Masjid Dalam Air ? ? ?

Tuesday, April 30, 201313comments

Masjid Kristal
Berita SINAR ni saya antara nak komen dengan tak nak komen jer ....

Bina masjid dalam air di Pulau Duyong

BUKIT TUNGGAL – Kerajaan Negeri akan membina sebuah masjid di dalam air yang penuh dengan ciri keunikan di Pulau Duyong bagi mengimbangi Masjid Kristal di Pulau Wan Man, tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan yang dimasukkan dalam perbelanjaan 2004 itu akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat sebaik sahaja penyusunan kembali kampung bercirikan tradisional itu.

“Gambaran dan lakaran telah kita siapkan dan ia akan dibina dengan ciri unik yang menempatkan masjid dalam air kerana kita ingin mengimbangi Masjid Kristal yang juga terletak berdekatan Pulau Duyong
.



DARI AWAL lagi saya amat KRITIKAL tentang Masjid Kristal. Tak berubah pendirian saya, ia masih satu PEMBAZIRAN dan tujuan pembinaan yang lari dari maksud asal sebuah masjid.


Sekarang MatSaid nak buat Masjid Dalam Air pulak ......... 


Nak MENGIMBANGI Masjid Kristal ... ? ? Imbangi dari segi apa tuh ?


Apapun sebab berita ni dah keluar dalam paper, saya harap pihak yang berkenaan CEPAT2 LAH keluarkan PENJELASAN sebab saya dah boleh nampak benda ni akan dijadikan isu terbaru PRU13 bagi Terengganu !


Dah la last minit ...dekat sangat dah tuh ......





PS - Oooookaaaayyy ..... errr ..... tapi yang ini memang tak boleh tahan beb, tergedik2 hati nak bergurau juga...


Jom ke Mesjid Jom !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Mek Na
April 30, 2013 at 11:04 AM

Aisey, berapa banyak masjid nak buat? Perlu sangat kah? Yang dah ada tu, gunakan lah sepenuhnya. Stadium pun belum habis lagi dibaiki.

Jangan lah nanti kelihatan 'Islam' itu menggalakkan pembaziran. Lain lah kalau masjid yang dah ada itu dah tak boleh menampung makmum...sampai melimpah-ruah.

Kalau melimpah-ruah dua kali setahun pun...rasanya ada cara lain untuk menangani masalah tu, bukan dengan membina lagi satu masjid untuk mengimbang...er, imbang apa entah.

....................
Reply To This Comment ...................
saya penyokong BN
April 30, 2013 at 11:18 AM

usahlah membazir. lebih baik gunakan wang itu itu membantu fakir miskin dan semua asnaf yang layak terima zakat. cukuplah masjid kristal itu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 11:31 AM

Saya penyokong bn sejak dulu..tapi kalau ada isu macam ni pun saya tak sokong la.baik buat taman2 rekreasi utk masyarakat di bandar atau projek2 selamatkan haiwan2 terbiar.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 12:12 PM

Apa ni bro Din,bukan ker antara sbb Deris Jusoh dulu kena reject dgn Sultan Mizan isu2 pembaziran Masjid Kristal la,TTI la,Monsun Cup dll..Takkan Mat Said yg cukup terkenal dgn sifat humbke dn simple 2 pon nk buat perangai??

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
April 30, 2013 at 12:22 PM

Fizikal development jer ke? Masjid besar bkn boleh jadikan jiwa menjadi besar. Balik rumah , rumah sempit...kos bbuat masjid tu boleh buat beribu rumah. Spritual development jgn lupa lah mat said.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 12:55 PM

GERENTI ada yang marah saya tulis artikel ni.... nak buat macamana, diumum masa kempen jadi kalau menang nanti dikatakan rakyat sokong projek ni. Jadi saya cuma nyatakan bantahan..... TAPI saya masih sokong.

