........... Buat Renungan Umno Terengganu - 18/14 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buat Renungan Umno Terengganu - 18/14 ?

Monday, April 29, 201315comments

Artikel kali ni mesti buat orang Umno berbulu .... kalau jenis tak boleh nak terima teguran, memang berbulu ah. Tapi kalau jenis yang mahu mendengar suara kritikan, tidak sombong , dan sentiasa mahu yang terbaik mungkin akan beri perhatian walaupun tidak bersetuju.

Saya sendiri pun berbelah bahagi nak tulis atau tidak. Bila saya fikirkan, tidak salah kalau menegur sementara masa masih ada ... mana tahu ada kebenarannya apa yang akan saya tulis ini dan ada pihak yang mahu bertindak sewajarnya. 

OK, nak marah pun marahlah. Lagi pun saya bukannya ada access kepada orang Umno, ini sajalah cara yang saya tahu, menulis di blog. Harap ada yang baca.

Tadi saya berbincang lama dengan seseorang yang saya tidak boleh beritahu namanya, beliau mewakili satu badan / agensi yang punya authority juga lah, juga saya tidak akan dedahkan. Katanya hasil pemantauan, temubual dengan pelbagai pihak dari rakyat sehinggalah dengan calon2 sendiri, pemerhatian gerak kerja jentera parti Pas dan Umno, hasil segala analisis itu merumuskan keputusan PRU13 bagi negeri Terengganu setakat hari ini dijangkakan -

18 BN  -  14  PR   bagi DUN dan

4  -  4  bagi Parlimen.


BN masih menang tapi kalau dibandingkan dengan keputusan PRU12, prestasi BN Teruk ! PRU12 BN 24-8 dan Parlimen 7-1.


Menariknya, keadaan diatas terhasil bukan kerana faktor luaran tapi lebih kepada faktor dalaman Umno sendiri. Dengan kata lain, Umno SLACK. Saya tidak mahu menuding jari tapi cukup sekadar saya katakan, jika anda menjadi calon, jika anda mahu menang maka buatlah cara nak menang. 

Sebagai calon, anda sendiri yang akan menentukan kalah atau menang. Anda adalah Jeneral. Jangan salahkan orang lain. Semuanya bergantung pada diri anda sendiri. 

Jentera lembab ke, ada orang sabotaj ke, anda dilihat sebagai sombong ke, OVER CONFIDENT ke, sikap pilih kasih / berpuak2 ke, anda tak cukup hensem ke ..... SEMUAnya masih boleh diperbaiki, masih ada masa lagi.

At the end of the day, orang cuma nak tahu MENANG atau KALAH jer. Orang tak mahu dengar alasan.

Pesan 10 sen saya - CERMIN DIRI ! Pedulikan lawan, jika anda bagus dan sudah lakukan yang terbaik, pasti anda akan menang.  insyaAllah .....

Saya tulis ini pun kerana diberitahu pada akhir sessi perbincangan, jika keadaan sama tidak berubah sehingga hari pengundian, ada kemungkinan 50-50. Dan calon bebas bakal jadi penentu !

Ooooops .... tersebut pulak ...

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 2:28 AM

Apakah Ada pengundi yg masih belum membuat keputusan siapa Dan parti mana yg akan dipangkahnya 5hb mei nanti.

Bukankah kita semua sudah muak dng politik Malaysia sejak 5 tahun lalu Dan tak sabar menanti 5mei.

Inikalilah atau lainkalilah...

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 2:39 AM

@kluangmanRamai yang atas pagar masih boleh swing undi ikut mood semasa. Bukan semuanya berkaitan Umno-Pas saja...

....................
Reply To This Comment ...................
Harimau Kumbang
April 29, 2013 at 4:21 AM

Dapat khabar DUN Teluk Pasu 50 - 50...
Kekawan di Manir beritahu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 7:02 AM

Bro dt...

BN tak de banner counter attack ke bro... rasanye dlm blog bro byk point2 boleh highligt utk counter attack... heading banner... fakta vs fitnah .. bukti vs fitnah... tak kan takde think tank bro... nak juga tgk banner counter attack sblh banner manipistol pas...

