........... Kelantan After Dark - Nik Aziz Jawab Beb ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kelantan After Dark - Nik Aziz Jawab Beb !

Monday, April 1, 201326comments

Dibawah adalah jawapan Nik Aziz terhadap artikel NST semalam Kelantan After Dark yang saya copy dari Harakah. Oya, seperkara yang saya perasan, blogger kita tak pernah punya masalah untuk menyiarkan secara penuh kenyataan2 pemimpin Pas berbanding bloggers Pas yang seperti takut2 untuk siarkan penjelasan pemimpin BN secara penuh ...kan ? kan ?

Tapi ya ker Nik Aziz yang jawab ni ? Macam tak percaya jer gaya lengguk bahasa kepunyaan Nik Aziz .... takperlah, Harakah tak pandai tipu kan ? kan ?

 

Kelantan: Laporan NST, TV3 tiada butiran tepat


Nik Abdul Aziz Nik Mat, 01 Apr 2013
Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark.

Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama Umno Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini.

Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.

Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram.

Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.

Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?

Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!


                                  *****************
Saya akan agak kesuntukan waktu nak balas, tapi memang sedap bila diberi bola tanggung macam ni ! Nantilah saya komen.... tapi saya buka gelanggang kepada sesiapa yang nak luahkan pandangan dulu ..... Amacam pengomen2 tetap ku ...... dipersilakan .....



.

Saja saya tunjukkan video lain yang me'muji' Kelantan :) Kalau sebelum ni mengenai the DARK SIDE, yang ini menunjukkan Kelantan yang 1Malaysia ! OK apa .... 

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 3:39 PM

Yang benar tetap benar, yg salah tetap salah. Rasanya itulah yg cuba disampaikan ... selain dari mengatakan pentadbiran Kelantan sudah melakukan yg termampu dlm bidang kuasanya, utk membendung kegiatan2 sebegini dan Pok Nik meletakkan tanggungjawab itu keatas semua orang termasuk kerajaan pusat. Diumpamakan dgn sawah diserang perosak, memang benar lah mana mungkin kita boleh protect petak kita aja. Kalau pergi KL le ni, pelacur aje dah bole advertise dlm internet kekekeke ... tak percaya ke? cuba lawat http://www.klescortonline.com/

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2013 at 4:09 PM

Salam Din,

Izinkan saya memberi komentar dan pendapat saya dalam setiap perenggan di kenyataan Pok Nik.

1) Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini.
- Kalau ini yang tarian yang hendak di gayakan oleh PAS maka apa bezanya dengan UMNO/BN? Sepanjang hayat saya rasanya belum pernah saya dengar UMNO/BN menyatakan Malaysia ini sempurna.

2) Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.
- Kerajaan Pusat juga turut mengharamkan penjualan minuman keras kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Begitu juga dengan premis judi di Genting Highland, Orang Melayu tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kerajaan Pusat juga setahu saya tidak pernah mengeluarkan lesen bagi rumah urut kecuali pusat-pusat refleksologi.

3) Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?
- Persoalannya kenapa Berlakunya Peningkatan Penyalahgunaan Dadah di Kelantan? Sebagai rakyat yang mampu berfikir, kita NAMPAK usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat dalam menangani isu-isu penyalahgunaan dadah ini. Bagaimana pula dengan negeri Kelantan? Apakah usaha yang dijalankan oleh PAS selaku pemerintah negeri bagi menangani masaalah penyalahgunaan dadah ini? Atau mungkin PAS tak merasakan bahawa ini adalah tanggungjawap mereka sebagai orang Islam sebaliknya merasakan ini adalah masaalah Kerajaan UMNO/BN

4) Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.
- Tidak menjadi salah untuk sesiapa pun mengemukakan hujah bagi sesuatu perkara. Dari situ boleh diperbahaskan dan satu keputusan boleh dicapai. Adakah Pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia itu dipersetujui?? Adakah akhirnya lesen pertaruhan itu berjaya dikeluarkan?? Jangan la cakap macam orang hilang pedoman.

5) Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.
- Betulkah tiada orang yang membuat aduan? Sekiranya tiada, maka itu boleh dirumuskan bahawa Kelantan yang majoritinya adalah penyokong PAS menyetujui kegiatan-kegiatan haram ini. Sekiranya ada, kenapa pula Kerajaan Negeri berdiam diri? Kenapa PAS dengan sewenang-wenangnya boleh menyalahkan Kerajaan Pusat didalam perkara yang sama walhal PAS yang hanya menerajui 1 negeri pun GAGAL membuat kawalan secara TOTAL! Bayangkan pula Kerajaan Pusat yang mempunyai lebih dari 10 Negeri untuk di tadbir.

