........... Dap Kata NO ! Pas Pula Kata - Lihatlah Dunia, Dap Dah Kata YES ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dap Kata NO ! Pas Pula Kata - Lihatlah Dunia, Dap Dah Kata YES !

Sunday, April 21, 201325comments

Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.

Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR,"


Dap TETAP TOLAK Hukum Hudud - kata Karpal .... Utusan 20 April 2013 - TAKBIIIRRRRRR !!

Roket sudah sampai bulan .....Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. kata Nik Aziz.

Dap TETAP TOLAK Hukum Hudud - kata Karpal ....... Utusan 20 April 2013 - TAKBIIIIRRRRRR ! !

.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam,"

“Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,” - Karpal  - TAKBIIIIRRRRR ! !


Perasan tak senario diatas ?


Pemimpin2 tertinggi maksum Pas Nik Aziz dan Haji Hadi BERSUNGGUH-SUNGGUH cuba menyakinkan orang Pas yang Dap sudah terima Islam ...... tapi pemimpin2 tertinggi kafir Dap Karpal Singh, Lim Kit Siang pula BERMATI-MATIAN cuba yakinkan pengundi bukan Islam yang Dap tetap akan menentang apa juga yang bernama Islam....

Siapa yang diPERBODOHKAN ?

Pencacai2 Pas pula habis teh cuba menonjolkan betapa orang kafir telah menerima Pas melalui imej2 mereka pakai baju Pas, lambai bendera Pas ... tapi TIDAK ADA SEORANG PUN yang berani siarkan video pengakuan yang orang2 ini sudah terima cara Islam yang dibawa Pas.


Sampai begitu terdesak pencacai Pas mahu tipu penyokong Pas ....... ?


Kesian pun ada nengok orang Pas ni ....

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 2:51 PM

Kesian2...tpi pas x peduli semua tu sebab dalam kepala otak dah set umno lagi terok dari dap kita boleh kata apa? Geleng kepala ja la jawab ny...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:06 PM

dorang ni idup dalam state of denial

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:12 PM

Kekadang hati kecil nie berkata ' pas nie ibarat pakai kain sarung, tapi senteng smpai ke atas lutut', dap pulak ' nk pakai skirt tapi skirt yg atas punyerrr... smpai ke pangkal paha '... masing2 nk tnjuk kekiatan pendirian tp dlm masa yg sama nk tnjuk kt pengikut masing2 bahawa antar mereka nie 'okey2x' jerrrr.... boleh kaowtim. Takde hal punyerla!!! Cuma kekadang tepikir gak, apakah pas & dap nie anggap sumer rakyat Malaysia nie buta smpai xleh nmpak hakikat yg berlaku? Klau puak2 pas tue mmgla... sbb mata dh silau dgn bulan.

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
April 21, 2013 at 3:14 PM

Semakin angkuh ulama Pas dlm menghukum org Islam yang ahli Umno maka semakin terserlah kehuduhan Pas di mata umat Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:19 PM

pas perlukan dap demi undi kaum cina. manakala dap perlukan pas demi undi melayu. kedua2nya bersatu kerana ada kepentingan iaitu saling mempergunakan dan dipergunakan demi tujuan politik. selepas pru nanti bercerailah kedua2nya sebab matlamat utama telah tercapai. apa yang pasti, masih ada melayu yang tak sedar bahawa mereka mungkin akan melarat dan merempat di tanah air sendiri sekiranya dap berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:23 PM

Salam

Ada kwn penganut pas berdarah hijau kata yg tentang hanya karpal sahaja. Yg lain sokong. Mca pun tentang juga. Mca lagi teruk kata dia. Bila kita katakan dap dan mca tak sama. Diatetap berkeras katakan mr presiden mca tolak islam. Fening nak berhujah ngan mereka. Ustaz sama ustaz pun malas nak bertegang leher. Sakit tekak rugi air liur. Payah nak ubah pasal dah pasak dlm kapla umno tak betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:51 PM

