........... Hadi Tak Payah Nak Lebong lah Hal BerKebajikan ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi Tak Payah Nak Lebong lah Hal BerKebajikan .....

Sunday, April 7, 201312comments


Setelah hampir 5 tahun bersama, Pas masih tergagap-gagap memberikan alasan yang benar2 kukuh untuk menghalalkan perkahwinannya bersama Dap sedangkan waktu sama menolak ajakan untuk bersama Umno. Kita semua pun tahu ia tidak lebih dan tidak kurang hanya bermotifkan POLITIK semata-mata, DENGKI dengan kuasa yang dimiliki oleh Umno dan niat mereka hanya lah untuk MERAMPAS kuasa itu. ITU SAJA.

SEMUA ORANG PUN TAHU. Tapi untuk mengaku dengan kata-kata pastinya menjerat leher Pas sebab telah dicanangkan kononnya Pas berjuang untuk Islam dan bukannya demi kuasa. Jadi mulut terpaksa dikunci dari mengaku.

Makanya berputarlah lidah mencari alasan yang boleh cover line buat mengaburi orang Pas supaya mereka kekal taksub menyokong Pas dan supaya orang Pas yang buta ini pun turut sama mempertahankan maruah Dap dari diserang oleh musuh politik bersama iaitu Umno.Terbaru Hadi berkata -

"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," 

Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir." SINAR

Dap tidak menentang Pas sebab Dap mahu menggunakan Pas untuk mengalahkan BN dan begitu Pas yang mahu menggunakan Dap untuk mengalahkan Umno,  TAPI Dap menentang Islam !

Ooooops maaf, kena saman karang .... Dap tidak menentang Islam tapi Dap menentang apajua cara pemerintahan Islam termasuk Hudud yang berlawanan dengan Demokrasi yang dicipta manusia. Dan Dap tidak menentang Pas yang kononnya memperjuangkan cara pemerintahan Islam termasuk Hudud.

Errrr ..... macamana tu ? Entahlah ....... kita yang boleh berfikir mungkin tidak nampak akan logiknya tapi Hadi tahu tahap mentaliti orang Pas yang akan telan apajua yang dikatakannya. Orang Pas tidak akan pertikaikan kenyataan Hadi, mereka akan terima bulat2.

Yang penting Pas boleh terus berkasihan dengan Dap ....  dan orang Pas pun akan terus berjihad sambil berganding bahu dengan mereka yang tidak menentang Pas tapi menentang apa yang diperjuangkan Pas.....

SEBENARNYA Dap pun tahu yang Pas cuma berniat politik kuasa semata-mata sebab itu Dap tidak punya masalah bekerjasama dengan Pas. Kalau Dap yakin yang Pas benar2 ikhlas dengan perjuangannya, Dap akan anggap Pas sebagai musuh nombor satunya ! 

Saya percaya semua orang melihat Dap sebagai parti yang tegas dengan prinsip sekularnya. Dari dulu hingga sekarang, begitulah Dap. Jadi jika dulu kerjasama Pas-Dap gagal atas dasar prinsip yang tidak sama, kenapa sekarang boleh kerjasama pulak ?

Siapa yang telah kompromikan prinsip perjuangan parti... Pas atau Dap  ? MUSTAHIL tidak ada pihak yang tidak berkompromi sebab telah TERBUKTI mereka akan berpecah tanpa kompromi. Cuba baca balik artikel saya 2 bulan lepas dimana saya salin balik beberapa kenyataan pemimpin2 Pas dan Dap lebih 10 tahun lalu ketika mereka mula jalinkan kerjasama yang akhirnya putus.- KLiK.

Jadi balaci jerla orang Pas ......


Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu

Kelakar pun ada bila Hadi mula bercakap tentang Negara Berkebajikan seolah2 beliau selama ini telah banyak memberi kebajikan selama menjadi pemimpin Pas .... terutamanya dikawasan yang beliau jadi wakil rakyat.

