........... Mampukah Pasangan Ini Hidup Aman Bersama ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mampukah Pasangan Ini Hidup Aman Bersama ?

Wednesday, April 3, 20137comments

Gambar saya copy dari FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir ..... menarik kan ?


Saya nak tanya kepada orang Pas dan orang Bukan Pas - Apakah perasaan anda bila melihat gambar diatas ?

Pendapat saya lah, Orang Bukan Pas bila melihat gambar pasangan pengantin berlainan parti seperti diatas pasti akan merasa sejuuuuuuuk hati, alahai kan bagus begitu. Fahaman politik adalah fahaman politik .... jangan dijadikan penghalang kepada penyatuan dua insan yang ingin membina mesjid. Dan kalau ingin dipanjangkan lagi .... janganlah sampai kita orang Melayu berpecah belah dek sebab fahaman politik. 

Tapi orang Pas kalau melihat gambar diatas, saya percaya mereka akan mencebek mulut .... ceh, berlakon jer tu. Orang Pas tak mungkin kawin dengan orang Umno ! Kalau kawin pun mesti tak tahan lama selagi mereka tetap dengan fahaman politik berlainan. Kan ? Kan ?

Kenapa sesama Melayu Islam, orang Pas tidak boleh praktiskan formula Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju dengan orang Umno sebagaimana Pas buat dengan Dap ? 

Masing2 tidak bersetuju dengan fahaman politik pasangan tapi itu tidak menjadi penghalang kepada keduanya untuk hidup bersama. Tak bolehkah begitu ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 9:24 PM

Saya sangat tak kisah. Saya orang BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 10:03 PM

Din, yang menjadi masalahnya ialah apabila pasangan suami atau isteri membawa masuk politik ke dalam keluarga. Sebagai contoh membawa satu keluarga ke perhimpunan haram bersih. Sepaturnya apabila memasuki rumah, politik hendaklah ditinggalkan di luar rumah. Buat apa nak bertengkar pasal politik? Takde faedahnya langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 11:48 PM

Saya tertarik dengan kata-kata Din yang menyebut sekiranya orang PAS yang melihat gambar ini sudah tentu mereka akan mengatakan lakonan sahaja.

Memang mereka akan berkata demikian kerana mana bisa orang PAS berkahwin dengan orang parti lain? Mana bisa orang PAS berkahwin dengan orang kafir? Mungkin itulah yang akan diutarakan oleh mereka.

Sedangkan Mat Sabul pernah berkata bahawa dia lebih rela makan babi dengan DAP daripada makan makanan yang halal dengan UMNO. Bermakna UMNO dimata mereka lebih hina dari kafir, lebih haram dari makan babi.

Begitulah ketaksuban puak-puak Parti Ajaran Songsang ni. Tak gitu Din?

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 7:09 AM

tak mampu din. lambat laun terungkai juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 8:57 AM

masalah org Pas ni sbb diorg hat ihitam, kotor dan angkuh...semua sifat-sifat syaitan dan iblis. So jgn harap hati diorg akan terfikir nak bersatu sesama bangsa dan agama...tengok tu kutok pendeta yahudi n.ajis tu sudah...phtuiih!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 10:31 AM

Salam En. Din
Pengalaman sendiri. saudara terdekat. suami isteri penyokong parti yang berbeza. dalam kehidupan seharian very2 loving. tapi jangan terbuka cerita politik, macam anjing dengan kucing.

kami yang adik2 ni serba salah, tak boleh nak bercerita lebih2. nak jaga hati kedua2nya. kadang2 lucu juga melihat telatah diaorang..

Eta Yaacob

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 10:34 AM

Bukan nak kata fahaman siapa yang betul dan siapa yang salah, itu hak masing2. masalah akan timbul bila tidak boleh praktikkan Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.

Post a Comment