........... Mat Said Sempoi - Gedebe ATAU Pragmatik / Praktikal ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mat Said Sempoi - Gedebe ATAU Pragmatik / Praktikal ?

Sunday, April 28, 20137comments

Sempoiiiiii ........ hahahahaa. 

Tak boleh tulis ni, nak kena dengar sendiri macamana cara MatSaid cakap.



Kena ambilkira juga CARA orang Pas ni.... memanglah undi itu hak masing2 untuk berikan kepada parti manapun dan tanggungjawab kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira bulu.

Kalau cara orang Pas yang bukan saja tidak mahu berterimakasih tapi dibalas dengan maki hamun, fitnah dan tohmahan, dihukum pula dengan pelbagai fatwa2 songsang ..... mungkin cara Mat Said ini yang terbaik !

Then again, benda ni bukannya baru. Semua pemimpin pun sedikit sebanyak melakukan yang sama juga cuma tak ramai yang berani nak cakap. Kalau Pas yang memerintah, SAMA juga cara mereka pilih kasih dengan mendahului orang2 Pas. Setakat halau kanak2 tadika Kemas dan ambilalih balairaya tu, memang perkara biasa lah buat orang Pas.

Berhentikan atau tukar pegawai2 kerajaan yang tak sehaluan dengan Pas ... itu pun kira SOP jugalah.

Cuma satu jer saya nak tanya / peringatkan baik pemimpin2 Umno maupun Pas -

Jangan ingat dunia ni hanya ada Umno-Pas je, RAMAI diluar sana yang ATAS PAGAR , Ok. Jangan hanya utamakan AHLI-AHLI Parti saja.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 28, 2013 at 5:37 PM

Salam Abang Din,

Ning orang kata berterus terang. Saya berahi pemimpin gining. Pemimpin lain pun buat gitu gok, x kire pas umno pkr mca mic dap dll. Cume orang lain berpura2, dalam erti kata lain hipokrit.

Kalu kira tanggungjawab sebagai kerajaan, umno dari zaman Tun Dr Mahathir dan sebelum2 beliau
dah lama dah buat. Buktinya? Negara aman sejahtera, orang buleh hidup, buleh makan, buleh
belajo dll keperluan. Takdok lagi orang pas ke dap
ke hok mati kebuluran. Hok ada pun cuma fitnah
nuar je, di Baling ari tu.

Kalu pasa bantuan spesifik macam br1m dll, molek diberi je kepada pengundi BN. Memang gitulah keadilan seperti kata Dato Mat Said, saya memang
setuju 100%.
Kalu dengo ke orang pas memang akan maroh, maki hamun tapi ce tanye ke die, aji adi adil ke mase jadi meteri beso dulu?
aji adi lagi teruk, sesuai nok jadi diktator.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2013 at 6:06 PM

Kalau seandainya dalam borang BR1M wajib mengisi ruangan nama parti, saya rasa pasti Najib akan dimaki hamun atau disumpah seranah. Pendekatan MatSaid tu betul jika permohonan adalah ramai tetapi peruntukan adalah amat terhad sekali. Namun, saya rasa mustahil peruntukan untuk rakyat tidak mencukupi. Pasti ada lebihan untuk rakyat yang tidak berparti dan ahli PAS. Cuma satu jer saya salute ngan MatSaid, beliau berterus-terang dan tidak berpura-pura khususnya dari segi agihan untuk rakyat. PAS pula, setakat ni belum pernah lagi membuat pengakuan serupa. Tapi hakikatnya, PAS sama jer ngan UMNO dalam meminggirkan pihak yang tidak sehaluan dan mengutamakan 'Orang Kita'. Saya cuma takut satu jer, akan ada segolongan kelompok yang berpura-pura nak jadi ahli UMNO semata-mata mendambakan bantuan dan kebajikan. Tetapi jangan harap jika nak mengharapkan sokongan undi dari mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2013 at 6:28 PM

Steady DS Ahmad Said!!! Xyah selindung2x!!! Bagi cukup2x!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2013 at 7:58 PM

Bro DT, ada hebahan di FB Hj Lah Pondok Geting diserng strok. Mohon pengesahan, boleh? TYVM.

....................
Reply To This Comment ...................
April 28, 2013 at 8:26 PM

@Anonymoussaya baru call anak muridnya yang bersama2 dengan beliau di KT minggu lepas, dia kata Tok Guru sihat walafiat, takde apa2 pun sakit.

Sekarang Haji Lah ada di Kedah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2013 at 8:54 PM

Terima kasih Bro DT. Didoakan Hj Lah sihat sentiasa, dan mereka yang sebarkan khabar palsu tu akan dapat apa-apa yang terbaik nanti. Amin.

Kolek Kecil

....................
Reply To This Comment ...................
jack
April 28, 2013 at 10:47 PM

tu acah je tuuu, kalau yang susah tetap dibantu, cuma yang ektrem pas je taknak orang tolong kata haram, doh sape nok weei

Post a Comment