Untuk pengetahuan -

- TIDAK ADA orang yang akan pergi meminta bantuan di rumah Hadi ..... Mereka lebih rela pergi mengadap pegawai pembangunan Dun Marang ......Sebab apa ?

- Hadi memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang SOMBONG, TIDAK MESRA RAKYAT .... tanyalah orang Marang kalau tak percaya.

- Orang kampung Rhusila yang sakit dan perlukan bantuan ..... hampir tidak pernah Hadi pergi melawat ! Orang Umno juga yang bantu ......

- TIDAK ADA sebarang pembangunan yang dibawa oleh Hadi dikawasan Marang selama beliau menjadi wakil rakyat disana.... ataupun selama sepenggal menjadi MB Terengganu. Jalan besar, jejambat semuanya dibina oleh kerajaan Umno.

- Selain dari jalan besar, hampir semua jalan2 kecil kearah kampung2 TIDAK BERTAR. 

Kawasan dibelakang 'Kompleks' Masjid  Rusila


Perhatikan bangunan sekitar tapak bekas bangunan yang terbakar dua bulan lepas ... semuanya begitu daif dan tidak terurus. Kemana perginya arah KEBAJIKAN hasil kutipan derma dan sumbangan yang sekian lama dikutip yang pastinya mencecah jutaan RM ?

Point saya - Orang yang suka cakap banyak - memperkecilkan orang lain dan mendabik dada dia lah yang lebih hebat, biasanya akan mengundang perhatian terhadap prestasi dirinya sendiri. Benarkah dia praktiskan apa yang dia cakap atau cakap tak serupa bikin ?

Kalau kampung sendiri Hadi tak terurus dan praktiskan Berkebajikan, tak payah nak lebong lah nak Berkebajikan diperingkat nasional !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2013 at 6:19 PM

Wow hebat.... itu lah hakikatnya... Hadi sememangnya seorang yang sangat sombong.... kita orang Marang memang tahu. Cakap tak serupa bikin.. tepat sekali En. Dun. ...

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2013 at 7:21 PM

Lim Guang Eng yang tak pernah menyembah Allah S.W.T. dan tidak memperakui kenabian Muhammad S.A.W. itu lebih mulia disisi PAS berbanding orang UMNO.

Siapa Guru Haji Hadi dan Nik Aziz? Takkan masih bersanad guru semasa belajar dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2013 at 8:18 PM

orang marang kena kasi ajar sama ini hadi, well said din, hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2013 at 8:26 PM

Bila Ayahanda Tun M mengeluarkan AMANAT?,,,,setau sy yg ada kuarkan amanat yg maha songsang lagi sesat ialah Hadi Bawang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2013 at 8:47 PM

Din,tgk rupa dia tu langsung xmenunjukkan seorang hamba Allah yg zuhud..tp menampakkan rupa yg angkuh & sombong serta riak n takbur...nau'zubillah(ini pandangan peribadi saya)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2013 at 10:19 PM

tak faham. tok guru nak berkawan dengan syaitan, presiden tak mau tapi nak kawan dengan kafir yang menentang perlembagaan islam. kawan dengan orang islam lain tak mau sebab tak masuk ahli pas. selepas menang pru 13 dan berkuasa nanti, habis satu dunia orang islam dikafirkan hadi dan segala penganutnya termasuklah tok guru, haron din, ulam-ulam pas kerana umat islam di dunia gagal mematuhi syiar pas dan tak jadi ahli pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 7, 2013 at 11:22 PM

