........... Dap Dah Terima Islam - Nik Aziz. ..... Hanya Sebab Dap Nak Pinjam Lambang Pas Jer hahahahaha | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dap Dah Terima Islam - Nik Aziz. ..... Hanya Sebab Dap Nak Pinjam Lambang Pas Jer hahahahaha

Tuesday, April 9, 201328comments




Nik Aziz confirmed dah putus wayar ! Agaknya Nik Aziz jenis yang tidak boleh terima kritikan apalagi datang dari kumpulan guru-guru pondok @ golongan agamawan yang telah buat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.- Utusan

Utusan laporan TERKINI pula melaporkan -

Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan.

Pakai lambang Pas bermakna dah terima Islam ? ? Dan itu adalah hasil didikan Pas ? ? ? Apa kaitannya Islam dengan Pas ? SAH, terbukti ketaksuban Nik Aziz terhadap Pas. Beliau masih percaya yang Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Mursyidul Agong PR pun pandai bila beliau berkata -  "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan. "

Betullah akronim PAS itu merujuk kepada Parti Ajaran Sesat !


"Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa.

"UMNO ni letak taraf dia serupa dengan Tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa Tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat.

Jadi kesian pulak pada Nik Aziz .... macam orang tua nyanyok meroyan pun ada. Sebab apa saya katakan Nik Aziz dah nyanyok - Cuba baca yang bawah ni pulak -

"Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima. 

Masa bila yang Dap terima Islam ? ? ? Karpal Singh dah mati ke ? Malah Manifesto PR sendiri TIDAK SEBUT mahu perjuangkan Islam ! PR TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN perjuangkan Islam -

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," Mursyidul Agong PR berkata lagi. 



"Maka kerana kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah,"

Dap kena terima Islam ..... Tak nak terima - SUDAH !  Hahahahahahaha ........

Ini kata Lim Guan Eng tahun lepas- KLiK -

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,”



                                      ****************************

SATU LAGI bukti Nik Aziz dah nyanyuk ! Kali ni Nik Aziz marah bila Tun Mahathir menyindir beliau kenapa masih belum bersara lagi...

"Dia tu, siapa dia ajar suruh berhenti. Dia bersara daripada Perdana Menteri tetapi dia merepek seluruh (kawasan) dalam politik, asyik kecek (cakap) politik, apa ini kerja orang tua nyanyuk.

"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam," UTUSAN

Bukanke Nik Aziz yang cabar Tun Mahathir bersara dulu kemudian dia juga akan ikut sama bersara ? BERSARA itu maksudnya letak jawatan supaya tidak dikatakan sebagai GILA KUASA ! Bukannya berhenti bercakap tentang politik. 

Nik Aziz masih boleh bercakap tentang politik agama walaupun dah bersara. Barulah orang akan percaya yang Nik Aziz bercakap demi perjuangan BUKANNYA demi jawatan.

Sebelum ni Nik Aziz cuma kata akan bertanding walaupun terpaksa guna kerusi roda .... kali ni Nik Aziz dah terlepas cakap - selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan !


Nah..... tak GILA KUASA apanya lagi ... Agaknya kalau ditakdirkan Nik Aziz lumpuh seluruh anggota, hanya boleh gerak kepala jer.... dia masih nak pertahankan jawatannya kan selagi bernafas ........

Bawa pergi kubur lah jawatan tu ....

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 9, 2013 at 9:45 PM

hang tak letih ka ! dok layan tok ni. biak pi dia nak kata apa . makin dok lak layan makin menjadi, letih no !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2013 at 10:06 PM

hahahaha.....amboi bro DT punya artikel kali ni SENTAP HABIS......kalau NA baca konpom terkilan rasa hati dia.....kihkihkih

1) PAS = Parti Ajaran Sesat
2) NA = Nyanyuk + Meroyan
3) NA = Jawatan bawak ke KUBUR
4) NA = Gila Kuasa

ntah bila la org tua yg satu ni nak sedar.....tapi tak ble salahkan dia juga sbb

1) Kawannya SYAITAN
2) Bila dia nak letak jawatan, org dlm PAS HERDIK dia...ingat tu HERDIK....bukan nasihat, tegur or marah TAPI......HERDIK....kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 10:11 PM

DAP dah terima Islam? Nik Aziz sah dah semakin nyanyuk. Sila rujuk pada link di bawah ini yang berkaitan dengan strategi DAP untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan PMnya seorang Kristian.

http://www.anwaraidc.com/?p=33710

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 10:19 PM

kih kih kih kioq ... pork nick sudah giler BAB! ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 10:21 PM

Aku dah muak dengan crita NA. Muak dan muak. Asal NA cakap saja aku melugai nak muntah. Boleh ka kau jgn posting lg crita NA. Plsssss. Tolong la....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 10:35 PM

AKU SERONOK MEMBACA LUAHAN RASA MSO MENGENAI YANG MENGULAS KEADAAN KECELARUAN MINDA NIK AZIZ SEKARANG INI ... CUBA DIN JENGUK BLOG DIA ... MENARIK UNTUK DIULAS ...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 10:41 PM

@Xpasselagi Nik aziz bernafas ..... hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 10:42 PM

@AnonymousSebenarnya ITUlah yang pemimpin2 Pas duk berceramah dikampung2 kononnya Dap dah terima Islam. SERIUS !

