........... Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 3 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 3

Friday, March 15, 20130 comments

Tun Mahathir Marang 9 Mac 2013 Bahagian 3




.... ( dalam sistem Demokasi ) yang menentukan segala2nya mestilah yang majoriti. Justeru itu, apabila kita pilih sistem demokrasi untuk negara Malaysia yang merdeka, kita percaya bahawa orang Melayu akan dapat memelihara dan menjaga kepentingan mereka kerana mereka adalah puak majoriti. 

Malangnya, kerana ketamakan beberapa kerat manusia, sekarang ini mereka telah memecahbelahkan orang Melayu sehingga mereka berpecah tiga. Walaupun mereka majoriti 60%, tetapi apabila mereka berpecah, mereka tidak lagi majoriti. 

Mereka menjadi puak minoriti. Dan mereka berlawan sesama mereka. Apabila orang Melayu berlawan sesama orang Melayu, maka mereka akan cari pertolongan / bantuan daripada pihak lain. 

1:06 - Sekarang ini kita dapat lihat bagaimana orang Melayu yang majoriti sudah jadi PENGEMIS dalam negara mereka sendiri. Mereka meminta2 bantuan daripada orang lain .... kerana kekuatan mereka telah dihakiskan oleh mereka sendiri.

Daripada orang Melayu yang bersatu padu dalam Umno, yang mampu berlawan dengan British ... hari ini kita dapati dalam Pilihanraya, orang Melayu tidak akan menang tanpa sokongan daripada orang lain.

Inilah yang terdapat sekarang ini kerana perpecahan dikalangan kita. Bersatu itu Teguh, Bercerai itu Roboh .... memang benar. Kita tak bersatu lagi, kita berpecah ... kerana apa ? Kerana ada orang yang tamak untuk mendapat kedudukan tertentu bagi diri mereka.

2:23 - Dan dengan kerana mereka ingin sesuatu, mereka menggunakan parti2 politik untuk kepentingan mereka. Dan ahli2, penyokong2 parti2 politik ini begitu taksub sehingga (mereka) tidak kenal lagi baik buruk, betul benar atau pun tidak sesuatu yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Jelas sekali, parti Pas ini tidak sama sekali berjuang untuk Islam. Mereka berjuang untuk dapat kerusi, itu sahaja. Untuk ini mereka sanggup berpeluk dengan Karpal Singh, dengan Kit Siang dan lain2

Kerana itu mesti baik dengan mereka ( rakan Pas ). Kerana itu walaupun mereka buat benda yang salah seperti mendakwa bahawa kalimah Allah boleh digunakan siapa saja .... namun pemimpin Pas sanggup diraikan dengan majlis2 (seperti )   Harijadi Nik Aziz.

3:38 - Dulu kita tak mimpi orang Pas akan berbuat demikian .. tetapi kerana kepentingan politik, tak apa... apapun boleh buat asalkan dapat undi daripada orang yang boleh menentukan nasib mereka.

Sebabnya ialah kerana mereka berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Apabila mereka mengkafirkan orang Umno bermakna mereka memecahbelahkan orang Melayu yang dahulu tidak tidak terbahagi. Mereka bersatu untuk berlawan dengan British dan mereka menang.

Tetapi apabila dikafirkan orang Umno, maka berpecahlah orang Melayu dan lemahlah orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Mereka melemahkan orang yang beragama Islam didalam negara kita ini. Sebaliknya mereka berbaik2 dengan orang yang dahulu mereka kata, kalau berkawan dengan mereka itu menjadi kafir, sekarang ini menjadi sahabat karib mereka.

4:48 - Bahkan baru2 ini ada dibuat satu sepanduk yang berkata bahawa - Pas bersama dengan Dap dan Keadilan mesti berjuang untuk menghapuskan orang Islam lain. Inilah yang berlaku apabila terlangsung sangat taksub, terlangsung sangat tamak nak dapatkan sesuatu untuk diri sendiri ... Agama dijual, Bangsa dijual !

5:20 - Kata Nik Aziz, dia bukan Melayu dia cuma orang Islam aja. Kononnya keMelayuan ini adalah rasis. Kita tak boleh akui diri kita Melayu, kita adalah orang Islam semata2. Tetapi Nik Aziz dapat nikmat yang banyak dalam negara kita ini, boleh berpolitik kerana dia nya orang Melayu. Kalau dia hanya orang Islam, dia tak akan dapat berpolitik diMalaysia.

Kebangsaan itu ada kaitan yang rapat dengan pegangan kita kepada kuasa orang Islam didalam negara kita ini. 

6:26 - Hanya orang Melayu saja yang mengaitkan bangsanya dengan agamanya. Takada bangsa lain .. hanya yang ada bangsa Maldives yang tiru syarat yang kita kenakan kepada bangsa kita.

Tetapi Nik Aziz kata, dia bukan Melayu , dia adalah orang Islam semata-mata. Dan pengikut2nya juga harus tolak keMelayuan mereka.

