........... KEMASKINI 4:00pm - REPOT POLIS - Kejadian Pergaduhan Pru13 Dungun 23 April 2013 - | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KEMASKINI 4:00pm - REPOT POLIS - Kejadian Pergaduhan Pru13 Dungun 23 April 2013 -

Wednesday, April 24, 201312comments








23hb April 2013, jam 2300H

Situasi politik Parlimen Dungun tidak terkawal apabila berlaku pergaduhan pada jam 2300H di persimpangan lampu isyarat Pasar Buah, Jalan Yahya Ahmad, Dungun. Insiden berpunca daripada tindakan penguatkuasa SPR yang ingin mengambil tindakan terhadap bendera yang dipasang di tiang lampu isyarat. 


Ketika Penguatkuasa SPR melaksanakan tugas telah didatangi oleh sekempulan pemuda Pas seramai lebih kurang 30 orang. Suasana menjadi semakin tegang apabila dipercayai pemuda Pas telah memanggil penyokong Pas untuk datang beramai-ramai dan dalam masa 20 minit penyokong Pas telah bertambah kepada lebih kurang 300 orang. Ekoran daripada kedatangan penyokong Pas yang ramai pihak pemantau SPR telah mengambil tindakan meninggalkan lokasi tersebut. Pada ketika itu juga sekumpulan penyokong UMNO seramai lebih kurang 15 orang datang ke lokasi untuk melihat kejadian yang berlaku.

Semasa dalam proses perbincangan diantara Polis dan penyokong Pas dalam masa yang sama berlaku kekecohan yang mana pertengkaran mulut antara seorang penyokong Pas dengan penyokong UMNO sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Dengan tiba-tiba sekumpulan penyokong Pas diangarkan seramai lebih kurang 50 orang penyokong Pas menyerbu dan membelasah penyokong UMNO tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut mangsa pengsan dan telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi. Kejadian berlaku dalam masa 5 minit. 

Mangsa telah dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan. Setelah menerima rawatan hampir 2 jam mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Nurzahirah, Kuala Terengganu ekoran mengalami muntah-muntah sebanyak empat kali dan dibimbanggi berlaku kecederaan dalaman.




Dan ini pula sms terkini yang melaporkan susulan kejadian -

Penyokong Pas dijangka berkumpul di hadapan IPD Dungun pada jam 1400H 24 Apr 13 utk membuat bantahan berhubung UMNO gunakan SPR dan jentera kerajaan utk membuang bendera Pas. Dalam masa yg sama Pas dakwa UMNO dan kemukakan bukti UMNO edar risalah lucah dan keganasan ke atas kereta calon Pas DUN Rantau Abang.

PS - Diatas adalah 2 sms dari sumber yang boleh dipercayai, yang berada di lokasi mengenai kejadian pergaduhan di Dungun semalam. Apapun, ia tetap BUKAN satu laporan resmi / repot polis. Sekadar gossip.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2013 at 3:26 PM

Apa nak hairankan pemimpin pun suka dan galak orang menggocoh. Tu bukan sikap Islam sebenarnya.Hak sebelah sini pun patut lebih bersabar dan jgn bertindak balas. Bukan sebab takut tapi sabar tu separuh dari iman. Tak guna berkeras dengan orang yang sesat dan mabuk.


Djo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2013 at 4:28 PM

Kata parti islam tapi x de ciri2 islamik.x de apa yg blh dibanggakan pd puak2 spt ni.sungguh memalukan agama dan bangsa.hidup jd hamba politik sempit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2013 at 4:43 PM

Bagus lah Melayu...DAP Cina suka sangat benda ni berlaku! Tak payah susah susah berkempen...Cina bersatu di bawah DAP, Melayu gaduh dan nak bunuh sesama sendiri. Bagus lah...memang betul amelayu ni kaum yg bodoh sangat kat Malaysia ni!

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2013 at 4:48 PM

@AnonymousJangan terlalu cepat menghukum Melayu secara umum...

....................
Reply To This Comment ...................
Rizwan
April 24, 2013 at 4:55 PM

yg pukul - melayu
yg kena pukul - melayu
yg mati - melayu
yg pengsan - melayu
yg masuk jail - melayu
yg miskin - melayu
yg berdemo - melayu


kalau masih buta, tak tahulah apa teman nak cakap lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 24, 2013 at 5:39 PM

aku dah lama nak ckp benda ni.....

kenapa bila sentuh bab Melayu.....hanya benda NEGATIF yg kelihatan?....apa yang dah diskru ketatkan dlm kepala bana masing2?....kalau mana2 pengomen yg mengutuk Melayu adalah Melayu, itu hanya memBENARkan apa yg kamu tulis utk diri kamu & ahli keluarga kamu sendiri...senang kata MAK PAK, TOK NENEK kamu!