Habis ditipunya orang kampung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 10:49 PM

Din, dulu diaorang meroyan bila mb mat said cakap pas parti ajaran sesat. Sekarang ni penyakit meroyan tu datang lagi bila tpm pun sebut benda yang sama.

Din, kalo ko perasan pentaksub nik aziz dah berperangai macam pengikut al-arqam yang mengagungkan abuya. Sehinggakan setiap pengikut abuya pasti akan menggantungkan potretnya di dinding rumah. Aku harap pengikut pas tidaklah mencontohi pengikut al-arqam yang sesat tu.

Aku rasa kelantan kekal milik pas selagi nik aziz masih hidup. Aku sebenarnya dah lama hilang sabar sejak nik.aziz mengeluarkan banyak fatwa merapu terhadap umno. Tak habis2 nik aziz sebut umno tolak islam, umno tolak islam. Adakah selama 50 tahun lebih umno menggunakan kuasa politik melayu untuk mengembangkan syiar islam dan menjaga kepentingan umat islam, masih tidak cukup islam?

Adakah hanya boleh dicop sebagai islam dengan hanya memakai pakaian ala arab seperti berserban dan berjubah? Pastu boleh speaking arab dan boleh memetik beberapa potong ayat al-quran. Saya rasa umno dah lakukan segala-galanya untuk islam cuma umno tidaklah ghairah nak mewar-warkan pasal hudud dan negara islam. Umno bukan menolak hudud dan negara islam, cuma menangguhkan seketika kerana faktor sosiobudaya masyarakat pelbagai kaum di malaysia.

Hakikatnya pemimpin2 pas ni sebenarnya tau amat sukar sekali nak melaksanakan negara islam di malaysia. Tapi pada masa yang sama mereka masih lagi memberi harapan palsu kepada pengikut2nya. Dengan jumlah kerusi yang sedikit dalam pru, mana mungkin pas boleh membentuk suara majoriti sekiranya mereka menang. Itupun pengikut2 pas masih lagi percaya kononnya pas mempunyai mandat besar dalam menentukan hala tuju dan dasar politik pr.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 10:55 PM

@AnonymousYa, pemimpin2 Pas SEDANG menipu orang Melayu dengan menjanjikan segalanya yang Islam jika undi Pas. Kononnya Pas yang akan memerintah jika PR menang.

Mereka seberapa boleh akan mengelak dari mengaku Dap akan turut sama memerintah negara jika PR menang.

Pas tidak ikhlas pada rakan2 dalam PR :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 11:13 PM

Dok tembak NA dgn PAS aje. ..... Blog DT ni pendekatan dia negatif sokmo. Takde ke nak citer pasal BN/UMNO, apa kempen dia, katne kita boleh bangunkan rakyat,berkhidmat utk rakyat. Kalau takpun, story le sket analisa pilihanraya ikut DUN atau parlimen, chances BN nak menang. Citer sket calon2 BN biar rakyat kenal.

Kan ke banyak manfaatnya. Tak healthy langsung le pendekatan ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2013 at 11:33 PM

Di bawah ini bah. 2 tentang strategi DAP nak kristiankan Malaysia.Mesti Baca!

http://www.anwaraidc.com/?p=33738


Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 11:33 PM

@Anonymousadeeh .... cer cerita sikit macamana nak buat semua tu jika menulis solo, takde dana, takde kontek ...?

Biarlah bloggers yang punya semua diatas itu yang buat spt saudara sarankan.... saya kekal dengan tembak jer :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 11:46 PM

Dalam Islam kita dituntut untuk mengejar ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Apabila hanya satu bahagian sahaja yang dikejar, dalam contoh Pok Nicky yang kiranya mengejar akhirat sahaja maka akan terjadilah kebodohan yang tidak termampu difikirkan rakyat.

Didalam dunia ini hanya 2 negara sahaja yang menetapkan didalam perlembagaan mereka agama dan bangsa. Malaysia adalah yang pertama dan kedua diikuti oleh Maldives (yang mencedok idea dari Malaysia).