Klinik Kesihatan Marang, dengan bangunan buruk, sempit, sesak & sangat tidak selesa. Kawasan letak kereta hanya untuk kira2 30 kereta. Orang sakit biasanya datang naik kereta, jarang naik motor kecuali sakit ringan. Taraf fizikal klinik ini hanya sesuai digunakan ketika Marang masih tahun 80an. Ketinggalan 30 tahun! Tahun 90an mula menunjukkan kesesakan, mula susah menampung bilangan pesakit yg ramai. Ada ke aji adi nok tolong kempen untuk dibina klinik baru untuk pengundi beliau, parlimen Marang & dun Rhu Rendang? Tidak pernah sama sekali. Hok aji adi tau buat ialah berpolitik tidak berhenti-henti siang malam, rakyat pengundi beliau tidak pernah difikir untuk diberi keselesaan. Klinik Kesihatan Mercang dah 13 tahun diberi bangunan baru hasil usaha wakil rakyat umno. Klinik Kesihatan Bukit Payong juga sudah setahun lebih menerima bangunan baru hasil usaha wakil rakyat umno.
Ni klinik untuk orang sakit, bukan pejabat pos, bukan bank dll yg merupakan keperluan sangat2 asas orang miskin di Marang. Orang tak mati lagi kalu bank tutup seminggu tapi klinik kena berjalan 24 jam.
Orang aji adi akan jawab: mane buleh aji adi nok mitok klinik baru, die kang pembangkang...
Kita tau masaloh tu. Kita cuma nok tengok aji adi prihatin dengan keselesaan rakyat dia sendiri. Aji adi buleh gi lobi dlm parlimen atau sekurang2nya sebut dalam ceramah politik dia. Aji adi bukan rajing gi ke KK Marang pun. Sekurang2nya dlm 10 tahun terakhir ning ada ke mari jengok2 klinik? Sedangkan klinik ni lah yg berkhidmat kepada pengundi dia selama ni.dia tak tahu susah payah rakyat jelata gi klinik kawasan dia tu. Orang tua, ibu mengandung, anak kecil dan bayi yg datang mendapatkan rawatan dlm ketidakselesaan bukan macam klinik tempat orang lain. Aji adi dok ape ah, mungkin cuma mendapat rawatan perubatan dari pakar2 swasta di kota2 besar dgn bayaran hok pengundi dia cuma mampu dlm mimpi je. Dia tak boleh nok memyelami perasaan rakyat yg bukan ada harta macam dia.

Alhamdulillah, ini akan berubah tak lama lagi tapi sekali lagi ini bukan hasil usaha aji adi, jangan pandai2 pulok nak claim credit. Kita faham2 je hasil usaha sape.

Contoh terbaik aji adi dengan negara berkebajikang dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
April 7, 2013 at 11:24 PM

Salam Abang Din,
Lupa pulok tadi nak beri salam. Satu nak tambah jarak klinik ni ke sejid aji adi cuma 3 km je...

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2013 at 11:49 PM

Beza UMNO dengan PAS (Parti Ajaran Syaitan):

UMNO : Menggunakan Politik untuk Memperkasakan Islam.
PAS : Menggunakan Islam untuk Memperkasakan Politik.

UMNO : membina masjid-masjid tanpa riak
PAS : Riak tanpa membina masjid-masjid.

UMNO : UMNO memperjuangkan hak orang Melayu
PAS : Orang Melayu memperjuangkan hak PAS

UMNO : Kristian TIDAK Boleh menggunakan Kalimah Allah
PAS : Kristian BOLEH menggunakan Kalimah Allah.

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2013 at 11:50 PM

@AbangpiKalau diberi alasan Pas adalah pembangkang, Haji Hadi langsung tidak ada kemukakan sebarang usul atau pelan untuk memajukan kawasan sendiri.... baik semasa Pas jadi kerajaan ataupun semasa jadi pembangkang !

Paling tidak tirulah Haji Rani, ada juga resmi tandas !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2013 at 12:53 AM

Kelas gitu mu hadi...sekelas dengan Mat Toron... tapi bkn bab toron menoron....tapi menipu and putar alam...Idup Hadi (biar ler dia idup untuk melihat kehancuran PAScib*i nyer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2013 at 7:55 AM

sama gok macam dun manir, wakil rakyat pas baham gaji buta, dok turun langsung tengok keadaan rakyat bawahan, sakit ke mati ke, rumah cabut atap ke, jalan lecoh ke dok musim hujan, 2-3 penggal jd wakil rakyat x dok benda satu sal buat.....org dun manir kali ni pangkoh pok usop awang hitam...serik dh dgan pas.

Post a Comment