Berapa punya baghal la diaorang ni?? Lebih daripada 20 tahun PAS / Pok Nik menerajui pemerintahan Negeri Kelantan, di manakah penerapan nilai-nilai Islam yang sepatutnya dibawa oleh beliau? Dimanakah pendidikan, tatasusila dan cara hidup Islam di Kelantan? Sebab ISLAM TIDAK DITEGAKKAN di Kelantan kerana itu peningkatan yang ketara berlaku. Kita tak suruh Kelantan membenteras kegiatan haram ini 100% sebab kita tahu ianya amat MUSTAHIL. Yang dipersoalkan Peningkatannya. Sepatutnya jika ada penerapan nilai-nilai Islam yang baik dilakukan di Kelantan maka kegiatan haram ini sepatutnya menurun.

Tak larat dah saya nak komen.... Lu fikir la sendiri!!

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 4:26 PM

betullah petak sawah satu saja mana mungkin berjaya.
dia kata itu yg termampu dilakukan.

Maka belum lagi dianugerah allah seluruh msia akan bidang kuasa, alhamdulillah sekurang2nya tak terbukti lagi betul atau salah janji dan kata2 perjuangan nik aziz. Seandainya Allah mendatangkan ujian yang lebih besar, apakah alasannya lagi utk menepis. Tentunya alasan petak sawah msia ini kecil lg jika dibandingkan dgn peta dunia ni. Atau siapa mampu melawan kuasa besar US dgn segala upayanya utk menguasainya.

Ingat lembah swat dipakistan beberapa tahun lalu, hari ni istihar hukum hudud nak dilaksanakan, tau2 esok hancur seluruh lembah swat diserang oleh jet2 amerika. Oklah juga ada alasannya.

Tapi ingatkan anda dgn undang2 salon diktan boleh berubah atas nama bukan Islam? Ingatkah di majlis daerah/perbandaran kuala sgor tempohari, satu undang2 yg cuba diperkenalkan iaitu pemisahan antara jantina dlm panggung wayang oleh jemaah nik aziz terus dihalang oleh jemaah lim kit siang dan terus senyap.

Mana kata2 perjuangan pas dlm soal ini? adakah petak kecil pun tak dapat dikuatkuasakan kehendak syariah spt itu yg tak memerlukan pengaruh petak besar utk halang, malangnya bukan dihalang oleh UMNO tapi oleh puak2 jemaah yg sama iaitu tahaluf siyasi bersama kafir DAP.

So kalu cakap tak serupa bikin mcmana? Tak apa Allah ada.
So kalu takut nak tegakkan syariat dlm kuasa petak kecil pun dihalang oleh sesama jemaah mcmana? Tak apa Allah ada.

Tentu tak sama yg diberi Ilmu agama dgn yg jahil, jauhilah cuba samakan, sbb akhir zaman dlm kitab ada sebut, apa dia??

baca sendiri.....

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2013 at 4:29 PM

@Malaysian CybertrooperTerimaKasih saudara .... senang citer - apa bezanya Kelantan dengan Pusat sebab semua alasan2 yang diberi Nik Aziz boleh juga dipakai oleh pusat.

Mungkin pegawai penguatkuasa diKelantan SEMUA balik tepat habis waktu kerja. Tidak ada sorang pun yang nampak kegiatan2 haram yang berlaku secara terbuka itu.

Bayangkan seperti yang ditulis dalam artikel NST itu.... bunyi muzik yang kuat yang boleh didengari dari luar ... pelacur yang berkeliaran secara terbuka dijalanraya ... dll..

Apa bezanya dengan tempat2 diluar Kelantan ?

Satu perkara yang perlu diterima - bila Pas terlalu OVER dalam menggambarkan diri sebagai LEBIH ALIM, LEBIH BAIK, LEBIH SEGALA2NYA berbanding orang lain, maka orang lain akan terasa tercabar lantas akan mencari kesalahan Pas.

Sebab orang akan LEBIH BENCI kepada mereka yang suka CAKAP BESAR/TAKBUR ....

