelihan Yahudi dan Nasrani yg halal dimakan dlm bahasa Inggeris disebut "kosher". Spt status halal, ada kaedahnya utk status kosher ni, bukan sembarangan. Kalau asal disembelih oleh org yg mengaku Yahudi dan Nasrani, tp sembelih ikut suka dia je, sendiri makan sendiri tanggunglah, nanti jawab sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2013 at 8:35 PM

Aku dah lama tunggu penjelasan hadi pasal isu memali. Tapi sampai sekarang benda ni senyap jer

Pasal boleh makan sembelihan nasrani dan yahudi. Ini kes berat. Hadi tak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa sebegitu rupa. Ahli kitab yang benar2 meyakini Allah Yang Maha Esa hanya wujud sebelum kedatangan Rasullullah. Ketika itu rujukan mereka ialah Injil dan Taurat yang original. Selepas Nabi Muhammad diutuskan Allah sebagai Rasul, kitab Injil dan Taurat tidak lagi menjadi rujukan kerana Al-Quran merupakan kitab yang lengkap dan menjadi panduan utama umat manusia. Persoalannya, adakah ahli kitab yahudi dan nasrani yang ada sekarang ini masih menggunakan kitab yang original dan tidak dipinda isi kandungannya? Dan jika ya pun mereka berpegang kepada kitab yang original, adakah aqidah mereka dalam memperakui keesaan Allah S.W.A.T sama seperti kita sebagai umat Islam?

Saya rasa PAS telah gagal dalam ujian untuk menjadi khalifah umat Islam. PAS gagal jadi dominan dalam pakatan rakyat. Suara PAS hanyalah suara minoriti semata2. Kita tak perlu memandang serius pandangan PAS berhubung isu Kalimah Allah kerana PAS hanya parti picisan semata2. Perjanjian yang PAS telah tandatangani adalah muktamad dan ianya merupakan pendirian rasmi Kerajaan PR sekiranya mereka memerintah nanti. PAS dah tak boleh buat apa2 pun meskipun terpaksa memberi "harapan palsu" kepada bakal2 pengundi yang beragama Islam. Hakikatnya kata2 pemimpin PAS dah tak revelen lagi dan boleh diabaikan begitu sahaja.

Menyentuh tentang devil yang dikenali dan angel yang tidak dikenali sebenarnya adalah satu sindiran kepada PAS sendiri. PAS nampak baik dari segi luaran, berserban, berkopiah, berjanggut tapi suka mencaci, memfitnah, memaki-hamun, mendoakan K.O, mengambilalih hak Allah dalam menentukan syurga neraka dan memutuskan tali silaturrahim sesama umat Islam. Inilah wajah PAS yang mempergunakan Islam demi mencapai matlamat politik yang digambarkan sebagai "malaikat yang tidak dikenali". Manakala UMNO pula yang seringkali diberi persepsi negatif seperti rasuah , sering bermewah-mewah serta menyalahgunakan kuasa sehingga digambarkan sebagai syaitan oleh pihak pembangkang. Tapi hakikatnya, "syaitan" inilah sebenarnya yang telah banyak membela umat Islam dan mengeluarkan orang Melayu dari kepompong kemiskinan. UMNO yang dituduh sebagai syaitan inilah juga yang prihatin dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. UMNO tidak memerlukan topeng Islam meskipun UMNOlah yang berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unggul dan berwibawa di mata dunia khususnya di kalangan negara2 OIC.

Kesimpulannya, PAS pasti akan berkubur dalan PRU13 nanti kerana sikap PAS sendiri yang semakin jauh tersasar dari landasan perjuangan asalnya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2013 at 11:17 PM

Sdr. Din,

Saya dahulu belajar di luar negara dan memang ketika diluar negara, kita seboleh-bolehnya cuba mencari tempat makan Islam. Di England misalnya terdapat banyak kedai-kedai makan Islam yang di majukan oleh mereka yang datang dari Timur Tengah. Tetapi, sekiranya tiada, seperti di tempat saya belajar (Oklahoma, Amerika Syarikat), kita boleh memesang makanan "Kosher". Iaitu makanan bangsa Yahudi. Apa jua makanan "Kosher" adalah bebas dari faktor "Kerbau pendek" baik dari segi dagingnya atau bahan-bahan yang digunakan. Dari segi 100% halal, yang ini kita cuma mampu bertawakal kepada illahi.

Walaupun pada dasarnya kita dikatakan boleh makan sembelihan Yahudi & Nasrani tetapi berapa ramaikah mereka yang masih mengikuti ajaran-ajaran kitab mereka?

Yahudi mungkin masih boleh diterima kerana pegangan mereka yang masih kuat kepada kitab mereka tetapi bagi kaum Nasrani (Kristian) hampir 100% sudah tidak lagi mengikut ajaran kitab mereka. Sekiranya Din berpeluang untuk membaca kitab Bible mereka, ada disebut dengan nyata bahawa Babi dan minuman yang memabukan adalah haram tetapi mereka tidak peduli dengan itu semua. Bukanlah saya nak mengatakan bahawa Bible itu betul tetapi ada perkara-perkara yang masih kekal dari text asal yang mereka tolak bulat-bulat.

Kisah "Devil" ni pun satu hal jugak. Yang Tun Mahathir kata macam tu dia nak pertikaikan, mungkin la Hadi ni bengap tahap gaban bila kena bahasa Inggeris tetapi yang Pok Nicky cakap dalam bahasa Melayu yang dia sanggup terima bantuan syaitan tu macam mana pulak? Tak percaya? ini pautannya: http://wp.me/p3hX2j-5q

Kalau nak mansuhkan perkataan "Devil" tu maka jatuhkan dulu hukum haram menyokong pasukan bola Manchester kerana mereka kan dikenali sebagai "Red Devil"??


Wallahuallam!

http://mycybertrooper.net.ms/



....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2013 at 11:27 PM

@Malaysian CybertrooperTerimakasis kerana sudi berkongsi pengalaman :)

Post a Comment