Sultan Sulu Gugurkan Hak Keatas Sabah Pada Tahun 1878

Thursday, March 7, 20132comments


Saya ada menerima satu emel dari Zorro , sebab beliau tidak mahu dikenali maka saya panggil Zorro, yang meminta saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Antarabangsa / International Court of Justice ICJ dalam kes tuntutan Filipina keatas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Yang rajin terutama mereka yang perasan diri adalah Pakar Strategis Perang dalam isu Pencerobohan Lahad Datu, boleh rujuk - http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7698.pdf

Mulanya saya tak berapa nak layan sebab kes itu merujuk kepada Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, walaupun dekat tapi masih TIDAK SAMA. Sabah ...Sabah la, Sipadan ....Sipadan. Sedangkan bina pagar dawai masuk tanah jiran pun boleh gaduh berparang bagai apatah lagi melibatkan Sabah.

Kemudian saya diminta beri perhatian kepada komen dibawah -

The Sulu Overbeck grant of 1878, referred to in the ICJ Judgment, was written in Lipuk in Sulu at the Palace of Sultan Mohamet Jamal Al Alam on 22 January 1878. Through this treaty Sultan Mohamet Jamal Al Alam “grant and cede” “all the territories and lands under his control on the mainland of the island of Borneo. “The said territories are hereby declared vested in…Overbeck and Dent…their heirs associates successors or assigns for a long as they choose or desire to hold them…..the rights and privileges conferred by this grant shall never be transferred to any other nation or company of foreign nationality without the sanction of Her Britannic Majesty’s Government first being obtained.

Sultan Mohamet Jamal Al Alam telah GRANT AND CEDE semua wilayah dan tanah dibawah penguasaannya yang terletak ditanah besar Pulau Borneo. Pertama, wilayah yang dimaksudkan adalah termasuk Sabah.

Kedua, apakah maksud - Grant and Cede ? Kalau digoogle search, rata2 memberi jawapan - give over, surrender or relinquish to the physical control of another, to surrender possession, hand over, renounce, yield ......

dan kalau anda jenis yang yakin pada Google Translate, terjemahan yang diberikan adalah - MEMBERIKAN DAN MENYERAHKAN.

Wilayah dan tanah TERMASUK SABAH kemudiannya diSERAHkan kepada Overbeck and Dent dengan syarat sebarang pindahmilik kepada pihak lain harus mendapat keizinan dari Kerajaan British.

This sanction was given through the agreement between Britain and Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore dated 9 July 1963 as shown in the United Nations Treaty Series of 1970 No. 10760.

Keizinan itu pula diberikan dalam perjanjian antara British dan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura yang akhirnya membentuk persekutuan Malaysia.

Under the Principle of International Law, a people may exercise their right of self-determination on one occasion in its history. The people of Sabah exercised that right before the Cobbald Commission in the early 1960’s and chose to join Malaysia.

The Western Sahara Case before the ICJ laid down the rule that it is for the people to determine the fate of the land and not the land the fate of the people.

JUGA ada dinyatakan yang rakyat Sabah telah MEMILIH untuk menyertai Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbald diawal 60an dan ini seiring dengan pendirian Mahkamah Antarabangsa yang menetapkan - Rakyat yang menetapkan nasib tanah / wilayah dan bukannya tanah / wilayah yang menetapkan nasib rakyat.


Well ..... itu secara ringkas apa yang saya fahami. Anda boleh klik link diatas kalau tidak bersetuju atau nak dapat kepastian. Silalah kongsi apa yang anda dapat hasil pembacaan nanti ya .... saya idok le nak baca !

Point Utama disini adalah - Hak Kesultanan Sulu keatas Sabah telah digugurkan pada tahun 1878 dan melalui perjanjian serta PILIHAN rakyat Sabah sendiri, Sabah adalah sebahagian dari negara Malaysia yang merdeka.

PS - TerimaKasih Zorro !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 10:10 AM

memang betul tu..

sbg anak watan sabah, saya tetapi memilih bersama Malaysia. tindakan pengganas sulu adalah menceroboh tanah Malaysia yang merdeka. percayalah, jika dibuat kajiselidik pilihan rakyat Sabah..saya yakin hampir 100% akan pilih kekal bersama Malaysia. bukti Sipadan dan Ligitan itu sudah cukup.

kalau tidak percaya jugak, majukan ke ICJ. biar rakyat Sabah buktikan. dalam keluarga saya sahaja sudah ada 27 undi memihak kepada Malaysia..

jadi, tunggu apa lagi wahai Tausug? bawa ke ICJ segera. tak payah lah jadi pengganas..

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 4:44 PM

Sabahan's still choose in Federation of Malaysia but, there must practice the justice and follow the 20 point's agreement like foundation of Malaysia. The rich's of Sabah land must returned to Sabah peoples and must stop now the conquer from Malaya especially the Oil & Gas Petroleum, taxes, land management, political, social and economic. Lahad Datu standoff can spark to the new era in mind style over the Sabahan's upon the important manner like arrangement of economic shows the biases by Malaya. For now on, over the world was knew that Sabah is an independent land recognized from British and must never-ever claim from other parties. Sulu cannot reclaim the Sabah any-more.

Post a Comment