........... Keranda Dah Hilang, Mayat Pula Ditinggalkan ... alahai orang Pas ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Keranda Dah Hilang, Mayat Pula Ditinggalkan ... alahai orang Pas ...

Monday, April 15, 201315comments


Ingat artikel saya semalam yang ada poster Hadi bersama keranda ? KLiK

Tadi saya cek, keranda dah hilang ! Hahahahaha .... Bajet orang Pas konon nak buat Psy War la, konon keranda itu untuk orang BN. Tapi diorang tak baca kot apa yang ditulis kat poster besar tu dimana Hadi berkata "....... saya mati pun tak apa "

Mereka pulak letak keranda kat bawah ..... tidakkah tindakan itu membawa maksud yang keranda itu diREZABkan khas buat Haji Hadi ! hahahahaha ....

 
Rasanya ada orang Pas yang baca artikel berkenaan atau artikel dari 2-3 blogger lain yang turut sebarkan imej keranda Hadi semalam, HARI INI KERANDA DAH HILANG ! 

Digantikan pula dengan gambar mayat yang sudah siap dikapankan. DAN takut dikantoikan sekali lagi, kali ni mereka siap tulis lagi supaya tidak mudah disalah fahamkan - KUBURKAN BN


Tak banyak bezanya pun ..... sebab bila dikaitkan dengan ayat ' ... saya mati pun apa " oleh Hadi diatas, orang akan tetap kaitkan imej mayat itu dengan Hadi !


Oya, saya difahamkan keranda semalam adalah KERANDA BETUL ! Bukan keranda main2 pakai plywood atau kadbod. Idea kreatif pulak datang dari seorang Bomoh / pengamal perubatan alternatif , yang terkenal didaerah Marang.


Samada keranda semalam itu sudah di mandrem kan atau tidak, wallahualam.

APAPUN ..... ITU LAH DIA ORANG PAS.  Doa KO, Doa Pecah Perut, Kemusnahan, Kehancuran Sesama saudara seagama ... jadi nak hairan apanya dengan keranda, imej mayat dan yang seumpama yang ditujukan kepada Umno BN.

Sebab BEGITULAH MENTALITI ORANG PAS..... kepada orang2 sebeginikah hendak kita serahkan tanggungjawab memerintah negara kita ? ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 5:09 PM

Vila derang pegang putrajaya, depa akan menapak selangkah lagi..."kuburkan zionis"!

Gitulah tingginya cita-cita pak pander Merang!

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
April 15, 2013 at 5:41 PM

Sedih dengan perkembangan PAS kebelakangan ni. Saya terus terang menghormati perjuangan mereka semasa sebelum PRU 2008 dahulu.

Walau apa pun berlaku insya Allah saya akan undi BN pada PRU-13 demi menyelamatkan akidah ummah.

Tahalluf siyasi PAS bolehlah diteruskan sampai² bila², insya Allah satu persatu keburukan tahalluf siayasi dengan parti kafir akan terungkai/terbogel menjelang PRU-13 ini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 5:59 PM

Saya ingat nak email ke DT, tapi takde email jadinya saya tulis di sini la.

Seringkali kedapatan di dada akhbar, dan di laman sosial fesbuk etc. di mana orang Kelantan (read PAS) menolak kemajuan yang di bawa oleh kerajaan BN. Alasannya pelbagai lah, contohnya rasuah dari kerajaan yang zalim etc. malah ada yang kata kami orang kelantan lebih sanggup berlantaikan tanah, berbumbungkan langit, dari menerima bantuan luar.

Akan tetapi saya merasa hairan adakah pembangunan yang akan di bawa oleh kerajaan BN nanti akan menghakis keislaman (yang diagung2kan oleh kerajaan PAS) di Kelantan?

Bukankah itu peluang terbaik untuk menjadi umat terbaik di dunia? kalau tak pun di Kelantan.

Adakah orang Kelantan memandang bahawa nilai keislaman yang sudah berkurun lamanya di Kelantan boleh terhapus dengan pembangunan? Bukankah mereka sudah biasa membangun bersama Islam? Takkan hilangnya keislaman andai ada pembangunan fizikal.

Mungkin jika pembangunan yang tidak seiring dengan pemantapan rohani, nilai keislaman boleh terhakis, tapi dengan kemiskinan terlampau pun boleh jadi juga. ye tak?