Menurut Perlembagaan Malaysia dalam artikel 160 (2) Melayu adalah didefinasikan sebagai rakyat Malaysia yang:
- Bercakap Melayu,
- Berbudaya Melayu
- Beragama Islam


Sekarang cuba kita renungkan:
DAP yang kita kenali adalah parti rasis yang berusaha sejak 60'an lagi untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Perkara ini boleh kita lihat dengan terang dan jelas didalam peristiwa berdarah 13 Mei.
Sehingga kini rata-rata rakyat Malaysia mengetahui agenda DAP adalah untuk menumbangkan bangsa Melayu walau dengan apa cara sekalipun.
Jadi, bila diambil kira semua faktor-faktor ini, amat jelas DAP menolak Melayu. Apabila mereka menolak Melayu secara otomatik mereka juga menolak Islam.

Disinilah kita lihat kepincangan Pok Nicky samada:
1) Beliau tidak dapat menilai jenis persahabatan DAP dari sudut ilmu dunia.
2) Atau mungkin beliau dapat melihat tetapi memejamkan mata demi mengejar Pangkat dan Kemewahan duniawi.


Sekiranya opsyen 1 merupakan lebih kena dengan Pok Nicky, bolehlah kita tanya pada diri kita sendiri, layak kah beliau dinobatkan sebagai pemerintah? Baik dari segi pemerintahan Parti, Negeri mahupun Agama?
Tetapi jika sekiranya opsyen ke-2 yang digunakan oleh Pok Nicky, maka Islam apakah yang beliau anuti? Kitab mana, Hadith mana dan Ayat Quran mana yang membenarkan umat Islam bersekongkol dengan kafir yang terang-terangan menolak bangsa & agama Islam dan berniat cenderung kepada kemusnahan bangsa & Islam itu sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2013 at 11:55 PM

@Malaysian Cybertrooperhmmm .... saudara ni bukan calang2 blogger :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 12:12 AM

@dinturtle
Saya cuma seorang:
1) Anak, yang ingin membanggakan kedua orang tua saya sebagai seorang Melayu & sebagai seorang Muslim.
2) Abang, yang ingin melihat adik-adiknya mendapat layanan sewajarnya sebagai orang Melayu.
3) Suami, yang ingin memberikan isterinya sedikit kesenangan dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar sebagai orang Melayu.
4) Bapa, yang tidak mahu anak-anaknya tercicir dalam kehidupan ini sekiranya Bangsa Melayu terpaksa merempat ditanahair sendiri.
5) Saudara, kepada semua umat Islam yang rindukan perpaduan dikalangan bangsa Melayu yang telah sekian lama berpecah-belah angkara musuh bangsa & agama yang tidak kelihatan.

Saya tidak lebih dari apa yang diatas.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 12:17 AM

@Malaysian CybertrooperBetullah saya cakap tadi - saudara ni bukan calang2 blogger ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 1:09 AM

@dinturtleSekali sekala cuba din petik vedio cg Nonbal@yahoo.com @ cn afghani.... Beliau kini sedang giat menempelak penceramah pas kat kampung yang masih dok menipu rakyat konon nak buat hudud. Mujur ada org mcm cikgu Nonbal@yahoo.com ni.... Khabarnya ceramah beliau amat mendapat sambutan, terutama penyokong pas yg dtg secara menyamar.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 1:14 AM

@AnonymousTipikal macai pr yang telah jatuh gaung..... Tapi kok alek demo, selagi ada nafas akan terus tembah BN..... Takpe pulok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 4:57 AM

kenapa logo pas? kenapa bukan logo dajjal? haaa..aku tau. sebab pas bodo...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 5:24 AM

Assalamualaikum

Saya sangat menghormati Ulama ulama keluaran Darul Uloom Deoband,kerana sumbangan mereka yang sangat besar kepada umat Islam di seluruh dunia.
Nama nama seperti Maulana Rashid Ahmad Gangohi,Maulana Ashraf Ali Thanwi,Maulana Ilyas Kandhlawi,Maulana Hussein Ahmad Madani,Mufti Taqi Usmani,Maulana Abul Hassan Ali Nadwi adalah antara ulama2 dan masyaikh2 'heavyweight' keluaran Darul Uloom Deoband dan sumbangan mereka adalah amat besar kepada dunia Islam.

Tapi bagi TGNA, saya merasakan perasaan yang agak berbeza walaupun TGNA boleh lah dianggap sebagai alumni Darul Uloom Deoband yang paling mewah dan senang serta mempunyai pengaruh politik yang besar di Malaysia.