Harap faham ya, saya sokong tapi bukan sokong khinzir buta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 1:14 PM

As Salam... kelahhhh tranung Ding... buat se'jid dalang air! Lepah ning suroh Mat Said buat se'jid atah langit pulok... pa'kat dengeng ayoh ping... hahaha... lawok mengalahkan Zizan!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 30, 2013 at 1:38 PM

Bro DT....ermmmm nak ckp ke tak ni...ermmm

kalau saya jd PM/MB nnt..KALAUlah.....ermmmm....segan pulak nak ckp...takut kena perli dgn org ramai....

ok..ok...saya ckp....KALAUlah saya jd PM/MB nnt, dlm manifesto, saya nak buat Masjid TERAPUNG ATAS ANGIN, MASJID DLM HUTAN, MASJID ATAS GUNUNG, MASJID DALAM TASIK KENYIR, MASJID CANOPY WALK & MASJID DALAM TANAH.....ada sapa nak sokong saya?

bukan apa, nak mengimbangi masjid terapung & dalam air.....boleh dok gitu?....ke lagu mane?

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 2:09 PM

Untuk pengetahuan MatSaid dan Umno, pengomen2 diatas rata2 pengunjung tetap dan mereka juga penyokong Umno BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 30, 2013 at 2:24 PM

Dr segi kepadatan per KM persegi KT rasanya mempunyai masjid tertinggi di antara bandar bandar di M'sia, mungkin boleh dpt gelaran city of mosques. Boleh jadi satu lg tarikan pelancung, boleh gitu ? Baca dlm Quran masjid seharusnya dibina atas dasar taqwa, menjadi pusat dakwah, pusat tarbiyah msykt, perhimpunan Mukminin, penghubung dan pengerat silaturrahim. Antara jaminan seseorg itu benar benar org beriman adalah dia seorg yg memakmurkan masjid, dan org sebegini insyaAllah termasuk juga golongan yg mendpt hidayah.Rujuk At Taubah 18. Solat fardhu berjama'ah walau dlm Mazhab Syafe'i fardhu kifayah, tp tidak saya temukan dlm sirah dan sunnah Rasullullah saw pernah meninggalkannya. Bila sentiasa kita ke masjid tentulah kita akan merasa sekelian jama'ah yg juga sentiasa hadir bagai saudara kita sendiri. Disebut juga dlm Al Quran, org org Mukmin itu bersaudara (Al Hujurat 10).
Anyway nak sentuh sikit, pernah singgah masjid atas air dekat dekat pantai Batu Buruk, ketika tu tahap kebersihan tandas mengecewakan, harap skrg sudah dipertingkatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 3:21 PM

Kabo ke mat said tu batal dulu projek hotel atas tapok pasor payang.hok warisan ni tak mboh jage Kate bandoraye warisang pesisir air.padahal landmark tganu byk doh, nk g rombok wat nape pahtu sibuk wat hok baru pulok,abih lagi pitih rakyak. Ambe igt klu BN menang molek sgt kite letok mb baru,mat said is not up to the standards IMO.ye la ye pun Mb main Ubuh je pun aritu.jgn wi Pas menang sudoh,rohok jgk kite klu aji adi jd mb plk.keh3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2013 at 5:52 PM

Elok jika duit itu d gunakan untok perbaiki upgrade bilek ayaq masjid2 dan surau2 d seluruh trgganu. Always terkezut bila pergi ke bilek ayaq masjid2 surau2 d negara sendiri. Gerrrliiii
Nak akhir zaman ini masjid makin byk tetapi berkurangan jemaah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 12:32 AM

wbro din.. aku takut nanti ada lagi geng umno yang bengong ni nak buat lagi grand... mungkin akan ada yang cakap nak imbangi masjidilharam... nauzubillah...aku rasa sekarang roda dah berputar, pas dah jadi lebih umno dari umno, umno dah jadi lebih pas dari pas...semua kerana nak kuasa....

Post a Comment