kenapa SUSAH sgt nak pandang benda POSITIF pada bangsa sendiri?......SUSAH sgt ke nak tgk kelebihan bangsa MELAYU?....apa jenis manusia yg hanya tahu melihat /mencari BURUK bangsa sendiri & GELOJOH pulak nak komen2?

siapa di antara pengomen/pembaca di sini yg memBODOHkan diri, mak pak, datuk nenek sendiri pernah SEDAR siapa itu bangsa MELAYU?....kalau dah LUPA JATI DIRI, jgnlah nak memBODOHkan org lain!....ingat bangsa lain tu lebih HEBAT dr bangsa Melayu?....tak pernah bergaduh?....mengutuk?.....kalau dah perasan sgt BANGSA LAIN lebih SUCI dr bangsa sendiri, bangsa MAK PAK, TOK NENEK kamu, lebih baik isytihar kau semua TAK BERBANGSA, hanya manusia biasa!

aku dah naik meluat dgn segolongan BANGSA MELAYU yg suka memBANGSATkan bangsa sendiri.....mana taknya, kalau dah susur galur bangsa sendiripun tak tau, mana nak dtgnya perasaan CINTA?......pikirlah sendiri sbb dah memBODOHKAN MAK PAK, TOK NENEK sendiri....utk memBODOHkan diri sendiri tu, sendiri label, sendiri tau itulah tahap kamu semua!

akhir sekali aku MINTA MAAF kalau ada yg terasa, nak buat mcm manakan.......

terpulang pd bro DT nak siar atau tak komen ni

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 24, 2013 at 5:41 PM

berbalik kepada pergaduhan yg berlaku......nak tau juga apa komen pihak SPR & penyokong PAS yg terlibat

tapi seriusli, PRU kali ni mmg kelihatan lebih GANAS & PANAS dr biasa.....takat rosakkan bendera dah biasa dgr.....skrg main bakar2 & bom2.....nampak lebih hebat, tapi hebat yg memBINASAkan

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2013 at 5:42 PM

@Otak geligaSaya dah agak dah ...... :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2013 at 5:45 PM

@Otak geligaJelas kenapa dalam isu pasang bendera/kempen terbuka di Kg Rusila, saya terpaksa berhati2 agar tidak membabitkan orang2 tertentu.

Biar gesaan itu datang dari puak BERSIH sendiri yang kononnya sanggup mati demi mempertahankan Hak Asasi Manusia via Demokrasi.

Tapi Presiden Pas sendiri tidak amalkan Bersih ... Piiiraaaah !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 24, 2013 at 6:11 PM

@dinturtle

nak BERSIH mcm mana bro kalau dah BERSIH melekat mcm belangkas dgn pembangkang?

konklusinya, BERSIH itu KOTOR

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 24, 2013 at 10:56 PM

Tunjukkan akhlak Islam, menahan marah dan memaafkan. Mengalah bukan bererti kalah. Biar mengalah sekarang tp menang akhirnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2013 at 5:41 AM

kate parti islam..tp perangai maa aiii..

seriusly aku ckp..org skrg hanya ucap islam di bibir..tp xpernah menghayati ape itu islam yg sebenar.. brani kerana ramai geng..boley la tnjuk belang..

bg aku..tndakan SPR tuh mmg wajar..tndakan diambil atas faktor keselamatan semua pihak..trutama pd pengguna jln raya.. bkn ats suruhan prti umno..bkn aku nk bela umno..tp pd pmerhatian aku mmg aku rspect ahli2 pas yg snggup mengempen tuh sbb ringan tulang nk pacak bndra/tmpal poster bagai..

tp yg aku kesal..dieorg buat atas sebab dapat duit poket..boley dktkan berbaloi la gnjaran yg diorg dpt tuh..kata perti islm..xley wat kerja ngn ikhlas ker?? huhu

lg satu yg nih aku paling xsuke pasal ahli2 pas nie..mntang2 dok pacak bndera/poster dieorg selamber jer maen pasang2..pantng nampak ruang kosong..xpernah pikir pasal pngguna jln raya..trutama bila berada di persmpangan tmbhn plak kawasan yg sering brlaku kemalangan..lg la hangat hati nih..

klu di ikutkan ati..mau jer aku cabut bndera2 tuh pastu pacak kt laen..tp pew kan daya..sbb aku tau kejadian cam yg atas tu mesti belaku..

#pesanan untuk semua..kemenagan bukan berdasarkan kebanyakan bendera/poster yg ditampal..tetapi UNDIAN.."undi adalah rahsia"

Post a Comment