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 7:39 AM

Baca kat bawah ni:
Bila Bapak KERA Terlepas di TendangTerajang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:03 AM

Kalau sya mengundi dikampung kelahiran sya mungkin sya akan undi PAS, kerana meluat dgn perangai orang UMNO tapi orang kampung hanya nampak buruk UMNO. Sya yg duduk dibandar ini nampak betapa buruknya akhlak orang PAS...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:06 AM

bro din... di tempat aku dulu ada satu perjumpaan ceupacs dengan cikgu-cikgi ni... dah pom-pam kempen sokong kerajaan ... ok la... pastu ada ahli parlimen merangkap menteri pun sibuk nak kempen..paksa orang dengar dengan topeng majlis dengan ceupacs tadi... tengah dia berucap ramai yang balik... boleh si bekas menteri selaku ahli parlimen ni cakap... saya tau cikgu sini tak suka saya... takpa cikgu bukan pengundi sini pun... ni la contoh mentaliti sesetengah orang umno... bongok... berlagak..angkuh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 9:14 AM

bro din... ko tak rasa bn dah melampau ke kempen ambik balik selangor... dulu dah ada sejarah tahun 2008 tak salah aku kempeh "pade dohh" kat kelantan... nampaknya presiden umno dan think tank umno ni memang buduh tak leh diajar atau pandai takleh tumpang.... negeri yang jadi tanah jajahan tak boleh bagi kepuasan kepada rakyat.. boleh pulak keluar duit besar besaran kempen nak tawan selangor... jaga dulu kawasan yang dah pilih anda sebagai pemenang... belum tawan selangor janji buat jalan raya dan macam macam lagi... negeri yang dipegang bn penggal lepas pun tidak lah lebih baik status jalanrayanya berbanding negeri selangor yang nak ditawan tu... janji berjuta juta tapi kita yang setia undi dia apa yang ada? bukan nak kemewahan sekadar pastikan kemudahan asas terjaga cukupla... setelah lebih 50 tahun merdeka takkan tahap jalan raya masih ada yang seperti baru 2-3 tahun merdeka... apa komen bro din?

....................
Reply To This Comment ...................
April 29, 2013 at 9:31 AM

@AnonymousHmmm .... terdetik juga hati supaya Teganu kalah kali ni hahahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 10:10 AM

salam. wa x berani komen psl wa x familiar dgn ganu.. tp wa sama sekali x terdetik PR tawan negeri wa, johor.
mgkn ni beza johor dgn negeri pantai timur kot, kat sini kalau umno kalah bukan sbb cah keting @ arogant ke apa, tp sbb pembangkang betul2 dah berjaya hasut majoriti pengundi. plus cina2 majoriti chauvinis so diorg lebih suka pada DAP.
my 15sen opinion. :)
-aldan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 12:03 PM

Vote party la. Klau baca mengenai moral nabi muhd saw amat tinggi tetapi ramai pengikut2nya seperti ""buih2 d atas air"". Pilih dan tawakkaltu semoga byk perubahan ke arah islamik d masa hadapan. Pilih la party yg berwibawa ikhlas lagi jujur untok membantu rakyat malaysia kursusnya melayu islam. Slalunya bila dah naik mula lupa dan syiok sendiri. Rakyat media bloggers perlu slalu mengingatii pemimpin yg dah lalai sikit. Lalai byk dah kes parah. Boot them out mcm badawi.
Mistake dia lepaskan si munafiq badut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 1:10 PM

salam,

sy sokong pandangan anon kat atas sana nun. tak ada jawapan di atas segala persoalan yg pembangkang kata. calon bn hanya dok harap ah jib gor ajer yg jawab. mereka asyik nak kawal wang dan belanja wang ke laut. tang jawapan tak buat. patutnya sebelah kain rentang tu, letak la jawapan bn pulak. memang banyak hampas la calon pasti menang bn kat tempat saya ni. patutnya segala jawapan diedarkan dan dipamirkan. bukan semua orang suka pi dengar ceramah politik.

pas macam biasa, masuk masjid dan surau, bertazkirah dan majlis ilmu. selit sikit, kemudian baca doa, solat hajat. dalam 6 hari ni dok pasak pas = islam, mau cair juga yg atas pagar. yg tegar dak payah risau. yg atas pagar tak mau rebut ker? cukup ker dengan undian ahli sahaja. tu yg saya cakap, calon bn pasti menang kat tempat saya ni memang hampas betul. kaki bodek pemimpin gamaknya. dah berlubang besar jubur ah jib gor dijoloknya.

rasanya calon dok perasan mereka adalah calon yg pasti menang ikut cakap ah jib gor. dan mereka mungkin tergolong dalam 2/3 yg menang dan membentuk kerajaan bn yg baru. so tak payah la berkempen sangat. pengundi bodoh, kera belaka. kawasan mereka pulak, kawasan putih. ada aku kisah tang menang, kata mereka. tapi kalu tak dipilih jadi calon, aku kisah. memang ke laut la calon bn ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2013 at 3:27 PM

Pakat undi tok mun Blake weh.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 8:40 AM

deng.. mu letok lar visitor counter dekat blog mu nih, baru lar orang tau yang tulisang mu ni ader kesang nyer..

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2013 at 8:44 AM

@rexuan'HOME' page ada counter

Post a Comment