Hadi - Dap Tidak Setuju Jer Tapi Tidak Menentang Hudud ..... Benarkah ?

Thursday, April 25, 201317comments

Semalam kebanyakan media KECUALI MEDIA PAS menyiarkan kenyataan Haron Din yang menyatakan  Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP dan menyatakan Hudud boleh dilaksanakan hanya untuk orang Islam saja.



Kenyataan ini dibalas oleh Karpal  -

“Sungguhpun PAS mendakwa hudud hanya untuk Muslim, hakikat adalah ia akan membawa kepada pelaksanaan dua sistem yang bakal mencetuskan konflik dan huru-hara,”
“Jika PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP dan PKR tidak akan membenarkannya,”

Kemudian hari ini SINAR menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menyokong Haron Din -

Hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan dilulus oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik


Nik Aziz berkata, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat- syarat tertentu sebelum ia benar- benar dapat dilkasanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,”


Pengamal media pro Pas masih tidak ada yang menghebahkan perkara ini .... HAIRAN ?

Haji Hadi dalam ceramahnya di Batu Rakit semalam ada menyebut, dari SINAR


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.

Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat sini malam tadi, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.

"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah Pas melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.

"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan,".

Dari kenyataan2 diatas, dapatlah saya buat rumusan -

1 - Pas dakwa mahu laksanakan Hudud jika menang PRU13 walaupun mendapat tentangan dari Dap

2 - Hudud Pas itu hanya untuk orang Islam saja ..... bermakna negara akan punya DUA SET undang2 yang berkaitan dengan jenayah Hudud, satu untuk rakyat beragama Islam dan satu lagi untuk bukan Islam.

3 - Nik Aziz dakwa untuk melaksanakan perkara diatas tidak memerlukan keizinan orang politik.... maknanya Dap tidak boleh masuk campur, kerana ia berkaitan bidang kehakiman.

4 - Karpal berpendapat cadangan Pas itu tetap memerlukan pindaan Perlembagaan dan “Jika PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP dan PKR tidak akan membenarkannya,”


OK, itu konfliknya. Sebagai rekod, ada ke tidak penglibatan Umno setakat ini ? TIDAK ADA kan .... ia adalah perselisihan pendirian antara Dap dan Pas yang tidak pernah mahu diselesaikan dari dulu sehingga kini.

JELAS sekali yang Karpal @ Dap jenis orang yang tegas dalam mempertahankan pendiriannya kerana selama ini beliau konsisten dan tidak takut untuk menyatakannya walaupun sedar ia bakal menimbulkan kontroversi. 

Dari dulu lagi Dap tidak boleh terima Hudud dan sampai bila2 pun Dap tidak akan terima Hudud. Yang ini tak payahlah orang Pas nak pusing lagi.

Tapi perhatikan kenyataan Hadi diatas -

Dap tidak bersetuju, tapi Dap tidak menentang.

Saya sering mengikuti ceramah2 Pas dan ayat ini sering diulang2 oleh pemimpin2 Pas. Dan ternyata ayat yang sama juga banyak kali disebut oleh pencacai2 Pas dalam komen2 mereka dimerata site. 

Dap tidak bersetuju ...... yang ini semua pun terima

Dap tidak menentang ? ..... benarkah ?

Saya harap ada orang Pas yang dapat menjelaskan apakah maksudnya bila orang Pas menyebut ayat itu ? Apakah yang cuba disampaikan melalui tidak bersetuju tapi tidak menentang ?

Adakah maksud anda sekiranya Pas teruskan juga, maka Dap dalam mereka tidak bersetuju, mereka akan benarkan juga  ..... izin dalam paksa , gitu ? 

Jadi, apakah maksudnya bila Karpal kata -  

Jika PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP dan PKR tidak akan membenarkannya

Apakah ayat diatas TIDAK menunjukkan Penentangan ?

Tidak membenarkan  .....  Tidak menyerang - ya, tapi kalau nak masuk - sorry ! Anda akan dihalang dari masuk. Kalau anda paksa juga nak masuk, kami akan halang. Tapi kami tidak akan serang. 

Jika anda samakan konteks 'masuk' dengan 'memperkenalkan hudud', ayatnya akan berbunyi - jika anda mahu memperkenalkan Hudud, kami akan halang. Kami tidak akan benarkan Hudud masuk tapi jangan kata kami menentang Hudud .... ? ?

Dap cuma akan halang/tidak benarkan Hudud Pas dari diperkenalkan. Ia tidak boleh dilihat sebagai menentang. Menentang itu adalah satu bentuk tindakan agresif sementara menghalang lebih berbentuk pertahanan. 