Jadi sebelum pandai nak mengkritik orang lain, Pas kena pastikan diri tu sendiri betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 5:00 PM

@Anonymous

dunia global katakan...kalau nanti diberikan kuasa federal...alasan yang akan digunakan ialah...tak semudah itu PR nak bersihkan Msia...kerana Msia berjiran dengan petak sawah di Siam!

fuh mudahnya jadi mb PR atau mungkin pm PR...cukup beri ceramah aje dan dan tak perlu turun ke lorong-lorong gelap kerana banyak tikus-tikus! paling klasik...salahkan tikus seberang!he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 5:01 PM

Nak jaga satu petak sawah pon susah. Inikan pulak berangan-angan nak jaga 1 hektar kawasan penanaman padi. Jangan disalahkan petak sebelah jika turun ke sawah ikut office hour.. Kalau takut petak sawah diserang tikus, mungkin boleh digunakan teknologi moden seperti penghalau ultrasonic.

Din, rumusan aku mudah jer. Jika kerajaan negeri gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk orang-orang muda, ini adalah salah satu dari akibatnya. Ramai orang Kelantan terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari pekerjaan lantaran hidup dalam kemiskinan di kampung. Lebih-lebih lagi jika menggunakan jenama Islam pastinya tanggungjawab pemimpin-pemimpin mereka adalah lebih berat.Persoalannya ialah sampai bila orang Kelantan harus mencari rezeki di luar Kelantan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 5:18 PM

sekarang ini kalau parti isle gagal, ada muslim lawan (umnu) yang boleh digunakan sebagai alasan atas kegagalan parti isler.

ke depan, depa ada Dapig untuk dijadikan alasan kalau gagal tegakkan itu dan ini...maknanya, senang banyaklah kerja parti isler lepas ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 6:04 PM

Baru menang negeri jee dah bagi macam-macam alasan , nanti dah menang federal pun boleh bagi juga macam-macam alasan !!!

sebelum ni kerajaan pusat dah kena pelbagai kata nista oleh manusia-manusia PAS ni , sekali kena batang hidung sendiri , seribu alasan pulak yang ada !!!

Kalau dah tahu macam tu tak perlu nak panggil dan gelar serambi mekah .. begitulah hebatnya bila menjadi MB Pakatan . dengan sekali cakap semua pak turut dalam parti akan dengar hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 6:36 PM

Nik Aziz tuding jari pada tikus2 dalam sawah negeri-negeri lain??? Negeri Selangor atau Penang? Fuh, senang sungguh Nik Aziz back up sawah sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2013 at 7:07 PM

Bayangkan Nik Aziz jawab begini - Saya ingin ucapkan Terimakasih kepada NST dan TV3 kerana telah menunjukkan perkara2 mungkar yang sedang berlaku di Kelantan. Saya akui ada kelemahan diperingkat penguatkuasaan dan saya sendiri akan pastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera. Terimakasih sekali lagi kepada NST dan TV3 kerana telah membuka mata kami...

Peeerrrgh, gerenti menang sepenggal lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 7:13 PM

saidina umar sahabat nabi berjalan malam mencari masalah rakyat ... meringankan kesulitan mereka ... dengan menghantar guni berisi gandum kepada rakyat yang kelaparan ... mendengar bicara rakyat ... bagaimana kefahaman mereka tentang ketauhidan ... kes bula bicara anak dan emak tentang susu ... samada mahu mencampur dengan air atau tidak bagi menambah sukatan ... ini menunjukan bahawa kalifah umar amar perihatin tentang nasib rakyat ... nik aziz ... hanya tahu meletakan semua salah kepada umno (kerajaan pusat) ... inikah seorang pemimpin ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 10:31 PM

@dinturtleKenapa amat payah nik aziz nak jwb mcm tu din? Sebabnya ada beberapa :-
1. Ini akan menyebabkan dirinya nampak lemah dan kurang pandai mentadbir. Dia kan ulamak, mana boleh kurang pandai dari orang lain - sifat bongkak iblis..
2. Ini akan mengundang perasaan malu kpd pengikut...depan pengikut, nik aziz memang unggul, umno selalunya buat salah, pas mana boleh buat salah.
3. Pas kan islam, islam tu pas lah... Jadi mana boleh islam ada kelemahan.... Ini fahaman yang telah ditanam dlm diri pengikut, nak tak nak kenalah pusing, kona, lipat dan auta untuk melempar kesalahan kpd org lain.
4. Ada banyak lagi sebab, tapi sebab paling utama ialah mereka tu pas, memang mentaliti dah mcm tu he he he!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 11:21 PM

Sdra Din,
Saya telah membaca expose nst "kelantan after dark".
Ada lagi satu cerita yg menarik:
Ustaz Rujhan revelations anger Pas

Tertarik juga saya nak tau. Siapa dia ustaz rujhan ni? Minat juga nak tau sebab report tu kata ribu2 orang dtg klu dia ceramah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 9:20 AM

Betulkah tiada orang yang membuat aduan?.