Apa yang aku lihat selama PAS berkawan ngan DAP. Selalunya PASlah yang terhegeh-hegeh menjaga hati DAP. Apa saja PAS sanggup lakukan demi memuaskan hati DAP. PAS telah korbankan segala-galanya untuk DAP. Katakan apa saja isu, isu Kalimah Allah, isu Hudud, isu Negara Islam, isu melayu murtad dan isu rampasan arak di Selangor, isu laungan azan di Penang, isu saloon unisex di Kelantan dan apa jua isu. Yang pastinya DAP tetap menang dan PAS tetap kalah. Itupun melayu PAS masih tetap mengatakan DAP lebih baik dari UMNO. Tak taulah setan mana yang dah merasuk otak pemimpin PAS sehinggakan hanya nampak DAP sahaja sebagai kawan terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 3:54 PM

Tidak menerima Islam krn mereka bkn Islam tk mengheran kn.Kita peduli apa dgn Karpal,LKS,Palanivel,CSL tk menerima Islam krn mereka sememang ny bkn Islam.Tp bila pemimpin UMNO yg beragama Islam menolak hukum Islam,itu baru lh kita merasa heran!Islam kh mereka?Utk menjadi Islam tidak ckup berpegang dgn Rukun Islam yg LIMA(5).Kita jg terikat dgn Rukun Iman yg ENAM(6).Tunjuk kn kpd saya mana SATU dr Rukun Iman itu yg di percayai oleh pemimpin2 UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 5:13 PM

Geng pas dh seronok geng dap guna lambang pas,ckp dh terima islam... Itu ja hujah pas. Bendera pas bendera islam?hah,islam tu kale ke bulat bulan tuh. Rasanya selain taksub dgn nik aziz,geng pasni taksub kale dgn bulan la

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 6:07 PM

Btul tu, Umno lg jahat.. Pas syok sndiri x hbis2

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 7:35 PM

@AnonymousPerbezaan utama, Umno adalah dominan dalam BN berbanding Pas yang hanya balaci dalam PR

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 7:35 PM

@AnonymousItulah tahaluf siyasi versi Pas ..... bodek sampai muntah !

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 7:39 PM

@AnonymousTunjukkan tang mana Pas lebih baik dari Umno dalam konteks yang boleh dilihat bukan teori. Juga dari segi hubungan Umno dalam BN dibandingkan dengan Pas dalam PR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 7:47 PM

salam bro din, bila masa pula umno tolak islam? pas ni saja nak lepas tengkok dia.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2013/04/umno-tidak-pernah-tolak-islam.html

kp

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 8:24 PM

Kepada Saudara Anon April 21, 2013 at 3:54 PM,

Allah tahu kemampuan sebenar kita. Sebab itu dalam Islam ada perkara yang diwajibkan untuk dilaksanakan segera dan ada yang boleh ditangguhkan. Hukum Hudud ni wajib tapi boleh dilaksanakan jika kita berkemampuan atau jika tiada sebarang masalah yang mendatang seandainya ia dilaksanakan. Maksudnya, Hukum Hudud adalah hukum yang boleh ditangguhkan.

Namun begitu, mungkin ramai tak tahu undang-undang di Malaysia ni dah beberapa kali dipinda yang jika diperhalusi mempunyai persamaan dengan beberapa hukum dalam Islam. Contohnya, hukuman mati mandatori untuk pengedar dadah dan penjenayah berat yang bersamaan dengan Hukum Qisas.

Jangan pula saudara mengatakan bahawa dalam Islam cuma ada Hukum Hudud semata-mata. Sedangkan dalam Islam juga ada Qisas, Diyat dan Takzir. Qisas,Diyat dan Takzir sememangnya telah lama dimasukkan ke dalam kanun jenayah negara. Cuma, yang bezanya kita tidak meletakkan nama-nama seperti Qisas, Diyat dan Takzir secara langsung ke dalam perundangan negara, tetapi ianya diserapkan secara tidak langsung.