Untuk beliau,saya lebih untuk 'tidak menghiraukan' ajaran ajaran beliau yang saya fahami lebih kepada usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, dan bukanlah satu usaha yang komprehensif untuk mengikut secara keseluruhan apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Politik Nabi SAW telah membawa manusia kepada akhlak yang suci murni,dan hasilnya dapat kita lihat hanya dalam masa 10 tahun Nabi SAW di Madinah,manusia telah datang kepada Islam.Akhlak mereka (sahabat Ra.hum) adalah akhlak Al Quran.Mereka digelar Al Quran bergerak kerana mengamalkan 100% perintah Allah.Melalui akhlak mereka yang terpuji, manusia datang kepada Islam.Musuh-musuh tertawan dengan budi pekerti sahabat ra.hum, dan memeluk Islam hanya dengan melihat akhlak2 mereka.Perkara ini datang hanya mengambil masa 10 tahun sahaja ketika baginda Nabi SAW di Madinah.

Inilah yang saya lihat tidak ada pada TGNA ( semoga Allah mengampuni saya), yang menjadikan saya lebih tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh beliau.Saya menganggap beliau seperti Al Quran yang tersalah cetak,tidak boleh dibuang dan tidak boleh dipakai.Hanya masih wajib dihormatinya dan harus meletakkannya di tempat yang tinggi.

Untuk PAS,maksud ilmu yang sebenar ialah hanya apa yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir.Jika segala Kitab kita telah khatam tetapi bukanlah seperti apa yang harus dijawab kepada Mungkar dan Nangkir,maka itulah kerugian yang sangat besar. Harus diingat, antara soalan itu adalah
"Siapa kah SAUDARA kamu?'.
Untuk PAS ,saya ulangi - SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

kutu


....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 7:21 AM

@AnonymousKomen yang amat baik, terutama baris terakhir - TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 8:02 AM

Anon 5.24 am

"Untuk PAS ,saya ulangi - SIAPAKAH SAUDARA KAMU?"

Soalan yang cukup menginsafkan bagi orang yang masih ada sekelumit iman di hati.

PAS tak akan boleh lari dari menjawab bahawa saudara saya adalah kafir harbi,penzina, LGBTs, komunis, orang Yahudi, orang Kristian, orang yang mengamalkan pluralisme agama, orang munafik, orang yang suka memfitnah, orang Islam yang murtad dan membantu orang Islam lain untuk murtad dan orang yang bermusuhan dengan saudara seIslam. Apabila dah mengaku bersaudara dengan orang-orang yang dibenci Allah, PAS tak malu ke mengaku bahawa merekalah orang Islam yang terbaik dan berhak untuk menjadi ahli syurga? Haiya, budak-budak kindergarten pun boleh jawab soalan ini dengan mudah maa.


Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 5:10 PM

Kedua2 pandangan anon 5:24 dan laksa johor memang sangat unik.... Saya ingin memberi pandangan seperti itu, tapi ilmu saya tak sampai..... Syabas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2013 at 2:03 AM

Ya Allah bukalah hati manusia yang buta terhadap ulama yg sgt saya hormati ..sedangkan manusia yg buta hatinya,xpernah mengenali perkertinya secara dekat,pedihrasanya hati ni membaca cacian manusia yg buta hati ditipu media2 yag dipegang oleh pemimpin2 skrg yg telah banyk diputar belit faktanya,bukalah minda anda ,jgn di PERBODOHKAN media2 kerajaan BE END semata2 yang hanya banyak FITNAH!!
ULAMA TGNA dianggap:
Orang tua ini nyanyuk..mereka yang kata
tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
orang tua ini gila..mereka yang kata
perintah Kelantan bersih tiada penyelewengan dan rasuah
orang tua ini tamak dan gila kuasa..mereka yang kata
separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana
orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..mereka yang kata
ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya
orang tua ini pembawa malapetaka..mereka yang kata
tenang, bersahaja, senyum dan sabar orangnya
orang tua ini bapa kafir..mereka yang kata
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling di atas
orang tua ini mahu undang Islam terlaksana
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan
Islam adil kepada semua dan berkebajikan...

Love you Tok Guru..♥♥♥

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2013 at 2:21 AM

@AnonymousMahu undang2 Islam ? 22 tahun bercakap tentang perjuangan jihad bla bla bla.... tapi sebab surat Tun Mahathir, semua cancel ?

Lepas tu canang surat itu jadi penghalang utama Hudud di Kelantan ..... hahahaha .... Nak seribu daya, tak nak seribu alasan

Bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Dap dalam soal undang2 Islam ? Apa maknanya itu ? NAK BUAT KE TAK NAK BUAT ?

Nik Aziz @ Pas hanya memalukan Islam !

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2013 at 2:24 AM

@dinturtleDan yang paling saya terkilan adalah - memilih untuk berpelukan dengan kafir Dap tapi bermusuhan dengan saudara seagama yang tidak sealiran politik Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2013 at 5:47 PM

Timbalah Ilmu sebanyak mungkin,kita akan dapat mengenali diri seorang muslim mukmin atau muslim sahaja.Jangan kita asyik mempermainkan maruah diri sebegini buruk

Post a Comment