........... Ceramah Hadi - Salah Umno Kenapa Pas Tidak Dapat Nak Jelaskan Hudud Kepada Dap dan Orang Cina ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ceramah Hadi - Salah Umno Kenapa Pas Tidak Dapat Nak Jelaskan Hudud Kepada Dap dan Orang Cina !

Thursday, April 4, 201315comments

Semalam saya kebetulan lalu disebuah majlis ceramah Pas di Marang dimana Haji Hadi sedang berucap. Ceramah pertama beliau selepas Parlimen dibubarkan .... hmmm mungkin menarik untuk saya dengar.

Saya bukannya ada gadget macam cybertrooper Umno yang lengkap dengan kamera video, recorder bagai... tapi henfon lama saya tu masih boleh kalau nak rakam suara untuk beberapa minit. Kena ada juga bukti tak kiralah dalam bentuk apapun, kalau tak orang tak percaya nanti.

Jadi sempatlah saya rakam dalam henfon beberapa bahagian dari ceramah beliau. Saya adjust susunan ayat supaya mudah difahami -


Mengenai Hudud dan Dap 
  
- Setelah Pas beri penerangan panjang lebar pada Dap, akhirnya Dap kata, Kami dah pandai tapi nak ulang kami tak reti...

Orang Cina takut ... Haaa buat majlis biar kami perjelas. Dia buat majlis... tapi Umno tak benar hotel, tak benar tempat pulak. Ini berlaku masalah sebenanya... Akhirnya Dap tak boleh terima tapi itu hak Pas, dia kata.


- Kenapa kita kerjasama dengan Dap, tak boleh kerjasama dengan Umno ? Umno kita kerjasama dah tahun 70 lepas 13 Mei kita kerjasama dah.  Umno ada kuasa dia menentang, Dap takde kuasa lagi.. tapi dia dah terima banyak perkara tentang Negara Berkebajikan.

Hmmmmm Pas gagal nak berikan penjelasan lengkap Hudud kepada orang cina sebab salah Umno yang menafikan tempat untuk Pas buat penjelasan ..... Kreatif juga Hadi reka alasan pekenakan Umno !

Mengenai isu Lahad Datu

- Ramai orang Islam di Mindanao, di Sulu jadi pelarian sebab ditekan Kristian diFilipina jadi mereka berhijrah ke Sabah. TunMustapha terima dan beri tempat molek2. Bila Tun Mustapha mati, naik kerajaan baru ni, digunakan orang ni jadi pengundi hantu untuk memenangkan BN. Lepas tu pulak beri kawasan yang tak selesa untuk buat rumah padahal tanah diSabah tu banyak ! Suruh duduk dalam air buat rumah dalam sungai buat rumah dalam selut. Ada rumah dalam perahu pun ada.


Ini sebab boleh jadi macam diLahad Datu tu sebab kita tak pandai mengendalikan urusan ni. Kita kena layan dengan baik baru diorang tak lawan kita. Ini menyebabkan rakyat Sabah yang miskin boleh digunakan oleh orang. Orang pelarian yang hidup dalam susah boleh digunakan oleh orang. Menyebabkan boleh berlaku bermacam2 huruhara.

Apakah Hadi cuba katakan yang rakyat Sabah sendiri menjadi talibarut musuh dalam kes di Lahad Datu ? Ni orang Sabah diLahad Datu kena dengar apa yang Hadi cakap ni !


- Angkut askar pakai Airasia... kena bayar tambang, siapa pemilik Airasia ? - Puak2 dia..... 

Dalam keadaan polis mati, dia boleh main lagi tambang Airasia ni........  Satu penyelewengan yang sangat dashyat.

                                  
( Kalau nak tahu jawapan kenapa askar kita guna Airasia - KLiK )


Habis ceramah Hadi, saya mari berfikir ...... banyak isu2 yang dibawa oleh pemimpin2 Pas ni semuanya dah dijawab dalam blog tapi apakah penjelasan itu sampai kepada rakyat ? Bukan semua orang baca blog. Sebab itu pemimpin2 Pas masih lagi JUAL MINYAK yang sama sebab masih laku.

Umno pulak, disesetengah tempat itu langsung tidak ada inisiatif untuk turun padang bertemu rakyat dan jelaskan perkara2 ini. Bagian ini saya harap UMNO AMBIL PERHATIAN !

Para bloggers juga jangan mudah syok sendiri.... hanya kerana dah jawab di alam maya, kita anggap rakyat semua dah faham. Menang di blog kita dah perasan menang dialam nyata. TAK SAMA beb ..

Tengok jelah contoh ceramah Hadi diatas. Tak ramai mana pun pendengar, sekitar 400 orang jer tapi kalau diterjemah sebagai 400 undi, kira banyaklah tuh ! Hadi pulak pasti akan kekampung2 lain berceramah benda yang sama...

Jadi bagaimana nak sampaikan kepada rakyat maklumat penjelasan kepada isu2 yang dibawa oleh Pas tu ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 9:26 AM

TGHH Jaguh Kampung Rusila. Kelemahan sendiri yg nyata X mau terima .ASYIK2 DUK TUNJUK KAT ORANG LAIN.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 10:13 AM

"Lepas tu pulak beri kawasan yang tak selesa untuk buat rumah padahal tanah diSabah tu banyak ! Suruh duduk dalam air".. kalaulah pas yang perintah sabah, maka statement Hadi boroi akan jadi begini " mereka yang buat rumah atas air itu adalah sebab tradisi mereka, sebab itu adalah jatidiri mereka... macam etnik orang asli kat semenanjung, bukan tak ada pekan atau tanah, tapi nak juga hidup dlm hutan, memburu dsb... itu adalah tradisi mereka" itulah gaya bahasa hadi.... gaya seorang pemutar belit bertopengkan serban dan jubah, gaya ulamak politik yang hidup hanya untuk tujuan menipu rakyat demi sekelumit kuasa di dunia yang fana.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 10:19 AM

@nonbalYa, setiap perkara itu ada positif dan negatifnya bergantung kepada sudut dan niat kita melihatnya.

