........... Video Memali Part 2 - Cara Pas Yang Masih DiAmalkan Sekarang ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Video Memali Part 2 - Cara Pas Yang Masih DiAmalkan Sekarang ...

Saturday, March 30, 20133comments

Cuba perhatikan video pendedahan Memali Part 2 dibawah dan bandingkan dengan cara orang Pas 'berperang' sekarang .... apakah persamaannya ?



Walaupun SEDAR akan kemungkinan berdepan dengan tindakbalas pihak berkuasa, paling tidak pun melalui pancutan air atau bom asap.. mereka TETAP bawa bersama wanita dan anak2 kecil berdemo bersama.

Berselindung disebalik wanita dan kanak2 ?


Mereka mungkin punya alasan tersendiri ..... tapi jika anda ditempat mereka, apakah anda sanggup dedahkan mereka yang anda kasihi kepada bahaya ?

Sanggupkah anda POLITIKKAN anak dan isteri anda ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2013 at 8:39 AM

Hadi wajib bertanggungjawab sepenuhnya atas amanat beliau yang telah mencetuskan pertumpahan darah sesama Islam. Kita tak perlukan penjelasan secara retorik dari beliau. Kita cuma nakkan pengakuan dari beliau. Yes or No ? Janganlah pulak beliau cuba meniru cara Anwar yang susah sangat nak mengaku apabila ditanya oleh wartawan.

Saya percaya Hadi akan cuba sedaya-upaya agar dirinya tidak dikaitkan dengan insiden memali. Penjelasan selama 1 jam di TV pun, belum tentu akan menjawab persoalan pokok bagaimana amanat beliau boleh ditampal dalam madrasah memali. Hinggakan penduduk memali dirasuki semangat luar biasa atau "naik sheh" yang seolah-olah bersiap-sedia untuk berperang dengan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Saya juga tidak bersetuju apabila wanita dan kanak-kanak dilibatkan dalam mana-mana gerakan agresif atau demonstrasi liar yang boleh mengancam nyawa mereka. Memperalatkan atau mempergunakan kanak-kanak adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan terhadap parti atau mana-mana pertubuhan yang menyalahgunakan label Islam semata-mata atas perjuangan jihad yang menggalakkan keganasan dan ekstrimisme. Lantaran taksub membabi-buta kepada kepada apa jua kata-kata pemimpin mereka hinggakan nyawa menjadi taruhan. Tragedi memali biarlah menjadi tragedi berdarah yang terakhir dalam negara kita yang tercinta ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2013 at 12:32 PM

salam,

bagi penganut pas, anak dan isteri mereka adalah benteng awal untuk dimatikan dahulu. isteri boleh cari lain, anak boleh dapat lain, diri sendiri mati, camna nak ganti? mereka pun tau mati ni mati katak. bukan mati syahid. tang sini mereka tak berani keluar fatwa bahawa meletakkan anak-anak dan wanita di hadapan ikut nabi. ni ikut nafsu penganut pas yg berani cakap tapi tak berani secara praktikal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 9:47 PM

Ipar saya yg penganut kuat pas mengajar anaknya berumur 3thn+ utk membenci manusia lain, in this case siapa lg klau bkn najib & mahathir..bkn nk.memburukkan keluarga tp masya Allah, bapak anak kecil yg x tahu apa2 ni ada degree dr uni kerajaan..

Post a Comment