........... Tun Mahathir - Saya Berasa Amat MALU .... Bila Nik Aziz Terbongkok2 Terima Kek Dari Karpal ! HOT Koleksi Balunan Tun Pada Pas Di Marang 9/3 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Saya Berasa Amat MALU .... Bila Nik Aziz Terbongkok2 Terima Kek Dari Karpal ! HOT Koleksi Balunan Tun Pada Pas Di Marang 9/3

Thursday, March 14, 201314comments


Dibawah saya letakkan beberapa petikan dari ucapan Tun Mahathir semasa berucap di Marang pada 9Mac 2013.  Video berserta transkrip penuh akan saya post esok. Memang TERBAIK !

- Kecewa kerana memenangi hanya satu kerusi, ( Pilihanraya tahun 1955 ), maka Pas membuat keputusan untuk mengeraskan lagi serangan mereka terhadap Umno. Maka bermulalah kafir mengkafir oleh Pas terhadap Umno. Kerana apa ? Bukan kerana Islam. Kerana nak cari sokongan untuk menang Pilihanraya saja. Itu sebab yang diadakan isu kafir mengkafir ini. 


- Tidak ada bukti yang mereka berjuang untuk agama. Yang diperjuangkan ialah kerusi. Nak dapat kerusi dalam Pilihanraya. Inilah yang menyebabkan perpecahan berlaku dikalangan orang Islam yang semuanya menganut ajaran Islam yang sama. 

- Nik Aziz kata ... apa sebabnya kita merayakan harijadi Nabi Muhammad ? Kerana ( kata Nik Aziz ) pada masa dia dilahir, dia bukan Nabi. Dia jadi Nabi setelah dia berumur 40 tahun. Jadi tak payahlah kita rayakan Harijadi Nabi, Maulud Nabi ..

TAPI bila Nik Aziz rayakan Harijadinya dengan Karpal Singh,  apakah dia masa dilahir, dikenalkan - Inilah Mursyidul Am Pas !

- Jelas sekali, parti Pas ini tidak sama sekali berjuang untuk Islam. Mereka berjuang untuk dapat kerusi, itu sahaja. Untuk ini mereka sanggup berpeluk dengan Karpal Singh, dengan Kit Siang dan lain2

Kerana itu mesti baik dengan mereka ( rakan Pas ). Kerana itu walaupun mereka buat benda yang salah seperti mendakwa bahawa kalimah Allah boleh digunakan siapa saja .... namun pemimpin Pas sanggup diraikan dengan majlis2 (seperti )   Harijadi Nik Aziz.

Dulu kita tak mimpi orang Pas akan berbuat demikian .. tetapi kerana kepentingan politik, tak apa... apapun boleh buat asalkan dapat undi daripada orang yang boleh menentukan nasib mereka. 

- Sebab itu kita lihat, walaupun Karpal Singh berkata bahawa Langkah mayatnya kalau nak diri negara Islam diMalaysia ini, tapi Nik Aziz nampak terbongkok2 menerima kek daripada Karpal Singh !

Saya berasa amat malu ...... Ini orang yang kononnya ulama, berserban, berjanggut tetapi kerana nak dapat undi, tolak orang Islam lain untuk nak terima orang yang menolak Islam sebagai agama resmi kita. Inilah masalah apabila orang itu dah jadi begitu tamak !

- Sebenarnya walaupun mereka nampak warak, boleh keluar ayat2 Quran, tapi kita juga tahu ramai yang tak patuh kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Quran. Jangan kita percaya semata2 kerana mereka pandai berhujah. Sebaliknya lihat perbuatan mereka.


- Saya hairan... orang yang dulu masa Anwar ada dalam Umno, memanggil Anwar dengan nama gelaran yang cukup enak, tapi sekarang ni bekerja sama dengan Anwar. Mat Sabu dulu dalam ucapannya memberi nama yang TEPAT kepada Datuk Seri Anwar.... tapi sekarang ni berpeluk2lah. Pasal apa ? Pasal undi !

Mat Sabu ler ni dipindah kekawasan selamat. Dia tak berani duduk dikawasan tak selamat. Kalau dia betul dapat sokongan, duduklah di manapun, boleh menang.

- Kita lihat di Kelantan umpamanya, pengakuan pemimpin Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa saja........ kerana apa ? Kerana nak dapatkan undi. Kerana undi, apapun boleh dijual. Agama pun boleh dijual.

Sedangkan kita dilarang daripada menjual ayat2 dalam alQuran, tapi mereka menyebut ayat dalam Quran dan selepas itu mereka menjual untuk mendapat kepentingan didunia ini.