1) Saya perhatikan laporan NST TIADA BUTIRAN jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan MELINDUNGI fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk BERTINDAK.

2)Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang SABAN MASA MENCABAR UNDANG_UNDANG yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang JELAS MELANGGAR Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

# Nak kata tak pandai baca, kalau tgk dari jawapan yang berjela tu nampak saudara/i ni mcm pandai membaca....barangkali membaca tapi tak berfikir agaknya kot. Atau barangkali saudara ni x baca lg NST tu kot, sebab tu cakap merapu rapu. Lu fikirlah sendiri!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 9:22 AM

komen kena approve dulu???
hurmmmmmm....sama je kalau tgk mana2 penulis blog pro kerajaan ni..
semua berani buat artikel mengutuk jer..
tapi x berani nak bagi org komen :p
ceh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 9:24 AM

masalahnye NST & TV3 tak siar detail....kalau nak tolong bendung, kasik lah detail...kalau setakat bising2 mcm tu, baik x payah siar...
mcm tu pun ada hati nak minta org ucap terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2013 at 9:46 AM

@AnonymousLaporan media TAK SAMA dengan Laporan Polis.

Nik Aziz tanyalah pemberita sendiri kalau nak tau detail, mungkin diorang akan beri dengan sukarela tapi off the record.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2013 at 9:47 AM

@AnonymousYes ! Ada orang baru datang ... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 10:28 AM

@dinturtle

mustahil pemuda Pas atau unit anal tak tahu menahu tentang perkara ini, kan? kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 10:50 AM

kelantan after dark je jd isu..negeri lain before dark pn berdaki jgk keh3..siang2 pn trg2an maksiat malam apatah lg..peace.. ;-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 11:48 AM

@Anonymous

Apa yang signifikan adalah perkara ini berlaku di tempat yang sering dikaitkan dengan Islam, bandaraya Islam dan Mekah.

Perkataan-perkataan ini perlu dimuliakan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 12:03 PM

Khalfah LGE patut berasa malu kerana tikus dari Pinang mencemari serambi mekah. Cumanya kenapa Pok Nik tak gunakan racun tikus cap tengkorak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2013 at 9:51 PM

Sundal dari kelantan pon terpaksa keluar kelantan. Kat kl ni bersepah. Gelenya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2013 at 7:06 AM

hmm, kelantan after dark, sepatutnya NSTP patut buat laporan MALAYSIAN AFTER DARK, haha, baru la semua orang tahu macam mana malaysia ni hidup waktu malam, sorry to say, tapi aku masih lagi respect kat kelantan, aku tak nafikan wujud semua benda yang NST lapor tu, tapi cuba NST buat jelajah seluruh malaysia dan laporkan, kat negeri mana benda tu paling banyak beroperasi, cuba kita lihat, negeri mana pulak yang perempuan bertudung labuh paling banyak, lelaki berkopiah paling banyak penuhkan saf masjid bila masuk waktu, memang la bertudung tak semestinya baik, alim tapi yang baik semestinya bertudung kan, TGNA pun manusia juga, walaupun dia pemimpin tapi tetap ada kesilapan dan mungkin kesilapan itu sememangnya tidak dapat dibendung seperti masalah masalah yang dilaporkan seperti NST, namun aku percaya, ada satu cara yang mungkin dapat membendung gejala ini bukan hanya di kelantan, tapi di seluruh malaysia In Syaa Allah, iaitu melalui hukum hudud, itu lah satu satunya peluang kita untuk memartabatkan malaysia sebagai negara islam

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2013 at 7:11 AM

@AnonymousSeperti yang saya ulangkali sebut - kenapa Kelantan menjadi target ? Sebab Pas duk mendabik dada sebagai yang TERBAIK, LEBIH BAIK dari orang lain.

Kalau Pas tidak bersikap takbur, ego dan sombong, mungkin orang tidak akan jadikan Kelantan sebagai target.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 10:29 PM

@dinturtle

Jgn kerana politik, kita hilang adab sebagai seorang hamba Allah terhadap sesama manusia. Fikir dlm2 sebelum nk post, Allah tahu isi hati kamu. Percayalah, Allah Maha Adil, klu tidak di dunia balasannya menimpa orang yang menfitnah, diakhirat y kekal abadi awak rasa awak terlepas ke selagi awak tak minta maaf ke atas org y awak fitnah. Sebab tu kita ni org Islam mantapkn Ilmu Islam (fardhu ain)dlu baru mntpkan Ilmu kifayah. Hrp ianya dpt membuka fikiran anda.

Post a Comment