........... 'Ceramah' BN di Melaka - Provokasi BN Kepada PR ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

'Ceramah' BN di Melaka - Provokasi BN Kepada PR ?

Wednesday, April 10, 20135comments

Saya baru saja menonton satu video Youtube yang saya kira adminnya pro PR, ia menunjukkan seorang lelaki diatas pentas ceramah BN sedang 'melalak'. Kejadian dikatakan dirakam di Bukit Baru Melaka pada 8 April.


Dari apa yang saya tonton, pemahaman saya adalah - mamat ni sedang mempersendakan SATU LAGI ceramah yang sedang berlangsung dihadapannya, yang saya kira ceramah pihak Pkr. Perhatikan juga kedudukan speaker yang saya kira dihalakan kearah ceramah lawan.


Meletakkan diri sebagai seorang atas pagar, apa yang saya tonton adalah contoh PROVOKASI yang dilakukan oleh pihak BN kepada PR. Maksud saya itu yang dipaparkan dan itu gambaran yang akan diterima oleh penonton.

Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab penceritaan adalah sebelah pihak. Dan tidak dijelaskan juga cerita disebalik apa yang dirakamkan.

Tapi seperti yang saya katakan, video ini akan memberikan persepsi yang negatif terhadap BN.

Diharap BN Melaka dapat memberikan penjelasan..... kalau mahu perbetulkan persepsi negatif itu lah. Tapi kalau tak kisah, maka buat tak tahu jer la....

PS - Siapa mamat ni ? Taraf pemimpinkah dia untuk bercakap diatas pentas ? ATAU ceramah sebenar dah selesai dan mamat ni cuma seorang agen provocateur yang mengambil kesempatan, cuba menimbulkan ketegangan dan memberikan imej negatif kepada BN ? 

Mamat ni langsung tidak ada tokoh sebagai seorang pemimpin . Something very the fishy la about this video.....

Apapun, baru sehari video ini dah menerima lebih 46k hits ! 

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 9:10 AM

pemimpin mana la punya idea bodoh mcm ni yg buat ceramah BN depan tempat ceramah PR..setiap ceramah PR, mesti BN akan selit n hantar budak2 buat provokasi..aku yg atas pagar ni terus menyampah dgn cara puak2 Umno ni...try la buat cara lain unt tarik crowd..atau mmg pemimpin Umno dh mmg xde idea?

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2013 at 11:49 AM

@Anonymoustu yang saya minta siasat dulu kot2 sandiwara je :) tapi kalau betul orang BN, memang patut dimaki mamat tu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 2:02 PM

salam,

sejak dari awal pru lagi, perikatan hingga ke bn, semua ceramah bn adalah berbeza daripada pembangkang. jika bn ikut pembangkang, bermakna tak ada perbezaan antara bn dengan pembangkang. pembangkang boleh bermain kotor, tetapi bn kena bermain dengan bijak. itu la yg menyebabkan bn boleh bertahan sehingga sekarang. provokasi, hinaan, makian, ejekan bukan cara bn. harap anak muda yang menyokong bn dapat mempelajari cara yg betul daripada orang lama. cara ah jib gor berucap pun saya dah lemah nak dengar. harap ceramah begitu tak keluar dalam tv. memang meyampah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2013 at 11:02 PM

Kalau ini adalah penceramah bn minta pihak bn kaji kenapa sampah mcmni leh jd penceraham mcmni??tp x nafikan yg kat sebelah dia pon sama2 provokasi ade sape2 yg ade video pihak Pkr belah sana plak x??bg nampak fair n square??cara penyampaian kedua2 pihak ni hampeh mcm taik..buat malu bangsa je..politik tp asabiah taksub smpi pemahaman dan penyampaian pki kepala lutut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2013 at 5:12 PM

Salam, boleh tgk video kt link ni https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pCeygGoWfyU utk tgk ceramah pr yg diganggu oleh pihak2 yg x bertanggungjawab ni..boleh dengar suara2 kt belakang tu

Post a Comment