........... Tian Chua - Lu Apa Bikin Di Manila 2 Hari Sebelum Pengganas Dari Filipina Serang Malaysia ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tian Chua - Lu Apa Bikin Di Manila 2 Hari Sebelum Pengganas Dari Filipina Serang Malaysia ?

Sunday, March 24, 201311comments

Walaupun saya tidak banyak melaporkan hal Lahad Datu tapi saya mengikuti perkembangannya setiap kali online. Saya lebih minat nak tahu perkembangan terkini dan tak berapa nak ambil pot segala teori2 konspirasi yang dikaitkan dengan Lahad Datu. Bagi saya, biarlah diHAPUSkan dulu semua pengganas2 yang terlibat, kembalikan keamanan negara .... barulah kita bercakap tentang konspirasi.

Alhamdulillah, perkembangan terkini akhir2 ini menunjukkan keadaan sudah semakin kembali ke asal. TAHNIAH kepada pasukan keselamatan negara yang telah sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan waima kehilangan nyawa sekalipun, demi memastikan rakyat dapat hidup dengan aman .... dan demi memastikan para politikus kita dapat meneruskan aktiviti tuduh menuduh dalam keadaan persekitaran yang terjamin selamat.

Paling baru, panglima yang memberi arahan kepada para pengganas iaitu Menteri Pertahanan Sulu Datu Amir Bahar Hushin Kiram telah disahkan telah ditangkap. Adili beliau dan para pengganas yang lain seadilnya mengikut undang2 ..... lepas itu TEMBAK mati !

"Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat," kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

OK ..... sekarang boleh bincang hal KONSPIRASI !


Nama yang sinonim dengan perkataan Konspirasi yang dikaitkan dengan Lahad Datu adalah Tian Chua. Walaupun menunggu masa untuk diperdengarkan mahkamah kes biadab beliau menuduh isu Lahad Datu sebagai Konspirasi Umno, Tian Chua MASIH melalak perkara sama dalam sesi ceramah anjuran pembangkang.

Terbaru semasa berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. - Utusan 22 Mac

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang,"

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

Haiya apek .... pengganas datang menceroboh, lengkap bersenjata, tembak mati polis dan lu mau bising kenapa media lebih tumpukan perhatian kepada kes itu daripada cerita IC ?

Ini serupa orang jahat masuk rumah lu, rompak, rogol dan bunuh semua perempuan dalam rumah lu dan lu masih bising cerita ayam sebelah rumah kasi berak dalam laman rumah lu ? PRIORITY LA APEK !

Habis reporter yang mau cover cerita lu punya bini kena rogol pun lu mau marah, cakap ada konspirasi mau tutup cerita ayam sebelah berak rumah lu ? Logik tak ?

Cerita Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu LEBIH PENTING dari cerita IC, OK ! Lu mau terus cerita IC, lu ceritala.... takde siapa marah, takde siapa halang.  Tapi kalau tuduh2 kerajaan @ Umno buat konspirasi melalui isu Lahad Datu sebab nak tutup cerita IC .... memang lu sial.

                                 ***************************************

TAPI KAN .... terfikir juga, kenapa Tian Chua pula yang bersungguh2 nak alihkan perhatian rakyat dari isu Lahad Datu ?

Maksud saya, kalau setakat main tuduh2 konspirasi ni, DUA-DUA pihak pun boleh tuduh... asalkan ada back-up bukti. 

Yang ini saya ambil dari MyMassa -

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

Apa bikin di Manila ?
Yang lain2 tu mungkin spekulasi tapi yang pastinya - 2 hari sebelum pengganas mendarat di Lahad Datu, Tian Chua bersama Sivarasa pergi ke Manila. Apa bikin ? Tengok pasport ada chop Manila tak pada tarikh itu ......

Bab Anwar seperti yang didedahkan oleh MyMassa tu saya tak sentuh lagi sebab artikel ni berkaitan Tian Chua, saya tak nak lah tuduh diri saya sendiri cuba alih isu !

So.... Tian Chua, lu buat apa di Manila dua hari sebelum pengganas dari Sulu Filipina serang Malaysia ?


Seperti kata Mahfuz, Saya minta siasat jer, saya tak tuduh !

PS - Mungkin masanya sudah tiba kerajaan tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja / RCI bagi menyiasat isu Lahad Datu hingga ke akar umbi. Dan jika ada kaitan dengan mana2 pemimpin yang bertanding dalam PRU13, harap dipercepatkan siasatan agar hasilnya dapat diketahui SEBELUM hari mengundi.