Satu perkara yang ingin saya nasihatkan kepada saudara ialah sebelum saudara menuding jari kepada UMNO. Adalah lebih baik saudara minta kepastian terlebih dahulu daripada pemimpin PAS sendiri sama ada mereka benar-benar ingin melaksanakan Hudud sekiranya menang dalam PRU13 nanti. Pastikan akujanji Hudud ini diucapkan di hadapan pemimpin2 dari DAP dan PKR sebagai membuktikan bahawa mereka tidak berbohong. Oh, ya! Kalau nak lebih cantik, saya cadangkan Hudud juga dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 8:30 PM

Dan tunjuk kan dekat aku bukti ya mana pemimpin umno tolak islam???kkalau setakat guna air liur aku pun boleh!! Dan aku nk tanya kau pulak sejak bila Allah anugerah kan pemimpin pas ni Anugerah untuk membaca hati manusia sampai pemimpin pas boleh kata yang pemimpin umno ni tolak islam??? Hebat sungguh orang pas ni dia boleh baca hati orang tolak islam.kau tak layak nak tentukan orang tu beriman dgn rukun iman yang 6 tu sebab kau bukan tuhan!!! Jadi jgn nk pandai2 kata orang lain tak beriman dengan 6 rukun iman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 8:53 PM

Ya betul tu pergi cakap dekat haji hadi betul ke pas nk buat hudud. Depan penyokong pas cakap lain depan pemimpin dap cakap lain jgn jadi lembu yang ikut saja cakap ketua. Lagi satu kepada penyokong pas tolong la hapus kan sindrom menyalahkan orang lain ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 9:18 PM

Aku dah penat bertekak dgn orang PAS ni pasal hudud...dah la tu...buang masa je cakap dengan puak bangang abadi ni...makan budu banyak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 9:25 PM

Satu pendekatan teramat ketara tak sama antara Pas dan Dap ialah: Dap berjaya menyatukan orang Cina, sebaliknya Pas meskipun berjaya membantu Dap menyatukan orang Cina tetapi dalam masa sama Pas juga berjaya membuatkan mukmin semakin renggang...syabas Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 10:20 PM

Tadi di pasar malam TTDI, DAP dengan konfidennya memberi akhbar roket kepada orang Melayu. Saya buat dek saja. Diaorang ingat semua Melayu ni bodoh macam PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 11:16 PM

@Anonymous

Ko kata Dumno Islam?

Alhamdulillah...anda sudah sedar dan dapat keluar dari bawah tempurung Pas!

Setelah sekian lama, akhirnya ada juga penyokong tegar yang tidak mahu dikongkong oleh fatwa politik. Syabas dan semoga jejak yang anda rintis akan dikuti oleh lebih ramai pembuta dan pentaksub

Meskipun sudah sedar dan cuba bermuhasabah diri, namun hujah anda tentang Dap masih menggunakan pelat lidah Pas...bercabang dan berbelit.

Bagi sayalah, kalau mengejar duniawi, lantaklah Pas hendak bertahaluf dengan sesiapun, tetapi dalam urusan ukhrawi sepatutnya Pas harus mengutamakan siapa hah? Roket?

Apakah itu ajaran yang benar atau sesat? Tidakkah anda akan berasa kerdil apabila konsensus tidak memihak pada Pas maka anda akan berbangga melihat Pas melutut?

Michael

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 11:25 PM

DT,

kalau tak silap semua makmum dalam gambar berdiri atas lantai simen (?) sementara sejadah di bentangkan di hadapan.

soalan hipotetikal adalah:

1. bagaimana kalau lantai itu dicemari tapak kasut dan mungkin najis?

2. tidakkah mesej yang hendak disampaikan adalah mukmin tak perlu peka soal kebersihan?


....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 11:54 PM

Saya setuju dengan Anon 10:20pm diatas. Saya tadi berada di Kota Tinggi, Johor selepas membuat coverage penamaan calon di Muar & JB semalam. Ada la kutu rayau mana entah datang dekat saya nak bagi akhbar roket. Perkara yang membuatkan saya menyirap darah adalah kerana yang jadi pencacai bagi akhbar tu ialah orang Melayu.
Jadi secara spontan terpacul dari mulut saya "Maaf dik, adik tengok muka abg ni ada muka orang PAS ke?" dia terdiam, lalu saya sambung "Adik pegi la bagi paper ni pada Lim Kit Siang, boss kesayangan adik tu" dan saya terus berlalu.

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 12:05 AM

@pemuda_surauKita yang diluar Pas nampak, tapi yang didalam Pas pula akan ikut sama perangai hodoh pemimpin mereka

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 12:07 AM

@AnonymousKomen yang baik, TerimaKasih !

Post a Comment