Kalau niat politik, untuk musuh akan digunakan sudut negatif. Untuk diri sendiri akan digunakan sudut positif. Itu atas perkara yang SAMA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 10:42 AM

Ya betul tu En. Din hanya segelintir saja yang membaca blog.. surat kabar pun kalau dibaca hanya pada tajuk. kalau tajuk tak best, tinggalkan dan bahagian yang selalu dibaca sehingga habis ruangan gosip.. pada diaorang mendangar lebih mudah dari membaca. lepas tu bila dah dengar terus terima bulat2. malas pulak nak berfikir..

Maaf ini adalah pandangan peribadi saya..
jangan saman ooooo

Eta Yaacob

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 11:34 AM

nak tanya je nih..

PAS dah berjaya ke tarbiyah DAP dan PKR sejak bertahaluf siyasi dengan mereka itu? ni dah nak PRU dah ni..saya nak jawapan yang konkrit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 12:47 PM

malangnya orangkampong amat naif pemikiranannya dan menerima sahaja fitnah dari haji adi kerana adalah menjadi amalan haji adi dan penganut agama pas yang lain iaitu mereka akan membaca sepotong dua ayat al-quran dan hadis ... selepas itu dihuraikan sedikit dengan berlatar-belakang mengutuk umno ... dan seterusnya diisi dengan fitnah ... maka apabila pihak berkuasa mahu menyekat ceramah itu mereka akan katakan bahawa umno atau kerajaan takut dengan penyebaran agama yang sedang diusahakan oleh penganut agama pas ... itulah tektik mereka sejak dahulu lagi ... sehingga ada presiden pas pernah menfitnah pm tun m menonton vidio lucah dengan cucunya ... fitnah itu pun dibuat selepas dia membaca sepotong dua ayat al-quran dan hadis dan kemudiannya dihuraikan dengan berlatar-belakang mengutuk umno ... dan seterusnya diisi dengan fitnah ... kerana penganut agama pas mengamalkan takiyah sebagai salah satu ibadat mereka ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 12:54 PM

Untuk memerangi pihak yang kuat memfitnah (Pas), pihak yang difitnah (Umnu) perlu memiliki mentaliti Mahfudz Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 12:57 PM

Kalau Nik Aziz huloq pitih pada pengundi itu dinamakan 'sedekah politik' tetapi kalau Najib pulangkan wang rakyat ia dinamakan Brim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 1:23 PM

Keje derang sebagai pembangkang mmg senang. Komplain goyang kaki xyah buat ape2

Bila jadi kerajaan kelak akn buat mcm. Lim guan eng salahkan kerajaan terdahulu

Keje complain je amik tanggungjwb xnak

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 2:01 PM

@Anonymous

lawaok-lawok bodoh Mr Bean, tapi penonton terhibur jugak...ada jugak gunanya

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 2:03 PM

ish ish rendah betul level pemikiran presiden PAS ni..sama level dgn org yg dok komen dalam dunia cyber je..ilmu agama mungkin dia ada tapi ilmu mentadbir rasanya mmg takdak kot huhu

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2013 at 2:49 PM

@Penang Mali'ilmu agama mungkin dia ada tapi ilmu mentadbir rasanya mmg takdak' - saya setuju :)

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 4, 2013 at 2:51 PM

Saya mengikuti jama'ah PAS dari lewat 80an hingga pertengahan 90an, slps dr itu termasuk golongan sympatizer sj atas sbb sbb yg termaklum sblm ini. Kalau biasa mengikuti ceramah ceramah PAS, bnyk tuduhan tuduhan yg dibuat sbnrnya tiada bukti dan fakta, cuma dengar cakap dan andai andaian (assumptions) sahaja, sedangkan Al Quran menjelaskan andai andaian itu bnyknya adalah dosa, dan andai andaian tidak berguna dlm menentukan kebenaran, dan ini menjadi antara sebab saya menjadi side liner dan kemudian cuma sympatizer. Namun begitu slps isu isu mencarut, samseng dan isu Kalimah, PAS harus ditinggalkan. Isu amanat 81 yg dulunya bg saya disebelah KL dan selatan dianggap pandangan peribadi, kelihatannya di utara dan pantai timur rupanya spt suatu fatwa yg tak boleh ditolak .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 4:10 PM

nanti kalau tak dapat kotakan janji mensosialiskan kebajikan, apakah Pas akan salahkan BR1M?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2013 at 4:43 PM

Kalau setakat 400 org bila Hadi ceramah petanda baru PAS sudah mula kurang mendapat sokongan berbanding dulu. Sebab tu sekarang ini orang PAS sudah tidak jemput Ustaz Azhar kerana kehadiran pendengar jauh lebih ramai jika dibanding debgan ceramah Hadi. Mungkin atas arahan Hadi. Itu teori saya saja. Betul tak Allahualam.

Jati RR

Post a Comment