........... Tian Chua Terus Perbodohkan Rakyat Melalui Penjelasannya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tian Chua Terus Perbodohkan Rakyat Melalui Penjelasannya

Friday, March 8, 201313comments

Saya takde hal nak siarkan penjelasan Tian Chua terhadap segala pertuduhan berkaitan isu Lahad Datu Satu Sandiwara. Jadi jangan kata saya tidak beri peluang kepada beliau mempertahankan diri. errr..... saya lihat penjelasan beliau TAMBAH buat orang marah jer !

Dari Harakah tuh ! Saya letak bahagian yang ada kaitan jer, kenyataan penuh saya copy dibawah.


- Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak.

- Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:

Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku.

Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia.

Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.


Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF.


Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain
.


Isunya berpunca dari kenyataan Tian Chua yang disiarkan oleh keadilandaily.com, apa juga yang dirujuk oleh kita yang bengang dengan beliau juga adalah hasil dari laporan keadilandaily. BUKAN dari media perdana apatahlagi dari media pro Umno.

Jadi kita refresh balik apa yang ditulis oleh Keadilandaily yang buat kita semua marah - 


Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian

KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

                                  *************************************

Saya rasa saya tidak perlu untuk ulas kenapa Penjelasan Tian Chua sebenarnya TIDAK menjelaskan apapun. Tian Chua cuba melepaskan diri melalui putar belit yang cuba mengaitkan kenyataan awalnya dengan perkara2 yang walaupun ada kena mengena dengan isu Lahad Datu tapi tidak ada kaitan dengan apa yang dilaporkan oleh keadilandaily.

Kenyataan biadab Tian Chua yang dilapor oleh Keadilandaily bersifat umum, stand alone dan tidak ada kaitan dengan trip beliau ke Manila maupun dengan tuduhan 'komando mati katak' yang didakwa beliau sebut dalam satu ceramah.

Baca balik bagian yang saya highlitekan diatas. Seperti juga mesej Tweeter Tian Chua dibawah -


Hujah 'Wag the dog' diatas ada saya komen di SINI. Diartikel itu juga saya sudah menjawab Penjelasan Tian Chua yang pertama.

Melalui Penjelasan Kedua ini pun, Tian Chua masih GAGAL menjernihkan suasana. Kalaupun ada penjelasan ke3 atau ke 4 sekalipun, beliau tidak akan mampu menjelaskan apa2 sebab kenyataan kontroversi beliau sememangnya sudah JELAS, semua orang pun faham kerana bahasanya mudah dan tidak mampu dipusingkan ikut cara mana sekalipun.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” 

Hanya satu saja cara yang mampu Tian Chua lakukan untuk meredakan kemarahan rakyat - Tarik balik dan Minta maaf.

Bunyi macam senang tapi sebenarnya ia merupakan satu perkara yang paling susah buat pemimpin PR lakukan. Kerana jika dibuat, ia bakal menghancurkan persepsi konon PR itu maksum, tidak pernah lakukan sebarang kesilapan.

Jadi nak tak nak, terpaksalah Tian Chua berusaha terus memperbodohkan rakyat melalui siri Penjelasannya.


Penjelasan Saya - Tian Chua

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya.

Blog dan cybertrooper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno.

Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN.

Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.
Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.

Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:

Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku.

Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia.

Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF.

Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.

Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak".

Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.

Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik.

Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita.

Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan. Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.

Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 5:18 AM

dah terlambat untuk tian chua memutarbelitkan kenyataannya.dalam kenyataan awalnya,tiada langsung komen tentang apa berlaku belum disahkan oleh mana2 pihak sebaliknya beliau secara jelas menyatakan ianya suatu sandiwara seperti mana dakwaan pembangkang tentang insiden di sauk.twit beliau akan membunuh penjelasan palsu beliau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 7:20 AM

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Patutnya Tian Chua salahkan Keadilandaily yg sejak dulu kala menerbitkan berita yg tak benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 7:52 AM

Bro din,

Dah tengok ke klip yang tunjuk askar kita kena seksa sebelum dibunuh tu? memang muka askar kita yang terkorban tu. kejam sungguh. tak heran kalau ada rakyat malaysia yang gi lempang mamat ni. tak dapat rm5k pun takpe.

takde satu pun dalam laporan keadilan daily yang first tu tulis macam apa yang dia kata dalam next statement. memang dia spin kaw-kaw punya. jenis tak nak mengaku salah.

bodoh,bengap, bangang la kalau sapa yang ada ilmu, ada akal tapi pergi sokong dan undi dia ni.


