........... Umno Terengganu Kuat, Tak Perlu Bantuan Luar Kot .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Terengganu Kuat, Tak Perlu Bantuan Luar Kot ....

Thursday, March 21, 201312comments

Susulan kepada luahan hati saya semalam, saya tahu ramai juga yang berpandangan serong terhadap niat saya 'mengamuk'. Seperti yang saya katakan, saya cuma nak membantu menyebarkan maklumat penjelasan kepada setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. 

Saya nak berikan contoh antara persoalan yang saya mahukan Penerangan Umno jelaskan supaya dapat saya tolong balas serangan dari pembangkang.

Semalam berlaku satu demo skala kecil diKuala Terengganuyang dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), diketuai oleh Tengku Paduka bagi memperjuangkan isu Royalti Terengganu.


Para bloggers tajaan Umno Terengganu memang ada yang menulis membalas isu ini tapi tumpuan hanya diberikan kepada SIFAT demo itu, contohnya banner biadap, perkhemahan tengah bandar, tidak mendapat sambutan, bawa kanak2 bla bla bla TAPI bagaimana dengan ISU YANG MEREKA BAWA ?






























Isu Royalti Terengganu mungkin tidak sehangat seperti diKelantan sebab rakyat Terengganu sudah dibiasakan dengan keadaan sekarang sejak tahun 2000 lagi. Busuk-busuk dihentam isu Royalti pun, punyalah ramai orang Pas yang bergantung kepada wang ehsan sekian lama !

Asal nak sambut Puasa atau nak buka sekolah jer, masing2 dah sibuk isi borang nak dapatkan wang ehsan. Masa ni lah sesetengah JKKK jadi BESAR KEPALA nak menunjukkan kuasa yang ada pada mereka. Pendam jerlah.... wang ehsan punya pasal. Dah dapat nanti baru diorang bising balik. 

Oya, JKKK sebegini selalunya banyak terdapat dikawasan2 yang dikuasai Pas..... Umno jangan mimpilah nak tawan kembali tempat2 ini selagi JKKK bodoh sombong sebegitu masih dikekalkan. Mereka inilah yang menjadi antara sebab kenapa sentimen anti Umno amat kuat disesetengah tempat.

Point saya, selama ini isu Royalti secara umumnya tidak banyak menimbulkan masalah diTerengganu sebab orang dah lali. TAPI isu yang dibawa oleh Mampat adalah satu isu baru yang pada pengamatan saya mampu menimbulkan masalah kalau tidak ditangani.

Dari Harakah - rakyat perlu tahu kenapa saman kerajaan terhadap pihak Petronas dan kerajaan Persekutuan ditarik-balik secara ‘senyap’ tanpa perbincangan dan persetujuan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ada saya artikelkan isu ini tahun lepas - KLiK

Sehingga kini kerajaan Terengganu masih tidak menjawab ...... KENAPA ? 

Mungkin sudah dijawab dalam sidang DUN tapi tidak dihebahkan....itu yang saya nak tahu dan nak tolong sebarkan.

Begitu juga dengan beberapa isu lokal lain yang sejak akhir2 ini sering mendapat tempat dalam Harakah. Pemimpin Umno bercakap sesama sendiri seolah isu2 itu semua remeh, NON-ISSUE dan sudah dijawab. Masalahnya, 'sudah dijawab' itu cuma diperingkat Umno, belum tentu diperingkat rakyat isu2 tersebut 'sudah dijawab'.


Saya sedar peranan yang mampu saya sumbangkan juga amat kecil tapi perlu diingat, banyak kawasan, majoriti kemenangan juga amat kecil :). Dikawasan saya sendiri majoriti cuma 30 undi saja kepada Pas.

Satu lagi, saya yakin semakin hampir kepada PRU semakin rakyat akan mahu ambil tahu akan isu2 yang dibangkitkan. Semakin ramai akan menuju kepada internet sebagai sumber rujukan. 

Kalau dibuat carian isu2 semasa Terengganu, yang banyak ditemui adalah serangan2 dari pembangkang. Tidak banyak hasil carian memberikan jawapan .... 

Jadi dengan terhasilnya artikel2 yang menjawap pelbagai isu ini, diharap dapat mengseimbangkan hasil carian google jika ada yang merujuk kepada internet. Bagian ini saya percaya pemimpin Umno tak ambil pot langsung !

Tak percaya cuba google search ayat2 mudah yang kemungkinan seseorang itu akan gunakan contohnya seperti Royalti Terengganu, atau Bumbung Stadium Terengganu Runtuh, Isu Ladang Gemilang .... anda akan temui lebih banyak PERSOALAN dari JAWAPAN.

