........... Cabaran Berisi Blogger Rbf Kepada Mustafa Ali | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cabaran Berisi Blogger Rbf Kepada Mustafa Ali

Monday, April 15, 20133comments



Cabar mencabar dalam politik ni dah biasa sangat dah apalagi jenis cabar kosong. Contoh - Aku cabar sipolan kemukakan bukti ..... tapi tidak pula disertakan cabaran itu dengan ISI. Yalah, kalau sipolan itu sahut cabarannya, apakah yang perlu dikorbankan oleh pihak yang mencabar ? Sebab itu dinamakan cabaran kosong. 

Cabaran berisi pula - Aku cabar sipolan jika dia berani kemukakan bukti, aku akan letak jawatan ! Nah ... ambik kau, itu baru betul punya keyakinan diri sendiri melalui cabaran yang dilontarkan. Baru boleh dipakai Berani Kerana Benar.

Baru sebentar tadi saya terbaca satu artikel dari rakan blogger Rbf ..... walaupun dia buang link saya, saya masih anggap beliau rakan :) , dimana tanpa berselindung dan secara direct, Rbf telah melontarkan satu CABARAN BERISI kepada tokoh pemimpin yang menjadi perhatian ramai sejak akhir2 ini, siapa lagi kalau bukan Mustafa Ali yang dikaitkan dengan video Mat Spender.

Apakah ISI cabaran Rbf ?

Kamu semua nak tumbangkan BN kan ? Inilah masa terbaik untuk kamu ajar BN. Kalau kamu boleh buat begitu dengan Najib dan Muhyiddin sekali pun akan ruyup habis PRU ini. Aku sendiri pun akan sokong Pas dan akan ku cium kaki Haji Hadi dan Nik Aziz. Tak cukup dengan saya, saya akan ajak semua rakan-rakan saya untuk sokong Pas.

Peeeeeergghhh ........ FREE jer dapat khidmat para bloggers otai pro Umno. Tak payah bayar sesen pun ! Jadi ada baiknya orang Pas semua fikirkan tawaran Rbf ini dengan serius, fikirkan kepentingan perjuangan parti yang melangkaui perjuangan peribadi pemimpin. 

Oya, apakah cabaran Rbf ? 

Kena berlari bogel keliling Dataran Merdeka ? Kena jergah Nik Aziz sampai pengsan ? Itu semua buang masa jer kalau sambut pun, Tak mendatangkan faedah malah memperbodohkan diri sendiri. Tapi apa yang dicabar Rbf adalah -

Pergi Balai Polis Dang Wangi, selesai repot sebelahnya dah ada masjid. Ambil wudhu, masuk masjid , baca Bismilah, Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, bahawasanya saya Mustafa bin Ali dengan ini bersumpah bahawa saya tidak berzina sepertimana video yang disebarkan yang dikaitkan dengan saya. Apa yang berlaku itu semua adalah fitnah terhadap saya. Jika saya berdusta saya sedia menerima laknat daripada Allah. Tak lama beb....3-4 minit selesai.

Laaaa ....... SENANG NYA ..... malah apa yang dikatakan sebagai CABARAN oleh Rbf itu sendiri MENGUNTUNGKAN empunya diri. 2 in 1 tuh beb !

Dalam Mustafa membersihkan namanya dikalangan rakyat terutamanya orang Pas sendiri - Keberanian bersumpah laknat demi membersihkan nama sendiri menunjukkan KEBERANIAN yang datang dari diri orang yang tidak bersalah...... Mustafa juga boleh dapatkan BONUS untuk Pas !

Kalau tak nak khidmat para bloggers ini pun, Mustafa boleh minta mereka TUTUP BUKU dan tidak lagi menulis. Mustafa boleh jadi HERO kepada orang Pas - 2 in 1 !

Kalau pun Rbf tidak kotakan ISI cabarannya setelah Mustafa penuhi bahagiannya, paling tidak Rbf pasti akan hilang kredibiliti beliau sebagai seorang blogger otai. Lagipun yang penting disini saya lihat adalah faktor KEBERANIAN KERANA BENAR itu .

Saya fikir orang Pas semua wajar menimbangkan cabaran atau lebih kepada TAWARAN BAIK dari Rbf ini ... kalau Mustafa tak nak sambut, anda wajar heret dia untuk sambut !

KLiK untuk baca cabaran Rbf selengkapnya.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 2:07 PM

Aku setuju dengan saranan Rbf tu. Berani kerana benar dan eloklah bersumpah laknat. Kalau bersalah, terima sajalah hukum neraka Allah di akhirat nanti. Orang hebat dalam ilmu agama Islam dan pemimpin ulung dari parti agama lebih mengetahui tentang zina. Kalau telah berzina, tak payahlah tobat. Mustahil terlanjur dan tak sengaja berzina. Mula mula sekali terima dulu hukum didunia ni. Rejam dengan batu sampai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2013 at 3:09 PM

errr..aku takut nanti RBF tu x mengaku plak yg blog tu dia punya..err...mcm otai Umno tu..yg nak bertanding lawan Anwar tu..

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2013 at 10:35 PM

Berani kerana benar... Aku 2 undi utk PAS kalau mustapha ali berani sahut cabaran tu..

Post a Comment