- Kalau mereka janji kononnya sokong mereka, kita akan pergi ke syurga, saya cuma nak minta Nik Aziz pergi dulu, balik bagi laporan kat saya. Bukan saya nak suruh dia mati, daaaak.... cuma nak suruh pi... balik la.

Suruh bagi tahu kat saya , sebab dia cerita benda yang dia tahu orang tak boleh nak tentukan betul atau tidak. Perbuatan macam ini adalah penipuan ! Orang yang berserban, berjanggut bercakap berbuih-buih dengan ayat-ayat Quran sanggup buat dakwaan palsu berkenaan dengan agama Islam.

PS -  Tun bercakap di lubuk Pas tuh ... 5 minit jer dari Kampung Rusila.... 

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 5:32 PM

Tun kalau smash.. mmg mata akhir punya.. tp syg, penyokong2 pakatan jenis dungu tahap dewa dahh..

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 7:02 PM

@rexuanharap pada yang atas pagar je...

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 7:27 PM

Klau aku jd nik aziz...camne la nak jwb soklan TDM ni...baik diam je...plg kuat nki aziz jwb..TDM tak paham islam...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 8:11 PM

Dia malu bila Nik Aziz terima kek dr Karpal Singh,tp Madey ,tidak malu bila semasa berkuasa anak2ny menjadi kaya raya.Dia juga tidak merasa malu bila bila dia sebagai penasihat Petronas,membiar kn syarikat anak ny utk menerima kontrak dr Petronas.Apabila anak ny Mirzan menjadi Pengerusi Syarikat arak San Miguel,ada kh Madey merasa malu sebagai se org Islam.Malu tk kena pada tempat ny.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 9:53 PM

Dlm usia yg dah lanjut begini, Tun M begitu disenangi dan dihormati rakyat tapi en Nik pula akhir2 ni dikeji dan disumpah org sana sini atas apa yg dia dah ckp dan buat paling teruk isu
kalimah Allah

Apakah tandanya? Mungkin Allah nak tunjuk siapa yg mulia dan siapa yg hina di sisiNya.

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 11:35 PM

@sazaleeahyani pangkat 'adik' kan ? sebab komen adik ni kebudak2an. Adik faham tak kenapa Tun malu ? Malu atas dasar apa ?

Soal persoanl Tun itu dah dijawab oleh Tun sendiri, ada artikel lepas2 kalau adik rajin cari.

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 11:36 PM

@AnonymousKalau nik aziz bersara cepat, mungkin orang akan kembali hormat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 15, 2013 at 12:34 AM

SLOW la saza ni.....ada roketpun boleh tertinggal isu.....len kali sebelum nak menghentam tu cari dulu fakta

TOLOOOOOOOnglah jgn memperBODOHkan diri sendiri...malu tau tak....dah berapa ramai yg baca komen ko ni...hahaha...adusss sian betul

sorry la ye kalau terasa, tapi pikir2kanlah....toloooonglah jgn memalukan diri sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Tertido
March 15, 2013 at 3:02 AM

haha,mmg sempoi la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 8:31 AM

alahai...nak komen pun tapi nampak kebodohan je ngko ni saza..nampak sangat malas membaca. ko ni tergolong mahasewel cukup2 makan tu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 10:23 AM

ANTARA mader dan pok nik, siapa lebih banyak mengumpat?

Antara mader dan pok nik siapa munafik dan siapa tidak?

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 11:21 AM

@saza:anak adun pas blom jd penasihat petronas pon dh pakai porsche... Lgpon semua isu dh dijawab,cuma anda yg butakan hati xmau terima.
Geng pas ni cukup cepat rasa syok sniri. Klw 2-3 org cina pakai baju bendera pas pon dh mencanang merata blog. Dh tulis bkn islam dh trima hidayat melalui pas. Itu kes anak buah,yg atuk buah mcm nikaziz ni,xtau la apa yg karpal dh buat sampai syok sgt kat dap ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 5:00 PM

Alamak, mana datang nyer budak nama saza ni yek? Out of sudden merepek hal lain plak lu ni. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
March 17, 2013 at 11:24 PM

Salam Abang Din,
bukang nok menawarkan buah fikiran bernas tapi nok tego saza mende tu. ade gok hok sesat lagu tu masuk sini. ayat tu stended je puok alik nung paka. Bahasa pong stended. memang kalu saya kata orang yg kurang bertamadun.

Post a Comment