-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 8:57 AM

din aku nak nyanyi sat ... dituju khas kepada nwar berapi walaupun kamu tak tulis tentang nwar berahi aku tulis kerana seronok dengar dia nyanyi lagu ....

tanya sama najib apa sebab goyang
tentu jawap najib sabah nak hilang ...
tanya pada nwar kenapa sabah nak hilang ...
tentu jawap nwar sabah kan diserang ....

tanya pada nwar siapa menyerang ...
tentu jawap nwar ... raja kiram punyalah orang
tanya pada nwar siapakah dalang ...
tentu jawap nwar "I kena dalih sekarang"

tanya pada manila post dan reuters berita terhidang ...
tentu jawap mereka pemimpin pembankanglah orang
tanya pada nwar benarkah berita dia orang ...
tentu jawap nwar "you ulang i sama kau orang"

tanya pada mat sabu siapakah peliwat terbilang
tentu jawab mat sabu nwarlah orang
tanya pada kapal sing siapakah yang moralnya hilang
tentu jawap kapal sing nwarlah orang

tanya pada azizah siapakah anugerah tuhang
tentu jawab azizah nwarlah orang
tanya pada ustaz bad rule aming siapakah imam mehdi dia orang
tentu jawab ustaz nwarlah orang

tanya pada abim siapakah hebatnya orang
tentu jawab abim nwarlah orang
azizah bini nwar turut dijulang
anugerah khadijah isteri nama diberi sandang

tanya pada saiful sia meliwatnya yang malang
tentu sumpah saiful nwarlah orang
tangya pada datuk eskay siapakah melanggan jalang
tentu sumpah eskay nwarlah orang

tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
tentu jawap nik aziz nwarlah orang
orang umno kena jilat kaki ini orang
memang sangat hebat inilah orang

tanya pada khalifah lim siapakah pm dia orang
tentu jawap khalifah lim nwarlah orang
tanya pada haji adi siapakah pm dia orang
tentu jawap haji adi dia nak jadi abdi nwarlah orang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 9:43 AM

salam,

saya berbual dengan orang yg tak suka dengan kerajaan. ( nak kata penyokong pembangkang bukan, tapi lebih kepada tak suka. kerana banyak dipengaruhi oleh persepsi bahawa kerajaan tak betul, kira tak secerdik mahfuz) mereka ini akan menerima berita atau cakap akhir pemimpin pembangkang. yang awal tu bagi mereka putar alam kerajaan. yang akhir tu penjelasan pemimpin yang difitnah. jadi pemimpin pembangkang nak kata apa pun tarak hal. semua cakap mereka itu dispin sahaja. penjelasan mereka cukup untuk penyokong tak berbelah bahagi.

mereka kata hanya karpal sahaja yang tak menyokong Islam. kalau terbentuk kerajaan, mereka yakin amat untuk menguasai karpal kerana kerusi melayu lebih. kerusi pas kurang tak penting tapi kerusi melayu tu lebih dan berkuasa. saya sampai fening bila bercakap dengan mereka. semua maklumat mereka tahu sampai rosmah pakai seluar dalam warna apa pun mereka boleh bagi tahu. kalu tanya la. begitu yakin dengan maklumat yang ada pada mereka. maklumat dengar cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 10:00 AM

@Anonymousalahai .... dah agak dah lambat laun akan keluar benda2 macam ni..... belum tengok lagi.Kalau boleh tak nak tengok !

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 10:01 AM

@Anonymouslepas 3 rangkap saya dah hilang tune :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 10:04 AM

@AnonymousPembangkang tidak boleh buat salah, kalau ada kesalahan, itu adalah angkara Umno.

Sebab itulah kes Tian Chua ni nak kena hentam habis2, yang cakap orang dia, yang lapor pun paper dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Opah hang
March 8, 2013 at 10:10 AM

Puak tu mmg mcm tu kalu di perli...BOIKOT...tp bila karpal, tian kata mengarut ttg perajurit dan islam semua buat xdengar terutama pencacai....tp kalu dia kena....RIUHHHH...

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 8, 2013 at 10:26 AM

Asyik spin spin spin je kan dia org ni. yang tak tahan tu dgn muka konfidentnya mereka spin seolah tak bersalah langsung dan trus cover kesalahan mereka dan pencacai pr pun trus setuju je. Apapun semua ni angkara Umno.hehe. Ni lagi mudah dia org buat dari mintak maaf kannn

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 10:56 AM

Xde ganjaran cabut gigi mancung tian chua ke? Bangsat gini mau baling dgn batu giling ja.
Skrg nmpk menteri kdn dh tenggelam,sbb jarang bsuara. Tian chua bsuara wlw xbetul,dh femes.... Hishamudin sila lempang tian chua,asyik amaran ja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 2:42 PM

ni la ciri2 pemimpin yang dibanggakan sangat oleh PR? baik pegi mampos!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2013 at 6:39 PM

Betul, betul. Makan boleh sebarang makan , cakap jangan sebarang cakap.. Bodoh ,makan taik anjing!! PM dah gi lahad datu, si coward ni belum lagi. Sah tak ada biji lan****. Stupid ass!

*!*
PCP84

Post a Comment