Saya harap DT boleh kembangkan persoalan saya ni, saya orang johor, jadinya mungkin ada yang saya tak tahu mengenai pola pemikiran orang kelantan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 6:25 PM

Tidak ada mana-mana pihak mampu menjatuhkan airmuka lalu menjejaskan reputasi Pas sebelum ini. Ia bukan kerana Pas maksum atau kebal tetapi ada kaitan perkara ini:

1. tidak mengancam
2. tidak ada agenda yang menggusarkan mana-mana klik
3. tidak ada musuh dalam dan luar selimut
4. tidak masuk radar CIAA, Kliaa, Mosaed, Mujahaed, Dapig dan Dapap.

Klu-Klax-Klan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 6:33 PM

@zakzak

Apabila Nik Aziz kata "Paksa Raya" (bukan Pilihan Raya), Nik Aziz sebenarnya meludah ke langit dan percikan itu jatuh dot, dot..

Maksudnya apakah di Kelantan yang mana hanya seorang saja duduk di kerusi MB selama 22 tahun, boleh dianggap meraikan pilihanraya atau lebih kepada menuruti sistem Dinasti Tang Teng Tung?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 6:43 PM

DT,

Mungkin tujuan asal keranda itu berada di situ ialah untuk menunjukkan bahawa Pas juga mampu kecek bidalan Inggeris: "the final nail in the coffin" . Cumanya mereka silap, kerana terjemahkan bidalan Inggeris berkenaan secara verbatim...Coffin = keranda. Rosak bidalan Inggeris depa kerjakan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 6:51 PM

Akhlak langsung x macam og islam.

Tp riak dan takbur seolah mereka saja yg beriman


Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 7:00 PM

Juak Pas tulis KUBURKAN BN, juak lain pulak akan balas KUBURKAN Pas. Apakah ini erti sebenar pilihanraya? Kalau itulah erti pilihanraya, ia satu pembaziran wang rakyat dan pembaziran ini adalah kerja syiatan - kawan Sam Doll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 7:09 PM

Kenapa kenyataan di billboard tidak spesifik sebaliknya umum saja? Apakah Pas tidak yakin bahawa hanya mereka saja mampu melaksanakan semua itu lalu perkataan Pas tidak disebutkan?

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 8:19 PM

@zakzakemel saya dinturtle@hotmail.com

Benarkah isu pembangunan menjadi pertimbangan orang Pas ? Atau sekadar dijadikan isu politik saja ?

Yang saya nampak, Pas menggunakan agama dengan begitu efektif sekali. Apajua iau akan dikaitkan dengan agama, tidak ada masalah disitu asalkan pemimpin Pas serius bukan sekadar bercakap secara retoriks.

Contoh paling mudah, selama 50+ ditubuhkan Pas bercakap tentang cara Islam contohnya Hudud dan cara pemerintahan Islam. Seharusnya masa yang sebegitu lama sudah cukup buat Pas sediakan satu bluprin lengkap tentang apa yang mereka laungkan.

Kenapa Hudud Pas sendiri tidak sekata antara Kelantan dan Terengganu ? Kedah entahla ...

Kenapa Negara Berkebajikan baru disebut dua tahun lepas ? Selama 50 tahun ini ? Tidakkah itu menunjukkan yang Pas belum bersedia lagi ! Tidak ada bluprin sepertimana yang saya sebut diatas.

Semuanya POLITIK. Pembangunan juga dilihat melalui kacamata politik Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 8:20 PM

@AnonymousPaku nya dimana ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 8:23 PM

@AnonymousAda kaitan dengan agama yang dipolitikkan. Ia membentuk cara berpolitik Pas yang tidak seiring dengan maksud demokrasi sepertimana yang umum fahami

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 8:24 PM

@AnonymousPas tidak pernah mahu spesifik supaya senang untuk diputar belit kemudian hari. Tapi umum faham maksud yang cuba disampaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2013 at 12:22 AM

Sedih saya melihat tahap pemikiran orang2 PAS. Begitu rendah martabatnya dalam berpolitik. Hadi awang, nik aziz dan haron din nampaknya GAGAL mentarbiahkan orang2 ISLAM pas tentang perjuangan ISLAM sebenar berteraskan ILMU dan AKHLAK. Semuga mereka semua diberi petunjuk yang benar dari ALLAH SWT. Aminnn....

....................
Reply To This Comment ...................
April 16, 2013 at 3:46 AM

esok-esok dia letak batu nesan pulak.. cuba tanya orang pas, lori cina mati warna itam siap gendang tu tak nak letak sekali ke?

Post a Comment