Soalnya - boleh masuk atau tidak ? 

Mengikut Hadi dan Nik Aziz, BOLEH MASUK. Mereka kata Dap tidak akan menentang. Dap cuma tidak bersetuju saja. Karpal pula cakap Dap tidak menentang Hudud, cuma Dap tidak akan terima Hudud. 

Mahfuz ! Tolong jap ....... !

Ya, saya sedar ia satu permainan kata-kata dan itulah yang sedang dilakukan oleh Nik Aziz, Hadi dan pemimpin2 Pas - bermain dengan kata-kata yang pastinya memberi gambaran yang salah kepada sesiapa yang mendengar.  Tanyalah siapapun yang mendengar ceramah pemimpin Pas, gambaran yang mereka dapat adalah - Dap tidak akan menentang perlaksanaan Hudud bila tiba masanya Pas mahu perkenalkan. Dap cuma tidak bersetuju saja. 


Peeeergh..... patutlah si Pkr main pil kuda ! Pening dibuatnya...... Bila dah lalok, takdelah Pkr nak layan Pas ngan Dap. Ikut pandai koranglah nak settle macamana pun....

Bayangkanlah nanti kalau ditakdirkan PR menang ..... mahu harubiru negara dibuatnya. Pas dan Dap harus capai kata putus / kata sepakat dalam hal ini. Biar jelas kepada rakyat apa sebenarnya pendirian PR. Jangan duk terus menipu rakyat dengan permainan kata-kata anda.

Kepada Pas pula, janganlah duk menjaja perkara yang TIDAK DISEBUT dalam Manifesto PR. Hudud ada disebut tak ? 

Kalau nak jual juga, maka masukkanlah Hudud dalam manifesto PR, barulah jual. Hmmmm.... patutlah orang Pas agak segan sikit bab mengedar manifesto PR. Mereka tak reti nak jawab kalau ditanya orang hal Hudud ....... 

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2013 at 6:18 PM

Nik aziz kurang faham negara berparlimen,tp karpal arif. Mcm mn nk gubal undang2 baru klw usul hukum hudud nnt akan ditolak dr dbentangkan. Dr sound awal2,dap dan pkr akan tolak.parlimen pas tanding brp banding pkr+dap.
Klw betul2 nk adakan hukum hudud,konsisten lah... Jgn bmusim dikala pilihan raya.
Jom kita cabar nik aziz,diorg brani sumbah baiah cerai talak3 klw kluar pas.apa kata nik aziz buat sumpah baiah cerai talak3 klw pr menang tp xdpt laksanakan hudud

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2013 at 7:38 PM

Bro Din, puak2 Pas ne, sememangnya pandai putar belit, dah naik melugai (mual) dengan tindak tanduk ,puak2 munafiq ini, tapi hairan, pengikut2nya x nampak apa yang kita nampak, permainan politik agama bagi memancing undi yang dimainkan para pemimpin depa, depa tetap menegaskan Pas adalah parti Islam, cukup hairan bin ajaib, Tuhan menutup terus mata hati mereka dari melihat kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2013 at 7:50 PM

Hmmmm.... patutlah orang Pas agak segan sikit bab mengedar manifesto PR. Mereka tak reti nak jawab kalau ditanya orang hal Hudud. .
Yeah, i like that. Mestilah segan sebab mereka sendiri pun tak faham. Hehehe*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2013 at 9:55 PM

siapa kata dap tak bersetuju dengan hudud.....

i agree to disagree.

ha ha ha, sebab ayat ni le pas dok kata dap bersetuju.

besamaan bengong dalam english

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2013 at 11:43 PM

tak bersetuju tetapi tidak menentang? samalah juga maksudnya sakit perut sebab sembelit..dok teran2 nak buang air tapi hanya angin je yg lepas...itulah perumpamaan kpd hudud yg dicadangkan oleh pas..takde kesudahan (meneran dan terus meneran)..takde kepuasan (ie kelegaan lps selesai buang air)..yg ada hanya kekeliruan ( ie perut memulas on and off)..

hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 12:04 AM

Nik Aziz berkata, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat- syarat tertentu sebelum ia benar- benar dapat dilkasanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,”

..........................................

HJ Hadi berkata "Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan,"

................................................

huishhh sungguh kontradik.....rasanya apa yg kedua tok guru nie katakan sama jer dengan apa yg kerajaan BN buat lani......

tapi dalam minda pengikut PAS rasanya tidak begini.......