Tidak lagi berjuang untuk bangsa, kononnya salah... walhal bangsa ini kaitannya dengan Islam begitu rapat sekali.

7:10 - Inilah yang berlaku apabila kita lihat penyalahgunaan sistem demokrasi dalam negara kita ... kerana terlangsung sangat nak dapat peluang daripada demokrasi, mereka memecahbelahkan orang Islam disini, orang Melayu disini, dan mereka terpaksa bergantung kepada orang2 yang beragama lain.

Sebab itu kita lihat, walaupun Karpal Singh berkata bahawa Langkah mayatnya kalau nak diri negara Islam diMalaysia ini, tapi Nik Aziz nampak terbongkok2 menerima kek daripada Karpal Singh !

Saya berasa amat malu ...... Ini orang yang kononnya ulama, berserban, berjanggut tetapi kerana nak dapat undi, tolak orang Islam lain untuk nak terima orang yang menolak Islam sebagai agama resmi kita. Inilah masalah apabila orang itu dah jadi begitu tamak !

 9:54 - Bahkan agama Islam disalahtafsir dengan sengaja kerana nak dapat undi.... bukan kerana Islam. Sesiapa yang percaya bahawa Pas berjuang untuk agama Islam, mereka betul2 salah. Kerana yang berjuang untuk agama Islam ialah Umno sebenarnya !

Lihat di Malaysia .... benda yang tak terdapat dinegara lain. Di Malaysia ini Islam adalah agama resmi - itu ditentukan oleh Umno. Kalau kita lihat jiran kita pun .... walaupun jiran kita 90% daripada 200 juta orang terdiri daripada orang Islam, tetapi tidak di isytiharkan Islam sebagai agama resmi. Demikian juga negara2 lain.

11:17 - Kita juga melihat bagaimana ditubuhnya Bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dan bermacam2 lagi untuk menjayakan orang Islam, untuk memberi kepada orang Islam kemudahan untuk membuat amal ibadat .... ini semua dibuat oleh Umno bukan oleh Pas.

Yang dibuat oleh Pas ialah sembahyang dua imam, isteri orang Umno kena cerai .... kalau kita baca al-Afghani ....

12:54 - Inilah yang berlaku apabila taksub dengan ajaran Pas. Ini jauh daripada ajaran Islam samasekali. Semata-mata untuk mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pengikut2nya.

Saya baca buku ini, saya amat sedih kerana dia sedar kesalahan yang dilaku olehnya. Tetapi dia bukan seorang, ramai lagi ahli2 Pas yang sekarang ini sedar.  Saya harap mereka sedar akan kesalahan mereka kerana Pas inilah, orang Islam dinegara ini berpecah belah.

Sepatutnya kita menjadi kuasa yang terkuat kerana 60% daripada undi adalah milik kita. Tetapi sekarang ini kita tinggal 30, 20% saja dan untuk menambah mendapat 50%, kita perlu mengemis meminta dari orang lain.

14:07 - Inilah kesalahan Pas yang besar - memecahbelahkan orang Islam di Malaysia ini.

Tetapi kita sebagai pengundi, kita boleh tentukan samada usaha mereka ini berjaya ataupun tidak. Kita boleh tentukan parti ini ditolak sama sekali.

Kita tidak boleh benar orang yang menyalahgunakan agama, yang mencemar agama mendapat tempat dalam masyarakat kita.

Sebenarnya walaupun mereka nampak warak, boleh keluar ayat2 Quran, tapi kita juga tahu ramai yang tak patuh kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Quran. Jangan kita percaya semata2 kerana mereka pandai berhujah. Sebaliknya lihat perbuatan mereka.

15:06 - Kalau dulu orang Melayu bersatu padu sebabnya ialah kerana Umno menyatupadukan orang Melayu sehingga mereka dapat menangkis usaha British untuk merampas tanah orang Melayu.

Tetapi perpecahan orang Melayu sekarang sehingga mereka menjadi pengemis ialah kerana Pas memecahkan orang Melayu ..... semata-mata kerana nak dapat tempat, nak jadi Yang Berhormat, nak jadi Menteri Besar, bahkan sekarang Hadi nak jadi Perdana Menteri ... tapi nak kena lawan dengan Anwar dulu lah.

15:48 - Dulu dia sokong Anwar, la ni tak sokong sikit ... ntah pasal apa tak tahulah... pasal Anwar ni manusia yang cukup baik budi pekerti.

Saya hairan... orang yang dulu masa Anwar ada dalam Umno, memanggil Anwar dengan nama gelaran yang cukup enak, tapi sekarang ni bekerja sama dengan Anwar. Mat Sabu dulu dalam ucapannya memberi nama yang TEPAT kepada Datuk Seri Anwar.... tapi sekarang ni berpeluk2lah. Pasal apa ? Pasal undi !

16:44 - Mat Sabu ler ni dipindah kekawasan selamat. Dia tak berani duduk dikawasan tak selamat. Kalau dia betul dapat sokongan, duduklah di manapun, boleh menang..

Share this article :

Post a Comment