........... Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 2 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 2

Friday, March 15, 20131comments




Tetapi dia kononnya nak mengIslamkan Karpal Singh .. nak Islamkan Kit Siang. Ini alasan baru ... sebab itu Haji Hadi terpaksa pulak keluar amanat , sekali ni tak sebut lagi tentang berpeluk2 dengan kafir - menjadi kafir. Kali ni Umno kafir kerana kononnya mengikuti Perlembagaan / Undang2 penjajah..... ini alasan yang baru.

Dalam Amanat Hadi inilah yang ditekankan .... kenapa mereka tidak boleh terima Umno ? Kerana Umno ini kafir kerana mengikut perlembagaan dan undang2 kafir.

2:53 - ( selepas memberi contoh2 lama ) ..Sebabnya ialah Tafsiran yang dibuat tanpa mengambilkira apa yang sebenarnya ajaran Islam. Kalau kita guna alatan mereka pun, tak jadi kita orang bukan Islam.

3:15 - ...... baru ni dia ( Nik Aziz ) rayakan Harijadinya bersama dengan Karpal Singh... ada gambar tunjuk - DIA POTONG KEK - apakah ini adat istiadat Melayu - potong kek ? Potong kek itu cara barat, cara orang kafir. Jadi kalau nak kira, kalau kita ikut cara kafir maka kita jadi kafir, Nik Aziz pun dah kafirlah... Ikut tafsiran dia sendiri bukan ikut tafsiran saya.

Haji Hadi membuat dakwaan ini kerana kepentingan politik. Kita guna banyak alatan , sistem2 dari orang kafir.. bahkan kita nak buat kerja Haji pun, kita naik kapalterbang. Hadi buat ke kapalterbang itu ? Kalau dia buat, boleh kita naik kapalterbang Hadi ..... HADI AIRWAYS.

4:20 - Benda2 yang macam ini, malangnya ada orang yang percaya, taksub dengan kepimpinan Pas ini sehingga benda2 yang pelik2 yang disebut oleh (pemimpin) mereka pun.... mereka terima. Nik Aziz kata Tuhan mencarut .... Nik Aziz mencarutlah tapi Tuhan tidak. Tang mana ditulis situ yang Tuhan mencarut ? Tapi Nik Aziz kata Tuhan mencarut. Orang Pas masih sokong....

4:53 - Nik Aziz kata ... apa sebabnya kita merayakan harijadi Nabi Muhammad ? Kerana ( kata Nik Aziz ) pada masa dia dilahir, dia bukan Nabi. Dia jadi Nabi setelah dia berumur 40 tahun. Jadi tak payahlah kita rayakan Harijadi Nabi, Maulud Nabi ..

TAPI bila Nik Aziz rayakan Harijadinya dengan Karpal Singh,  apakah dia dimasa dilahir, dikenalkan - Inilah Mursyidul Am Pas !

Dan banyaklah lagi dakwaan2 yang dibuat oleh orang yang menyalahgunakan agama yang bertentangan dengan agama. Kita tidak boleh dengan semudah2nya mengkafirkan orang.

Kita dengan Ashaari pun kita tak kafirkan dia.... kita kata dia sesat. Ayah Pin pun ada pengikut fanatik .... kita tak boleh fikir macamana ada orang Islam ikut Ayah Pin ?

6:10 - Inilah masalah apabila kita TAKSUB dengan sesuatu tanpa kita menyoal benar atapun tidak, kita ikut saja......macam kambing. Ini cara Nik Aziz,cara orang Pas.

6:42 - ... apakah kalau kita campur yang bersih dengan yang kotor, maka yang kotor itu jadi bersih ? Itu tak mungkin ! Kalau kita campur yang bersih dengan yang kotor, yang bersih itu jadi kotor.

Agama Islam adalah Bersih, agama yang terbaik sekali, agama yang terakhir sekali yang disampaikan kepada Nabi Muhammad oleh Allah swt, tidak ada kecacatan didalam Islam. Tetapi apabila dicampuradukkan dengan politik, nak dapat kerusi ... maka agama Islam sendiri telah dibuat tafsiran yang bukan2.

7:26 - Macam2 dilakukan yang bertentangan sama sekali dengan agama Islam. Apabila dah gila nak dapat kerusi, ada peluang nak jadi Perdana Menteri.... Haji Hadi ( sanggup) tandatangan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa saja.

Dia tandatangan ... (tapi) sekarang ni dia kata tidak lah ...dia tarik balik, tak bersetuju ... tapi dia tandatangan. Anwar beritahu (yang) Haji Hadi tandatangan. Kenapa dia tak pegang kepada janji dia, kata Anwar ....

Jadi kalau sekarang ni dia nak kata itu tersilap ka , apa ka .... Orang semacam dia tak boleh buat silap berkenaan dengan agama .. tetapi kerana terlangsung sangat nak dapat kerusi, maka agama Islam ini dipermainkan. Dibolehkan benda yang tidak boleh. Yang Haram dijadikan Halal.

Inilah apa yang berlaku apabila kita campur yang bersih dengan yang kotor.

9:02 - Apabila saya dengar laporan bahawa Parti Islam telah ditubuh ... pada masa itu saya berasa, haa .. masalahlah dengan orang Melayu. Masalah tentu akan datang kerana kita tahu ramai daripada orang kita yang begitu mudah mengikut kalau dikatakan ini adalah Islam.

Jadi inilah yang hendak digunakan oleh pemimpin2 Pas bila mereka gunakan nama Islam pada parti mereka. Ini parti politik ! Kononnya Pas itu Islam, Islam itu Pas.

Susahlah kalau kita hanya boleh jadi Islam kalau kita masuk parti Pas. Apa jadi kepada ibubapa Nik Aziz, ibubapa Hadi semua ..... diorang tak masuk Pas ! Islam ketidak mereka ?

Kerana hendak sangat jadi wakil rakyat, nak jadi Perdana Menteri ... benda yang tak baik dijadikan baik dan digunakan untuk mendapat sokongan Pilihanraya. Inilah yang berlaku dinegara kita.

10:32 - Kita sebenarnya tidak harus berpecah kerana orang Islam di Malaysia ini mempunyai pegangan kepada hanya satu saja ajaran ... kita adalah dari puak Sunni yang mengikut ajaran Imam Shafei .. sepatutnya kita tak berpecah tetapi kita berpecah sekarang dengan begitu mendalam kerana politik parti bukan kerana Islam.

Tapi malangnya ramai daripada pengikut2nya taksub dengan pemimpin. kalau dia kata - terjun dalam laut pun dia terjun. Dia tak tanya dah baik atau tak baik.

11:18 - Ini parti politik bukan agama. Kepentingannya ialah untuk mendapat kemenangan dalam pilihanraya. 

15:30 - ...malangnya, ada orang yang begitu sekali tamak untuk mendapat kuasa, bahkan mereka menyalahgunakan sistem demokrasi ini, dengan memainkan agama sebagai cara menarik sokongan kepada mereka.

Mereka menggunakan pengaruh mereka sebagai orang agama untuk mendapat keuntungan didunia ini. Dan mereka dalam proses itu menyalahgunakan agama, memburukkan agama, mengurangkan kebersihan agama.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 3:36 PM

Pas gila kerusi dulu dan kiri.
Tp tun mmg dh brusia,mcm kesihatan kurang stabil. Moga yg terbaik utk beliau

Post a Comment