....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 1:28 AM

@AnonymousSering isu2 yang sudah dijawab diinternet, pemimpin2 Pas masih lagi duk ulangsebut, dan masih dipercayai bulat2 oleh orang Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 1:31 AM

@Anonymouskena dengan air jampi tok gur, terus lega .....

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 1:34 AM

@koloGnyerkita disini membaca bolehlah melihat secara lebih luas, dikumpulkan semua kenyataan2 yang ada. tapi waktu ceramah, kita dengar hanya satu pihak saja, jadi lain sikit cara penerimaan.

Dan tak ramai akan cuba cari second opinion.

Tu yang orang umno kenalah rajin juga turun padang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2013 at 3:52 AM

aku bukan arif dlm bab hukum tapi apa yg di jajakan oleh mereka byk kesalahan. cth hukum hudud hanya utk org islam, disini dah menunjukkan tidak adil dlm melaksanakan hukum, islam mementingkan keadilan. Hudud tidak mengenal penjenayah itu islam atau tidak. Kapal sink boleh tau akan adanya konflik jika di laksanakan hudud kerana mempunyai 2sistem undang2. Jd fikir2 la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2013 at 8:45 AM

kalau lega ok la jugak..tapi kalau perut makin kembung? lama2 boleh pecah perut bro din ooooi..eh? sape yg doa pecah perut nih? pas doakan diri sendiri pecah perut ke? hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 9:02 AM

Ini merupakan cakap-cakap orang yang tidak bersekolah.
"Tidak Bersetuju" merupakan tahap pertama dalam apa jua tentangan.
Kita ambil contoh insiden di Lahad Datu, Kerajaan Malaysia menentang habis-habisan pihak penceroboh. Boleh ke kita katakan tentangan itu kerana kita "Bersetuju" dengan pencerobohan mereka?
Cuba fikirkan... Boleh ke kita menentang sesuatu yang kita setuju?
Bermakna ungkapan "Tidak Bersetuju" itu sendiri adalah satu tentangan.

Wallahualam.

http://mycybertrooper.net.ms

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2013 at 9:57 AM

GUNA LAMBANG PAS DAH DIKATAKAN TERIMA HUDUD? ADUHAI..LEMAHNYA PEMIMPIN PAS.

TAKKAN TAK TERFIKIR SEDIKITPUN APEKEBENDA DAP SI KAFIR HARBI NAK GUNA LAMBANG PAS? APSAL TAK GUNA JE LAMBANG PKR? KAN DAP DAN PKR LAH YANG TELAH MENG'AGREE TO DISAGREE'KAN HUDUD PAS? PURA2 LUPA KE?

SEMUANYA SEBAB POLITIK DAN AMAT MUDAH MEMPERBODOHKAN PAS BERBANDING PKR..IKUT LOGIK LAH BEB..DAN TERBUKTI LAGI PAS, DARI PEMIMPIN SAMPAI PENCACAI, MEMANG BAGHAL..ITU JE

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 11:30 AM

@terjuntirukKarpal seorang pengamal undang2 jadi beliau tahu dari segi itu. Beliau tidak cakap sesuatu sebarangan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 11:32 AM

@AnonymousJika kita akui Hukum Allah itu yang terbaik buat manusia, makanya jika kita sisihkan orang bukan Islam dari diadili oleh Hudud, tidakkah itu menunjukkan kezaliman terhadap mereka ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2013 at 11:39 AM

@Malaysian CybertrooperBab menafsir memang Pas terbaik.... orang biasa mungkin boleh menafsir sesuatu itu 2-3 sudut tapi diorag boleh tafsir 10 sudut .... asal boleh memenangkan diri sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2013 at 9:38 AM

Parti Angguk Saja itu lah PAS, Parti Ada Spender itu pun PAS, Parti Ajaran Songsang itu lah PAS,.... Parti Ada Samseng itu pun PAS punya... semua ada dalam PAS,.... apa ni berbelit2... apa erti ungkapan "TIDAK SETUJU TAPI TIDAK MENENTANG" bukan kah itu membawa maksud yang sama?... inssaflah wahai puak2 pencacai pas, sebenarnya anda dipermainkan oleh pemimpin anda,...sana cakap lain, sini cakap lain, skrip sentiasa berubah2.... dulu beriya2 nak wujud Negara Islam, tpi katanya Islam tiada dlm Quran, nak laksanakan Negara kebajikan, tapi ni semua dah lama BN amalkan.... keluk kelik betul puak2 ni..... fikir2 kan lah...

Post a Comment