........... Bukti Pas-Pkr Terengganu Tiada Persefahaman | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bukti Pas-Pkr Terengganu Tiada Persefahaman

Sunday, April 21, 20134comments

Bukan retoriks, bukan tuduh-menuduh, bukan andaian tapi mereka sendiri telah BUKTIKAN, 3 kerusi DUN di Terengganu akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru melibatkan pertembungan Pas-Pkr  -

N. 02 - KOTA PUTERA    
1. MOHD MAHDI BIN MUSA    BN   
2. ADAM BIN MAT SAID    PAS   
3. MOHAMED ABDUL GHANI BIN HAJI IBRAHIM    PKR   

 
N. 11 - SEBERANG TAKIR    
1. AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF    PKR    
2. AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN    BN    
3. ZAKARIA BIN DAGANG    PAS 

N. 25 - BUKIT BESI    
1. ROSLAN BIN ISMAIL    PAS     
2. ROSLEE BIN DAUD    BN    
3. MOHD SHAMSUL BIN MAT AMIN    PKR  

Masing2 punya alasan tersendiri ..bla bla bla .... tapi yang NYATA  Pas dan Pkr TIDAK BOLEH nak berkompromi atau bersatuhati.

Tidak hairan Pas begitu CEMBURU dengan sikap Mengalah Demi Perjuangan Bersama yang ditunjukkan oleh calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang sanggup mengundur diri dari bertanding kerana tidak ingin melihat undi BN pecah dengan bertandingnya juga Ibrahim Ali selaku calon Bebas. 

Malah Pas sepertinya TAKUT bila ramai pengamal media Pro Pas yang memainkan isu ini dan cuba melaga2kan penyokong BN dengan penyokong Ibrahim Ali yang juga majoritinya merupakan penyokong BN.

Pas RISAU tentangan sengit yang bakal diterima oleh calon NEPOTISMA Pas iaitu ANAK Nik Aziz yang terpaksa berdepan dengan SATU suara Umno BN di Pasir Mas.

Mungkin Pas berharap Johan dan Ibrahim akan beri alasan2 seperti calon2 Pas dan Pkr di Bukit Besi ini - 
 
Ketika ditanya kepada calon Pas (Bukit Besi), Roslan pertembungan itu menguatkan lagi fakta berhubung wujudnya ketidaksefahaman di kalangan PR, Bendahari Pas Dungun itu menafikan perkara terbabit, sebaliknya menganggap kehadiran PKR sebagai sokongan kepada Pas.


“(Penglibatan PKR sebagai calon) ini sebagai sokongan (kepada Pas). Kita pertahankan supaya undi tidak pergi sepenuhnya kepada Umno. “Undi yang berpecah kepada dua itu, kamu (wartawan) kira dalam matematik, tetapi sekarang ini kita kira (undian) secara psikologi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shamsul, 28, (Bukit Besi- PKR) pula mengambil keputusan tetap bertanding walaupun berlaku pertindihan dengan Pas, sebagai memikul amanah Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi mandat itu kepada beliau sebelum ini.

“Pengundi yang akan menentukannya. Benda ini tidak boleh dijangka, kita lihat apabila akhir hari pengundian nanti insya-Allah. “Kita ada strategi (berkempen) kita dan kita akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh PKR Pusat supaya saya bertanding . Ini adalah parti, bukan personal, kalau orang perjuangkan personal tahu sendirilah,” katanya -  Teganukita


Kita menentang sesama sendiri sebagai tanda sokongan ? ? hahahahaha ......

Parti bukan personal .. ? ?

Mengaku sajalah yang Pas sebenarnya TIDAK SEBULU dengan Pkr di Terengganu. Semalam semasa penamaan calon di kawasan Kuala Nerus dimana Pas menentang Pkr di kerusi DUN Seberang Takir dikhabarkan rombongan penyokong Pkr terpaksa rapat mencari perlindungan dengan penyokong BN kerana bimbang tindakan agresif penyokong Pas yang jauh lebih ramai !

Saya tengah berusaha mencari video rakaman aksi mereka disana.

TERBUKTIlah ada kebenarannya PENDEDAHAN PINTASAN EMEL Ke 2 yang dibuat oleh rakan2 blogger di TEGANUHOT tentang perebutan kerusi di Terengganu - KLiK

Perebutan kerusi @ Tamak Kuasa @ Tiada Kesepakatan antara Pas - Pkr ini sememangnya sudah lama tertanam dalam hati mereka ....  
Macam ini kita nak pilih mentadbir Terengganu ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 9:25 AM

Kita doakan che johan pasir mas tak di ambil tindakan oleh partinya. Bukan senang nak memiliki pemimpin berjiwa besar seperti beliau, satu dalam seribu tu.. sanggup mengenepikan pangkat, kuasa dan populariti diri demi parti. Kalau orang lain sanggup berperang demi kerusi, beliau berkorban demi parti.... rupanya masih ada insan seperti beliau (hanya dlm umno).

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 9:40 AM

Wau...ingat mahfuz yg pakar bermain matematik saja yg pandai bg jwpn diluar otak,rupanya ramai lg dlm pr. Ni jwpn pakar psikologi nih,sgt diluar tempurung kepala. Mcm ni la aku nk pemimpin dlm pr,bila ada isu,bg jwpn yg penuh warna,mcm pelangi. Tp,bila baca alasan mcm ni,baik pergi terjun lombong ja

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2013 at 12:05 PM

Jadi kita dah nampak, kenapa video Mustapha Ali tu lebih kemungkinan disebarkan oleh PKR dari oleh org BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2013 at 1:34 PM

Memang geli geleman tengok jawapan pr bodoh ni. Cakap tak pakai otak.

Post a Comment