........... Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 4 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 4

Friday, March 15, 20133comments

Tun Mahathir Di Marang 9 Mac, 2013 Bahagian 4




Kita lihat di Kelantan umpamanya, pengakuan pemimpin Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa saja........ kerana apa ? Kerana nak dapatkan undi. Kerana undi, apapun boleh dijual. Agama pun boleh dijual.

Sedangkan kita dilarang daripada menjual ayat2 dalam alQuran, tapi mereka menyebut ayat dalam Quran dan selepas itu mereka menjual untuk mendapat kepentingan didunia ini.

Kalau mereka janji kononnya sokong mereka, kita akan pergi ke syurga, saya cuma nak minta Nik Aziz pergi dulu, balik bagi laporan kat saya. Bukan saya nak suruh dia mati, daaaak.... cuma nak suruh pi... balik la.

1:06 - Suruh bagi tahu kat saya , sebab dia cerita benda yang dia tahu orang tak boleh nak tentukan betul atau tidak. Perbuatan macam ini adalah penipuan ! Orang yang berserban, berjanggut bercakap berbuih-buih dengan ayat-ayat Quran sanggup buat dakwaan palsu berkenaan dengan agama Islam.

Ini hanya boleh berjaya sekian lama. Kata Matsaleh -

Kita boleh tipu semua orang pada sedikit masa, Kita boleh tipu separuh daripada manusia secara berpanjangan ... tetapi kita tak boleh tipu semua orang sepanjang masa.

Jadi, sekarang sudah sampai masa orang semua patut tolak penipuan yang dilakukan oleh mereka ini.


2:10 - Kalau kita pergi mana2 negara luar, kalau kita pi buat kerja haji di Mekah pun ataupun kita pergi ke negara2 Islam yang lain, apabila disebut Malaysia mereka berbangga. Mereka anggap Malaysia sebagai contoh negara Islam bagi mereka. 

Tetapi hanya orang ini saja yang tidak mahu mengaku kejayaan  yang dibawa kepada negara ini oleh musuh politik mereka iaitu Umno. Tak mengaku sampai la ni, kononnya semuanya tak baik. 

Dalam kata tak baik pun, duit BR1M terima juga ... Tak baik jangan terima la.

4:05 - Nama parti boleh kita bubuh Islam ka apa, tetapi yang lebih penting ialah amalannya, pendekatannya, cara-caranya ... itu yang lebih penting.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 7:16 PM

Cik Din pembetulan, byk diceritakan bhw org islam negara lain terutamanya timur tengah apabila dikatakan kami dtg dari Malaysia, maka ayat pertama terpacul dari mulut mereka adalah Mahathir. Sehinggakan mat sabu dikisahkan didlm majalah tamadun sekitar 1994-95 semasa di pakistan dizaman anwar masih menteri kewangan, org pakistan juga menyebut mahathir dan anwar ttp seperti biasa telah mat sabu dgn mulut longkangnya mencerca mereka (harini mat sabu peluk anwar tp masih cerca TDM). Ini adalah gambaran bahawa mereka , org islam luar menyanjung kita sehinga mereka berdoa supaya dilahirkan seorg mahathir dinegara mereka utk menjadi pemimpin.

50 tahun dahulu, kita tak mungkin memikir bhw kita akan menjadi seperti hari ini. Kita miskin dan hanya getah menjadi bhn komoditi eksport kita. Kita tiada pengalaman mentadbir kerana 600 tahun kita dijajah dan bila kita ingin mentadbir maka suara2 dari org melayu sendiri melecehkan usaha kita sehingga mengatakan membina kilang buat jarum sekalipun tidak mampu apatah lagi mentadbir. Harini suara2 negatif ini semakin berkembang dan menjadikan ugama sebagai perisai politik mereka.

Jika ini berterusan, akan datang pada suatu hari nanti darah umat islam yg tidak sehaluan dgn mereka adalah halal utk mereka menumpahkannya. Saya cuma berlindung dgnNya agar diberikan limpah akal yg sihat dan kemakmuran negara ini, dilindungi dari musuh dari luar dan dari dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 7:42 PM

betul tu tun ...
nik aziz berkata, hanya mereka yang sokong pas dan undi pas masuk surga ...
alih-alih nwar berahi yang tak pernah undi pas pun buleh masuk surga ...
kitab mana yang menjadi rujukan nik aziz yang membenarkan peliwat masuk surga ...
ramai orang pas yang tertipu ... ada yang tak sembahyang ... tetapi yakin mereka masuk surga berbanding dengan orang umno ...
ada yang tak puasa ... dan banyak lagi dosa yang mereka lakukan ... tetapi mereka yakin mereka akan masuk surga ...
dan mereka juga yakin walaupun orang umno sembahnyang, puasa, zakat, menunaikan haji, berzikir, bertasbih, bertahmid, bersedekah dan sebagainya mereka ini (orang umno) tidak akan masuk surga ...
begitulah dakyah ditanam di dalam dada pengikut agama pas ...
aku berdoa ... dan minta semua orang berdoa ... agar penganut agama pas yang tidak melakukan solat, puasa dan lain-lain amal ibadat agar diakhirat besuk ... mereka ini menuntut janji surga dari guru-guru mereka yang menjanjikan surga dengan hanya mengundi pas ... terutamanya nik aziz dan haji adi ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 9:44 PM

@belanghairan kan ... satu dunia Islam puji cara kerajaan kita mentadbir negara tapi Pas ... ?

Post a Comment