........... Masuk Pas = Masuk Syurga ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Masuk Pas = Masuk Syurga ?

Monday, April 22, 20136comments


Pintu gerbang yang tertera ayat 46 Surah al-Hijr yang merujuk kepada syurga yang dijanjikan Allah buat hambaNya yang bertaqwa.

Apakah MOTIF ayat dan terjemahan itu diletak disitu ?

Seterusnya - KLiK

PS 7:50 pm - Saya ingin kongsi satu komen yang bernas dari blog tersebut -

Ayat suci al Quraan ada keagongannya.

SURAH AL-HIJR PERLU DIBAWA BETURUTAN UNTUK MENDAPAT PENGERTIAN YANG MENYELURUH, TIDAK DIBACA SEKERAT-SEKERAT........... 

(43). "Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat Yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

(44). "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

(45). Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa adalah ditempatkan di Dalam beberapa taman syurga, Dengan matair-matair terpancar padanya.
(46). (Mereka dipersilakan oleh malaikat Dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya Dengan Selamat sejahtera serta beroleh aman".

(47). Dan Kami cabut akan apa Yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

dibaca, ditafsir dan digunakan seumpama terpapar dipintu gerbang dengan hasrat dan tujuan menaikkan mertabat kesucian adalah baik. 

HARI ini telah berlaku mempamir ayat suci tersebut dengan tujuan politik dan niat tersembunyi memesongkan mereka yang tidak mahu menyelidik apa yang mereka lihat diluaran sahaja.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 8:17 PM

Din,
Thanks for the info

PRU13 - Pengundi Hantu Naik Hantu

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 22, 2013 at 8:36 PM

Bg yg rajin mentadabbur Al Quran, janji Syurga adalah terkhusus utk org org yg bertaqwa. Merujuk Hadis Umar r.a. ttg Islam, Iman dan Ihsan, dan tafsiran taqwa yg diberi oleh Prof HAMKA dlm tafsir Al Azhar, taqwa adalah bersamaan dgn tingkatan Ihsan. Jadi dgn itu, utk sampai ke derjat taqwa, hendaklah terlebih dahulu Islam dgn segala syarat dam amalannya, kemudian setelah melaksanakan segala amalan amalan Islam, barulah dimasukkan Iman ke dlm hati hati kita. Iman yg berada dlm hati adalah sukar diterangkan, hanya yg beriman dgn sebenarnya akan merasakannya. Namun begitu iman itu ada tanda tandanya, sekitar 40 sifat dan ciri ciri org yg beriman yg disebutkan dlm Al Quran. Dan taqwa adalah derjat yg lbh tinggi dr iman, Spt iman , taqwa dlm hati sukar digambarkan, hanya yg memilikinya merasakannya. Spt iman ada tanda tandanya yg disebut dlm Al Quran, antara lain bersifat pemurah dlm keadaan senang dan susah, sentiasa berhati hati dlm amalan harian kerana takutkan Allah swt, sentiasa mengawal kemarahannya, pemaaf, sentiasa minta ampun dan bertaubat. Bg yg ingin ke Syurga Al Quran dan hadis adalah panduannya, tiada jalan lain kecuali mengkaji, mentadabbur dan mengamalkannya.
Taqwa menjanjikan Syurga yg tiada rintangan ke sana. Bg yg tak sampai ke derjat taqwa, jln ke Syurga akan berhalangan, dr mula di dunia, ketika sakarat, di Alam Barzakh, di Mahsyar, di Syirath. Bersambung....., nak gi solat dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 8:56 PM

Itu lah namanya menjual agama utk dpt habuan dunia.dilakukan oleh puak yg kononnya membela islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 22, 2013 at 9:29 PM

Bg yg tidak memadai pembalasan hingga ke Syirath, nerakalah tmptnya, hinggalah segala dosanya dibersihkan dlm Neraka, yg setelah sampai tempohnya dikeluarkan dr Neraka dan disuci / mandikan di sg haya (Sg Kehidupan), sebelum dimasukkan ke Syurga.
Yg bertaqwa, disebut dgn kata kata lain dlm Al Quran sbg Sabiqun, Muqarrabun, Siddiqun, Al Abrar dan dipanggil dgn panggilan yg lembut Al 'ibadurRahman. Dlm surah Yunus 62, 63 mrk disebut sbg wali wali Allah swt. Org bertaqwa menjalani kehidupan dgn Furqan (pembeza yg baik dan yg buruk) dan nur/cahaya (petunjuk)
dr Allah swt, dgn cahaya itulah juga dia berjalan di Akhirat nanti. Sukar sebenarnya nak mencari org sebegini skrg, dan memang disebut dlm Al Quran, kbnykn yg bertaqwa ini adalah dr org org terdahulu, dan sedikit sahaja dr golongan yg terkemudian, walaupun jumlah umat Islam kini ramai.
Sekurang kurang utk ke Syurga, adalah dgn Islam, mengucap dan mengakui Kalimah Syahadah dan menerima segala peraturan Islam, walaupun dgn kelemahannya tak semua dpt dilaksanakannya. Kerana itu Allah swt berpesan , jgn sekali kali mati kecuali dlm Islam !
Dgn iman yg sempurna pula, dpt menyelamatkan seseorg dr neraka (insyaAllah tak masuk Neraka), walau mungkin sebelum sampai ke Syurga ada halangan halangannya. Salah satu jaminan seseorg itu ada iman dlm hatinya adalah dia sentiasa memakmurkan masjid.
Tak kira parti mana seseorg itu, selagi Islam tiga kategori inilah dia.
Satu lg golongan yg mengaku Islam tp sebenarnya dah terkeluar, adalah munafik, yg Allah swt sebuttkan kita tak tahu mrk Allah swt lah yg mengetahui mrk, kerana itu jgn memandai mandai.
WaAllahu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 10:57 PM

Janji syaitan kepada Allah swt bahawasanya dia akan menyesatkan umat Adam sehingga ke hari kiamat. Persoalan yang timbul sekarang, dengan segala bukti-bukti yang telah disiarkan ke seluruh tanahair Adakah kita sanggup membiarkan diri kita ditipu oleh syaitan yang mempergunaka agama Islam?

1) Isu SBS (Stopa Big Spender), langsung tiada siasatan dilakukan oleh PAS. Mengapa?
2) Isu Kalimah Allah, Siapa yang menyokong kalimah Allah digunapakai oleh orang Kristian dan siapa yang menentang?
3) Isu ADUN Selingsing, Nik Aziz menyatakan bahawa Allah telah memaafkan ADUN tersebut. Adakah Nik Aziz bertaraf Nabi hinggakan boleh mendapat wahyu yang sedemikian?
4) Pendek kata semua pelakuan zina oleh ahli PAS TIDAK akan dikenakan sebarang tindakan. Kenapa?
5) Datuk Hassan Ali di pecat tanpa diberi peluang untuk membela diri, Cara Islam kah itu?

Banyak lagi penipuan demi penipuan oleh PAS yang boleh kita bincangkan tetapi rasanya cukuplah sekadar ini saja. Fikir-fikirkan lah. Tengok keadaan dari sudut yang lebih luas. Fahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Jangan nanti Melayu menang bersorak tapi kampung tergadai.

Wallahuallam!

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 11:33 PM

kena dengar lagu spider, baca ayat sekerat2 - Laukku Cukup Masin

Post a Comment