Terpulanglah pada diri sendiri ..... mungkin Umno Terengganu rasa mereka kuat dan tidak perlukan bantuan sesiapa pun dari luar circle.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
aku_jebat
March 21, 2013 at 10:58 AM

artikel yang bernas dan perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan kerana tiap isu yang dibangkitkan pasti memerlukan jawapan bagi mejelaskan kedudukan atau perkembangan satu2 isu itu.. sebagaimana yang kita semua tahu dan lihat tiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang atau mereka yang tidak berpuashati amat jarang atau lebih senang kurang dijawap atau dijelaskan oleh pihak kerajaan atau individu2 yang tersebut.. ini akan menyebabkan rakyat atau pengundi atas pagar akan beranggapan yang negetif.. oleh itu kepada pihak yang berkenaan sila ambil perhatian terhadap segala isu walau mungkin dianggap remeh.. telus adil dan berwawasan demi kemakmuran negara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 11:34 AM

Itulah kelemahan yg membaluti kjaan BN dan kbnykkn kjaan2 ngr pimpinan BN....bila ada persoalan dan keraguan , kenapa xnak bg JAWAPAN...dan kenape di biarkan soklan2 itu tanpa sbrg jwpn atau tindakan sehingga soklan itu bertukar mnjadi 'benda yg tiada tlh diadakan krn asik mnjadi persoalan'...

DAN ITULAH KEBIJAKSANAAN DI PIHAK PAKATAN KRN BIJAK MENSENSASIKAN SESUATU KERAGUAN....MMG DAH TERBUKTI KEPAKARAN PAKATAN MENSENSASIKAN BERITA DAN MENUKARKAN BERITA ANGIN MNJADI SESUATU YG SAHIH WLPON CUME DIATAS ANGIN...

Agaknya pihak BN esp BN Terengganu neh pikir rakyat Malaysia xreti buta IT kotttttt......nak tunggu Terengganu trlepas lagi baru nak sedar ke??????

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 1:03 PM

Salam,
saya setuju sgt dgn point pasal carian google, utk org yg memang tak tahu apa bila dia search maka dia akan baca apa result yg keluar, masalahnya result yg keluar banyak yg pro pembangkang fakta atau auta kita pon taktau, kalau result yg keluar bercampur dengan dari pro gov mungkin orang boleh nilaikan dari kedua dua pihak...

igtkan perkara ni dah diambil tindakan sbb zaman pembangkang serang dunia internet dulu lagi la semuanya bila search jawapan dari pihak pembangkang saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 2:43 PM

aku nak jadi bloger tapi tak reti erk

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 2:58 PM

Salam Din,

Seronok rasanya dapat membaca blog Din sekali lagi. Dari malam tadi saya berharap Din akan terus menulis. Tahniah!


http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 3:01 PM

UMNO Terengganu lembap. Ada isu cepatlah jawab. Lainlah kalau memang ada rahsia nak sorok. kalau tak ada masalah apasal tak nak bagi kerjasama pada blogger. Kita orang sebagai rakyat pun nak tau, ada isu apa jawapan kerajaan UMNO? Asyik sibuk tayang muka masuk TV nak masuk akhbar, kerja yang sepatutnya buat tak buat. Kami rakyat nak jawapan...

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 3:06 PM

@Anonymousbelajar dengan menulis komen2 yang bernas dan panjang sikit dari yang ini :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 3:08 PM

@Penang Malisaya dah try perkataan2 yang saya sebut diatas, lebih banyak punya pembangkang.... terselit2 adalah nama dinturtle hehehehe

Menunjukkan isu2 Terengganu tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 3:10 PM

@Malaysian CybertrooperSaya pun seronok dapat baca tulisan saya :)

Saya cuma lepas geram, saya takde pun kata nak berhenti. Samada ada kesan pada penulisan... wallahualam. Saya menulis ikut gerak hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 3:15 PM

InsyaAllah Bro Din aku cuba belajar dari kawan ku mengenai blog2 ni. mana tau kot2 ada penyu sungai petani tapi kat sini takda penyu kura2 ada la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 6:04 PM

salam..

siapa yg kata umno terengganu tu lembab mmg ketinggalan keretapi.. atau tongkang..

sbb sbnrnya umno semua negeri mmg lembab, bukan tganu jek.. :)
id negri gua, umno kene hentam gila baban, tp umno reply relax je - tu isu terpencil..

lantak diorg la..
-aldan

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 2:42 PM

rasanya boleh bayar kat google utk UP kan web kita kat result findings tu naik ke atas kot,web org meniaga bayar kot utk naik ke atas bila keluar result....

lagi satu saya tgk kat FB sekarang ada auto news feed, pembangkang punya page saja yg keluar suruh kita like, yg pro gov tak dak pulak keluar...boleh bayar jugak kot kat FB utk auto feed

Post a Comment