........... Calon PR Tongkang Pil Kuda - Hadi Kena Beri Maklumat Pada Polis Narkotik ! - Demi Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Calon PR Tongkang Pil Kuda - Hadi Kena Beri Maklumat Pada Polis Narkotik ! - Demi Rakyat

Monday, April 22, 20137comments

BERNAMA sudah keluarkan artikel mengenai Hadi yang beri alasan kenapa berlaku pertindihan kerusi PRU13 antara Pas-Pkr dan ini ada disiarkan oleh SINAR.

"Tetapi kalau ada calon yang kita khuatiri (calon) tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas mesti bertindak.

"Di Johor berlaku pertindihan sebabnya kita tunggu rakan kita (PKR) lambat tiba masuk nama calon. Sikit lagi nak tamat, tak mari-mari maka kita siap sedia takut BN (Barisan Nasional) menang tak bertanding. Bila Pas masuk barulah dia masuk,"


"Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,"

Ironinya, Harakah sudah pun keluarkan berita ini sesudah subuh tadi ! Dan saya ada komen mengenainya - KLiK - sebelum HARAKAH Online MENARIK BALIK ARTIKEL ITU !

Harakah Online tak mahu glamer ya ..... Ini printscreen nya -



Kenapa Harakah tarik balik ek ? Takut Polis Cawagan Narkotik cari Hadi untuk dapatkan maklumat calon mana yang jadi TONGKANG PIL KUDA ?

Ini satu tuduhan yang SERIUS NI !

Kita boleh narrow down kan tuduhan Hadi kepada kerusi2 yang ada pertembungan Pas - Pkr/Dap ... bukankah kerusi2 itu yang dirujuk oleh Hadi kan ? Ok, SIAPA KAH SUSPEK KEGEMARAAN ANDA ?


Di Damansara calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan.


Di kerusi Bukit Besi (Terengganu) pula, Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud.

Kerusi Kota Putra, calon PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa.


Manakala di Seberang Takir calon PAS Zakaria Dagang dan calon PKR Ahmad Nazri Mohd Yusuf menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman.


Manakala di kerusi Sungai Aceh, (Pulau Pinang) pula, calon PKR Badrul Hisham Shahrin dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah menentang calon UBN Muhammad Zakaria.

Di kerusi Panti calon PAS Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon UBN Baderi Basuki.


Di Labuan pula calon PAS, Hadnan Muhammad dan calon PKR Ibrahim Manuddin menentang calon UBN Rozman Isli.

Harap pihak berkuasa siasat sebab risikonya amat BESAR sekiranya ada antara suspek2 MENANG dalam PRU13 nanti ! Bayangkan seorang TONGKANG PIL KUDA berselindung disebalik tugasnya sebagai seorang wakil rakyat ! !

Pengundi juga harus tahu maklumat ini supaya dapat membuat pilihan yang tepat. Jadi HADI HARUS BERKONGSI MAKLUMAT ITU DENGAN RAKYAT ...... atau paling tidak dengan Polis Cawangan Narkotik !

Kepada Hadi  - Jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab !

Dibawah adalah pengakuan Hadi - minit 1:50




Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 2:07 PM

Bukan double standard tp multiple standard, bekerja utk pembela LGBT. pembela kebebasan agama utk semua termasuk utk org Islam murtad, bekerja utk pelaku pelbagai maksiat yg sudah terdedah, boleh pulak.
Berapa banyak mungkar kumpulan sendiri ditutup rapat, disembunyikan dan yg ada bukti pun ditolak mentah mentah, setakat pil kuda, itu pun sekedar dgr cakap, tiadalah mrk nak laporkan. Pendedahan mrk buat hanya utk cover tindakan mrk ltk calon lain je. Itu pun sebab terlepas cakap, cakap dulu, pikir kemudian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 2:08 PM

macam mana pulak org yg menggantung gambo Khomeini>?

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 2:10 PM

Aduyai ... satu2 la. Kita start dengan bukti pengakuan yang ada. Sekarang Hadi mengaku ada maklumat calon Pkr ada yang jadi tongkang dadah, kita start ngan yang itu dulu.

Tak timbul dah bukti dari Umno ke, dari blogger ke sebab ini Hadi sendiri yang cakap ! Ke nak kata yang cakap Hadi pun tak boleh pakai ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 2:14 PM

TERBAIK BRO ! NI BUKAN CALON UMNO VS HADI DAH TAPI DINTURTLE VS HADI ! hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2013 at 2:31 PM

@AnonymousSSSSHHHHHhhhhhhhhhhhhhhh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2013 at 11:27 PM

Itu bukan Haji Hadi, sebab video itu besi, tak boleh pakai bukti ni, bukan HD, suara tak clear sebab tak guna bahasa kebangsaan, ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2013 at 6:03 AM

cakap je la apa pun..depa aka kata video hadi tu hanya sekadar besi...

Post a Comment