........... Buat Renungan SEMUA Calon PRU13 - Mampukah Anda Jadi Wakil Kepada Rakyat Ini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buat Renungan SEMUA Calon PRU13 - Mampukah Anda Jadi Wakil Kepada Rakyat Ini ?

Thursday, April 18, 20139comments


Duduk relaks2 tadi sambil memerhati pemandangan Laut China Selatan, saya ternampak kelibat sebuah perahu kecil nun jauh ditengah laut. Saya zoomkan kamera dan tergerak hendak merakamkan secebis kecil dari kehidupan harian hamba Allah ini dalam misi kehidupannya.

Tidak ada yang gempaknya maupun glamer visual ini. Cuma 2 minit dari kehidupan seorang nelayan tepi pantai berseorangan dalam perahu kecilnya ditengah laut sedang bekerja mencari rezeki buat keluarganya.

Mereka ini tidak punya KWSP atau SOCSO, apatah lagi Gaji Minima. Harga kereta murah bukan dalam perkiraan minda mereka. Apakah ada perbezaan kepada hamba Allah ini siapapun yang menang antara BN ataupun PR ?




Mungkin satu pertanyaan kepada SEMUA calon yang bakal bertanding dalam PRU13, yang bercita2 hendak menjadi wakil rakyat ...... ada tak terlintas dihati datuk2, tuan2 sekelian akan niat untuk membela nasib rakyat marhean seperti hamba Allah ini...... Jika ada, Alhamdulillah, saya doakan semoga anda beroleh kemenangan !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 3:53 PM

Tolong bela sekali nasib rakyat tempatan dan pelancong.

Terengganu negeri yang banyak hasil laut. Tengok gambar nelayan tu punya bersusah-payah cari hasil laut tapi orang tengah dan pengusaha restoran punyalah cekik darah jual makanan laut.

Teringat motto "Terengganu, Negeri cantik, budaya menarik... makanan punyalah mahal".

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
April 18, 2013 at 4:46 PM

Kepimpinan bukanlah habuan dan ganjaran, tp adalah amanah dan tanggungjawab yg akan dipersoalkan di hadapan Allah swt nanti. Yg beramanah dan bertaqwa, akan dibantu Allah swt, tp jika sebaliknya, akan menjadi beban berat baginya di hadapan Allah swt yg boleh menjerumuskannya ke dlm Neraka Allah swt (kita berlindung dr Allah swt dr yg sedemikian itu). Bg kita yg memilih pemimpin pula, jika memilih tidak berdasarkan panduan Al Quran dan Hadis, boleh menyebabkan kita tergolong org yg zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2013 at 6:06 PM

Komen2 yang memuji/ mengutuk mana2 parti baik BN atau PR saya tak mahu siarkan, sebab saya nak artikel ni NEUTRAL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 6:10 PM

harap kerajaan dpt teruskn elaun nelayan 200 sebln...

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2013 at 10:30 PM

Setiap manusia ada masalah tersendiri,dr sultan hingga ke pengemis... Tp semua seenergi,saling memerlukan. Harap,amanah yg dikejar jgn lupakan setiap golongan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2013 at 10:41 PM

There are NO perfect people in this world....
Only Prefect Intentions.

Renung-renungkan.

http://mycybertrooper.us.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2013 at 12:45 AM

Kekadang dtg jgk dlm fikiran, dah 4 taun kita kat Malaysia nie hidup dlm polemik org2 politik ~ karenah yg mcm2, persepsi & fitnah, janji & trs brjanji, yg tertunai & pasti ditunai, yg tak tertunai & manifesto bukan janji (...huhuhu...), dan skrg kita dlm musim pilihanraya. Lagila hangat, panas dan melekat. Pendek kata suhu politik Malaysia tak pernah surut sejak 4 taun yg lalu. Kekadang tak terpikir ker wahai org2 politik ~ cuba2lah tanam kesian kat rakyat. Biarlah rakyat hidup dgn tenang, cari rezeki dgn tenang, buat ibadat dgn tenang. Ini tidak, ramai sgt politikus yg hidup dgn politik, menabur persepsi yg bermacam2 sehingga menimbulkan syak wasangka dlm masyarakat, berpecah belah dan bermasam muka antara satu sama lain.

Politik sepatutnya dibina dengan sisi yg baik ~ sisi yg membina masyakat dlm kerangka undang2 yg termaktub, bukan momokan politik berkepentingan yg menggalakkan kepada perlanggaran undang2, menyongsang norma masyarakat, membawa kepada pertelingkahan termasuklah dlm hal-hal keagamaan. Siapa sangka mungkin pakcik yg tengah khusyuk tebar jala dan pukat menangkap ikan di atas, pun tengah serabut dok pikir masalah politik ygvtak sudah2.

Hakikatnya, politik, samaada yg menyusur atau melawan arus, menyokong dan membangkang, adalah suatu yg azali dalam hidup manusia. Cuma sekurang2nya, mereka yg menggelarkan diri mereka sebagai ahli politik @ politikus, yg bercita2 kemudiannya nak jadi wakil rakyat, perlu menanam cita2 untuk membentuk dan membangunkan masyarakat ke arah kebaikab berdasarkan kerangka undang2 dan nilai2 murni agama sebagai panduan hidup. Setidaknya klau tak mampu jgk, tanamlah dlm diri sekurangnya membantu gol marhaen mcm pakcik tue untuk hidup aman dan tenang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2013 at 1:14 AM

Betul kata anda tu.... sebagai contohnya di Marang lah En. Din, DS Haji Hadi telah menerajuinya selama 31 tahun sebagai DUN Rhu Rendang, namun nasib nelayan pantai yang dianggarkan 1,200 orang tidak dapat dibela..... Ini adalah kenyataan dari apa yang terjadi sehingga kini. Saya juga anak nelayan pantai... MARANG.

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2013 at 1:57 AM

@AnonymousPemahaman tentang maksud WAKIL RAKYAT itu amat lemah dikalangan politikus kita.

Mereka lihat WAKIL RAKYAT itu sebagai satu jawatan bukannya satu tanggungjawab !

Post a Comment