........... Aiseyman ....Kes Biadab Tian Chua TUNDA 6 Jun | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Aiseyman ....Kes Biadab Tian Chua TUNDA 6 Jun

Friday, April 12, 20130 comments

Gambar Hiasan - Langsung tidak ada kena mengena dengan artikel !


Saya ternanti2 juga berita dengan sebutan kes Tian Chua sebab mengikut rekod  ia sepatutnya didengar hari ini 12 April. Melihat pada Tweet mamat ni, nampaknya ia diTUNDA kepada tarikh baru 6 Jun. 

Peguam pembela memanglah akan kata tiada asas kukuh, standard la tuh, tapi bergantung kepada hujah pihak pendakwa pula. Tapi boring lah macam ni .... TUNDA .... TUNDA ..... 

Sementara itu UMNO turut menyaman Tian Chua -

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
 
Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah
. SINAR


Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.
 
Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau  menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet
.

Share this article :

Post a Comment