........... Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 1 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Balun Pas @ Marang 9 Mac 2013 - Video Part 1

Friday, March 15, 20132comments

Dibawah adalah video amanat yang disampaikan oleh Tun Mahathir di Marang pada 9 Mac 2013. Ada 4 bahagian semuanya. Transkrip kerja saya, tidak 100% mungkin dalam 87% jer saya tulis.
 





2:58 - kita disini sebenarnya bernasib baik, tidak ada perbezaan anutan agama dikalangan kita. Kita semua terdiri daripada ahli Sunnah Wal Jamaah, pengikut Imam Shafei. Oleh itu tidak perlu kita bermusuh sesama kita. Dan inilah keadaan sebelum kita ada parti2 politik.

3:37 - ...tidak ada perpecahan dikalangan orang Melayu yang menjadi penganut satu mazhab saja. Tidak ada perbezaan antara mereka.  Sebab itu apabila pihak British nak merampaskan tanahair kita, nak menubuhkan Malayan Union ... dengan mudahnya seluruh rakyat Tanah Melayu ini bersatu. 

Bersatu dalam satu pertubuhan dan pertubuhan itu ialah UMNO.


5:27 - Yang kita sedar ialah kita semua orang Melayu, kita semua pegang pada ajaran agama yang sama ...... tidak ada perbezaan diantara kita. Tidak seperti dinegara2 Islam yang lain ...

6:05 - ... dan ajaran Islam tidak memecahbelahkan kita. Justeru itu kita bersatu dengan mudah. Dan kerana kita bersatu, kita yang pada masa itu lemah ...lumpuh, tidak mempunyai kekayaan, tidak mempunyai cerdik pandai, tidak mempunyai tentera, tidak mempunyai apa-apa kebolehan ... HANYA dengan perpaduan kita, orang Melayu diseluruh Semenanjung ini bersatu padu dalam UMNO dan dengan itu kita dapat menolak Malayan Union anjuran British.

6:58 - Kita percaya perpaduan inilah yang memberi kekuatan kepada kita.

7:35 - .... orang Melayu adalah orang Islam. Demikianlah ikatannya orang Melayu dengan Islam sehingga tafsiran Melayu itu mengandungi syarat dia nya orang Islam.

8:15 - Sepatutnya tidak ada apa-apa masalah antara kita kerana agama. Agama kita menyatupadukan kita.

9:40 - ...pihak British menawar kepada Tunku Abd Rahman untuk memilih calon2 untuk menjadi ahli dalam Dewan2 (Legislative) ini......  Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden Umno berpendapat bahawa yang harus menduduki kerusi2 dewan ini ialah mereka yang berkebolehan dalam bidang pentadbiran.

10:45 - Tunku telah memilih hanya satu orang saja daripada ulama dalam Umno ...... untuk menjadi ahli dalam Dewan diperingkat Pusat. Pihak ulama2, dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad meminta supaya 10 orang ulama dipilih.

11:32 - Maka dengan itu, timbullah perasaan tidak puas hati, kecewa dikalangan Haji Ahmad Fuad dan ulama2 inidan mereka keluar daripada Umno untuk menubuh parti PAS.

12:00 - Tetapi tujuannya bukan berjuang untuk agama, kerana kecewa tak dapat kerusi ! Itu saja. Yang menyebabkan mereka keluar daripada UMNO, perpaduan Melayu ini, untuk menubuh PMIP kerana tak dapat kerusi bukan perjuangan untuk agama.

13:00 - Kecewa kerana memenangi hanya satu kerusi, ( Pilihanraya tahun 1955 ), maka Pas membuat keputusan untuk mengeraskan lagi serangan mereka terhadap Umno. Maka bermulalah kafir mengkafir oleh Pas terhadap Umno. Kerana apa ? Bukan kerana Islam. Kerana nak cari sokongan untuk menang Pilihanraya saja. Itu sebab yang diadakan isu kafir mengkafir ini. 

Kononnya kerana orang Umno ini kerjasama dengan orang bukan Islam. Kalau kerjasama dengan orang bukan Islam, dia jadi kafir ! Inilah yang dihebahkan keseluruh negara. Ramai juga yang tertarik dengan pengkafiran ini dan menganggap Umno ini kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

14:07 - Sebab itu dalam Pilihanraya 1959, Terengganu jatuh ketangan Pas. Kelantan juga jatuh ketangan Pas. Namun demikian Terengganu tak lama bawah tangan Pas kerana mereka dalam rebutan untuk dapat tempat, berkelahi sesama sendiri, maka kerajaan itu jatuh ...

14:43 - Tidak ada bukti yang mereka berjuang untuk agama. Yang diperjuangkan ialah kerusi. Nak dapat kerusi dalam Pilihanraya. Inilah yang menyebabkan perpecahan berlaku dikalangan orang Islam yang semuanya menganut ajaran Islam yang sama.

Tidak ada perbezaan antara kita. Tidak ada perpecahan diantara kita. Tapi apabila datangnya Pas merebut kerusi maka berlakulah perpecahan sehingga ada yang dikatakan sudah jadi kafir.

15:40 - Dengan itu Pas berharap menolak Umno sebagai kafir akan memberi kemenangan kepada Pas. Pas berjuang tetapi didapati mereka tak menang walaupun mereka mengkafirkan orang Umno.

Selepas itu Pas sedar bahawa sokongan orang kafir ini perlu juga dalam Pilihanraya. Kalau tak ada sokongan daripada orang kafir ini, mereka tak mungkin menang. Dengan itu mereka buat keputusan untuk berpeluk-peluk dengan orang kafir.

16:22 - Dulu siapa yang bekerjasama dengan kafir ...menjadi kafir. Tetapi sekarang ini, kerana keperluan politik bukan keperluan agama, mereka melihat betapa pentingnya undi orang kafir ini, maka mereka pun berpeluklah Kit Siang dengan Karpal Singh.

Apabila ini dilakukan, mengikut tafsiran Pas sendiri, mereka sudah jadi kafir.

PS - dari penceritaan Tun, kita dapat gambarkan bagaimana Pas pada awalnya tercari2 identiti mereka, dan bagaimana Ugama dijadikan modal utama mereka untuk menunjukkan yang Pas itu tidak sama dengan Umno. Pokok pangkalnya UNDI dan dari situ datangnya KERUSI atau KUASA. 

Hanya dengan menonjolkan diri sebagai LEBIH ISLAMIK pemimpin Pas mampu menarik undi orang Melayu.  Penonjolan itu pula lebih bersifat kosmetik / retoriks tanpa perlu dibuktikan apa-apa.

Part 2 akan menyusul lagi 3 jam :) 

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 8:19 AM

Terima kasih banyak banyak ding kerna berusaha mendapatkan video ini dan berkongsi dengan kami.. Semoga usaha mu mendapat rahmat Allah swt..

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 3:16 PM

Jgn kecewa dh lps ni

Post a Comment