Kita tidak mahu ada WAKIL RAKYAT yang pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pengganas ditanahair sendiri !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 8:25 PM

Salam Din,

Mohon saya memperbetulkan sikit ayat akhir Din tadi...
"Kita TIDAK mahu ada WAKIL RAKYAT yang mengkhianati tanahairnya sendiri".

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 8:38 PM

@Malaysian CybertrooperTerimaKasih .....

errr.. tapi ... mungkin mereka yang terlibat, bagi mereka tindakan mereka itu bukan 'khianat', tapi menyelamat ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 8:58 PM

Siasat paspot dia. Kalau terbukti, tembak dia sekali dengan pengganas-pengganas tu. Dasar Cina tak sedar diri.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 9:29 PM

@dinturtle

Kata-kata Din tu ada betulnya tetapi menyelamat sekiranya isu ini berlaku dalam konteks aman & damai dan melalui proses musyuwarah tetapi kalau dah sampai membawa orang asing kedalam negara dengan lengkap bersenjata sehingga mengorbankan 10 orang anggota keselamatan kita serta membuat tuntutan agar kita memberi sebahagian dari tanahair kita kepada mereka adakah itu boleh dikategorikan sebagai "Penyelamat"?

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 9:47 PM

Saya pasti mesti ada organisasi luar negara yang menyalurkan dana kepada kiram yang mencecah jutaan USD. Senjata-senjata yang mereka miliki adalah jenis yang mahal dan mustahil kiram membelinya kerana kita tahu tahap kemampuan sebenar kiram. Kita jugak tahu penglibatan Tian Chua dengan SUARAM. SUARAM pulak dibiayai oleh agensi asing sehingga mampu untuk berulang-alik ke Perancis secara kerap. Oleh itu, saya cadangkan SUARAM disiasat sumber utama kewangannya dan segala asetnya dibekukan oleh Bank Negara sehingga selesai siasatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 12:01 AM

Kita rakyat Malaysia semua harus ingat dan mengambil pelajaran daripada sejarah kejatuhan Melaka kepada penjajah-penjajah barat dahulu.

Penghianat-penghianat bangsa dan negara dari kalangan pembesar-pembesar dalam negara sendirilah yang memainkan peranan besar menjadi talibarut yang membantu pihak musuh dan penganas.

Kerajaan kita harus mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti kesemua dalang, penghianat dan talibarut musuh dan seterusnya menjatuhkan hukuman paling berat keatas kesemua mereka tanpa takut dan tanpa belas kasihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 12:53 AM

Bro kalau lu begitu yakin dgn tuduhan lu.Gua cadang kn satu je !Lu bawa bukti,serah kn pd PDRM.Jika terbukti Tian Chua terlibat,gua pun sokong dia di tembak krn mengkhianati negara.Tp kalau terbukti lu berbohong,mcm mana pula?Tk kn nak di lepas kn begitu sahaja!Tuduhan lu tu serius,bro!

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 12:54 AM

@Anonymous ? ? Yakin dengan tuduhan ? ?

Saya tuduh apa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 10:22 AM

mesti ada RCI.

punyalah banyak agensi dan akhbar luar dah bagitahu penglibatan celaka2 dari pembangkang tu.

takkan nak kata depa semua dah dibayar oleh umno kot?

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 25, 2013 at 12:00 PM

@dinturtle

Kita mintak siasat je, kita tak tuduh pun. kan kan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 12:20 PM

Ish..ish pandai betul puak politik main udang galah dalam mee maggi. Politik serkap jarang dan tuduh menuduh ni kadang-kadang berguna juga untuk kucar kacirkan keyakinan masyarakat terhadap pertahanan negara....apa lagi ciptaan sandiwara UMNO di Lahad Datu.

Patut pun Pakcik yang tua-tua di kampung Pakcu berkeras betul kata sendiwara di Lahad Datu tu..rupanya "ada pengarah sendiwara " dalam kelambu politik Malaysia.

Paling akhir kenyataan UTUSAN dari KDN mengesahkan ada pertemuan yang berlaku antara pemimpin politik yang "bercinta" dengan Master Mind penceroboh tu.....untuk lebih sahih tunggu laporan KDN yang selengkapnya.....jadi kita tunggu teka teki yang akan terjawab nanti...tak guna kita sibuk-sibuk barang tentu akan terlodeh punya....walahualam (Rujuk UTUSAN 25 MAC-m/s 4.

Post a Comment